Beberapa hari selepas itu Nuril dan Rina keluar ke pusat bandar Kuala Lumpur. Mereka menuju ke pesta buku yang sedang berlangsung di PWTC. Rina menemani Nuril yang mahu mencari novel.
“Banyak ke novel yang kau nak beli?” tanya Rina seraya mereka berdua berjalan menaiki tangga.
“Tengok keadaan hehe. Mungkin dua atau tiga.” Balas Nuril.
“Haish, ulat buku betul kau ni hehe.”
“Kau ejek aku eh?” Ujar Nuril sambil menjeling.
“Ish, taklah. Bagus apa jadi ulat buku daripada jadi ulat bulu naik daun hahaha.” Rina berseloroh.
“Hahaha. Kau ni.”
“Nuril...aku nak ke tandas sekejap. Tunggu aku tau.”
“Okay. Aku tunggu kau kat depan tu.” Ujar Nuril lalu berjalan ke booth buku berhampiran. Dia membelek-belek buku yang ada di situ.
Seusai selesai urusan di tandas Rina berjalan perlahan sambil mencari-cari kelibat Nuril. Pengunjung yang ramai pada ketika itu membataskan sedikit pandangannya. Dia memanjangkan sedikit lehernya.
“Eh! Rina!” Tegur satu suara. Rina menoleh ke arah suara tersebut. Dia tersenyum.
“Kau Asrar. Ingatkan siapa tadi.”
“Akulah...kau nak beli buku ke?” soal Asrar.
“Aku? Beli buku? Hmm, kirim salam lah. Aku teman Nuril. Ntah ke mana dah dia pergi. Kau sorang ke?”
“Haah, aku sorang je. Tadi ajak Remy, dia tak mahu ikut. Penat katanya, semalam seharian dia dekat site. Sejak dua menjak ni, busy betul dia.” Terang Asrar.
“Owh, banyak projeklah tu. Erm, kau nak join kita orang?”
“Erm...boleh jugak. Ada jugak geng hehe.”
“Jom...tapi tolong aku cari Nuril dulu. Dah lemas dalam buku kot minah sorang ni haha.”
“Hehe..Macam mana nak tolong cari, rupa dia pun aku tak tahu macam mana.” Ujar Asrar tersengih.
“Aduh! Aku lupa kau tak pernah jumpa dia lagi. Takpe, kau ikut aku jelah.” Ujar Rina lalu berjalan menuju ke hadapan sedikit daripada booth yang diberitahu oleh Nuril tadi. Asrar membuntuti Rina dari belakang. Setelah beberapa minit berjalan, Rina akhirnya ternampak kelibat Nuril di hadapannya yang membelakanginya. Walaupun pandangan dari belakang Rina masih boleh mengenali Nuril berdasarkan pakaian dan beg sandang yang dipakainya. Nuril sedang khusyuk membelek buku di tangannya.
“Hahh! Jumpa pun kau. Amboi! Khusyuknya membaca.” Sapa Rina sambil menepuk belakang Nuril.
“Huh?!! Uishh...terkejut aku.” Ujar Nuril lalu menoleh ke arah Rina di belakangnya. Seusai menoleh dia terus terpandang wajah Asrar yang sedang berdiri di belakang Rina dengan riak wajah yang agak terkejut. Fizikal Asrar yang agak tinggi itu menyebabkan dia mudah menonjol. Terbeliak mata Nuril memandang ke arah Asrar. Mata Nuril dan Asrar bertentangan untuk seketika. Rina yang perasan akan situasi tersebut merasa pelik, dipandangnya silih berganti antara Asrar dan Nuril.
“Awak??” kata Asrar dan Nuril serentak.
“Eh! Korang ni kenapa?” Rina terpinga-pinga, dia cuba memahami situasi tersebut. Suara Rina itu menyedarkan mereka berdua. Asrar tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak percaya gadis yang dicarinya selama ini berada begitu hampir dengannya.
Nuril menarik Rina menjauh sedikit dari Asrar. Rina sedikit kaget.
“Eh, eh..kau kenapa?”
“Rina. Lelaki yang berdiri dekat belakang kau tu. Lelaki yang aku jumpa dekat taman dan pasar malam tulah.” Bisik Nuril perlahan.
“Huh?! Dia ke lelaki tu?” Tanya Rina ingin kepastian.
“Haah. Dialah.” Nuril mengiakan.
“Hahaha...hahaha.” Rina ketawa kuat. Mujur sahaja suasana di situ agak bising jadi tidak ramai pengunjung yang perasan suara Rina yang kuat itu.
“La...kenapa kau ketawa?” Soal Nuril hairan. Nuril kemudiannya memandang ke arah Asrar sambil tersenyum tawar, malu dengan perangai Rina yang tiba-tiba ketawa begitu. Asrar tersengih menampakkan giginya yang putih bersih itu.
“Hahaha...kelakarnya. Hehe.”
“Kau kenapa Rina? Apa yang kelakar? Adoi...” ujar Nuril. Asrar hanya tersenyum, dia sudah pun memahami apa yang sedang berlaku.
“Nuril. Kau tau tak...? Lelaki ni kan...haha. Selama ni...”
“Kau ni, cakaplah elok-elok. Aku tak faham.” Tutur Nuril lembut.
“Macam nilah. Biar saya terangkan.” Sampuk Asrar.
“Nama saya Asrar...kawan Rina dan Remy.”
“Awak Asrar?!” tanya Nuril sedikit terkejut.
“Awak Asrar??” Nuril menyoal sekali lagi kerana tidak percaya.
“Ya. Saya Asrar. Hehe.”
“Ya Allah...selama ni rupanya...” ujar Nuril tanpa menghabiskan ayatnya. Otaknya sedang memproses maklumat yang baru diterimanya. Dia memandang ke arah Asrar yang masih tersenyum ke arahnya.
“Selama ni korang dah bertemu secara tak sengaja. Hehe.” Sampuk Rina.
Alamak! Malunya aku. Aduh...lelaki tu rupanya Asrar? Silap aku juga, selama ni aku tak pernah ambil tahu sangat pasal kawan yang sorang ni. Acap kali Rina tunjuk gambar Asrar, tapi aku selalu buat tak endah je. Aiishh...Nuril mengomel di dalam hati.
“He...manalah aku tahu.” Jawab Nuril perlahan, pipinya sudah merah menahan malu. Nuril menutup kedua-dua belah pipinya dengan tangan. Dia tidak mahu Asrar melihatnya.
“Itulah padahnya kawan saja tapi tak pernah jumpa dan tak pernah nak ambil tahu.” Ujar Rina selamba.
Kalau dia Nuril. Boleh jadi dia juga Awra. Ahh, nak kena tahu nama penuh dia pulak baru aku boleh pastikan dia ni adik Adwa.
“Adoi...kelakarlah korang ni hehe.” Ujar Rina.
“Oleh kerana korang dah berjumpa, marilah aku kenalkan dengan proper sikit.” Sambung Rina lagi.
“Nuril...ni Khairun Asrar. Kawan yang kau dah kenal lama cuma tak rapat je dan dia... lelaki misteri yang kau jumpa baru ni hahaha.” Rina mula menyakat.
“Rina...” Marah Nuril lembut sambil menjeling ke arah Rina.
“Asrar...ini kawan kita, Nuril Awra yang kau jumpa secara tak sengaja tu hehehe. Lain kali luangkan sikit masa nak kenal dengan kawan-kawan terdekat kau walau sesibuk mana pun kerja kau tu.” Tegur Rina selamba. Terbeliak sedikit mata Asrar apabila Rina menyebut nama penuh Nuril.
Huh!! Aku dah agak. Betul sangkaan aku. Dia adik Adwa. Ya Allah, akhirnya kau temukan kami. Asrar berbisik di dalam hatinya. Hatinya yang kecewa tempoh hari kembali berbunga-bunga. Tidak lekang senyuman dibibirnya.
“Hehe...ye.. aku salah, sebab busy memanjang. Kerja terlampau sampai kawan sendiri pun tak kenal.” Ujar Asrar mengakui kesalahannya.
“Eh, tak ada salah siapa-siapalah. Semua ni takdir yang dah tertulis.” Nuril menyampuk.
“Hehe..janganlah serious sangat Encik Asrar ooi.. Aku pesan je.”
“Takdir yang tertulis...” ucap Asrar perlahan.
“So, kau nak cari buku apa Asrar?” soal Rina pada Asrar.
“Huh! Aku tak plan nak beli buku apa. Aku just datang untuk tengok-tengok. Kalau ada buku yang aku berkenan baru aku beli.”
“Owh, typical ulat buku Asrar. Hehehe.”
“La, kenapa pulak?” tegur Asrar sambil mengerling ke arah Rina.
“Aku taulah kau tu ulat buku. Macamlah aku tak kenal kau.”
“Sekarang ni dah jadi typical ulat buku Asrar dan Nuril. Sama je korang berdua ni, ulat buku. Haha.”
“Wah...wah..wahh, kalau bab menyakat kaulah orangnya.” Sampuk Nuril. Rina tersengih. Asrar hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum dengan perangai Rina. Dia sudah masak dengan perangai Rina yang suka mengusik itu.
Mereka kemudiannya berjalan dari satu booth ke booth yang lain sambil membelek-belek buku yang bakal menjadi pilihan hati untuk dibawa pulang. Tiba di satu booth, Nuril mencapai satu buku yang bertajuk My Prince, dia membaca ringkasan di belakang buku tersebut. Ringkasan buku tersebut menarik perhatiannya. Lama dia memegang buku itu, dia sedang berkira-kira untuk membeli atau pun tidak kerana dia sudah pun membeli tiga buah buku di booth yang mereka singgah sebelum-sebelum ini.
“Menarik ke buku tu?” tegur Asrar yang perasan Nuril memegang buku tersebut sejak dari tadi.
“Huh! Hmm, buku ni ke?” Soal Nuril sambil menunjuk buku yang sedang dipegangnya.
Asrar mengangguk tersenyum.
“Erm, ringkasan cerita dia macam menarik. Kisah fantasi.” Balas Nuril tersengih.
“Owh! Awra suka genre yang macam tu?” soal Asrar.
Eh! Dia panggil aku Awra?
“Suka. Sebab bila saya baca cerita-cerita macam ni, saya boleh lari dari dunia realiti. He...”
“Hmm, mesti Awra ni jenis yang kuat berangan ni hehehe.” Asrar mengusik.
“Huh?!” tergamam Nuril mendengar kata-kata Asrar. Merah padam mukanya. Malu dia apabila lelaki itu dapat membaca sifatnya.
“Pipi Awra dah merah.” Tegur Asrar lagi lalu tersengih. Sengaja dia menegur begitu, dia suka melihat gadis itu tersipu-sipu malu. Nuril mengalihkan wajahnya ke arah lain, dia tidak mahu Asrar melihat mukanya yang sudah kemerahan itu.
Tak baik betul kau ni Asrar! Kenapa kau sakat dia? Baru je nak kenal rapat dengan dia nanti tak pasal-pasal dia jauhkan diri dari kau baru padan muka. Haishh... rasa salah pulak tindakan aku ni. Tapi aku tak boleh tahan, aku suka tengok dia macam tu. Asrar berkata-kata di dalam hati.
“Erk...saya minta maaf kalau kata-kata saya tu buat Awra tak selesa.” Asrar meminta maaf, terbit rasa bersalah dalam dirinya.
“Erm, tak apa. Hehe.”
“Tapi sebenarnya orang yang suka berangan ni, imaginasi dia tinggi, dia seorang yang kreatif...suka pada seni...hmm.” terang Asrar.
“Awak pandai ye baca character orang?” soal Nuril tersenyum.
“Tahulah sikit-sikit masa belajar psychology dulu hehe.”
“By the way. Awra nak ke buku tu? Biar saya bayarkan.” Sambung Asrar lagi.
“Eh, takpe.. takpe. Saya bayar sendiri.” Nuril menolak pelawaan Asrar.
“Tak apa. Saya bayarkan, saya belanja... anggap je sebagai hadiah perkenalan dari saya.” Asrar melemparkan senyuman pada Nuril.
“Hah!?” Nuril kaget apabila Asrar menyambar buku itu dari tangannya lalu membawa buku tersebut ke kaunter untuk bayaran. Nuril berdiri tidak berganjak, terkebil-kebil dia melihat tindakan Asrar. Rina pula sedang asyik membelek-belek buku di kawasan sekitar tanpa perasan apa yang berlaku.
“Nah..hadiah untuk Awra dari saya.” Asrar menghulurkan plastik berisi buku tersebut kepada Nuril. Nuril menerimanya tanpa bicara. Dia tergamam.
“Awra nak saya tulis apa-apa pesanan ke dalam buku tu?” Tambah Asrar lagi. Asrar tersengih melihat reaksi Nuril.
“Huh? Tak...tak apa.” Ujar Nuril sambil terkebil-kebil memandang ke arah Asrar. Nuril bagaikan dipukau.
“Ada lagi ke buku yang Awra nak beli?” soal Asrar lagi.
Nuril menggelengkan kepalanya.
“Hmm, Asrar...” panggil Nuril perlahan. Asrar menoleh.
“Terima kasih...” ucap Nuril sambil melemparkan senyuman.
“Sama-sama.” Balas Asrar.
“Korang...jom kita pergi makan. Aku dah lapar.” Ajak Rina.
“Jom..aku belanja.” Ujar Asrar.
“Tak sia-sia terserempak dengan kau hari ni dapat makan free hehe.” Kata Rina sambil tersenyum meleret. Nuril hanya ketawa kecil dan menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar kata-kata Rina. Mereka kemudiannya menuju ke kedai makan yang berdekatan untuk mengisi perut yang sudah lapar.
*****
“Amacam? Seronok dapat kenal lelaki misteri tu? Hahaha.” Sapa Rina seusai duduk di sebelah Nuril yang sedang membaca buku yang dibelinya siang tadi. Nuril beristirehat di ruang tamu pada malam itu.
Nuril menjeling ke arah Rina. Tajam jelingannya. Sengaja Rina menyakatnya.
“Kau perli aku ye?” balas Nuril. Rina tersengih mengejek.
“Malaslah aku layan kau.” Ngomel Nuril.
“Ala... Janganlah marah. Aku gurau je. Tapi aku pelik macam manalah kau boleh tak cam si Asrar tu.”
“Aku memang tak cam dia. Gambar dia yang kau tunjuk pada aku tu, aku mana tengok betul-betul pun hehe...”
“Hmm...patutlah. Lain kali berilah perhatian sikit ha...” tegur Rina.
“Yelah Cik Rina...” balas Nuril sambil matanya masih tertumpu pada buku ditangannya.
“Kau...tak nak kenal rapat dengan Asrar?” soal Rina. Nuril memandang pada Rina dengan pandangan yang pelik.
“Apa maksud kau?”
“Hmm, maksud aku...kau kan single, mana tahu kalau-kalau kau rapat dengan dia, boleh jadi kekasih hati dia.”
“Aku? Jadi kekasih dia? Siapalah aku ni.. entah-entah dia dah ada kekasih.”
“Erm, dia singlelah Cik Nuril ooii...”
“Mana kau tahu?”
“Aku tahulah sebab aku kawan dia. Hahaha.”
“Hmm, kalau macam tu. Kau jelah jadi kekasih dia hehe.” Cadang Nuril selamba sambil tersengih. Jauh di sudut hatinya, sudah terbit perasaan sukanya pada Asrar namun dia hanya mendiamkannya sahaja. Dia tertarik dengan sikap sopan jejaka itu ketika berbicara dengannya.
“Aku pulak...aku ni...kalaulah dia suka aku, dah lama aku jadi kekasih dia. Hahaha..”
Nuril mengerutkan dahinya mendengar jawapan Rina. Dia hanya tersenyum tawar, kurang mengerti apa maksud temannya itu.
“Dia tak suka kau ke?” tanya Nuril.
“Hehe...dia suka aku tapi...dia tak cintakan aku. Dia anggap aku ni tak lebih dari seorang kawan. Aku pun anggap dia tak lebih dari seorang kawan.”
“Owh! Tapikan...diakan ada rupa tak akanlah dia tak ada kekasih lagi? Biasa orang-orang handsome ni jaranglah yang belum berpunya.” Kata Nuril sambil mengerling ke arah Rina.
“Dia pernah bertunang sebelum ni tapi dah putus.”
“Owh! Ye ke? Kenapa?” balas Nuril dengan nada yang sedikit terkejut.
“Ex dia curang. Aku tak nak cerita lebih-lebih...tapi itulah hakikatnya.”
“Owh...” balas Nuril. Dia tidak menjangkakan hal itu.
“Owh! Ye...dia putus tunang sama tarikh kau putus dengan Haiqal.”
“Huh?!” Nuril menoleh ke arah Rina dengan wajah terkejut. Rina mengangguk.
“Ye, hari yang sama dengan kau. Aku nampak dengan mata aku sendiri apa yang berlaku sebab aku keluar makan dengan Remy dan Asrar waktu tu.”
“Owh, ye ke. Kesian dia.”
“Tapi, itu cerita lepas. Aku sedih tengok korang berdua hari tu. Sekarang kau dengan dia dah move on. Kau kena cari kebahagiaan kau tau. Aku nak tengok kau happy.”
“Hehe...doakanlah untuk aku. Aku pun doakan untuk kau, Remy dan Asrar supaya cepat bertemu jodoh.” Ujar Nuril tersengih.
“Aamiin...aku doakan kau bertemu jodoh dengan Asrar aamiin... hahaha.”
“Rina...” Marah Nuril dalam nada suara yang lembut.
“Kau jangan risau...mulut aku ni biasanya masin hahaha.” Rina menyakat lagi. Nuril mencapai batal di sebelahnya lalu dilemparnya ke arah Rina. Geram dia dengan usikan Rina namun dia akui mulut Rina sememangnya masin, pernah beberapa kali apa yang diucap oleh Rina menjadi kenyataan.
*****
Pagi Ahad itu Asrar dan Remy keluar berjoging dan bersenam di taman berhampiran rumah mereka. Sambil menghirup udara pagi yang segar mereka berbual-bual.
“Kau kenapa? Muka nampak ceria semacam je aku tengok.” Tegur Remy tatkala perasan akan perubahan sikap sahabatnya itu.
“Ye ke?” Asrar tersengih.
“Kau ni...tak payah nak soroklah... walaupun aku ni....tak pandai nak menilai.... character orang sangat tapi aku tak buta lagi... Nampak sangat muka hang tu ceria semacam. Aduh, penat...weh, stop sekejap.” Bicara Remy tersangkut-sangkut dek kerana sedang berjoging. Mereka kemudiannya berhenti seketika.
“Adoi..haha.. Aku... happy...pun salah ke?” ujar Asrar dengan nafas yang sedikit tercungap-cungap. Peluh menitik dari dahinya.
“Tak salah pun cuma... aku tak pernah tengok kau macam ni.” Remy meneguk bekalan air mineral yang dibawanya lalu dihulurnya kepada Asrar, Asrar mencapainya dan diteguknya untuk menghilangkan dahaga.
“Tak ada apa-apalah.” Jawab Asrar ringkas. Remy menjeling tidak puas hati.
“Kau ni banyak sangat berahsia dengan aku sejak akhir-akhir ni.”
“Ish, merepek je kau ni. Aku tak rahsiakan apa-apa pun.”
“Yelah tu.” Ujar Remy mencebik.
“Hehe. Yelah, aku cerita. Tak ada apa sangat pun sebenarnya.”
“Erm, benda-benda happy, sharelah dengan aku. Boleh jugak aku tumpang happy sekali.” Sambil berbual mereka duduk di kerusi di taman tersebut.
“Hehe...kau tau tak, gadis yang duduk dekat sebelah aku masa kat taman dulu tu siapa?”
“Gadis yang menangis tu ke? Manalah aku tahu. Kenapa? Kau dah tahu siapa dia ye? Patutlah happy lain macam.” Remy meneka.
“Aku nak tergelak sebenarnya...mesti kau tak percaya, gadis tu sebenarnya Nuril.”
“Huh??! Nuril? Kawan kita tu ke?” soal Remy tidak percaya. Terlopong mulutnya.
“Ye...Nuril Awra. Kau bayangkanlah, bertemu dengan aku yang tak kenal rupa dia macam mana. Malu jugaklah aku rasa sebab tak kenal kawan sendiri.”
“Hahaha...sabar jelah. Itulah, sibuk memanjang sampai tak sempat nak ambil tahu langsung pasal kawan sendiri.”
“Adoi, nak buat macam mana.” Kata Asrar sambil terengih.
“Mana kau tahu gadis tu Nuril?” soal Remy.
“Aku terserempak dia dengan Rina semalam dekat pesta buku. Hehe.”
“Owh, kau keluar dengan diaoranglah semalam. Tak ajak aku pun.” Remy mencebik.
“Hoi! Banyaklah kau punya tak ajaknya. Aku tanya kaulah pagi semalam tapi kau yang tak nak ikut..”
“Eh! Ada eh? Aku tak ingat.” Berkerut kening Remy memikirkan apa yang terjadi semalam.
“Mana nak ingatnya, kau tengah mamai. Dua kali aku tanya, kau yang jawab tak nak.”
“Ye ke? Hehe...mungkinlah kot, aku tak sedar.” Asrar menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar jawapan Remy.
“Tapi yang kau happy semacam tu kenapa?”
“Huh?! Erkk...happy sebab dah tahu siapa gerangannya hehe.”
“So, masih terbayang-bayang lagi ke Nuril dalam otak kau tu? Haha.” Remy menyakat. Asrar tersengih.
“Hehe...erm, masih. Makin kerap pulak menerjah. Haha...”
“Huh? Makin kerap? Aishh, lain macam.”
“Hah!! Aku tahu...Kau dah jatuh hati dekat Nuril ni. Hahaha.” Sambung Remy lagi.
“Haishh, kau ni.” Jatung Asrar berdegup laju saat mendengar kata-kata Remy.
Apasal aku berdebar tiba-tiba ni?? Tapi aku perasan, tiap kali teringatkan Awra mesti jantung aku semacam.
“Kalau dengan Nuril tu, tak mungkinlah kau tak jatuh hati. Nuril ni, dia lain sikit dari gadis-gadis lain. Dia budak baik, sopan. Aku paling suka sakat dia and tengok dia marah hahaha.”
“Owh, kau dengan Rina sama je perangai suka menyakat dia rupanya.”
“Haha...sebab bila dia marah, dia nampak comel je. Lepas tu cara dia marah tu tak macam marah pun sebab lembut sangat. Marah sopan macam tu. Hehe.”
“Hehe...aduh, korang ni. Kesian dia.”
“Hehe...kami dah biasa macam tu. Dia okay je. Kau ada perasaan dekat dia ke?” soal Remy tiba-tiba.
“Huh?! Aku? Hmm, aku suka tengok dia. Tapi aku tak beranilah nak lebih-lebih. Nanti karang marah pulak kekasih dia dekat aku.”
“Hmm, dia memang ada kekasih sebelum ni. Tapi setahu aku, dia dah putus. Itu yang Rina beritahu dekat akulah. Sekarang aku tak pasti dia dah berpunya ke belum. Kau cubalah tanya.” Kata Remy sambil mengangkat-angkat keningnya.
“Ishh, aku baru je kenal-kenal dengan dia, takkanlah nak tanya hal peribadi terus. Nanti terkejut pulak dia.”
“Kau kata Ma kau suruh cari calon cepat. Calon dah ada depan mata tu, apa lagi.. Cubalah haha.”
“Pandailah kau.” Asrar tersengih dengan usikan Remy.
“Dah berapa bulan kau single eh?”
“Hmm, hampir setahun jugak dah aku rasa.” Ujar Asrar sambil mengusap-usap dagunya.
“Erm, dah lama jugak tu. Boleh dah tu pelahan-lahan cari pasangan hehe.”
“Amboi! Sedap sangat cakap kat aku. Kau tu...bila pulak?”
“Aku? Hehe...Nak mencari jugaklah ni. Mak aku pun dah mula bising. Sibuk tanya bila aku nak kahwin. Haish...” ujar Remy mengeluh.
“Ye ke? Best tak dapat soalan cepu cemas tu? Hahaha.” Asrar membalas.
“Haru...haru nak menjawab. Terpaksalah pekakkan telinga.”
“Haha...”
“Ish, dahlah...aku tak nak fikir lagi pasal hal ni. Aku tengah serabut sekarang ni.”
Asrar terdiam dengan kata-kata Remy. Dia memandang Remy dengan dahinya berkerut, pelik dengan mood Remy yang tiba-tiba berubah.
“Kau okay tak ni? Lain macam pulak mood kau.” Soal Asrar. Remy memandang ke arah Asrar.
“Huh...” Remy mengeluh.
“Kau kenapa? Ada masalah ke? Ceritalah dekat aku.”
“Aku...aku stresslah dengan kerja aku.”
“Kenapa?”
“Ada orang khianat aku. Aku percayakan dia tapi dia tikam aku dari belakang.”
“Owh! Dia buat apa?”
“Malaslah aku nak cerita. Aku ingat aku nak berhentilah. Cari kerja lain.”
“Huh?! Kau serious ke? Punyalah susah nak dapat kerja zaman sekarang ni.” Asrar tidak mendesak Remy untuk membicarakan masalahnya. Remy bukanlah seorang yang mudah untuk berkongsi masalah yang diahadapinya.
“Aku serious, aku dah tak larat kerja dalam enviroment toxic macam ni.”
“Hmm...kau dapatkanlah dulu kerja baru tu, lepas tu baru kau berhenti.” Nasihat Asrar.
“Aku dah ada mintak kerja lain tapi setakat ni tak ada panggilan lagi.”
“InshaAllah... ada rezeki kau tu nanti. Doa banyak-banyak moga dipermudahkan.” Remy hanya mengangguk.
Share this novel
Hi semua...InshaAllah, hujung minggu ni jika berkesempatan saya akan update bab yang seterusnya... busy sikit sehari dua ni, thanks all ?