8.Petunjuk Baru.
PERIHAL berkaitan loket yang di temui dalam kereta itu ada Abu tanyakan pada Tuan Doktor Doel Bachtiar,namun majikannya itu jauh lebih licik. Tak pasal-pasal Abu pulak yang di syakinya ada kaitan dengan kehilangan kanak-kanak bernama Naim yang sedang heboh di perkatakan.
"Baik engkau cakap terus-terang Abu..betul kau tak ada kaitan dengan kes budak hilang tu?! Sebab engkau saja yang selalu bawa kereta saya ke sana ke mari sekitar ladang tebu luas kat Desa Terpenchil ni!"tinggi suara Doktor Doel Bachtiar sambil menarik ke kolar kemeja yang di pakai oleh pemandu peribadinya itu.
"Betul tuan Doktor...tak ada... takkanlah saya nak buat perkara macam tu pula. Lagipun saya yang temui loket ni dalam kereta. Buat apa pulak saya nak hebahkan pada tuan kalau saya ada buat perkara salah..lebih baik saya diam dan buangkan aja loket tu supaya tak ada yang mengesyaki"Abu mempertahan dirinya.
"Huh! engkau jangan macam-macam Abu! di buatnya polis geledah kereta saya dan temui loket tu..kan tak pasal-pasal saya pula yang kena tuduh. Walhal engkau yang buat angkara!"
"Apa ni tuan..tak habis-habis Tuan seperti nak salahkan saya pulak..saya tak buat semua tu tuan..tak buat"Abu hampir lelah di desak oleh majikannya itu.
Mujurlah isteri majikannya itu muncul di muka pintu.
"Darling...sudah-sudahlah berkasar dengan Abu tu!"Madam Sutinah menegah suaminya.
"How should I calm down, honey? Abu has found a locket with the name of the missing child recently making a scene. Abu really has put our lives at risk. Now i wonder if he has anything to do with the case?"
"Sumpah saya tak terlibat dengan kes penculikkan kanak-kanak tu atau tahu menahu pasal loket tu Madam. Saya temui ia bawah alas lantai dalam kereta Tuan"kata Abu.
"It's okey Abu. I believe you"kata Madam Sutinah sebelum menoleh semula kepada suaminya.
"Darling would you please stop suspecting Abu? It's maybe our kids friends who drop it in our car. Minggu lepas saya ada suruh Abu hantarkan rakan-rakan Arshad naik kereta kita pulang ke rumah mereka. Mereka ada datang bermain dan makan tengahari kat sini lepas balik sekolah bersama Arshad''ujar Madam Sutinah.
Wanita bercermin mata dan lumpuh kedua kaki serta terpaksa berkerusi roda itu jauh lebih bersikap tenang dan berfikiran rasional berbandingkan suaminya yang panas baran itu.
Abu juga lebih senang dengan cik Puannya yang sering melayaninya dengan baik.
"Hm..ok"Doktor Doel Bachtiar merespon.
Abu pun minta diri untuk pergi mencuci kereta.
Madam Sutinah pun bercakap sebentar dengan suaminya.
"What's wrong honey?"
"Come with me darling"ajak madam Sutinah.
Doktor Doel Bachtiar pun menurut sahaja di belakang isterinya yang sedang duduk di kerusi roda sambil di tolak oleh orang gaji.
Mereka menuju ke bilik stor dan berhenti di luar pintunya.
Terdapat papan tanda larangan masuk ke dalam sana. Lagipun di dalam bilik stor bawah tanah terbabit adalah letaknya ruangan klinik dan unit bedah peribadi milik Doktor Doel Bachtiar. Beliau melarang keras sesiapa pun untuk masuk ke situ termasuk isteri, anak-anak dan orang gaji.
"Are you sure there is nobody else down there darling?"tanya Madam Sutinah sambil tunjuk ke bilik tersebut.
"Of course! No one have a permission to get in my basement room. Why?"tegas Doktor Doel Bachtiar.
"Mak Gayah and me always heard a lot of noise coming from there"
"Ohh.. there's nothing to worried honey. That was just me..always forgot to turn off the radio"Doktor Doel Bachtiar berhelah.
Ketika dua wanita itu sudah beredar, Doktor Doel Bachtiar pun masuk ke bilik stor terbabit. Ada tangga turun ke ruang bilik bawah tanah.
Setelah memastikan pintu bilik ruangan bawah tanah itu di kunci serapi-rapinya barulah Doktor Doel Bachtiar melangkah ke bilik klinik peribadinya.
Bilik itu terang-benderang. Beliau pun pergi ke rak mengandungi fail-fail maklumat dan memeriksa beberapa darinya. Rupanya di dalam fail tersebut ada tersimpan banyak biodata dan gambar foto kanak-kanak yang di ambil dengan kamera polaroid.
Beberapa dari foto itu telah di lekatkan pada kertas carta dekat dinding bilik tersebut.
"Adik NurAminah,Mohan and Chen Yi..all is finished.."kata Doktor tersebut lalu menandakan pangkah ke foto tiga orang kanak-kanak malang terbabit.
Kemudian beliau berjalan pergi ke bilik lain pula. Bilik itu letaknya di belakang sekali. Apabila pintunya di buka,kelihatanlah beberapa orang kanak-kanak sedang di kurung dalam sebuah sangkar besar.
Ada lima ke enam orang semuanya. Kesemua kanak-kanak itu duduk berlonggok bersama. Ada yang menangis ketakutan sejurus terlihatkan kelibat doktor gila itu.
Mereka semua adalah mangsa culik Doktor Doel Bachtiar yang cukup licik menyamarkan dirinya sebagai badut. Rentetan dari kes kehilangan seorang budak bernama Naim tempoh hari telah menyusul beberapa lagi siri kes penculikkan kanak-kanak di sekitar Desa Terpenchil.
"Kamu semua nak balik rumah berjumpa dengan ibu bapa kamu tak?"tanya Doktor Doel Bachtiar sambil melihat dari luar pintu kandang tersebut.
"Nak..nak..kami nak balik..pakcik tolonglah hantarkan kami pulang semula ke pangkuan ibu ayah kami ya"kata salah seorang dari kanak-kanak itu lalu di persetujui oleh kanak-kanak lainnya.
Doktor Doel Bachtiar tersengih sambil membetulkan cermin matanya.
"Baiklah..baiklah...tapi kamu semua kena ikut giliran. Siapa nak balik dulu?"
"Saya! Sayaa!"
Berebut-rebut kanak-kanak itu ingin mendapatkan giliran pulang paling awal.
"Azizi..kamu akan di hantar pulang terlebih dahulu"
"Yayyy!!"kanak-kanak lelaki bernama Azizi melompat kegirangan. Dia pun di bebaskan keluar dari sangkar tersebut sebelum di bawa ke bilik lain. Setepatnya di bilik bedah.
Alangkah malang nasib kanak-kanak tersebut. Dia telah di suntik dengan bius sehingga pengsan lalu di baringkan atas katil bedah.
Doktor Doel Bachtiar pun menyarung sut bedah dan sarung tangan. Radio pun di hidupkan. Kanak-kanak itu pun di bedah lalu di ambil beberapa organ penting tubuhnya.
Di saat lagu-lagu klasik terus berkumandang melalui corong radio,Doktor Doel Bachtiar terus leka melakukan kerjanya sambil bersiul-siul.
Begitulah nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa penculikkannya.
__________________
KETIKA menjemput Arshad pulang dari sekolahnya,Abu pun mengambil kesempatan bertanyakan tentang loket yang di temui itu kepadanya.
"Waktu kawan-kawan kamu datang ke rumah tempoh hari,ada tak sesiapa di antara mereka yang tercicirkan loket dalam kereta ni Shad?"tanya Abu yang sedang memandu.
Arshad yang bersekolah dalam darjah satu itu pula duduk di sit sebelah pemandu.
"No uncle..tak sorang pun dari kawan saya yang ada memiliki loket. Kalau ada pun mesti dia orang akan tanyakan pada saya"
Abu mengangguk-angguk.
"Kawan-kawan kamu tu ada yang nama Naim ke?"
Arshad menggeleng.
Hal inilah yang menghairankan Abu. Kalau begitu,milik siapakah loket yang di temuinya itu? Bagaimana ia boleh berada di dalam kereta terbabit. Abu berasa ragu juga kalau-kalau loket dengan nama Naim itu sememangnya milik kanak-kanak yang kecoh kehilangannya tempoh hari.
Abu berasa bertanggungjawab untuk mengusulkan hal tersebut kepada Inspektor Junid. Mana tahu kalau-kalau ia dapat di jadikan petunjuk dalam mengesan si penculik yang sedang dalam buruan pihak polis itu.
_________________
BERIKUTAN kes penculikkan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi dan amat membimbangkan itu,para penduduk di sekitar Desa Terpenchil hidup dalam ketakutan.
Ada mereka berhimpun beramai-ramai di hadapan balai polis Desa Terpenchil bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pihak berkuasa yang di sifatkan sebagai gagal dalam menangani kes terbabit.
"Pihak polis lembab dan gagal! Nak tunggu berapa ramai lagi kanak-kanak menjadi mangsa culik baru pihak polis akan berjaya memberkas si penculik tu hah?!"teriak salah seorang dari penduduk yang hadir dalam perhimpunan di hadapan balai polis terbabit.
"Harap bersabar tuan-tuan dan puan-puan. Janganlah sewenang-wenang menuduh pihak kami gagal dalam menjalankan tugas. Walhal anggota kami di kerah sepanjang masa untuk meronda ke Desa Terpenchil"ujar Tuan Inspektor Junid yang bertanggungjawab mengetuai operasi polis dalam memburu si penculik kanak-kanak itu.
"Habis tu kenapa pihak polis masih gagal?"
"Tuan puan kena faham..Desa Terpenchil ni luas. Ladang tebu sahaja berkeluasan hektar. Adalah amat sukar bagi kami untuk memburu si penculik sekiranya dia datang dari ceruk ladang tebu. Ini di tambah pula dengan isu kekurangan kakitangan di balai polis Desa Terpenchil"terang Inspektor Junid lagi.
Para penduduk pun akhirnya terpaksa akur dengan kekangan keadaan dan kekurangan seperti yang di jelaskan oleh pegawai polis terbabit.
Ketika mereka telah bersurai,Abu pun muncul di perkarangan balai dengan kereta Rolls Royce Silver Shadow milik majikannya. Dia datang untuk bertemu dengan Inspektor Junid.
"Haa Abu. Kamu nampak macam tergesa-gesa aja ni kenapa?"tanya Inspektor Junid.
"Saya memang nak berjumpa dengan tuan lah'
"Ada hal apa Abu?"
Abu pun mengeluarkan loket yang ada di bawanya. Dia pun menceritakan segalanya.
Inspektor Junid meneliti loket dengan Naim tertera padanya itu.
"Inilah yang menjadi misterinya Tuan Inspektor..tak tahulah bagaimana loket ini boleh berada dalam kereta milik majikan saya. Harap dapatlah Tuan menyiasat samada loket ini kepunyaan budak Naim yang hilang tempoh hari atau bukan"kata Abu.
"Baiklah Abu. Hal ini tidak sukar. Saya hanya perlu bawa loket ini kepada ibu bapa kanak-kanak bernama Naim tu dan minta mereka memastikan samada ini loket kepunyaan anak mereka atau tidak"
_______________________
INSPEKTOR Junid terkejut besar bila ibu bapa kepada kanak-kanak bernama Naim yang di temuinya itu telah mengesahkan bahawa loket tersebut sememangnya adalah kepunyaan anak mereka.
Maka dengan itu pihak polis telah menemui petunjuk baru di atas perkembangan kes penculikkan kanak-kanak hilang yang bernama Naim itu.
Ini telah membawa pihak polis ke rumah kotej milik Tuan Doktor Doel Bachtiar kerana loket tersebut di temui dalam kereta kepunyaan Doktor terbabit.
Namun begitu,kunjungan pihak polis ke sana tidak begitu di senangi oleh Tuan Doktor Doel Bachtiar. Beliau begitu tertekan serta bimbang kalau-kalau kegiatan jahatnya terbongkar.
BAB 8:Petunjuk Baru(Tamat)
BERSAMBUNG....
Setelah 6 bulan terkandas akhirnya Bab 8 ini berjaya di sambung kembali penulisannya sehinggalah ke Bab akhir.
Share this novel