Bab 25

Romance Series 6062

“Awak...” Panggil Nuril. Mereka berdua duduk di bawah sebuah gazebo berhadapan Balai Seni tersebut setelah selesai melihat hasil seni di setiap tingkat.

“Ye saya.” Sahut Asrar. Nuril menyedut air yang dibelinya untuk menghilangkan dahaga.

“Erm, awak sungguh nak jadi kekasih saya?” Soal Nuril serius. Dia memberanikan dirinya untuk memberi kata putus pada jejaka itu. Tidak sampai hati dia melihat riak wajah Asrar yang sedikit tidak keruan. Dia tidak mahu perkara itu nanti mengganggu tugasannya kelak.

“Hmm...” Asrar mengangguk, tersenyum. Ditenungnya gadis itu dengan penuh pengharapan.

“Tapi saya tak akan paksa Awra kalau Awra tak sudi. Saya tak nak Awra terima saya kerana terpaksa. No, no, no jangan buat macam tu, nanti saya akan rasa bersalah pada Awra sepanjang hidup saya.” Ujar Asrar. Nuril tersengih mendengar kata-kata Asrar. Dilemparkan senyuman pula pada jejaka itu. Asrar membalas senyuman Nuril.

“Kenapa Awra senyum?” Nuril menggeleng dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Senyuman manis Nuril itu membuatkan jantung Asrar semakin berdebar.

“Erm, boleh ke kalau saya request macam ni. Hmm, apa kata kita kawan sampai nikah?” Tutur Nuril, lalu dia menundukkan sedikit kepalanya. Dia cuba menyembunyikan pipinya yang sudah merah. Bulat mata Asrar mendengar permintaan dari Nuril.

“Since kita ada matlamat yang sama dalam mencari pasangan hidup, saya rasa bolehkan kalau kita berkawan sampai nikah?” Tambah Nuril lagi. Berkerut kening Asrar cuba menangkap maksud kata-kata Nuril.

“Hmm...maksud Awra?” Asrar menyoal cuba mencari kepastian.

“Maksud saya, kita berkawan macam biasa. Saya tak nak awak rasa terikat dengan saya, saya tak nak awak rasa terbeban dengan kehadiran saya sebagai kekasih awak.” Terkelip-kelip mata Asrar cuba menghadam apa yang diutarakan oleh Nuril.

“Awra...maksud Awra, Awra tak nak terima saya sebagai kekasih ke?”

“Tak...tak...bukan macam tu. Hmm, macam mana saya nak cakap... Errm, sebenarnya saya pun sukakan awak.” Nuril mengalih pandangannya ke arah lain. Asrar tersenyum, dia tahu gadis itu sedang menahan malu.

“Saya sebenarnya tak nak ganggu kerjaya awak dengan kehadiran saya dalam hidup awak.”

“Hehehe. Awra...” Panggil Asrar perlahan. Terasa berbunga-bunga dihatinya.

“Princess...awak tahu tak? Kehadiran awak dalam hati saya ni lagi memberi saya semangat untuk saya bekerja dengan lebih kuat lagi tau. Sikit pun tak mengganggu.”

“Huh? Saya bagi semangat?”

“Yup. Kehadiran Awra selama ni lagi bagi semangat dekat saya untuk saya kerja dengan lebih keras lagi untuk saya halalkan awak. Kehadiran awak tak mengganggu saya pun.” Nuril tergamam. Asrar tersenyum.

“Tapi bolehkan kita macam ni? Berkawan sampai nikah. Tak perlulah kita nak mesej, call atau nak jumpa twenty-four seven...Saya tak nak ganggu kerjaya awak.” Ujar Nuril.

“Hmm, okay. Sekarang saya faham apa yang Awra nak. Tapi boleh saya request sesuatu juga?”

“Hmm, boleh.” Jawab Nuril setelah berfikir beberapa saat.

“Boleh kita buat janji?”

“Janji? Janji apa awak?”

“Hmm, janji...untuk kita setia sampai bila-bila. Itu je yang saya request.” Ujar Asrar. Nuril merenungnya. Nuril faham kenapa Asrar membuat permintaan sebegitu, ini kerana dia telah melalui fasa yang mengecewakan dalam kehidupan cintanya sebelum ini dan dia tidak mahu lagi mengulangi perkara yang sama. Nuril melemparkan senyuman pada Asrar lalu dia mengangguk. Nuril lalu mengangkat tangan kanannya seperti orang yang sedang mengangkat sumpah.

“InshaAllah. Saya janji.”

“Saya pun janji dengan Awra untuk setia till jannah.”
“Eh, Asrar. Kau dengar tak apa aku tanya ni?” Soal Remy. Asrar tersentak, tersedar dia dari lamunan.

“Erkk...kau tanya apa?”

“Beranganlah tu. Tak lama dah nak masuk Ramadan. Kau dah plan untuk cuti raya?”

“Owh, belum lagi. Pihak pengurusan belum maklum apa-apa lagi setakat ni.”

“Nuril. Kau kerja lusa?” Soal Remy.

“Huh? Kerja. Kenapa? Owh! Lusa ada sesi interview dekat pejabat aku. Aku lupa kau terlibat hehe. Good luck Remy. Buat yang terbaik.”

“Aku ingat kau dah lupa.” Remy mencebik.

“Aku tak lupalah. Cuma tak ingat hahaha.”

“Adoi. Kurang asam betul.” Balas Remy. Asrar tergelak dengan perbualan mereka, Rina turut ketawa, seraya itu ada seorang lelaki berkaca mata menegur Asrar.

“Eh! Asrar. Jumpa pula kau dekat sini.” Mereka kemudian bersalaman.

“Weh! Amir. Lama gila aku tak jumpa kau. Aku mesej kau tapi kau tak balas. Mana kau menghilang?”

“Hehehe. Aku jarang dah guna nombor tu. Ni nombor baru aku.” Mereka bertukar nombor telefon untuk seketika. Remy, Rina dan Nuril hanya memerhati sahaja mereka berdua.

“Kau apa cerita sekarang?” Soal Asrar.

“Aku bertugas dekat Putrajaya sekarang ni. Saja round sini malam ni cari makan hehe.”

“By the way, ni kawan-kawan aku. Nak join makan sekali ke?”

“Eh, tak apalah. Aku baru sudah makan.”

“Owh, ye ke. Aku ingat kau baru sampai. Hehe.”

“Eh, Asrar. Actually aku ada something nak beritahu pada kau ni. Dah kebetulan jumpa kau dekat sini.”

“Aa...boleh-boleh. Pasal apa ni?”

“Sally.” Pendek jawapan Amir. Asrar sedikit tergamam. Berkerut keningnya. Amir memberi isyarat untuk berbicara secara peribadi.
“Erm, korang. Aku ke sana sekejap.” Ujar Asrar pada Remy, Rina dan Nuril yang terkebil-kebil memerhatikannya sejak dari tadi. Mereka hanya mengangguk. Asrar dan Amir beralih ke satu meja kosong yang agak jauh dari tempat mereka duduk tadi.
Sesekali Nuril mengerling ke arah Asrar dan Amir yang sedang asyik berbual, riak wajah mereka agak serius saat berbicara hanya sesekali mereka ketawa.
Apa yang dia orang bincangkan tu? Macam serious je gayanya. Hmm, hal kerja kot. Nuril meneka sendiri.

“Nuril. Kau selalu ke terima hadiah dari peminat misteri tu?” soal Remy.

“Aa? Owh, baru sekali. Hehe.”

“La...ingatkan dah banyak kali.”

“Taklah. Hehehe.”

“Kalau kau berjaya interview nanti, kau akan kerja satu bumbung dengan Nuril lah. Hehe.” Celah Rina.

“Aku nervous...”

“Nervous? Tak nampak macam orang nervous pun hehe.” Sampuk Nuril.

“Aish! Mana nak nampak? Aku je yang rasa.”

“Kau jangan risaulah. Dato Ibrahim okay orangnya. Head of Engineering Department Encik Ilham tu pun okay. Aku pasti kau salah seorang yang terpilih.” Ujar Nuril cuba menenangkan Remy.

“Berapa ramai engineer yang Dato cari?” Soal Rina.

“Setahu aku...tiga orang.”

“Huh?! Tiga orang? Ada tak peluang untuk aku ni?” ujar Remy risau.

“Kau jangan risaulah Remy, doa banyak-banyak moga Allah permudahkan urusan kau nanti.” Rina pula cuba menenangkan Remy yang sedikit gusar.

“Erm, betul.” Celah Nuril sambil menelan air yang diminumnya.

“Lama pula Asrar ni. Aku nak baliklah, nak study sikit .” Kata Remy sambil memanjangkan lehernya untuk melihat Asrar yang tidak jauh dari situ.

“Hehe. Relaxlah Remy. Asrar tengah khusyuk berbual tu. Mesti lama gila dia tak jumpa kawan dia tu.” Ujar Rina yang turut memerhati Asrar dari jauh. Beberapa minit kemudian Asrar dan Amir berjalan menuju ke arah mereka bertiga.

“Sorry...aku ganggu masa korang. Ehe..hehe.” Ucap Amir seusai tiba di meja mereka.

“Aa...err, tak apa. Kami okay je.” Balas Rina. Nuril memerhati riak wajah Asrar yang kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Asrar. Aku minta diri dulu. Bila-bila free nanti aku roger.”

“Alright. Thanks bro.” Kata Asrar. Amir mengangkat ibu jarinya memberi isyarat bagus pada Asrar.

“Sorry korang. Lama korang tunggu. Hehe.” Asrar meminta maaf kerana merasa bersalah membiarkan Remy, Rina dan Nuril menunggunya berbual dengan Amir untuk masa yang agak lama.

“Erm, tak apa... Kau kenapa tu? Nampak macam serious conversation je.” Ujar Remy.

“Owh, biasalah. Lama tak jumpa, bila borak macam-macam hal lah yang keluar hehe.”

“Erm, dah...jomlah balik.” Ajak Remy.

“Hah?! Nak balik dah? Aku baru je nak dating dengan princess aku ni kejap hehehe.” Gurau Asrar.

“Hmm...yang kau pergi dating dengan Amir lama-lama sangat tu kenapa? Nasib kaulah.” Tambah Remy lagi bersahaja.

“Hahaha. Kurang asam! Korang ni, kejam.” Kata-kata Asrar itu disambut dengan gelak ketawa dari Remy dan Rina. Nuril turut ketawa kecil.

“Ah...! Korang tu tak payah dating, dating sangatlah. Korang better nikah je terus.” Rina mencelah. Bulat mata Asrar mendengar kata-kata Rina.

“Aissh kau ni... Nak nikahlah ni. Cuma masa je belum tiba hehe.” Balas Asrar selamba. Dia tersengih memandang ke arah Nuril. Nuril membalasnya dengan jelingan. Mereka kemudiannya menuju ke kereta di parkir berhampiran. Mereka datang berasingan, Asrar datang bersama Remy manakala Nuril pula datang bersama Rina.
Sebelum sempat Nuril menuju ke kereta Rina, Asrar memanggilnya.

“Awra.” Nuril menoleh lalu menghampiri Asrar yang sedang berdiri berhampiran keretanya.

“Kenapa awak?” Nuril menyoal sambil tersenyum. Asrar menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Sorry princess...tak dapat nak berbual banyak dengan princess malam ni.”

“Aa...ish, tak apalah awak. Saya okay je, no hal. Jangan risaulah.” Kata Nuril melemparkan senyuman.

“Are you sure?” Asrar masih merasa bersalah kerana dia kurang memberi perhatian pada Nuril pada malam itu.

“Of course. Hehehe.”
“Saya okaylah awak. Awak jangan rasa bersalah dan terbeban tau. Saya okay.” Sambung Nuril lagi.

“Hmm, okay...okay. Lega sikit hati saya. Tapi pasal hadiah yang Awra terima tu, memang bukan dari saya. Kalau ada dia hantar hadiah lagi dan dia bagi benda yang pelik-pelik ke, beritahu pada saya tau. Report je pada saya anytime. Awra mesej je saya bila-bila pun, saya janji saya akan reply walaupun lambat hehe.”

“Hehehe...yelah. Apa-apa nanti saya bagitau awak. Awak pun sama, kalau nak mesej saya...boleh je bila-bila.”

“Sungguh? Tak apa ke kalau saya mesej tengah-tengah malam masa saya tengah oncall?”

“Boleh, anytime. Tapi saya tak janji saya boleh reply masa saya tengah tidur hehehe.” Asrar ketawa kecil mendengar jawapan Nuril.

“Hehe. Okay princess, saya minta diri dulu. Jaga diri elok-elok, ada apa-apa just contact je saya.” Pesan Asrar pada gadis yang dicintainya itu.

“Okay awak. Awak pun jangan lupa jaga diri juga. Jangan overwork.”

“Alright my princess. Hehehe.” Mereka kemudiannya melangkah menuju ke kereta masing-masing dan bergerak pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience