19.Rantaian Kematian.
ARSHAD sedang menampal foto-foto polaroid itu ke dinding dalam bilik tidurnya. Kabil dan Dalib pun ada sekali sedang melihat.
"Kau nak buat apa dengan foto-foto gambar orang dari persatuan penduduk ni Shad?"tanya Kabil.
"We are going to take a revenge on them. Let's start with this guys first"kata Arshad sambil tunjuk ke salah satu foto yang ada di situ.
"Itu foto Man Jani,Mus dan Erwan. Bengkel kereta mereka letaknya berhampiran simpang tak jauh dari sini"
"Good!"Arshad mengukir senyuman misteri.
"Tapi Shad,penduduk pasti akan kuat mengesyaki kita''kata Kabil.
"Syak tanpa bukti tak sama dengan seseorang yang di tangkap bersama bukti kukuh Kabil'' balas Arshad.
"Maksud kau?"
Arshad pun menarik laci mejanya dan membawa keluar suatu bungkusan. Di dalamnya terdapat dompet,jam tangan dan kunci kereta milik Pak Amit yang masih di simpan dengan baik.
"It's time to clean our name and put the blame on them"Arshad tersenyum. Pemuda tinggi lampai berambut kerinting dan bercermin mata itu nampaknya lebih bijak dan licik serta sudah merangka suatu pelan jitu dalam mengheret wajah-wajah yang terlibat dengan persatuan penduduk dalam sebuah rantaian kematian ngeri.
MALAM itu tiga orang pomen kereta di Desa Terpenchil baru sahaja ingin menutup bengkel kenderaan mereka. Tiba-tiba mereka telah di serang hendap hingga pengsan,diikat dengan tali dan di tutup mulut.
Arshad pun cepat-cepat memasukkan barangan peribadi milik Pak Amit ke dalam laci opis bengkel terbabit bersama paket ganja sebelum pergi ke markas sebuah kumpulan remaja jalanan di kenali sebagai Hawk Teen18 yang amat aktif dalam kerja-kerja mencuri dan menjual barangan alat tukar ganti kenderaan lalu meninggalkan mesej buat kumpulan terbabit.
________________
SEBUAH bangunan terbiar telah di jadikan markas tempat melepak oleh kumpulan Hawk Teen18. Mereka telah menemui sekeping kertas nota yang di tinggalkan oleh Arshad.
Nota tersebut memberitahu tentang bengkel kenderaan Man Jani yang kini terbuka luas untuk di samun dan rompak kerana pemilik dan pomen bengkel terbabit telah di ikat dan di pengsankan.
Seperti di jangka,kumpulan remaja jalanan itu tidak mahu melepaskan peluang tersebut. Mereka beramai-ramai telah pergi menyerbu bengkel kereta Man Jani dan melakukan rompakkan.
Arshad yang cukup bijak telah menghubungi ke balai polis. Di saat para remaja Hawk Teen18 sedang menyamun barangan dalam bengkel terbabit,mereka telah di tawan dan kecundang di tangan pihak polis.
Apa yang berlaku pada malam itu cukup menggemparkan. Penduduk sekitar telah keluar beramai-ramai dan berkerumun di sekitar tempat kejadian.
Bukan sahaja kumpulan Hawk Teen18 yang aktif dalam kegiatan samun alat tukar ganti kenderaan itu sahaja telah kecundang,malah pihak polis juga telah menemui barangan peribadi milik Pak Amit dalam laci opis bengkel terbabit.
Ini telah mensabitkan Mat Jani,Mus dan Erwan sebagai suspek kes kehilangan Pak Amit.
________________
KEESOKKAN harinya seluruh daerah Desa Terpenchil heboh dengan berita kecundangnya Hawk Teen18 dan juga terbongkarnya rahsia penemuan barang peribadi Pak Amit yang di sembunyikan dalam laci ofis bengkel kenderaan Man Jani.
PAKK!
"Tak guna! Man Jani sama budak-budak dia rupanya yang menganiaya Pak Amit! Patutlah dia beriya-iya ajak Persatuan penduduk untuk pergi desak tiga orang anak Doktor Doel Bachtiar tu agar rahsia perbuatan jahatnya dapat di tutupi!"marah seorang penduduk ketika mereka lepak di sebuah warung.
"Itulah..lain kali berhati-hati membuat tuduhan. Tak pasal-pasal tiga beradik itu pula yang kena fitnah hanya semata-mata sikap prejedis yang timbul berikutan dari kes lama melibatkan bapa mereka"kata seorang penduduk lain pula.
Pak Mahat,Mat Sahar dan Wak Udon yang juga selaku orang kuat Persatuan Penduduk tertunduk-tunduk malu dan kesal di atas tindakkan melulu mereka dalam mengetuai gerombolan pergi mendesak tiga orang anak Doktor Doel Bachtiar di rumah kotej terbabit.
_______________
"Hahahahaha"Arshad ketawa kuat dan menjadi-jadi. Segala perancangan yang di buatnya telah berhasil.
"Kau memang bijak Shad. Apa yang kau rancangkan ibarat seperti sambil menyelam minum air. Kita bukan setakat berjaya cuci nama kita semula, malah dalam masa yang sama, Man Jani dan kumpulan Hawk Teen18 yang juga musuh ketat Nasty Boys pun habis kecundang sekali semuanya"kata Kabil.
"Hahaha..but wait...kita masih ada ramai lagi subjek untuk di nyahkan"kata Arshad sambil memangkah wajah Man Jani,Mus dan Erwan dekat foto polaroid yang di tampalnya di dinding bilik.
Kabil melihat ke foto setiap wajah lain yang menyertai gerombolan persatuan penduduk itu. Dia tahu wajah-wajah itu seperti telah tersumpah meterai dalam rancangan sadis yang telah di rancang buat mereka.
________________
MALAM itu Nasty Boys berkumpul di dalam markas yang di tinggalkan oleh Hawk Teen18 setelah kecundangnya kumpulan remaja terbabit di tangan pihak berkuasa.
Arshad,Kazim,Kabil,Dalib bersama dua orang rakan perempuan mereka iaitu Akma dan Zuraida berseronok-seronok dan membuat parti jamuan di dalam markas tersebut bagi meraikan kejayaan itu.
"Woohoooo!"
Mereka duduk di sofa panjang beramai-ramai sambil makan minum,berbual dan bergelak ketawa.
"Haha i guess kita semua sangat gembira malam ni kan?"kata Arshad sambil tersenyum.
"Wei mestilah Shad. Betapa untungnya kita semua..tengoklah markas yang dia orang tinggalkan ni..dah macam pusat hiburan..ada snooker,video games arked,pinball.."kata Akma.
"Aku pun terkejut jugak bila dapat tahu Hawk Teen18 kecundang di tangan polis melalui berita surat khabar. Tak payah kita bersusah-payah rekrut ahli baru untuk berentap dengan mereka. Sekarang markas mereka pun dah jatuh ke tangan kita dengan mudah je"kata Kazim.
Walaubagaimanapun Arshad,Kabil dan Dalib telah sepakat untuk tidak memberitahu kepada Kazim mahupun dua orang rakan wanita mereka itu tentang rancangan jahat yang mereka dalangi di sebalik kecundangnya Man Jani dan kumpulan Hawk Teen18.
_______________
HARI terus berlalu. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Wak Udon bekerja di sebuah pusat pemprosesan daging sejuk beku di Desa Terpenchil. Premis perusahaannya itu pun tidaklah besar mana. Cukup-cukup untuk menghasilkan produk yang mencukupi untuk di jual kepada penduduk dalam Desa itu juga.
Dia pun tidak mengambil pekerja kerana mampu melakukan kerja tersebut sendirian sahaja. Hari tu Wak Udon seperti biasa sibuk di pusat pemprosesan miliknya.
Dari siang membawa ke malam dia berada di situ.
"Dah nak pukul sepuluh malam ni.."getus hati Wak Udon. Dia harus menyudahkan sedikit lagi kerja memproses daging sebelum operasi kedai itu dapat di hentikan dan menutup kedai.
Daging-daging lembu terakhir pun di masuk ke dalam mulut sebuah mesin pengisar.
Pada ketika itu lah Arshad,Kabil dan Dalib telah menceroboh masuk ke dalam kedai tersebut. Wak Udon benar-benar terkejut dan tidak menjangkakan akan hal tersebut.
"Kamu bertiga nak apa datang ke mari?"soalnya.
"Ouchh..janganlah kasar sangat Wak Udon..we have something for you. Nah! cuba Wak Udon tengok gambar ni"kata Arshad sambil campak sekeping foto.
Alangkah terkejutnya Wak Udon apabila melihat gambar mayat Pak Amit sedang berlumuran darah terbaring di atas sebuah katil bedah dalam keadaan dua mata,paru-paru dan buah pinggangnya telah di korek.
"Aaaaa!!"
Wak Udon terjerit ketakutan. Foto tersebut pun terlepas dari tangannya.
"Jadi memang benarlah sangkaan kami selama ini bahawa kamu bertigalah yang bertanggungjawab di atas kehilangan Pak Amit!"
"Hahahaha..sudah tentulah semua itu kerja kami..Oh poor you Wak Udon. Persatuan penduduk tak cukup bijak dalam berhadapan dengan kami..why Pak Udon? You dah takut ke sekarang?"Arshad tersengih melihat riak wajah lelaki itu.
"Jahanam! kamu tiga beradik takkan terlepas dari undang-undang!"
Kabil pun mencekak ke leher orang tua itu.
"Kau pun takkan terlepas dari kami orang tua bangsat! Puih!"
Alangkah malang nasib Wak Udon. Ketika mesin pengisar daging itu sedang galak beroperasi,tubuhnya telah di humban ke dalamnya oleh tiga beradik itu.
"Aaaaaaa!"
Jeritan kuat Wak Udon hanya sia-sia. Dari hujung kepala hingga ke kakinya habis di proses lumat menjadi daging kisar.
Walaubagaimanapun tiga beradik itu cukup bijak. Hujung sebelah batang kaki Wak Udon sengaja mereka tinggalkan sedikit di luar mesin pengisar agar kematian Wak Udon akan di lihat sebagai sebuah kemalangan ngeri.
Pada keesokkan harinya Desa Terpenchil menjadi gempar di atas berita kematian ngeri Wak Udon yang di percayai terjatuh ke dalam mesin pengisar daging.
Kedai pusat pemprosesan daging itu telah menjadi tumpuan pihak berkuasa sebelum terpaksa di tutup dan di tamatkan operasinya.
_______________
PAGI hujung minggu tu Kazim telah pergi menemani ibunya Jadariyah ke pasar grocery membeli barang dapur sebelum singgah ke rumah Pak Mahat yang juga ketua Persatuan Penduduk.
Setiap bulan pun Kazim akan temani ibunya ke rumah Pak Mahat. Orang tua itu bujang terlajak. Akan tetapi dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 20 tahun bernama Intan.
Jadariyah datang pun sebab untuk melihatkan Intan. Rupanya ada kisah silam di antara ibu Kazim dan Pak Mahat. Sebelum bertemu dan berkahwin dengan bapa Kazim,Jadariyah pernah menjadi kekasih Pak Mahat.
Kazim pun pening kepala juga bila baru-baru ini sahaja dia mendapat tahu rupa-rupanya Intan itu adalah anak luar nikah ibunya Jadariyah hasil bersebumbung bersama Pak Mahat suatu ketika lalu.
Walau apa pun,cerita ibunya dengan Pak Mahat itu sudah pun menjadi sejarah silam. Jodoh mereka tidak berkekalan. Jadariyah akhirnya berkahwin dengan Pak Othman.
* * * *
"Jom lah kita masuk ke dalam Zim"ajak Intan setelah leka berbual dengan Kazim dekat pondok pangkin luar rumah.
Mmmh..cupp..cupp..mmh
Kucupan bibir Jadariyah dan Pak Mahat yang sedang galak dan hangat itu pun terlepas sejurus anak-anak mereka melangkah masuk ke rumah. Bayangan katil besar yang sedang membelai jiwa mereka tadi pun punah.
Cepat-cepat Jadariyah melepaskan rangkulan eratnya dari bahu Pak Mahat. Kazim dan Intan pura-pura seperti tidak nampak. Berdecing-decing bunyi gelang-gelang perhiasan tangan ibu Kazim itu.
Mereka duduk di meja sambil bersembang minum kopi. Kisah kematian ngeri yang menimpa Wak Udon kelmarin masih menjadi topik perbualan yang hangat untuk di perkatakan.
"Ngeri jugak ya apa yang menimpa ke atas Wak Udon kelmarin bang Mahat?"tanya Jadariyah sambil membetul-betulkan tudung sanggul tingginya.
"Malang tak berbau Jadariyah. Apa-apa pun boleh terjadi tanpa di sangka-sangka. Udon itu kan kerja sendirian aja kat kedai pemprosesan daging tu"balas Pak Mahat.
_______________
ARSHAD,Kabil dan Dalib berpesta ria di rumah kotej mereka kerana telah berjaya menyahkan Wak Udon sebagai subjek seterusnya. Semenjak penduduk di Desa Terpenchil mempamerkan sikap prejudis mereka,tiga beradik itu benar-benar sudah nekad merancang untuk membunuh setiap orang dari mereka itu.
Gambar Wak Udon yang turut terdapat di dalam foto gerombolan persatuan penduduk telah di pangkah sebagai tanda subjek yang telah berjaya di hapuskan. Beliau adalah mangsa seterusnya yang menyusul jejak Pak Amit,Man Jani,Mus dan Erwan dalam sebuah rantaian kematian.
BAB 19;Rantaian Kematian(tamat)
Ngeri mat..minah..jd daging burger le gamaknya Wak Udon tu...hm ada x senonoh jgk ek perangai Mak si budak Kazim tu waktu muda-muda dulu..haih maciam-maciam..ok sambung bca lagi pt seterusnya...silakan..
Share this novel