"Asrar!" jerit Remy dari belakang kereta. Dia terbongkok-bongkok menarik kotak-kotak dari bonet kereta Asrar.
"Woo.. ye!"
"Kotak ni pun nak bawa masuk rumah jugak ke?" soal Remy.
"Kotak mana?" soal Asrar yang sedang meletakkan beberapa biji beg di tepi lif. Dia baru berpindah masuk ke rumah Remy pada hari itu. Asrar sudah menerima panggilan melapor diri sebagai pegawai perubatan tetap di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur beberapa hari yang lalu. Dia bersyukur akhirnya doanya itu dimakbulkan. Dia mengambil keputusan untuk berpindah lebih awal sebelum tarikh lapor dirinya bagi membiasakan dirinya dengan selok belok jalan di situ.
"Kotak yang ada barang-barang perubatan kau ni."
"Owh, yang tu kena bawa masuk." Balas Asrar sambil berjalan menuju ke keretanya.
"Okay. Banyak juga barang kau ni."
"Hehe...buku je banyak. Baju aku sikit je."
"Memang ulat buku betullah kau ni."
"Shhh..! Slow sikit cakap tu. Hahaha." Remy hanya tersengih mendengar kata-kata Asrar.
"Alhamdulillah. Dapat juga kau nak berkerja dekat KL ni akhirnya." Ujar Remy.
"Alhamdulillah. Aku pun tak sangka... Lama jugak aku menunggu, sempatlah aku jadi penganggur terhormat hehehe..."
"Hahaha...sekali sekala merasa duduk dekat rumah lama sikit." Ujar Remy.
"Rasa macam boleh jadi suri rumah dah hahaha."
"Hehehe. Rezeki kau."
"Alhamdulillah, rezeki aku dekat sini. Allah permudahkan."
Remy dan Asrar memunggah kotak-kotak dan barang-barang berhampiran lif. Mereka kemudiannya membawa barang-barang tersebut ke rumah sewa mereka di tingkat 5.
"Terima kasih bro tolong aku angkat barang..."
"Sama-sama. Apa gunanya kawan kalau tak boleh nak tolong." Asrar tersengih mendengar kata-kata Remy.
"Rina tahu ke kau dapat kerja dekat sini?" soal Remy.
"Erm, tak. Aku tak bagitahu dia pun lagi. Mesti dia terkejut."
"Nanti mesti dia asyik cari kau je lepas ni. Dia lupa dah aku kat sini."
"Ish, tak kanlah. Dia bukan jenis kawan yang macam tu."
"Hehe...kau nak makan tak? Aku ada goreng nasi tadi. Cuma sedap dengan tak jelah haha."
"Haha...tak pe, aku bedal je. Yang penting kenyang."
"Aku tak pandai masak macam kau. Lepas untuk anak tekak aku jelah haha."
"La...aku pun tak pandai masaklah." Ujar Asrar merendah diri.
"Hmm, yelah kau tu. Jangan nak temberang sangatlah."
"Haha...aku tau masak benda simple-simple je. Macam kau jugak, lepas untuk anak tekak sendiri je hehehe." Remy tersengih sambil menghidangkan dua pinggan nasi goreng di atas meja pada petang itu. Sambil makan mereka berbual-bual lagi.
"Eh, nanti bila-bila kau free kita pergi berkelah nak? Lama gila rasanya aku tak tengok pantai." Ujar Remy sambil menyuap nasi ke mulutnya. Asrar tersengih.
"Rindu nak mandi pantai ke? Hehe."
"Nak kata aku nak mandi sangat tu taklah. Sajelah nak release stress."
"InshaAllah kalau aku ada masa, boleh je kita pergi."
****
Beberapa hari selepas itu, Asrar keluar ke pusat bandar Kuala Lumpur. Dia meninjau-ninjau kawasan sekitar tempat dia bakal bertugas. Dia ke kedai gambar untuk membuat gambar passport untuk kegunaan pada hari dia melapor diri nanti. Dia ke kedai percetakan untuk membuat salinan dokumen-dokumen yang diperlukan. Seusai selesai dia bersiar-siar sendirian. Asrar duduk di dalam kereta sambil menikmati roti sandwich yang dibelinya tadi. Seraya itu telefonnya berdering.
"Assalammualaikum bro." Asrar menjawab panggilan tersebut.
"Waalaikumussalam...amboi, cerianya kau."
"Hahaha. Aku biasa jelah. Kau apa khabar Adwa? Lama tak dengar khabar berita."
"Aku Alhamdulillah, macam nilah. Busy memanjang hehe. Aku dengar kau dapat kerja dekat KL. Tahniah bro."
"Alhamdulillah. Terima kasih atas nasihat kau selama ni. Berkat tunjuk ajar kau pada aku." Ujar Asrar. Asrar mengenali Adwa sejak di universiti lagi, beza umur mereka hanya beberapa tahun. Tetapi mereka lebih selesa memanggil menggunakan nama mereka sendiri namun Asrar masih menghormati Adwa yang lebih tua darinya.
"Haishh, aku cuma share apa yang aku tahu hehe."
"Berkat berkawan rapat dengan senior hahaha."
"Eh, nanti ada masa jom kita ngopi hehe." Pelawa Adwa.
"Boleh... No hal. Roger je, kalau free aku on hehe."
"Ada satu hal lagi aku nak beritahu. InshaAllah dalam lima bulan lagi aku nak nikah. Nanti datang tau kenduri kahwin aku." Adwa menjemput Asrar.
"Wah!! Dah nak nikah. Tahniah bro, senyap-senyap je kau ye. Hehe."
"Hahaha...nanti aku hantar kad jemputan. Kau jangan tak datang pulak. Tak dapat datang belah perempuan, kau datanglah belah aku."
"InshaAllah. Aku cuba. Tapi aku tak janji. Kau faham-faham jelah kerja kita ni macam mana."
"Faham sangat. Hehe."
"By the way kau bila lagi nak tamatkan zaman bujang kau? Aku ada dengar sebelum ni kau dah bertunang."
"Hehe...tak ada jodoh bro."
"Owh, kenapa? Kau dah putus ke?"
"Ha ah...hehe."
"La... Ye ke. Sorry bro aku tak tahu cerita."
"Hehe. Tak apa, aku okay. Dah lama pun."
"Aduhai.. memang aku tak tahu."
"Jangan risaulah bro."
"Kau nak aku carikan calon untuk kau? Hehehe."
"Haish, menyempat lagi kau ye."
"Hahaha."
"Nantilah bro. Aku nak fokus pada kerja dulu. Lapor diri pun belum ni hehe."
"Aissh, sama pulak jawapan macam adik aku."
"Huh?! Kau ada adik? Bukan kau anak tunggal ke?" soal Asrar.
"Eh, taklah. Aku ada adik sorang."
"Owh, kau tak pernah cerita pun kat aku."
"Hehe. Amanah aku tu, mana boleh nak expose sangat dekat orang."
"Adik kau perempuan ke?"
"Ha ah."
"Patutlah kau sorok. Hahaha."
"Hahaha. Terpaksa bro. Risau kalau jadi apa-apa dekat dia. Haru aku."
"Hehe. Faham bro."
"Erm, Asrar...aku rasa aku stop sini dulu. Ada masa nanti aku call lagi. Kau kalau ada apa-apa roger je aku."
"Alright bro. Terima kasih. Hehe." Asrar tersenyum setelah menamatkan panggilan. Dia seperti tidak percaya Adwa akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Adwa yang dikenalinya merupakan seorang yang sangat tegas dan sedikit garang. Ketampanannya itu banyak memikat hati gadis-gadis ketika di unversiti dulu namun dek kerana sikap tegas dan garangnya itu menyebabkan para gadis agak takut untuk mendekatinya.
Adwa...Adwa... senyap-senyap je kau ye. Tau-tau dah nak nikah hehe. Gadis bertuah manalah yang berjaya menawan hati senior aku ni. Asrar berkata-kata dalam hati sambil ketawa kecil. Dia kemudiannya memandu keretanya menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat asar.
*****
Petang itu, selepas waktu pejabat Nuril bersiap-siap untuk pulang. Dia mencapai beg tangannya dan beg bekal yang selalu dibawanya.
"Bye Mia. Jumpa esok." Ucap Nuril sambil melemparkan senyuman ke arah teman pejabatnya yang juga sedang berkemas untuk pulang.
"Bye Nuril. Hati-hati drive tu." Balas Mia. Nuril hanya tersengih dan menganggukkan kepalanya mendengar pesanan Mia.
Nuril kemudiannya memandu keretanya menuju ke sebuah pasar malam di Taman Connaught. Dia bercadang untuk membeli makanan untuk makan malam. Nuril berjalan dari satu gerai ke satu gerai yang lain sendirian. Dia kemudiannya berhenti di gerai yang menjual nasi dan lauk pauk.
"Makcik... Bagi nasi kerabu dua. Lauk daging bakar ye." Ujar Nuril sambil tersenyum. Makcik tersebut lantas membalas senyuman Nuril.
"Boleh...kejap ye. Makcik bungkus." Makcik tersebut melirik-lirik ke arah Nuril sambil tersengih.
Sudah! Kenapa makcik ni dok sengih-sengih padang kat aku ni? Muka aku comot ke? Nuril berfikir sendiri, dia kehairanan melihat gelagat makcik tersebut.
"Cantiknya kamu ni...hehe." tegur makcik tersebut sambil tangannya cekap membungkus nasi kerabu yang di pesan oleh Nuril.
Huh?! Ini yang dia fikir rupanya.
"Eh, tak adalah makcik he...saya biasa-biasa je."
Adoi. Makcik ni. Janganlah tegur macam tu. Malunya.
"Kamu cantik...sungguh. Dah kahwin ke?" soalnya. Nuril hanya tersengih menampakkan giginya yang putih tersusun rapi. Sengaja dia tidak menjawab pertanyaan makcik tersebut.
"Nah, nasi kamu."
"Terima kasih." Balas Nuril lalu menghulurkan duit kepada makcik tersebut.
"Kalau kamu belum kahwin, boleh makcik kenalkan dengan anak makcik hehe." Ujar makcik itu lagi. Terbeliak mata Nuril mendengar kata-kata makcik tersebut.
Adoi!! Jangan macam-macamlah makcik.
"Hehe. Tak apa... tak apa." Balas Nuril melemparkan senyuman tawar pada makcik tersebut. Dia kemudiannya segera berlalu dari situ, tidak mahu dia beramah tamah dengan makcik terbabit. Silap hari bulan mau dia boleh terlibat dengan perkara yang bakal menyusahkan hidupnya lagi. Teringat dia pada perkenalannya dengan Haiqal. Dia berkenalan dengan Haiqal melalui ibu saudara Haiqal yang berkerja di sebuah pusat kraftangan dan seni. Dia sering ke situ kerana dia suka pada hasil kraftangan dan seni dan secara tak langsung dia dikenali oleh para penjual di pusat tersebut. Dan di situlah dia bertemu dengan Haiqal untuk pertama kalinya ketika Haiqal datang ke kedai ibu saudaranya. Dan tanpa di duga, mereka menjadi rapat apabila Haiqal berkerjasama dengan syarikat tempat Nuril berkerja dalam sebuah projek syarikat.
Nuril kemudiannya terus berjalan perlahan-lahan sambil melihat makanan-makanan yang dijual di gerai-gerai yang lain. Dia masih belum membuat keputusan makanan apa lagi yang ingin dibelinya. Kebiasaannya, dia selalu pergi bersama Rina namun pada hari tersebut Rina terpaksa balik lewat kerana ada tugasan segera yang perlu diselesaikan di pejabatnya.
****
Ring! Ring!
Ring! Ring!
Telefon Asrar berdering seusai dia melangkah turun dari keretanya.
"Hello." Asrar menjawab panggilan tersebut.
"Hello, Asrar... Kau nak nasi tak untuk makan malam? Boleh aku bungkuskan sebelum aku balik nanti." soal Remy.
"Eh, tak apalah. Aku dekat pasar malam ni."
"Owh, ye ke...pasar malam dekat dengan rumah kita tu ke? Erm, aku lewat sikit balik ni. Ingat balik nanti aku nak pergi bungkus nasi. Tak jadilah."
"Ha ah, dekat rumah kita ni. Kau nak kirim apa-apa ke? Alang-alang aku kat sini." soal Asrar.
"Belikan aku murtabak dengan nasi beriani ayam. Hehe."
"Alright bro." Ujar Asrar tersengih.
"Thanks bro." Balas Remy lalu menamatkan panggilan.
Aishh, Remy...Remy. Aku baru je nak call kau tapi alih-alih kau yang call aku dulu hehe.
Asrar kemudiannya berjalan menuju ke pasar malam. Asrar berjalan sendirian melewati gerai-gerai di situ. Seraya berjalan Asrar ternampak kelibat gadis di sebuah gerai yang sedang membeli air. Dia mengamati wajah gadis itu.
Eh, bukan ke gadis tu yang duduk sebelah aku masa dekat taman dulu tu? Asrar memerhatinya dari jauh.
Kenapa rasa tenang je hati bila aku pandang wajah gadis ni? Asrar tertanya-tanya sendiri. Wajah gadis ketika mereka bertemu di taman dahulu bermain-main dibenaknya. Seperti tidak puas dia menatapnya dari jauh.
Mungkin ke sebab dia cantik? Aisshh! Kau dah kenapa ni?? Astaghfirullahalazim! Behave sikit Asrar! Asrar tersengih sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia malu sendiri. Dia kemudiannya berjalan menuju ke gerai nasi beriani yang tidak jauh dari situ. Dia membuat pesanan seraya matanya masih mencuri-curi pandang ke arah gadis yang berada di gerai menjual kek yang bertentangan dengannya. Dia sedang berkira-kira samada untuk menegur gadis itu atau tidak.
Erm, patut ke aku tegur? Tapi buatnya dia tak ingat aku. Mau malu aku. Asrar kemudiannya membatalkan niatnya. Dia hanya mengerling ke arah gadis itu yang sedang berjalan meninggalkan gerai kek tadi. Mereka berselisih, Asrar melirik sekilas lalu pada gadis tersebut.
Ya Allah. Apa yang sedang Engkau aturkan untukku? Kau temukan aku lagi dengannya. Adakah ini takdir yang Kau susun untukku? Atau hanya kebetulan? Bermacam persoalan yang timbul di dalam fikirannya. Seringkali bayangan gadis itu bermain difikirannya sejak akhir-akhir ini. Dia pelik memikirkannya, walhal dia hanya pernah berjumpa dengannya sekali sahaja dan sudah hampir tujuh bulan berlalu sejak pertemuan mereka tanpa sengaja. Asrar mengeluh pelahan, entah mengapa dia merasa kecewa dengan dirinya sendiri kerana tiada keberanian untuk menegur gadis tersebut. Dia risau jika dia di salah anggap sebagai stalker. Dia kemudiannya terus berjalan menuju ke gerai menjual murtabak. Selesai membeli apa yang dipesan oleh Remy, Asrar memusingkan badannya untuk beredar dan tanpa sengaja dia terlanggar dengan seorang gadis yang berada di belakangnya yang sedang terkial-kial mengeluarkan duit dari beg tangannya. Beberapa keping duit jatuh dari tangannya.
"Huh!?? Ya Allah! Sorry! Sorry! Saya tak perasan." Ujar Asrar lalu memandang tepat ke wajah gadis tersebut. Terbeliak matanya apabila gadis yang dilanggarnya itu adalah gadis yang ingin ditegurnya tadi.
"Erk!! Sorry encik! Saya tak perasan encik nak lalu." Ujar Nuril. Nuril memandang ke arah Asrar sambil menunduk-nundukkan kepalanya beberapa kali. Nuril mengamati wajah Asrar dengan sedikit kerutan di dahinya. Dia teringatkan jejaka yang dia temui di taman sebelum ini.
"Err...tak apa, tak apa. He..." ujar Asrar lalu melemparkan senyuman pada Nuril.
"Sorry encik. He..." Ujar Nuril lalu berpusing dari situ untuk beredar. Pipinya mulai merah apabila teringat peristiwa di taman tersebut.
Aiisshh! Kenapa jumpa dia dekat sini pulak? Malunya aku, dia tengok aku menangis hari tu. Nuril membatalkan niatnya untuk membeli murtabak. Dia melangkah laju namun baju kurung moden yang dipakainya membataskan langkahnya. Nuril cuba menjauhkan diri kerana malu. Asrar kehairanan.
Uisshh! Lajunya dia jalan. Asrar mengutip duit Nuril yang terjatuh tadi lalu berlari-lari anak mengejar Nuril.
"Erm. Cik! Tunggu!! Duit cik ni." Jerit Asrar beberapa kali. Nuril terpaksa memberhentikan langkahnya dek kerana banyak mata yang mengerling ke arah mereka. Tidak mahu dia mencipta adengan yang bakal menarik perhatian orang di situ. Dia kemudiannya menoleh ke arah Asrar.
"Duit cik jatuh tadi." Ujar Asrar sambil menghulurkan beberapa keping duit kertas pada Nuril.
"Terima kasih. He..." ucap Nuril lalu melemparkan senyuman pada Asrar.
"Sama-sama. Kenapa lari?" soal Asrar.
"Huh?! Erk..." Adoi. Apa aku nak jawab ni? Agak-agak dia ingat aku lagi tak?
"Erm, kalau tak silap saya...kita pernah bertemu dekat taman dulu kan?"
Alamak! Memang dia ingat lagi. Aduh! Mana aku nak sorok muka aku ni?? Nuril berkata-kata dalam hati. Dia cuba bertenang.
"Err...ha ah. Awak...ingat lagi? Hehe." Soal Nuril sambil tersenyum tawar. Asrar memerhatikan pipi Nuril yang sedikit kemerahan menahan malu.
"Owh...ingat, saya ni jenis susah nak lupa wajah orang-orang yang dah saya jumpa hehe." Ujar Asrar selamba. Hatinya sedikit gembira kerana hajatnya untuk bertegur dengan gadis tersebut menjadi kenyataan.
"Owh...he. Awak tinggal dekat area sini ke?" soal Nuril.
"Ha ah, saya baru pindah sini. Sewa dengan kawan. Awak tinggal area sini jugak ke?"
"Erm, tak. Saya tinggal dekat taman lain. Tapi selalu juga datang sini beli makan he..."
"Owh, ye ke."
"Hmm awak, saya mintak diri dulu ye saya dah lewat ni." Ujar Nuril memberi alasan. Dia tetap cuba mahu melarikan diri dari jejaka terbabit. Perasaan malunya pada jejaka masih ada walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu.
"Aa...okay. Okay." Balas Asrar ringkas. Seraya itu Nuril bergegas melangkah dari situ bak lipas kudung. Asrar hanya memerhati dari jauh.
"Eh!! Nama awak...siapa?" ujar Asrar perlahan tatkala baru terlintas di fikirannya untuk bertanyakan nama gadis terbabit namun sudah terlewat kerana gadis itu sudah melangkah terlalu jauh darinya.
Aiissh! Patut tanya nama dulu tadi. Adoi, kau ni Asrar. Erm, tapi tak sangka pulak dia masih ingat aku.
Share this novel