*RUMAH kotej bersebelahan ladang tebu luas itu terpalit dengan seribu satu macam kisah ngeri pembunuhan sedari zaman berzaman sepertimana genetik darah hitam yang mengalir dalam diri itu dapat pula di warisi secara turun-temurun dari generasi ke generasi.
*ADA segelintir manusia yang menyalahgunakan pangkat serta kedudukkan terhormat yang di sandang oleh mereka buat mengelabui mata masyarakat dalam menyembunyikan perilaku syaitan dan kebinatangan yang menguasai diri.
*MORBID 3(oRiGiN) bakal menyingkap labuhan tirai-tirai yang menutupi kisah ngeri yang telah bersarang sejak sekian lama serta mengungkap kembali sejarah serta asal-muasal mulanya kejahatan itu.
*TERIMA kasih dan selamat datang kembali saya ucapkan buat pembaca siri MORBID. Siri ketiga ini mengandungi sebanyak 36 bab dengan dua era zaman berbeza.
*BAB 1 hingga 11:zaman Doktor Doel Bachtiar.
*BAB 12-36: zaman remaja Kazim dan tiga beradik Horsehead.
*MEMANG terasa sedikit aneh bila siri oRiGiN ini sepatutnya boleh juga di tempatkan menjadi Siri MORBID 1. Akan tetapi hal itu tidak dapat dibenarkan kerana ia akan menjadi spoiler.
*DI akhir siri MORBID 3 ini anda akan menemui permulaan kepada apa yang anda baca dari Siri MORBID 1.
*WATAK Horsehead zaman kanak-kanak dan remaja dalam siri ini juga akan menggunakan nama sebenar beliau. Bukan nama seperti yang anda ketahui dan familiar dari Siri MORBID 1.
*AKAN di publish setiap ahad malam sebanyak dua bab untuk setiap minggu bermula pada 1 Disember 2024.
*SELAMAT membaca.
*-NOFOLO O' Folobek-
Share this novel