Bab 27

Romance Series 6062

Malam itu, selesai solat isyak Asrar duduk di ruang tamu rumahnya sambil menghadap komputer riba. Dia sedang menelaah beberapa jurnal berkaitan perubatan. Remy yang baru pulang dari dobi menegurnya.

“Study lagi ke bro?”
“Aa...erm, baca jurnal.” Balas Asrar ringkas.
“Kuat betul kau ni belajar.” Ujar Remy lalu dia duduk di sofa berhampiran Asrar. Dia mula melipat baju yang baru dikeringkannya di dobi tadi.
“Erm...biasa je ni. Tambah ilmu sikit. Hehe.”
“Aku jumpa Nuril dekat office dia tadi.”
“Owh. Macam mana interview kau hari ni? Hampir terlupa pula aku.”
“Alhamdulillah. Semua soalan aku boleh jawab dengan baik. Harap adalah berita gembira untuk aku.”
“InshaAllah. Ada rezeki kau tu.” Ujar Asrar dengan matanya yang masih melekat pada skrin komputer.
“Ada Nuril mesej or contact kau?” Remy menyoal. Asrar menoleh ke arah Remy. Dia sedikit hairan dengan pertanyaan Remy.
“Waktu lunch tadi aku ada mesej dia. Lepas pada tu tak ada pula dia mesej aku. Kenapa?”
“Aku rasa kau kena bagi perhatian lebih sikit dekat dia sekarang ni.”
“Huh?! Apa maksud kau Remy? Kau ni buat aku risau je.”
“Ada orang tengah nak usha Nuril tu. Pasal secret admirer yang dia cerita baru-baru ni.”
“Ha ah. Ada...” Asrar mula tergamam.
“Hari ni, orang tu hantar bunga pula dekat dia.”
“Huh?! Bunga? Sungguh?!” Ujar Asrar terkejut. Dia mulai risau.
“Yup. Nuril beritahu aku masa aku jumpa dia petang tadi. Mungkin dia tak sempat nak
beritahu pada kau lagi kot.”
“Erm, tak ada lagi dia mesej aku. Waktu biasa dia mesej aku biasanya sebelum pukul 10 malam. Tu memang time dialah tu hehe.”
“Owh. Ye ke. Dah ada rutin rupanya haha.”
“Haha. Kau ni, tak adalah rutin pun. Bukan hari-hari kami mesej. Malam ni tak ada pula dia mesej, mungkin dia tak nak ganggu masa aku kot.”

“Hmm... Orang tu bagi bunga pula ye? Aissh, lain macam. Tak selidik dulu ke Nuril tu dah berpunya ke belum?” Asrar mengomel.

“Itulah. Orang zaman sekarang ni, dah tak kira dah siapa-siapa. Even bini orang pun boleh je dia ganggu.”
“Hmm. Tak apalah, aku tunggu mesej dari Nuril dulu. Aku dah pesan pada dia kalau ada apa-apa, bagitahu je pada aku.”
“Erm, okaylah macam tu. Kau dealslah dengan dia nanti. Aku bukan apa, aku risau juga... ntah siapa-siapa yang hantar hadiah macam-macam dekat dia. Risau kalau orang tu ada niat tak baik ke apa ke.”

“You are right bro. Aku lagi risau. Ni pun dah banyak hari aku memikir macam mana nak settlekan hal Nuril ni, cuma tak dapat conclusion je lagi.”
******
Seusai menelaah beberapa jurnal, Asrar masuk ke biliknya. Matanya sudah mengantuk. Dia mengerling jam dinding di biliknya, waktu sudah menunjukkan hampir 10.40 malam. Dia meletakkan beg komputer ribanya di tepi almari lalu dia merebahkan dirinya di atas katil. Dia menyentuh skrin telefon pintarnya untuk melihat notifikasi yang diterima namun masih tiada mesej daripada Nuril.

Erm, tak ada pula dia mesej aku malam ni. Dah tidur agaknya. Tak apalah. Asrar meletak
telefonnya di meja sisi katilnya lalu dia mematikan lampu tidur biliknya. Baru sahaja dia hendak memejamkan mata, telefonnya bergetar beberapa kali menandakan ada mesej yang baru masuk. Dia mencapai semula telefonnya lalu dibukanya notifikasi tersebut.

Nuril : Assalammualaikum awak. Sorry ganggu awak malam-malam.
Nuril : Saya nak mesej awak tadi tapi saya tertidur pula????
Asrar tersenyum membaca mesej daripada Nuril. Bertuah betul. Boleh pula dia bangun semata-mata nak mesej aku.
Asrar : Waalaikumussalam princess.. Tak apa, saya ok je. Kenapa tak sambung je tidur tu? Hehe.
Nuril : Hehe...tak apa, nak mesej dengan awak kejap. Jap lagi saya tidur.????
Asrar : Princess rindu dekat saya ke?????
Nuril : ????????????????????????
Asrar : ???? Awra ok hari ni?
Nuril : Saya ok, tapi hari ni saya ada terima bunga pulak dari secret admirer tu ????. Saya tak tahu nak buat apa. Tapi dia ada tulis huruf J dan M pada signature dia.
Asrar : Owh, ye ke. Huruf J dan M?????
Nuril : Ha ah, saya rasa dia nak bagi hint dekat saya. By the way, awak kenal tak Jauzan? Doktor Jauzan.
Asrar : Jauzan? Awra kenal dia?
Nuril : Saya rasa dia yang hantar hadiah-hadiah tu... Saya baru je lagi kenal dia, dia kata dia kawan Adwa. Kalau dia kawan Adwa, mesti awak pun kenal dia juga kan?
Asrar : Oo... Jauzan Muqhriz. Saya kenal dia tapi kami tak rapat. Boleh jadi betul tekaan Awra tu, mungkin Jauzan yang bagi hadiah-hadiah tu ????. Huruf J dan M tu dah boleh relate dengan dia.
Nuril : Kan, saya pernah jumpa dia dekat Klinik Panel. Dia buat lokum dekat situ.
Asrar : Oo, ye ke...tapi macam mana dia boleh bagi hadiah semua tu?
Nuril : Itu kalau betul dialah. Hmm, saya pernah jumpa dengan dia beberapa kali sebelum ni. Dia nak berkenalan dengan saya ????????????????.
Asrar : Uish! Lain macam. ????
Asrar : Saya ok je kalau princess nak kawan dengan dia. Cuma saya tak nak princess rapat sangat je dengan dia...
Nuril : Awak tak marah? ????
Asrar : Saya tak marah tapi saya jealous????
Nuril : Awak! ???? Awak fikir apa ni?
Asrar : ???? Manalah tahu kalau-kalau princess tiba-tiba suka dekat lelaki yang suka bagi hadiah-hadiah macam tu... Mana nak pandang dah saya yang tak pernah beri apa-apa dekat princess ni hurm????
Nuril : Awak...! Siapa kata awak tak pernah beri apa-apa dekat saya? ???? Saya dah pun terima hadiah yang paling berharga dari awak tau ????. Awak jangan nak fikir yang bukan-bukan????.
Asrar : Huh?! Hadiah berharga dari saya?????
Nuril : Hmm... Tak kan awak tak tahu apa yang awak dah bagi pada saya? ????
Asrar : ????????saya tak dapat nak berfikir... erm. Apa dia eh? Buku yang saya belanja dulu tu ke?
Nuril : Cuba awak fikir betul-betul hehe...
Asrar : ???? otak saya tak function lah malam-malam ni. Saya ada bagi apa lagi pada princess? Saya lupa ke?
Nuril : Hahaha...????Awak ni kelakarlah. Awak lupa ye?
Asrar : Huhuhu ????
Nuril :❤️CINTA awaklah????
Asrar : ???????? Princess!! Tiba-tiba terasa anak panah cinta tertusuk dekat hati saya ni... Aduh!????
Nuril : Awak ni kan????
Asrar : Ya Allah! Macam mana boleh tak nampak ni? Aduh! Hahaha... ????Thanks princess ????
Nuril : ???????? By the way... awak rasa perlu ke saya tanya Jauzan pasal hadiah-hadiah tu?
Asrar : Nak saya tanyakan?
Nuril : Eh! Tak apa, biar saya tanya dia. Kalau awak tanya nanti mesti dia pelik pula.
Asrar : Hmm, ye tak ye juga kan? Alright. Apa-apa maklum dekat saya tau..
Nuril : Ok. Erm, sebenarnya Jauzan ada ajak saya keluar ????????????????
Asrar : ???? Awra setuju ke?
Nuril : Tak...saya kata saya ada hal ????. Tapi rasa bersalah pula sebab menipu.

Aisshh! Tak boleh jadi ni. Nak kena cepat-cepat ikat ni. Hmm. Ya Allah! Kau bantulah hambaMu ini, permudahkanlah urusanku. Asrar berasa tidak senang dengan apa yang diberitahu oleh Nuril. Dia risau jika gadis yang amat dicintainya itu jatuh ke tangan orang lain. Cintanya sudah semakin menebal, tidak sanggup dia untuk merasa kehilangan lagi sekali.
Asrar : Tipu sunat hehe. No worries. Erm...Awra, dah lewat ni, kesian princess saya ni, nanti tak cukup tidur pula.
Nuril : Owh, ha ah...dah pukul sebelas lebih hehe... oklah awak.
Asrar : Jaga diri.
Nuril : Ok awak. Awak pun jaga diri. Selamat malam.
Asrar : Selamat malam princess. Sweet dream.
Nuril : Have a good night sleep prince.

Ya Allah! Kenapa tiba-tiba aku rasa tak sedap hati ni? Aish! Asrar! No...No... you have to put your trust on her. Don't let your emotions conquer your heart! Ya Allah, semoga kami berdua sentiasa berada di bawah redha dan rahmatMu. Kau lindungilah kami dari segala niat-niat yang tidak baik dari orang-orang disekeliling kami. Aamiin Ya Rabb... Asrar berkata-kata dan berdoa di dalam hatinya.
******
Pada pagi hari Ahad minggu itu, Rina bersiap-siap untuk keluar. Dia mengoles tipis pemerah bibir ke bibirnya. Dia mencapai beg tangannya dari atas katil lalu keluar dari bilik sambil menyanyi-nyanyi kecil. Matanya mengerling ke arah Nuril yang sedang berbaring di atas sofa sambil membaca buku novel.
“Hai Cik Nuril! Tak keluar ke hari ni?” soal Rina sambil mengerling jam di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 9.45 pagi.

“Huh? Tak...” jawab Nuril pendek sambil menoleh ke arah Rina.
“Boyfriend tak ajak dating ke? Hehehe.” Rina mengusik. Nuril mencebik.
“Boyfriend I busy.” Jawab Nuril selamba sambil tersengih.
“Ala... siannya.”
“Kau nak pergi mana tu?” Nuril menyoal.
“Aku ada date dengan Fadhlan hehe.”
“Ooo...patutlah lain macam happy, nak pergi dating rupanya.” Ujar Nuril tersenyum.
“Hahaha...”
“Elok-elok dating tu hehe.”
“Haha...okaylah Nuril. Aku keluar dulu tau.” Kata Rina lalu beredar menuju ke pintu rumah.
Nuril hanya memerhati dari jauh.

Hmm. Semacam happynya. Hehe. Rina... Rina. Nuril kembali menyambung membaca novel ditangannya. Seketika kemudian telefon pintarnya berdering. Dia mencapai telefonnya dari atas meja lalu melihat pada skrin telefon tersebut, tertera nama Jauzan. Nuril berfikir seketika sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

“Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Jauzan dalam nada ceria.
“Nuril tengah buat apa tu? Sorry ganggu.”
“Aa... Tengah baca buku. Tak apa. Hehe.”
“Actually saya ada something nak beritahu pada Nuril.”
“Owh, apa tu?”
“Tak best nak cakap dalam phone. Kita jumpa sekejap boleh?”
“Erk...hmm. Sekarang ke?”
“Erm, sekarang kalau Nuril free.”
“Penting ke awak?”
“Kind of...for me.”
“Erm...saya bagitahu awak semula sekejap lagi boleh? Saya ada hal kejap lagi ni.”
Adoi! Terpaksalah aku menipu lagi. Benda apa yang dia nak beritahu aku ni?

“Owh, okay. Boleh, boleh. Saya tunggu.”
“Sekejap lagi saya beritahu awak semula ye.” Balas Nuril. Dia berada dalam keadaan serba salah. Nuril bersandar pada sofa merenung ke arah siling rumah.

Aku nak buat apa ni? Hmm. Patut ke aku pergi jumpa dia? Erm, pasal hadiah-hadiah tu pun aku belum tanya dia lagi.

Setelah berfikir beberapa ketika Nuril mengambil keputusan untuk menghubungi Asrar. Dia mendail nombor Asrar beberapa kali namun tidak berjawab.

Dia tengah busy agaknya. Aish! Aku pula pergi ganggu. Adoi! Nuril mengetuk perlahan kepalanya, dia marah pada dirinya sendiri sebab mengganggu Asrar yang sedang bertugas. Asrar sedang oncall pada hari itu. Nuril kemudiannya menuju ke dapur untuk membancuh secawan kopi seraya itu otaknya ligat berfikir dengan perlawaan Jauzan tadi. Tiba-tiba telefon pintar Nuril berdering lagi. Tertera nama Adwa pada skrin telefon tersebut.

“Assalammualaikum...along.”
“Waalaikumussalam. Adik tengah buat apa tu?”
“Tengah minum kopi hehe. Kenapa along?”
“Owh, dekat luar ke tu?”
“Huh? Tak, adik dekat rumahlah.”
“Ingatkan ada dekat luar. Along saja je call, dah beberapa hari adik tak contact along.”
“Owh, adik busy sikit minggu ni hehe. Sorry along. By the way adik nak tanya sikit boleh?”
“Huh? Nak tanya apa tu? Macam serious je bunyinya.”
“Haha...tak adalah. Adik nak tanya pasal Jauzan sebenarnya. Kawan alongkan?”
“Jauzan? Eerm, kenapa?”
“Erm, along tak kerja hari ni kan? Adik pergi rumah alonglah, kita cerita kat sana.”
“Along tak kerja hari ni. Marilah datang sini. Elok-elok drive tu.”
“Okay along.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience