Bab 22

Romance Series 6062

Pada pagi Sabtu minggu itu Nuril bangun awal seperti biasa walaupun setiap Sabtu dan Ahad merupakan hari cutinya. Dia memulakan harinya dengan senaman ringan dan seterusnya membuat senaman aerobik di ruang tamu.

“Nuril! Kau tak kejut aku?” Nuril menoleh ke arah suara Rina yang tiba-tiba menyapanya.

“Huh? Kejut kau? Kau...tak pesan pun.” Balas Nuril dengan suara yang sedikit tercungap-cungap dek kerana sedang membuat senaman.

“Tak apalah. Kau nak sihat sorang-sorang, mana nak ingat kawan.” Ujar Rina mencebik.

“Laa...kau...yang tak pesan...mana aku tahu...Marilah, aku baru je sepuluh minit mula ni.”

“Ye ke...jap, aku salin baju.” Ujar Rina. Nuril hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lalu tersengih.

Seketika kemudian Rina keluar dari biliknya dan terus menyertai Nuril membuat senam aerobik. Mereka ditemani dengan lagu-lagu rancak dalam video senaman yang dipasang di ruang tamu. Cuaca hujan pada pagi itu membatalkan niat Nuril untuk keluar joging di kawasan sekitar. Dia mengambil keputusan untuk bersenam di rumah sahaja.

“Nuril. Haiqal ada ganggu kau lagi?” Rina menyoal sambil meneguk air dari gelasnya.

“Tak ada. Tapi dia ada datang jumpa aku dua hari lepas.”

“Huh?! Dia nak apa lagi?” soal Rina dengan reaksi terkejut.

“Dia datang minta maaf dengan aku.”

“Hah? Ye ke?”

“Ye.” Balas Nuril pendek.

“Hmm, sedar pulak dia dah buat salah.” Rina mengomel.

“Cukuplah Rina. Aku dah tak nak fikir pasal dia lagi.”

“Alright...alright. Aku tak tanya dah. He...sorry.”

“Erm, Nuril. Aku ada berita gembira nak share dengan kau.” Kata Rina dengan nada ceria.

“Huh? Berita gembira? Amboi, lain macam je ceria kau ni.”

“Hahaha...kau tahu tak, mama aku call aku baru ni. Dia beritahu, kawan aku yang belajar dan kerja dekat UK tu dah balik Malaysia.”

“Owh, kawan kau yang nama Fadlan tu ke?”

“Yup. Lama gila aku tak jumpa dia. Macam manalah dia sekarang. Excitednya...tak sabar aku nak jumpa dia esok.”

“Amboi. Sukanya, tahulah dia tu crush kau hehe.”

“Gila tak excited nak jumpa crush. Hahaha.”

“Haha...kau ni. Good luck with your crush.”

“Eh, aku nak ajak kau sekali esok. Jomlah ikut aku dengan mama pergi rumah dia.” Ajak Rina.

“Huh? Buat apa ajak aku pulak?”

“Sajalah temankan aku.”

“Aisshh, tak naklah aku. Nanti kalau crush kau terpikat dekat aku, kau jugak yang menangis tepi bucu katil hahaha.” Ujar Nuril menyakat Rina.

“Amboi! Tak cukup dengan sorang, Asrar kau nak campak mana?” tingkah Rina sambil menjeling.

“Campak dalam hati akulah hahaha.” Nuril berseloroh.

“Wah! Wah! Wah! Nak jadi playgirl ke?” Nuril ketawa mendengar kata-kata Rina. Rina turut ketawa, dia tahu Nuril hanya bergurau dengannya.

“Hehehe. Aku gurau jelah.”

“Jomlah ikut aku esok.” Pujuk Rina.

“Sorrylah Rina. Esok aku tak boleh. Aku ada hal, nak keluar.”

“Hmm, tak apalah kalau macam tu.”

“Kau enjoylah jumpa crush kau. Nanti ceritalah dekat aku hehe.”  Ujar Nuril. Rina memandang ke arah Nuril sambil menggaru-garu dagunya yang tidak gatal.

“Kau nak pergi mana esok?” Rina menyoal tidak puas hati. Nuril jarang keluar pada hari cuti.

“Adalah. Rahsia hehe.” Ujar Nuril seraya bangun dari sofa dan terus menuju ke biliknya. Sengaja dia melarikan diri.

“Nuril! Oo...pandai ye larikan diri. Mesti ada something ni. Tak apa... tak nak beritahu aku sangat ye?” Rina kemudiannya mencapai telefon pintarnya lalu dia menyentuh-nyentuh skrin telefon itu seperti mencari sesuatu.

“Hah! Jumpa pun. Hehe.” Rina menekan-nekan skrin telefon itu lagi sambil tersenyum puas. Seketika kemudian satu mesej baru dari Asrar masuk di telefonnya.

Asrar : Cik Rina ooi...gambar apa kau hantar dekat aku ni?

Rina : Kau download jelah... hehe.

Asrar : ??

Rina : Hahaha...gambar bakal buah hati kau...

Asrar tergamam seketika saat melihat gambar tersebut. Gambar itu adalah gambar Nuril yang sedang menjelirkan lidahnya yang diambil oleh Rina sebelum ini. Gambar itu masih disimpan Rina tanpa pengetahuan Nuril.

Rina : Cantik tak bakal buah hati kau dalam gambar tu? ?

Asrar : Korang kenapa? Tengah gaduh ke? Tapi...gambar tu comel ??

Rina : Tak gaduh pun...saja je aku share..

Rina : Comel? Macam tu kau kata comel? ?

Asrar : Comel pada pandangan mata aku hahaha?

Rina : Aduh! ?‍?silap timinglah aku hantar gambar ni. Aku lupa kau tengah angau, bagi tengok gambar orang kesayangan dia rupa macam hantu pun tetap nampak cantik kat mata dia...aishh...

Asrar : Hahaha ?kurang asam! Pandailah kau!

Rina : ??

Asrar tersengih membaca mesej dari Rina. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya dengan perangai Rina. Rina memang suka menyakat tapi dia tiada niat untuk mengaibkan kawannya sendiri.

Adoi. Rina, Rina...nakal betul kau. Mujur kau tak post dalam group, kalau tak, dengan Remy...Remy sekali join venture ni. Kalau Awra tahu ni, habislah kau Rina hehe.

 

*****

 

Pada pagi Ahad itu, Nuril berada di perhentian bas berhampiran rumahnya. Beberapa minit kemudian sebuah kereta Toyota Corolla Cross berwarna putih berhenti di hadapan perhentian bas tersebut. Kereta itu amat dikenalinya. Nuril bangun lalu menuju ke arah kereta terbabit. Dia membuka pintu sebelah penumpang lalu melemparkan senyuman kepada Asrar yang sudah tersengih menunggunya di dalam.

“Assalammualaikum awak.” Ucap Nuril.

“Waalaikumussalam...” balas Asrar.

“Awra sihat hari ni?”

“Alhamdulillah. Sihat doktor. Hehehe.” Nuril mengusik.

“Hahaha. Janganlah panggil saya doktor.”

“La...awakkan doktor hehe.”

“Shh...luar waktu kerja, tak payahlah panggil doktor hehe. Macam mana dengan pergelangan tangan Awra? Dah okay ke?” Nuril tersengih mendengar kata-kata Asrar.

“Erm, dah okay. Tengok ni, dah tak ada lebam.” Jawab Nuril lalu menarik lengan bajunya sedikit untuk menunjukkan pergelanggan tangannya pada Asrar.

“Err...” Baru sahaja Asrar mahu menegur Nuril untuk tidak perlu memperlihatkan tangannya itu namun tindakan gadis itu lebih pantas dari mulutnya tanpa sempat dia berbicara terlebih dahulu. Asrar memalingkan mukanya ke arah lain untuk tidak melihat apa yang Nuril tunjuk. Dia tersengih sendiri.

“Eh...alamak, buat apa saya pergi selak lengan baju ni. Adoi. He...” Nuril mengetuk sedikit kepalanya sendiri menggunakan tangannya.

Ish, bodohnya. Aurat tu.

“Hehe...saya tak nampak pun, awak bukan sengaja. Tak sempat saya nak tegur.”

Tapi hari tu aku dah nampak dan sentuh pun tangan dia. Hmm, tapi untuk tujuan perubatan... I have to.

“Ada perkara penting ke yang awak nak beritahu pada saya?”

“Huh? Owh, lebih kuranglah tapi apa kata kita pergi breakfast dulu. Lepas tu saya nak bawa Awra ke satu tempat.” Kata Asrar lalu memandu keretanya berlalu dari perhentian bas tersebut.

“Okay. Hmm, by the way awak okay ke keluar berdua je dengan saya ni? Awak kata awak tak pernah ajak girls keluar.”

“Hah? Owh. Hehe...InshaAllah saya cuba untuk okay haha.” Ujar Asrar. Nuril menoleh ke wajah Asrar yang sedang memandu. Muka Asrar kelihatan sedikit merah. Tiba-tiba dia merasa malu di hadapan gadis itu.

“Erk, macam tu pula?”

“Ehem...hmm, sebenarnya saya takut nak ajak perempuan keluar.”

“Hmm, kenapa?” Nuril menyoal ingin tahu.

“Sebab saya risau benda-benda ni nanti buat saya hanyut. And saya tak nak benda ni nanti jadi satu kebiasaan pula untuk diri saya.”

“Oo...awak ajak saya keluar ni, awak tak risau ke kalau awak hanyut? Hehe.”

“Alamak! Scarynya nak jawab hahaha.”

“Haha...saya tanya je sebab awak dah buka jalan untuk ke arah itu.”

“Betul juga kata awak tu, doakanlah untuk saya supaya saya tak terjebak hehe.”

“InshaAllah. Tapi awak pun doakanlah untuk saya juga.”

“InshaAllah. Hmm, kita makan dekat sini boleh?” Asrar memberhentikan keretanya di sebuah kedai makan di Kampung Baru.

“Saya okay je mana-mana.” Balas Nuril tersenyum.

Mereka kemudiannya turun dari kereta dan masuk ke salah sebuah kedai makan di kawasan itu. Setelah memilih makanan yang dikehendaki mereka mengambil tempat yang tidak jauh dari pintu masuk. Pelanggan yang datang agak ramai pada pagi Ahad itu.

“Sikitnya ambil nasi.” Tegur Asrar yang melihat hanya separuh pinggan Nuril yang terisi dengan nasi lemak.

“Aa...saya ambil separuh je, risau tak habis. Saya tak makan banyak.”

“Ye ke. Diet ke? Hehe.”

“Taklah hehe.”

“Jom kita baca doa dulu.” Tutur Asrar lalu menadah tangan untuk membaca doa makan.

“Erm, awak nak bawa saya ke mana lepas ni?” Soal Nuril lalu menyuap nasi ke mulutnya. Asrar merenung tepat ke mata Nuril sambil tersenyum. Nuril mengalih pandangan matanya ke arah lain tatkala terperasan akan renungan dari Asrar itu. Asrar mengunyah perlahan makanan di dalam mulutnya sebelum membalas pertanyaan Nuril.

“Kenapa? Awra risau saya bawa ke tempat yang bukan-bukan ke? Hehe.” Asrar tersengih.

“Aa? Eh...taklah.” Nuril tersengih. Dia tahu dia boleh percayakan jejaka di hadapannya itu.

“Sebenarnyakan...saya pun ada something juga nak beritahu pada awak.” Kata Nuril lalu menghirup air teh panasnya.

“Owh, ye ke. Awra nak beritahu apa tu?”

“Adalah hehe. Nantilah saya beritahu awak.” Asrar hanya mengangguk. Seketika kemudian setelah selesai bersarapan, mereka terus bergerak menuju ke destinasi berikutnya. Nuril memerhati jalan yang dilalui oleh Asrar, dia cuba meneka tempat yang ingin dituju oleh Asrar. Beberapa ketika kemudian Nuril tersenyum sendiri, dia sudah pun tahu ke mana arah tujuan Asrar.

“Awak nak bawa saya ke Balai Seni Negara ye?” Soal Nuril sambil tersenyum.

“Aa...hahaha, ha ah. Awra biasa datang sini?”

“Hehe. Tak, tapi saya pernah datang sini.” Jawab Nuril, beberapa minit kemudian Asrar membelok kenderaannya memasuki perkarangan Balai Seni Negara. Dia memarkirkan kenderaannya di petak parkir berhampiran perpohonan pokok.

“Dah sampai. Jom kita.” Ujar Asrar. Mereka keluar dari kenderaan dan berjalan melangkah menuju ke pintu utama Balai Seni.

“Kenapa awak pilih Balai Seni?”

“Erm, tak ada sebab spesifik. Saya just terasa nak tengok lukisan hari ni hehe. Erm, lagi satu mesti Awra suka kan? Sebab kebiasaannya pereka ni dia suka pada benda-benda seni.”

“Aa...pandainya awak. Hehe.”

Mereka berdua kemudiannya melangkah perlahan-lahan sambil memerhatikan lukisan-lukisan yang dipamerkan di setiap sudut galeri. Seraya berjalan mereka berbual-bual kosong.

“Erm, Awra.” Panggil Asrar.

“Hmm?” jawab Nuril perlahan lalu menoleh ke arah Asrar yang berdiri di sebelahnya.

“Ada Haiqal ganggu awak lagi?” Soal Asrar memulakan bicara.

“Erm, tak ada.” Nuril menjawab pertanyaan Asrar sambil memusingkan badannya menghadap ke arah jejaka itu. Nuril terpaksa mendongak sedikit tatkala memandang ke arah Asrar ketika berdiri kerana jejaka itu mempunyai tubuh yang agak tinggi.

“Tapi...dia ada datang jumpa saya beberapa hari yang lepas.” Sambung Nuril lagi.

“Owh, ye ke? Dia ada buat apa-apa pada Awra ke?” Soal Asrar dalam nada yang sedikit risau. Dia risau andai Haiqal masih mempunyai niat tidak baik pada Nuril. Nuril menggelengkan kepalanya.

“Tak ada. Dia cuma datang untuk minta maaf.” Terang Nuril. Mereka berjalan perlahan menuju ke lobi galeri dan kemudiannya melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan oleh pihak Balai Seni kepada para pengunjung untuk berehat melepaskan lelah.

“Risau saya kalau-kalau dia apa-apakan awak lagi.”

“Hehe. Tak ada. Saya rasa dia dah betul-betul menyesal dengan apa yang dia dah buat.”

“Alhamdulillah. Hopefully dia terus stop ganggu awak.” Ujar Asrar tersenyum seraya matanya meninjau keadaan sekeliling.

“Luas juga ye tempat ni. First time saya sampai sini hehe.” Asrar menukar topik perbualan. Dia tidak mahu memanjangkan topik berkenaan Haiqal itu lagi.

“Ha ah, luas. Awak tak pernah datang sini ke?”

“Tak pernah.” Balas Asrar menggeleng.

“La...ye ke. Saya ingat awak dah pernah datang sini.”

“Saya tak pandai melukis, tangan kayu hehe. Kalau datang tempat-tempat macam ni pun hanya untuk healing je.”

“Aissh, jangan cakap macam tu. Tangan kayu tulah yang banyak menyelamatkan nyawa orangkan? Hehe.”

“Aaa...? Haha, saya hanya perantara, Allah yang maha berkuasa.”

“Betul. Tapi doktor pun kena melukis juga kan?” Soal Nuril tersengih menampakkan giginya.

“Aa...yang tu. Ha ah, kena melukis bila ada keperluan. Mana tahu ni? Hehe.”

“Sayakan adik doktor. Mestilah saya tahu hehe.” Ujar Nuril mengangkat-angkat sebelah keningnya.

“Adoi, lupa pula haha. Tapi Awra memang ambil tahu ye pasal kerja Adwa macam mana?”

“Saya biasa tengok Adwa melukis.”

“Oo...mesti jadi pengkritik ni hehe.” Asrar meneka.

“Aa? Haha...taklah. Adwa pun pandai melukis, tak berani nak kritik nanti kena marah hehe.”

“Ha?! Ye ke? Dia garang ye dengan adik dia sorang ni?”

“Huh? Mana tahu ni? Tapi saya tak takut pun.” Asrar hanya ketawa mendengar jawapan Nuril.

“Hmm, by the way apa plan Awra lepas ni?”

“Plan?” Nuril menyoal kembali kerana kurang mengerti dengan pertanyaan Asrar.

“Maksud saya... Your love life, tak ada plan ke nak bercinta semula?”

“Wow! Soalan awak, seram saya nak jawab hehe.”

“Huh...? Hehe... Tak apa kalau Awra tak nak jawab pun.”

“Erm, ntahlah awak. Saya plan macam nak tunggu prince charming saya masuk meminang je hahaha.”

“Wah! Hahaha.Tak takut ke kalau yang meminang tu prince charming yang dah tua ganyut?”

“Hah?! Prince charming tua? Ish, tak naklah!”

“Hahaha. Tau pun tak nak.”

“Awak kenakan saya ye? Hmm, tapikan apa-apa pun prince charming saya tu kena jumpa Adwa dulu untuk tapisan hehe. Awak tahulah perangai abang saya tu macam mana.” Asrar memandang ke arah Nuril sambil tersengih lalu mengangguk.

“Erm. Awak...awak kata awak ada nak cakap something pada sayakan?” Nuril menyoal teringatkan tujuan mereka berjumpa.

“Owh, erm...betul. Tapi tak apa, Awra dululah bagitau apa yang Awra nak cakapkan tadi. Lepas tu nanti baru turn saya pula.”

“Erm, okay.”

“Hmm...Since kes saya dengan Haiqal dah settle... Hmm, awak... tak perlu dah jadi kekasih tipu-tipu saya. Maksud saya, awak dah tak terikat dengan saya. Jadinya, awak dah free and bolehlah awak cari calon princess awak yang mama awak suruh cari tu hehehe.” Asrar tergamam mendengar kata-kata Nuril. Dia tersenyum menampakkan giginya.

Princess?? Hehehe... Awra... Awak tahu tak? Awaklah princess saya. Asrar berkata-kata di dalam hatinya.

“Awra...” panggil Asrar sambil menatap wajah Nuril yang duduk di hadapannya. Dia senyum.

“Hhmm?”

“Erm, saya memang dah tak nak jadi kekasih tipu-tipu awak dah...”

“Owh. Baguslah tu. Awak dah boleh mula cari belahan jiwa awak tu hehe.” Nuril mencelah seraya tersengih walaupun mulutnya amat berat untuk menuturkan kata-kata itu. Dia sudah jatuh hati pada jejaka itu namun dia bukanlah jenis gadis yang mudah untuk meluahkan kata-kata cinta. Dia lebih rela memendam perasaannya.

“Hehe...tapi...saya nak terikat dengan Awra lagi...”

“Huh?!” Nuril terkejut, bulat matanya memandang Asrar yang tersengih-sengih kepadanya.

“Apa maksud awak?” Nuril menyoal ingin kepastian.

“Saya...nak...terikat...dengan Awra untuk jadi kekasih Awra yang betul-betul bukan lagi kekasih tipu-tipu.” 

“Hah?!” Makin terbeliak mata Nuril saat Asrar berkata demikian. Nuril tergamam. Asrar merenung Nuril seketika sebelum dia ketawa kecil.

“Awak...Awak main-mainkan saya ye?” Nuril mengomel sambil menjeling.

“Hahaha...Taklah.” Asrar ketawa geli hati dengan gelagat Nuril.

“Awra...saya tak main-mainlah. Saya serious.” Ujar Asrar setelah ketawanya sedikit reda.

“Yelah tu. Suka sangat menyakat saya.” ujar Nuril. Asrar tersengih. Satu jelingan tajam dilemparkan Nuril kepadanya.

“Adoi. Alamak, awak marah ke? Saya gurau je. Sorry princess.” Asrar menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dipandangnya wajah Nuril yang tiba-tiba serius.

Adoi! Aku dah buat dia marah ke? Aissh... Macam mana nak pujuk ni? Asrar menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Nuril hanya berdiam diri, ditenungnya jejaka itu tanpa perasaan. Sengaja dia membiarkan Asrar diselubungi rasa bersalah. Nuril cuba mengekalkan riak wajah bersahajanya itu namun di dalam hatinya dia sudah geli hati melihat reaksi Asrar yang sudah sedikit tidak keruan. Dia cuba menahan untuk tidak ketawa seboleh mungkin. Asrar sedikit cuak, hatinya tidak tenang dengan situasi itu.

“Awra...” panggil Asrar lembut setelah senyap beberapa ketika.

“Awak marah ke?” Perasaan bersalah mula bersarang dihatinya. Nuril masih lagi diam membisu.

“Awra...”

“Princess...” Panggil Asrar lagi selepas beberapa saat. Jantungnya berdegup sedikit laju. Dia sudah risau.

“My princess...”

“My princess...” Seusai Asrar memanggil dengan panggilan itu sekali lagi, terdengar ketawa halus keluar dari mulut Nuril. Nuril ketawa sambil menutup mulut dengan kedua tangannya. Bulat mata Asrar apabila terdengar Nuril ketawa.

“Hahaha.” Tawa Nuril itu membuatkan Asrar sedikit lega. Asrar membulatkan lagi matanya berpura-pura geram seraya memandang Nuril yang masih berdekah.

Aduh! Dia main-mainkan aku rupanya. Bertuah betul budak ni. Asrar tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Awra...! Ishh, geramnya! Awak kenakan saya balik?” tanya Asrar. Terukir senyuman dibibirnya. Walaupun sedikit geram dengan usikan gadis itu namun dia senang hati kerana gadis itu sudah tidak lagi segan dengannya.

“Haha...best tak kena sakat? Hehe.”

“Oo...pandai... bertuah betul... hahaha.”

“Aduh! Risau dah saya tau, ingatkan awak betul-betul marahkan saya tadi. Kena prank dah ni.” Ujar Asrar lagi sambil mengurut-urut dadanya, degupan jantungnya yang laju tadi sudah semakin reda.

“Hehehe...”

“Sabar jelah...” Asrar sedikit mengeluh dan kemudian tersenyum hingga ke telinga, tidak percaya dengan tindakan gadis itu.

“Hehe...sorry awak, saya gurau je.”

“Adoi...Kena prank hari ni hehe.” Asrar mengulangi kata-katanya. Nuril tersengih.

“Hmm...Awra. Tapi apa yang saya cakapkan tadi saya betul-betul maksudkannya.” Sambung Asrar lagi.

“Huh?” Nuril memandang ke arah Asrar. Terkebil-kebil. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

“Awak nak main-mainkan saya lagi ke ni?” Nuril menyoal untuk kepastian. Dia merenung jejaka di depannya itu. Mukanya serius.

Asrar ni nak main-mainkan aku lagi ke? Sungguh ke dia nak aku jadi kekasih dia?

“Tak. Saya tak main-mainkan awak pun. Saya betul-betul serious.” Tutur Asrar serius. Terkebil-kebil Nuril memandangnya tanpa membalas apa-apa.

“Hmm...sungguh awak serious?” soal Nuril. Asrar mengangguk.

