Deringan telefon itu mengalih perhatian Adwa yang sedang khusyuk membaca. Dia menjawab panggilan tersebut dengan matanya yang masih tertumpu pada buku yang dibacanya.
‘Hello...’ jawab Adwa perlahan.
‘Hello. Assalammualaikum.. along..’ balas Nuril.
‘Owh, Awra...’
‘Along busy ke? Boleh ke nak cakap kejap?’ Nuril menyoal. Dia tahu abangnya itu selalu sibuk.
‘Boleh...kenapa? Ada apa-apa yang perlu along tahu ke?’ Adwa berhenti menelaah. Dia menumpu perbualannya pada Nuril.
‘Adik nak maklum je...cuti 3 hari minggu depan adik nak pergi berkelah dengan Rina.’
‘Owh, dekat mana?’
‘Dekat Port Dickson. Mungkin pergi balik hari je.’
‘Owh, tak penat ke? Macam menarik pulak sekali sekala pergi berkelah, lama jugak along tak pergi. Kalau along join sekali boleh ke?’
‘Huh! Along nak join? Along cuti ke?’
‘Ha ah, cuti. Tak pernah lagi bawa kak Fatihah jalan-jalan sejak dah kahwin ni. Kesian pulak dekat dia.’
‘Erm, adik tanya dengan Rina dululah. Tak tau perancangan dia macam mana.’
‘Alright. Tapi alang-alang ke sana, along suggest baik kita bermalam semalaman. Taklah penat sangat.’
‘Erm, nanti adik tanya dulu. Apa-apa adik maklum semula.’
‘Okay. Adik berdua dengan dia je ke?’
‘Tak, kami berempat... ada lagi dua orang kawan.’
‘Owh, okay. Apa-apa maklum semula pada along nanti.’
‘Okay along. Bye.’ Ujar Nuril sambil tersenyum. Nuril kemudian mematikan panggilan, lalu dia terus mendapatkan Rina yang sedang bermalas-malasan di atas sofa di ruang tamu. Hujung minggu itu mereka berdua hanya menghabiskan masa di rumah.
Nuril melabuhkan punggungnya di atas meja kopi di ruang tamu lalu menghadap ke arah Rina yang sedang melayari media sosial di telefon pintarnya.
“Rina...”
“Hmm...ada apa cik Nuril?” balas Rina perlahan dengan matanya masih tertumpu pada skrin telefonnya.
“Erm, untuk berkelah nanti tu. Boleh ke kalau abang aku nak join sekali?”
“Huh? Abang kau nak join?”
“Ha ah, aku bagitahu dia tadi. Dia kata dia nak join sekali sebab sejak dia kahwin ni tak pernah lagi dia bawa wife dia jalan-jalan. Almaklumlah sibuk memanjang. Abang aku cadangkan kita bermalam dekat sana semalaman. Apa pendapat kau?”
“Owh, aku lupa... kau kan kena report dekat abang kau kalau kau nak pergi mana-mana hehe.”
“Bermalam eh? Erm, macam okay jugak cadangan dia tu. Dah alang-alang kita cuti, boleh jugak kalau kita nak bermalam. Hmm...pagi kita gerak, kita berkelah buat BBQ sikit ke then petang ke malam tu boleh kita jalan-jalan area sekitar. Nanti aku cari resort yang okay.” Kata Rina dengan nada bersemangat. Rina memang gemar dengan perkara-perkara berkaitan percutian ni.
“Eh, tak tanya Remy dan Asrar dulu ke? Kalau-kalau diaorang tak dapat nak join ke sebab kita nak bermalam.” Soal Nuril.
“Haa...tu small matter je. Jap aku call Asrar.” Rina mendail nombor Asrar namun panggilannya tidak berjawab. Dia cuba lagi beberapa kali namun masih tidak berjawab.
“Hmm.. tak jawab pulak si Asrar ni. Ke dia kerja hari ni?” kata Rina sambil merenung ke arah skrin telefonnya. Nuril hanya memerhati tingkah laku Rina. Rina kemudiannya mendail nombor Remy pula.
‘Hello...’ Remy menjawab.
‘Hello...Remy. Asrar ada dengan kau ke?’
‘Huh? Kau call aku tanya pasal Asrar?’ balas Remy.
‘Aku tanya sebab dia tak jawab call aku.’ Terang Rina.
‘Oo...Dia dalam bilik air. Tak dengar pulak telefon dia berbunyi.’
‘Owh, ye ke. Aku nak tanya pasal planning berkelah kita tu. Korang okay tak kalau kita bermalam semalaman dekat sana?’ soal Rina.
‘Nak bermalam ke? Tiba-tiba pulak...’
‘Macam ni...sebenarnya abang Nuril nak join kita jugak ke PD ni, dia cadang kita bermalam dekat sana sebab dah alang-alang cuti. Jadi nak tanyalah pendapat korang okay ke tak?’
‘Oo..aku okay je. Kejap lagi aku tanya Asrar. Apa-apa aku maklum dekat kau semula.’
‘Alright. Bagitahu cepat ye, boleh aku booking hotel terus. Nanti lambat-lambat, penuh pulak bilik.’
‘Okay, jap lagi aku inform.’
Seusai Remy menamatkan panggilan, Asrar keluar daripada bilik air.
“Asrar...” panggil Remy. Asrar memandang ke arah sahabatnya itu.
“Rina call kau tadi.”
“Owh...” balas Asrar lalu menuju ke arah telefon pintarnya yang diletakkan di atas almari televisyen.
“Eh, telefon kau dekat situ? Kenapa tak berbunyi?” soal Remy kehairanan.
“Huh? Ye ke?” Asrar memeriksa tetapan di telefon pintarnya. Dilihat tetapan telefonnya yang berada dalam mode silent. Dia menepuk dahinya.
“Sorrylah...aku lupa nak tukar mode telefon aku.” Remy hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kenapa Rina call?” tanya Asrar.
“Dia kata ada perubahan plan sikit, dia orang ajak bermalam semalaman dekat sana.”
“Owh, nak bermalam? Nak berkhemah ke? Hehehe...”
“Haha...nak ke? Macam ni, sebenarnya abang Nuril nak join kita sekali ke sana nanti.”
“Huh? Abang dia nak join?” Asrar sedikit terkejut penjelasan Remy kemudian dia terus tersengih.
“Kenapa kau sengih?” tanya Remy yang perasan akan reaksi pelik Asrar.
“Haa..? Erkk, tak ada apa-apa hehe.”
Adwa nak join? Hmm...Kantoilah aku kali ni, baru nak berahsia sikit hehe.
“So...kau okay tak kalau bermalam?”
“Aku on je. Kebetulan cuti ni...kita ambil peluanglah. Boleh juga release stress.” Kata Asrar sambil mengangkat-angkat keningnya.
“Okay, nanti aku bagitau Rina.”
********
Pada keesokkan harinya, Nuril ke pejabat seperti biasa. Dia sedang menumpukan perhatiannya pada dokumen kerjanya walaupun kepalanya terasa sedikit berat. Nuril dapat merasakan yang badannya kurang sihat, badannya mulai merasa lenguh, kepalanya mula berdenyut. Dia terlalu fokus menyiapkan kerjanya sejak beberapa hari yang lalu di mana dia terpaksa mengejar tarikh akhir untuk menghantar laporan.
Nuril kemudiannya meletakkan kepalanya di atas meja sambil beralaskan lengannya. Dia memejamkan matanya seketika. Dia dapat merasakan hawa nafas yang keluar dari hidungnya sedikit panas daripada biasa. Tingkah lakunya itu disedari oleh Mia.
“Mengantuk ke Nuril?” tanya Mia.
“Huh?! Ermm, tak...aku rasa berat kepala je sikit.” Balas Nuril tanpa mengubah posisinya. Mia bangun dari tempat duduknya lalu dia menghampiri Nuril.
“Are you sure?” tanya Mia lalu meletakkan telapak tangannya atas dahi Nuril. Dia sudah masak dengan perangai Nuril sebelum-sebelum ini, walaupun dia tidak sihat, dia tetap juga datang bekerja.
“Eh! Kau demam ni. Panas.” Ujar Mia.
“Hmm, sikit je ni. Aku makan ubat kejap lagi ni okaylah.”
“Ish! Kau ni...pergi klinik sekarang, ambil MC. Rehat dekat rumah.”
“Ala. Sikit je ni.”
“Aishh! Tak ada sikit-sikit...pergi klinik. Ni arahan tau.” Tegas Mia.
“Erm...” Nuril lalu mengangkat kepalanya memandang ke arah Mia sambil tersenyum kelat.
“Pergi klinik tau. Risau aku dengan kau ni.”
“Hehe...yelah. Lepas kerja nanti aku pergi.” Kata Nuril untuk menyedapkan hati Mia. Dia tidak ada niat untuk ke klinik, baginya dia cuma demam biasa.
“Lepas kerja baru nak pergi?” soal Mia dengan membulatkan matanya ke arah Nuril.
“Yelah, dah nak habis waktu kerja dah ni.” Ujar Nuril sambil mengerling ke arah jam di tangannya yang menunjukkan sudah hampir 5.30 petang.
“Hmm...kau janji dengan aku yang kau akan pergi ke klinik.”
Adoi! Mia ni. Aisshh... nak suruh berjanji pulak.
“Hmm, ye lah, ye lah. Aku janji, aku pergi.”
Sengaja Mia meminta Nuril berjanji dengannya kerana dengan cara itu sahaja baru dia benar-benar yakin yang Nuril akan pergi ke klinik. Dia faham betul dengan perangai Nuril yang tidak akan memungkiri janjinya.
Petang itu Nuril pulang agak lewat sedikit dari kerja kerana dia tetap berdegil untuk menyiapkan kerjanya terlebih dahulu walau berkali-kali di halau oleh Mia. Setelah merasa rimas dengan bebelan Mia yang tanpa henti menyuruhnya pulang untuk ke klinik, Nuril akhirnya akur. Badannya terasa lesu, demamnya tidak kebah walaupun dia sudah pun menelan ubat. Nuril menggagahkan dirinya untuk memandu menuju ke sebuah klinik swasta, klinik tersebut merupakan klinik panel bagi syarikat tempatnya berkerja. Dia membuat pendaftaran di kaunter klinik setibanya dia di situ.
Nuril menyandarkan kepalanya ke dinding di belakangnya setelah melabuhkan punggungnya di kerusi menunggu. Suasana di klinik tersebut agak lengang, hanya terdapat dua orang pesakit sahaja yang sedang menunggu giliran. Hampir sahaja Nuril terlelap di atas kerusi tersebut, dia tersedar apabila terdengar bunyi mesin angka giliran tersebut berbunyi. Dia memandang sekeliling, kelihatan seorang pesakit baru sahaja masuk ke bilik pemeriksaan, yang tinggal hanya dia seorang sahaja di situ.
Huh! Giliran aku lepas ni. Mujur aku tak terlelap terus tadi. Hmm, petang ni baru rasa betul-betul tak larat. Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa hambaMu ini..
Selang beberapa ketika gilirannya pun tiba. Nuril mengetuk pintu bilik rawatan tersebut lalu melangkah perlahan masuk ke dalam.
“Assalammualaikum doktor.” Nuril menyapa lalu memandang ke arah doktor lelaki yang sedang meneliti rekod rawatan di tangannya.
Eh! Macam aku pernah tengok je dia ni. Aku ada pernah jumpa dekat mana-mana ke?
“Waalaikumussalam, jemput duduk.” Kata doktor tersebut yang masih lagi membaca maklumat pada kad rawatan Nuril. Nuril memerhati nama yang terdapat pada plak nama di atas meja tersebut, tertera nama Doktor Jauzan Muqhriz.
Jauzan Muqhriz...hmm, tak kenal. Aku tak kenal, muka je yang aku pernah tengok. Nuril berkata-kata dalam hati.
“Cik Nuril ye? Kenapa ye hari ni?” soal Jauzan lalu memandang ke arah Nuril yang sudah duduk di hadapannya. Riak wajah Jauzan sedikit terkejut.
“Awak?” soal Jauzan.
“Awak yang tumpahkan air kopi tempoh hari tu kan?” Jauzan menyoal.
“Huh?!” Terbeliak mata Nuril mendengar pertanyaan Jauzan. Baru dia teringat dekat mana dia pernah bertemu dengan lelaki tersebut.
“Owh, patutlah saya rasa macam pernah tengok.” Kata Nuril.
“Minta maaf pasal tempoh hari.” Sambung Nuril lagi walau hakikatnya kesalahan itu bukan berpunca darinya.
“Erm, saya dah buang seluar tu.” Kata Jauzan bersahaja.
“So, sakit apa hari ni?” sambung Jauzan lagi.
Buang? Membazir betul. Bukan tak boleh cuci. Nuril mengomel dalam hati.
“Hmm, saya demam.” Jawab Nuril pendek. Jauzan segera menyukat suhu badan Nuril dengan alat penyukat suhu di dahi Nuril. Tanpa sedar Jauzan merenung ke wajah Nuril.
“Erm, suhu 38.4. Memang demam, tinggi juga ni.” Ujar Jauzan lalu mengambil bacaan tekanan darah pula.
“Ada batuk, selesema tak?”
“Setakat ni tak ada, cuma ada rasa perit sikit dekat tekak.”
“Cuba buka mulut, saya check sekejap.” Nuril hanya mengikut arahan Jauzan.
“Tekak ada merah sikit.. tonsil okay.” kata Jauzan lalu memandang tepat ke mata Nuril.
Hmm...Cantik perempuan ni. Kenapa hari tu aku tak perasan?Ahh! Mungkin masa tu aku tengah stress, mana mungkin aku nak perasan semua tu.
“Owh, ye ke...”
“Dah lama ke kerja dekat Meta Design ni?” Soal Jauzan tiba-tiba. Dia sudah pun membaca sekali lalu maklumat peribadi Nuril pada kad rawatan tersebut.
“Huh? Owh, dah hampir dua tahun.”
“Owh, lama juga dah. Saya doktor locum dekat sini. Biasa lepas habis kerja di Klinik Kesihatan saya akan buat locum.” terang Jauzan tanpa di tanya. Nuril hanya mengangguk perlahan sambil terkebil-kebil. Dia tidak faham apa motif Jauzan memberitahunya perkara berkenaan.
“Balik nanti pastikan makan ubat. Sebelum tu, ada alergik mana-mana ubat ke?”
“Tak ada.”
“Okay...saya bagi awak MC dua hari.” Ujar Jauzan lalu merekod ubat-ubatan dan MC pada kad rawatan Nuril.
“Okay doktor. Terima kasih.”
“Panggil saya Jauzan je. Ini kad saya.” Jauzan menghulurkan kad namanya pada Nuril.
“Huh?!” Nuril terkejut. Berkerut dahinya memikirkan untuk apa dia diberi kad tersebut.
“Jangan salah faham. Kita dah pernah bertemu sebelum ni cuma tak sempat nak berkenalan je sebab saya kejar masa tempoh hari. Tak sangka pula berjumpa di sini. Awak boleh call saya kalau ada apa-apa nak tanya atau ada kecemasan ke...”
“Owh...he.” Nuril tersenyum tawar. Dia memahami apa yang cuba disampaikan oleh Jauzan. Jauzan mahu Nuril menganggapnya sebagai kawan dan bukannya doktor semata-mata. Nuril mencapai kad nama yang dihulur oleh Jauzan.
“Terima kasih doktor.” Ujar Nuril lalu bangun dan menuju ke pintu.
“By the way, kalau rasa tak okay lagi selepas dua hari.. boleh datang semula ke klinik.” Pesan Jauzan sebelum Nuril melangkah keluar. Nuril mengangguk lalu melemparkan senyuman pada Jauzan.
Setibanya di rumah Nuril berbaring di atas sofa. Dia terlelap di situ. Rina yang baru pulang dari kerja pada jam 7.45 malam sedikit terkejut melihat keadaan rumah yang agak gelap, lampu yang menyala hanya lampu di ruang tamu. Dia berjalan perlahan ke arah ruang tamu. Terbeliak matanya melihat Nuril yang tidur di atas sofa tanpa menyalin tudung dan baju kerjanya terlebih dahulu.
“Nuril...” panggil Rina lalu mendapatkan Nuril.
“Nuril, kau okay tak ni? Jarang aku tengok kau macam ni, biasa kalau macam ni time kau tak sihat je.” Rina sudah cukup masak dengan perangai Nuril. Dia merasa dahi dan leher Nuril.
“Panas ni. Kau demam...Nuril, bangunlah.” Panggil Rina lagi, namun tiada balasan dari Nuril.
Ish! Pengsan ke budak ni? Rina sudah cuak selepas beberapa kali dia memanggil sahabatnya itu.
“Nuril...bangunlah. Aku risau ni..” Rina menggoncang tubuh Nuril beberapa kali. Nuril membuka matanya perlahan.
“Errmm...hmm...”
“Kau okay tak ni?”
“Aku...tak laratlah.”
“Kau dah makan ubat ke belum?” soal Rina sambil memerhatikan bungkusan ubatan di atas meja yang masih belum terusik. Nuril menggeleng perlahan.
“Aku tak larat nak bangun ambil air.” Ujar Nuril. Sungguh dia berasa badannya terlalu berat untuk bergerak. Nuril membetulkan kedudukannya. Dia bersandar pada sofa sambil memejamkan matanya.
“Kejap aku ambilkan.”
Seketika kemudian Rina datang membawa segelas air. Disuanya ubat pada Nuril. Nuril memakannya perlahan. Nuril cuba berdiri, badannya yang kesejukan dilawannya.
“Kau nak ke mana?” soal Rina.
“Aku nak salin baju. Aku tak solat maghrib lagi.” Ujar Nuril lalu berjalan perlahan menuju ke biliknya.
“Aissh, Nuril ni. Sesekali kalau dia tak sihat, macam nilah selalu. Risau aku.” Rina mengomel.
Seusai membersihkan diri, Rina menuju ke dapur menyediakan makan malam. Dia memanaskan lauk yang dibelinya ketika dia pulang dari pejabat tadi. Nasi sudah dimasaknya sebelum dia mandi dan solat tadi. Sudah menajadi kebiasaan mereka untuk membungkus lauk pauk sahaja sekiranya masing-masing pulang lewat dari pejabat. Kebetulan hari itu merupakan giliran Rina untuk membungkus makanan. Rina menuju ke bilik Nuril, diketuknya perlahan.
“Nuril..Nuril...” panggil Rina. Terdengar balasan dari Nuril dari dalam bilik.
“Kau okay tak?” Soal Rina lalu membuka pintu bilik Nuril. Dilihatnya Nuril sedang terbaring di atas katilnya berselimut.
“Aku okay...” jawab Nuril ringkas.
“Okay sangatlah tu. Jom makan.”
“Aku tak ada selera...”
“Kena makan jugak sikit. Nanti tak ada tenaga. Kau nak aku panggil abang kau tak?”
“Huh?! Nak buat apa?”
“La...abang kau kan doktor. Of courselah untuk check kau.”
“Ish! Sikit je ni.” Nuril menolak cadangan Rina.
“Kau selalu macam ni. Tiap kali demam kau tak nak suruh abang kau check.”
“Eh, bukan tak naklah. Aku dah jumpa doktor tadi dekat klinik.”
“Itu doktor klinik. Ni dengan family sendiri. Hmm, ke kau nak aku panggil lelaki misteri Asrar tu datang check kau? Hahaha.” Ujar Rina mengusik.
“Rina...!” marah Nuril.
“Hahaha...”
“Kau ni Rina...aku tak sihat macam ni pun kau still nak sakat aku.”
“Hehehe...sorry. Kau nampak comel bila kena sakat. Hahaha.” Nuril menjeling ke arah Rina. Badannya terasa kebah sedikit selepas menelan ubat tadi.
“Jom kita makan. Lepas makan nanti bolehlah kau rehat. Kau kena sihat cepat-cepat, hujung minggu ni kita nak ke PD.” kata Rina. Mereka kemudian akhirnya menuju ke meja makan. Walaupun tiada selera Nuril memaksa dirinya untuk makan sedikit.
Terima kasih kerana sudi membaca...
Share this novel