34.Dua Sasaran Terakhir.
PAK Othman tersandar lesu di kusyen ruang tamu dekat anjung luar rumah sambil termenung panjang. Semenjak van familinya menjadi mangsa khianat di bakar orang kelmarin,semangatnya luntur hendak bekerja di bengkelnya hari ini.
Jadariyah datang sambil menatang dulang dan secawan kopi untuk suaminya.
"Ai bang..hari ni masih tak buka bengkel lagi ke?"
"Buka..tapi lewat sikitlah. Tak semangat lah saya nak bekerja bila memikirkan van kita yang punah di bakar orang tu"balas bapa Kazim itu.
Ibu Kazim pun melabuhkan punggung di kusyen sambil berhati-hati mengendong perut yang sarat hamil.
"Kawasan kejiranan kita ni pun dah tak berapa selamatlah bang. Famili kak Junaidah sama famili Mak Onah pun dah buat keputusan nak berpindah ke tempat lain. Tinggallah famili kita sama dua tiga kerat famili lain aja kat sini"kata Junaidah,merujuk kepada jiran-jiran di sekitar.
"Entahlah Jada..kalau keadaan kat Desa Terpenchil ni semakin memburuk nanti saya rasa eloklah kita satu famili berpindah juga. Apa kata awak?"
"Saya ikut ajalah apa pun keputusan yang awak nak buat bang"
Kazim yang sudah bersiap nak pergi kerja pun sudah terdengar perbualan ibu dan bapanya. Dia tercegat di pintu sambil menyarung jaket ke tubuh. Simpati melihatkan bapanya yang sedih dan hilang semangat begitu.
Jauh di sudut hati Kazim dia bimbangkan keselamatan bapanya. Lagipun nama bapanya turut telah di senarai oleh tiga beradik psikopat itu untuk di bunuh sepertimana ahli-ahli persatuan penduduk lainnya.
"Harap-harap jadilah kita sekeluarga berpindah aja ayah..mak..lagipun kalau kita nak terus menetap dan menunggu lama lagi,apa jaminannya yang kes khianat tu takkan berulang?"Kazim menyampuk.
Pak Othman dan Jadariyah memandang kepada Kazim. Kata-kata anak lelaki sulung mereka itu memang ada kebenarannya.
_________________
MALAM itu Arshad,Kabil dan Dalib tiba di sebuah kawasan kejiranan penduduk. Deretan rumah-rumah dekat situ ada sekitar tujuh ke lapan buah sahaja dan saling terpisah di antara satu sama lain.
Kelihatan hanya tiga empat buah rumah sahaja yang masih berpenghuni,manakala yang selebihnya telah kosong kerana ramai famili yang telah berpindah.
"This neighbourhood are so silence. There's only a few family left. Where is the other family going?"soal Arshad apabila melihat kawasan kejiranan itu agak gelap dan sunyi.
"Ramai dah berpindah sejak kes-kes khianat bakar dan bunuh yang kita lakukan sebelum-sebelum ni. Desa Terpenchil ni akan lengang dan tinggal rumah-rumah kosong tak berpenghuni je tak lama lagi Shad"balas Kabil yang memandu van hitam itu.
Tujuan kedatangan mereka ke situ adalah untuk mencari rumah seorang penduduk yang di kenali sebagai Bahadun iaitu ahli persatuan penduduk seterusnya yang hendak mereka bunuh.
Malangnya Bahadun sekeluarga juga telah turut berpindah ke tempat lain. Rumahnya kelihatan gelap dan ada papan tanda bertulis 'SUDAH BERPINDAH' di letakkan dekat luar pagar.
Ini agak mengecewakan Arshad dan dua orang adiknya.
"Damn it! Bahadun and his family also move"
"Habis tu macam mana sekarang?"
"Hm..there's nothing we can do about Bahadun. He is so lucky to escaped from us. We just move to the next target"kata Arshad lalu memeriksa giliran orang seterusnya yang hendak di bunuh melalui gambar foto polaroid yang ada di bawanya.
"Siapa seterusnya?"tanya Kabil.
"Cikgu Isham Malik'
Van hitam itu pun beredar dari kawasan kejiranan tersebut.
_______________
KEESOKKAN harinya Desa Terpenchil telah di gemparkan dengan penemuan mayat cikgu Isham Malik dalam keadaan ngeri di penggal kepala dekat hadapan rumah.
Menurut isteri mangsa,rumah kediaman mereka telah di ketuk orang sekitar lewat jam 12 malam semalam. Suaminya telah pergi membuka pintu sebelum menjerit dengan kuat. Isteri mangsa menemui mayat suaminya sudah di penggal kepala.
Sekali lagi penduduk di rundung kesal dan marah. Desa Terpenchil di hantui kes khianat,kebakaran dan bunuh yang muncul bertali arus.
Kazim sempat singgah ke tempat kejadian sewaktu dalam perjalanan hendak pergi bekerja. Di lihatnya orang agak ramai berkerumun di sana. Pihak polis sudah memasang pita larangan di hadapan rumah Cikgu Isham Malik.
Walaubagaimanapun Kazim tidaklah menaruh syak pada tiga beradik yang menghuni di rumah kotej itu kerana dia tidak mendengar sebarang cerita tentang pembunuhan Bahadun yang sepatutnya mengambil giliran untuk di bunuh terlebih dahulu dari Cikgu Isham.
KIRA-KIRA dua minggu kemudian,kedai bunga Apek Chen telah di hubungi oleh seorang pelanggan yang ingin membeli beberapa buah pasu dan bunga-bungaan.
Kazim sendiri yang pergi hantarkan ke rumah pelanggan tersebut di sebuah alamat kawasan perumahan dekat bandar yang jauh dari Desa Terpenchil.
Rupanya pelanggan tersebut bukan siapa-siapa melainkan Bahadun sendiri yang telah berpindah dari Desa Terpenchil. Kazim benar-benar terkejut melihat Bahadun baik-baik sahaja. Dia mulai terfikir mungkin di sebabkan Bahadun telah berpindah rumah maka gilirannya untuk di bunuh telah terlepas.
Sebulan kemudian beberapa orang lagi ahli persatuan penduduk telah tewas dalam pelbagai tragedi. Ada yang di culik dan hilang,ada yang mati kerana kemalangan ngeri,rumah di bakar dan sebagainya.
Yang aneh dari semua itu ialah,kematian mereka benar-benar mengikut giliran seperti yang di rancangkan oleh tiga beradik di rumah kotej terbabit.
Kazim semakin percaya semua itu adalah angkara jahat mereka. Agak mustahil untuk mempercayai hal itu sebagai kebetulan walaupun setakat ini dia masih belum pernah tersua lagi dengan Arshad semenjak pemuda itu di sumbat ke penjara.
______________
HUJUNG minggu itu kakak sepupu Kazim iaitu Rubikah datang bertandang ke rumah. Rubikah itu tua empat lima tahun dari Kazim. Dia sudah bekerja dan baru membeli sebuah kereta baru.
Kazim adik-beradik pun memang cukup rapat dengan kakak sepupu mereka itu. Rubikah pun selalu datang ke rumah famili Kazim dulu,namun semenjak dia sambung belajar di daerah lain telah menyebabkan dia jarang dapat bertandang ke sana lagi.
"Aah mak ngah Jada..sekarang ni dah habis belajar kan..so dapatlah Bikah nak rajin bertandang ke sini balik macam dulu-dulu"kata Rubikah sewaktu makan tengahari tu.
"Elok sangatlah Bikah. Ni ha adik-adik sepupu awak ni pun asyik bertanya je kenapa Bikah dah jarang datang macam dulu-dulu. Rupanya sambung belajar kat tempat lain"kata Jadariyah.
"Tambah lagi nasi dan lauk tu Bikah"kata Pak Othman.
"Iyalah Pak ngah Othman. Eh van pak ngah yang warna merah tu mana eh? Bikah tak nampak pun sejak datang kemari tadi"tanya Rubikah.
"Van tu dah tak ada lagi Bikah. Dah rentung terlibat dalam kebakaran"
"Lahh iya ke..ish teruknya. Habis tu macam mana famili Pak ngah sama mak ngah nak pergi ke mana-mana?"Rubikah bertanya.
"Hm naik lori bengkel pak ngah awak le jawabnya Bikah hahaha"balas Jadariyah sambil tertawa.
"Aah kak Bikah..naik lori ayah ramai-ramai satu famili duduk kat muatan belakang tu dah macam pendatang tanpa izin kena angkut trak FRU polis"sampuk Adilla iaitu adik perempuan Kazim.
"Hahahaha"
Langsung Pak Othman anak beranak berdekah ketawa geli hati.
Meriah dan rancak mereka bersembang bual sambil makan begitu. Cuma Kazim di lihat seperti banyak termenung dan berdiam sahaja.
"Ai Zim..kau senyap aja dari tadi kenapa?kan selalunya kau lah yang banyak celoteh kalau kat meja makan?"tanya Rubikah.
"Ohh..tak ada apalah kak Bikah. Terfikirkan tentang van famili tu lah"balas Kazim.
Walhal resah-gelisah terpapar jelas di wajahnya.
Kebimbangan Kazim berpunca dari rancangan bunuh oleh tiga beradik di rumah kotej itu. Kini hanya tinggal dua orang ahli yang terakhir akan di bunuh oleh mereka iaitu Tok Jenal dan bapa Kazim sendiri Pak Othman.
Kazim jadi tidak senang duduk memikirkan hal itu. Bila-bila masa sahaja tiga beradik durjana itu akan muncul untuk menjalankan rancangan keji mereka.
_______________
PETANG itu Kazim dan adik-adiknya ikut menaiki kereta kakak sepupu mereka itu ke bandar. Sajalah mereka jalan-jalan dan pergi menonton wayang.
Sewaktu hendak bertolak dari rumah tadi,Tok Jenal pula datang nak bertemu dengan ayah Kazim. Hati Kazim berasa tidak nyaman. Fikirannya jadi berkecamuk. Dia terfikir bagaimanalah agaknya kalau di saat itu Arshad,Kabil dan Dalib tiga beradik tiba-tiba muncul dan mendapati dua sasaran terakhir mereka sudah berada di hadapan mata?
Di sepanjang menonton filem di dalam panggung wayang,Kazim langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada jalan ceritanya. Dia mahu filem itu segera tamat agar dapat pulang ke rumah dengan secepat mungkin.
_______________
SEMENTARA itu Pak Othman pula telah berada di rumah Tok Jenal. Rupanya kedatangan Tok Jenal tadi kerana ingin memberitahu yang dia sekeluarga akan berpindah hari ini juga. Bapa Kazim datang untuk membantu mereka mengangkut barang ke dalam lori.
"Nah..kau tengoklah sendiri Man. Tak tahulah siapa yang punya kerja"kata Tok Jenal sambil tunjukkan pisau-pisau yang terpacak di muka pintu rumah Tok Jenal.
Berkerut dahi Pak Othman melihat pisau dan kesan darah yang terpacak itu. Ia seperti memberi suatu petanda tidak baik.
Hal itu telah menakutkan famili Tok Jenal. Itulah sebabnya dia bersama isteri,anak dan menantunya sudah bulat tekad mahu berpindah hari ini juga.
_______________
SETIBANYA di rumah selepas pulang dari menonton wayang bersama kakak sepupu dan adik-adiknya,Kazim segera mendapatkan ibunya.
"Mak..ayah sama Tok Jenal mana?"
"Ayah kau pergi ke rumah Tok Jenal lah Zim. Dia nak tolong keluarga Tok Jenal angkut barang ke dalam lori sebab mereka nak berpindah hari ni juga. Tok Jenal sekeluarga dapat ancaman misteri dari orang tak di kenali"balas Jadariyah yang sedang mendodoi dan menyusukan dua orang bayi kembarnya.
"Ancaman apa?''soal Kazim.
"Haih entahlah Zim..ada orang pacak-pacakkan pisau berdarah ke muka pintu rumah Tok Jenal"
GULP!
Kazim meneguk air liur. Debaran jantungnya jadi semakin tidak keruan. Dia pun capai helmet dan kunci motor sebelum bertolak pergi ke rumah Tok Jenal.
BAB 34:Dua Sasaran Terakhir(tamat)
BERSAMBUNG...
Watak Rubikah(kakak sepupu Kazim) juga pernah muncul dalam siri MORBID 1 sebagai cikgu Rubikah iaitu sahabat kpd ibu Salma. Nantikan dua bab terakhir pada minggu hadapan. Tq for reading.
Share this novel