“Erm... Err...boleh saya tanya awak sesuatu?” Nuril menyoal lagi. Asrar mengangguk dengan matanya yang masih tidak beralih dari merenung gadis itu.

“Awak sebenarnya cari hubungan yang macam mana? Erm... Maksud saya, apa yang awak harapkan dalam hubungan yang bakal awak bina nanti? Hmm, itu pun kalau awak tak keberatan untuk beritahu pada saya hehe.”

Asrar menarik nafas dalam-dalam kemudian dilepaskannya perlahan-lahan. Dia senyum. Dia dapat menduga apa yang dirasai oleh gadis itu. Dari pengamatannya melalui soalan yang diutarakan, gadis itu sedang berkira-kira untuk memulakan hubungan cintanya. Dia dapat merasakan bahawa Nuril masih kurang pasti dengan keputusan yang patut dia buat dan dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku sebelum ini.

“Awra sungguh nak tahu?” Asrar pula menyoal. Nuril mengangguk.

“Okay...erm, sebenarnya... Apa yang saya harapkan dalam hubungan ni tak banyak pun, saya cuma harapkan kesetiaan dan seseorang yang boleh memahami saya. Hmm, dan saya mahukan satu hubungan yang serious dan bukannya hubungan yang sia-sia. Awra fahamkan apa yang saya maksudkan?” Nuril tidak menjawab pertanyaan Asrar. Otaknya sedang ligat menafsir apa yang disampaikan oleh Asrar.

“Erm, senang cakap... satu je matlamat saya. Saya nak halalkan hubungan tu secepat yang boleh.” Asrar menyambung lagi kata-katanya.

“Owh...nikah?” Soal Nuril.

“Yup. Nikah.” Asrar tersengih.

“Tapi awak jangan fikir yang bukan-bukan pula bila saya cakap ‘secepat yang boleh’ tu hehe.”

“Huh?! Ish... Tak adalah. Saya faham je sebab saya pun berfikir benda yang sama.”

“Owh.”

Tak sangka pula pemikiran kita sama.

“Tapi...awakkan muda lagi. Hehehe.” Nuril menambah.

“Muda? Hmm...dah makin tua dah ni hahaha.”

“Maksudnya bakal wife awak nanti dapat suami tualah hahaha.” Nuril mengusik.

“Awra kan nak suami tua. Hahaha.”

Adoi! Dia bagi balik dekat aku. Nuril tertunduk tersipu-sipu.

“Hahaha...jahat. Awak kenakan saya balik. Umur awak sebaya Remy kan?” Asrar tersengih nakal mendengar kata-kata Nuril.

“Yup, sebaya hehe.”

“Oo...dua puluh tujuh. Hmm...”

Apa keputusan yang patut aku buat? Adakah ini apa yang telah Kau aturkan untukku Ya Allah?

“Yup. Twenty seven. Hmm, saya dah jawab pertanyaan Awra. Sekarang Awra pula jawab pertanyaan saya, boleh?” Asrar mengerling. Nuril melemparkan senyuman.

“Awra...awak dah bersedia ke untuk bina hubungan cinta yang baru?” Asrar menyoal dengan dengupan jantungnya sedikit kencang. Nuril memandang ke arahnya seketika sebelum memulakan bicara.

“Hmm, susah saya nak jawab. Hati nak... tapi... takut.”

“Takut?”

“Saya takut saya tak dapat beri yang terbaik untuk bakal pasangan saya. Selama ni saya selalu fikir, apa yang dah berlaku semuanya berpunca dari saya sebab saya tak dapat nak penuhi permintaan dia...” Ujar Nuril, sesekali dia mengerling ke arah Asrar. Tiada niat dihatinya untuk meluahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini, tetapi entah kenapa lancar sahaja bicaranya. Mungkin kerana dia sudah merasa selesa dengan jejaka itu.

“Huh?! Awra...saya sokong tindakan Awra untuk tak penuhi permintaan dia tu.”

“Erm... Allah ciptakan lelaki ni sebenarnya sebagai pemimpin dan lelaki ni diberi tanggungjawab untuk melindungi dan memelihara kehormatan wanita dan bukannya buat sesuatu yang mencemarkan maruah wanita. Dalam surah An-Nisak ayat 34 Allah berfirman’`Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, oleh itu Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan...’ Awra memang tak perlu pun nak penuhi permintaan macam tu selagi belum ada ikatan yang sah.” Terang Asrar. Nuril masih tekun mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Asrar tanpa menyampuk sedikit pun.

“Erm...tapi sebenarnya, saya pun sama macam Awra juga, saya juga risau kalau saya tak dapat nak beri yang terbaik untuk bakal pasangan saya. Yelah, saya selalu busy, kerja pun kadang-kadang tak tentu masa, kadang-kadang terpaksa balik lewat, nak cuti pun susah... Hmm... Awra tahu tak, benda-benda nilah yang selalu menghantui saya. Kadang-kadang saya terfikir, saya ke punca yang menyebabkan ex saya tu curang? Sebab saya rasa macam saya yang tak dapat beri perhatian pada dia.” Asrar diam seketika sebelum menyambung bicaranya lagi.

“Tapi selepas saya fikir masak-masak... Saya tanya diri saya sendiri ‘sampai bila aku nak macam ni?’. Then saya sedar, kenapa saya perlu risau? Sayakan ada Allah, saya yakin Allah akan bantu saya dan saya yakin Allah dah susun cantik-cantik jalan takdir saya. Macam yang sedang kita lalui sekarang ni.” Nuril sedikit tersentak dengan kata-kata Asrar. Selama ini hatinya sering berbolak balik, dia tersedar bertapa nipis iman didadanya. Nuril termenung seketika. Asrar diam memerhatikannya.

“Satu je kunci penting yang kita kena pegang. Sentiasa berdoa dan bersangka baik dengan Allah.”

“Awak...apa yang awak cakapkan tu semuanya betul. Selama ni saya rasa saya terlalu overthinking, selalu fikir hal-hal yang dah lepas walhal saya pernah je cakap yang saya dah tak nak fikir hal-hal yang dah lepas... tapi susah sangat nak elak.” Asrar mengangguk, dia faham apa yang dirasai oleh Nuril.

“Awra. Saya pun pernah lalui semua tu, jiwa kita ni kena kental. InshaAllah perlahan-lahan kenangan-kenangan yang tak best tu akan hilang. Saya ada tips nak lupakan kenangan pahit tu. Hehe.”

“Apa tips tu? Sharelah dengan saya.” Ujar Nuril ingin tahu. Asrar tersengih.

“Erm...tips dia... kita kena cipta kenangan baru. Kenangan yang happy happy je hehehe.”

“Huh? Macam tu je?”

“Ye. Macam tu je. Hmm, macam hari ni. Awak happy tak keluar dengan saya hari ni?” soal Asrar sambil mengangkat-angkat keningnya. Nuril tersenyum sambil mengerling pada Asrar. Senyuman Nuril itu sudah pun memberikan jawapan pada Asrar. Nuril bangun dari kerusi lalu dia melangkah perlahan menuju ke arah pintu masuk galeri. Asrar memerhati gerak geri Nuril tanpa berganjak dari tempat duduknya, seraya itu Nuril menoleh ke arahnya lalu memberi isyarat pada Asrar supaya Asrar mengikutnya. Asrar berlari-lari anak menuju ke arah Nuril.

“Awra...saya masih menanti.”

“Kalau sudi katakan sudi kalau tak sudi katakan tak sudi, jangan buat saya ternanti-nanti hehehe.” Ujar Asrar seusai tiba di sebelah Nuril. Nuril ketawa kecil, dia dapat menangkap maksud kata-kata Asrar itu. Nuril menoleh memandang Asrar sambil tersengih. Dia sudah agak yang jejaka itu masih belum berputus asa untuk mendapatkan jawapan darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience