2.Sijil Kematian.

Thriller Series 890

2.Sijil Kematian.

LANTUNAN melodi piano yang sedang berkumandang di ruang tamu rumah kotej itu kedengaran sungguh merdu sekali. Ia di mainkan oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Jari-jemarinya begitu cekap dan tangkas melayari setiap not tidak kira pada kekunci putih mahupun hitam. Sungguhpun lampiran Skor muzik itu terpampang di hadapannya namun beliau mungkin tidak memerlukannya kerana setiap nota gubahan lagu karya klasikal Eropah yang sedang di mainkannya itu sudah terpahat kuat dan tersemat di dalam memorinya.

Di bawah keindahahan lampu chandelier ruang tamu, Doktor Doel Bachtiar bersama isteri dan dua orang anak duduk bagaikan penonton sambil memberi perhatian sepenuhnya kepada Arshad menyampaikan persembahan muziknya.

Tepukkan bergema sejurus karya klasikal 'Moonlight Sonata' dari komposer ternama Beethoven itu selesai di mainkan oleh Arshad Dimanuel.

Budak lelaki bercermin mata itu bangun lalu memberi tunduk hormat. Doktor Doel Bachtiar nyata orang paling gembira dengan bakat yang di tunjukkan oleh anak lelaki sulungnya. Dia bangun dan memberi tepukkan paling galak.

"Hahahaha that's my boy..a very talented boy. I'm very proud of you Arshad Dimanuel"katanya.

*"Thank you sir"balas Arshad sebelum pergi pula kepada ibunya iaitu Madam Sutinah yang sedang duduk di atas kerusi roda sambil memangku Dalib Barczhlund.

"Mommy proud of you too"kata Madam Sutinah sambil memeluk dan mencium di kepala anak sulungnya itu.

"Thank you mommy"

Doktor Doel Bachtiar menoleh pula kepada anak lelakinya yang nombor dua.

"Kabil Zachri..why don't you try to impress us with your musical talent just like your brother?"

"Taknaklah..tak minatlah papa"Kabil yang baru berusia lima tahun itu berterus-terang.

"Hm.. it's okey kalau Kabil tak minat"balas Doktor Doel Bachtiar.

Waktu santai keluarga itu terganggu buat seketika dengan kehadiran orang gaji.

"Tuan Doktor..ada seorang tetamu datang ingin berjumpa dengan tuan. Dia menunggu di luar"

"Baiklah"

BULAN mengambang penuh di dada langit malam. Rumah kotej itu terang-benderang dengan lampu di setiap penjuru pagar keliling. Doktor Doel Bachtiar sedang duduk melayankan seorang tetamu wanita dekat meja anjung luar rumah. Wanita itu datang ingin bertanyakan keadaan suaminya setelah menjalani pembedahan batu ginjal dengan Doktor terbabit kira-kira seminggu dua yang lalu.

"Harus berapa lama lagi saya perlu menanti sebelum dibenarkan untuk melihat suami saya tuan Doktor? Ini dah nak masuk dua minggu..saya sebagai isterinya sepatutnya ada hak untuk menjenguk suami saya"soal wanita berkenaan.

"Tak usah risaulah Puan Rasyidah. Kan saya dah cakap.. pembedahan ke atas suami kamu telah berjaya dan sempurna. Dan seperti yang saya janjikan..kamu tak perlu membayar kos pembedahan tersebut walau sesen pun. Biarlah suami kamu berehat dahulu. Sikit masa lagi dia akan di benarkan pulang"Doktor Doel Bachtiar tersenyum sambil membetulkan cermin matanya.

Akan tetapi wanita berkenaan masih tidak berpuas hati selagi tidak di benarkan untuk melihat keadaan terkini suaminya.

"Baiklah..hm saya baru teringat untuk bertanyakan suatu hal ni pada Tuan Doktor.."

"Apa dia tu?"

"Sebenarnya suami saya menjalani pembedahannya di mana? Kalau ianya di sebuah hospital,saya fikir tiada sebab untuk Doktor merahsiakan lokasinya"

"Ianya adalah sebuah hospital persendirian.."

"Kalau begitu ia pastinya memiliki rekod berdaftar secara sah yang boleh saya rujuk dan periksa bukan? Boleh Tuan Doktor tunjukkan butirannya pada saya?"desak wanita berkenaan.

"Maaf..saya tak dapat bantu Puan"

"Apa?! Kenapa pulak?!"

"Sebagai seorang doktor pakar bedah terhormat dari hospital besar Baiduri,Puan sepatutnya meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada saya"

"Baiklah..kalau begitu saya akan rujuk perkara ini dengan pihak berwajib"tegas wanita berkenaan lalu bangun dari kerusi,minta diri dan beredar.

Merah padam wajah Doktor Doel Bachtiar menahan marah.

PAKK!

Lalu di tamparnya dengan kuat ke permukaan meja santai dekat anjung itu. Dia pun bangun lalu bergegas masuk ke rumah. Kemudian dia keluar semula dan pergi ke bangsal kuda yang terletak di sebelah rumah kotej berkenaan.

Seekor kuda jantan di bawa keluar lalu di tunggangnya naik sebelum haiwan tersebut berlari gagah di atas jalan. Dia pun mengejar kenderaan yang di pandu oleh wanita tadi.

Ketika kereta wanita berkenaan sedang meluncur di atas jalan panjang di kelilingi ladang tebu di kiri kanan,dia terkejut besar apabila melihat Doktor pakar bedah itu sudah berada di belakang kenderaannya dengan menunggang seekor kuda jantan berwarna hitam.

ZASSS!

Seutas cemeti melibas keras dan pantas.

BRANKKKK!!

Habis pecah tingkap kereta wanita berkenaan.

"Aaaaaaaaaaaaa!!'

Suara jeritan berkumandang kuat sebelum kereta terpaksa di brek secara mengejut.

Pintu kereta di bahagian pemandu di buka.

Sebatang tangan mencengkam di leher Puan Rasyidah dengan kasar sebelum dia di tarik keluar dari kereta.

"Lepaskan saya Doktor! Lepaskan!"wanita tersebut meronta-ronta. Namun apakandaya kudratnya tidak mampu mengatasi kekuatan lelaki berkenaan.

"Puan tak sepatutnya cabar saya"Doktor Doel Bachtiar mengukir senyuman sinis.

Rambut Puan Rasyidah di rentap kasar sebelum mukanya di hempas ke tingkap kereta.

"Arghhhhhhhhhhh"

Darah meleleh di dahi dan hidungnya. Wanita itu terduduk di atas jalan.

"Puan nak tahu sangat keadaan terkini suami puan ya? Hm baiklah.."

Doktor Doel Bachtiar pun meraba ke dalam saku pakaiannya sebelum mencampakkan beberapa keping foto polaroid dan sekeping sijil kematian pada wanita berkenaan.

Seraya melihatkan foto-foto suaminya dalam keadaan sudah di korek dua biji mata,di keluarkan organ buah pinggang dan hatinya serta di catat butiran maklumatnya di atas sijil kematian, meraung-raung lah Puan Rasyidah sambil menangis teresak-esak.

"Hahahahaha"

Doktor Doel Bachtiar ketawa berdekah-dekah.

"Syaitan! kau bunuh suami aku rupanya!"jerit wanita berkenaan.

         _______________

LEWAT malam hujan turun lebat mencurah-curah.  Sesekali guruh dan kilat menyambar keras. Cahayanya menerobos masuk ke dalam rumah kotej yang sudah bergelap melalui tingkap. Madam Sutinah sudah nyenyak tidur bersama anak kecil bongsunya Dalib di bilik tidur utama. Begitu juga dengan orang gajinya yang tidur di bilik lain.

Akan tetapi dua orang anak lelakinya yang lain iaitu Arshad dan Kabil masih celik. Budak-budak itu sedang mengintai dari dalam tingkap ruang tamu.

Mereka melihat cahaya di luar pagar dan deruan enjin kereta Rolls Royce silver shadow milik bapa mereka bergema.

"Papa dah balik"kata Arshad kepada adiknya.

"Tadi papa tunggang kuda. Lepas tu papa balik hantar kuda ke bangsal dan keluar semula dengan kereta. Sebenarnya papa pergi mana bang?"tanya Kabil.

"Entahlah..papa always like that.. keluar dan balik lewat malam sambil bawa guni"kata Arshad. Budak lelaki berusia tujuh tahun dan bercermin mata itu kata-katanya sering bersulam dengan Bahasa Inggeris.

Mereka terdengar bunyi pintu pagar di tutup sebelum kelibat bapa mereka di lihat sedang memikul sesuatu di dalam guni atas bahunya.

Cepat-cepat dua orang budak lelaki itu berlari naik tangga ke tingkat atas dan masuk ke bilik tidur mereka. Bukan tidak tahu perangai bapa mereka yang mudah naik meradang sekiranya di dapati mereka masih belum tidur lagi lewat-lewat malam begitu.

KREKKK..

Pintu rumah di buka. Doktor Doel Bachtiar melangkah masuk dan menutup pintu. Ruang tamu pun sudah bergelap. Dia tahu pada waktu begitu isteri, anak-anak dan orang gajinya sudah masuk tidur.

Dia pun membuka langkah menuju ke bilik stor yang letaknya di bahagian belakang antara ruang tamu dan dapur. Ada papan tanda larangan masuk di letakkan pada pintu stor. Doktor terbabit tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke situ termasuklah isteri dan anak-anaknya. Mereka hanya di beritahu bahawa bilik berkenaan telah di jadikan sebagai pejabat peribadinya untuk menyimpan segala macam peralatan kedoktoran.

Sejurus masuk ke pintu stor, terdapat tangga yang membawa turun ke ruang bawah tanah. Suis di petik sebelum lampu-lampu menerangi ke segenap ruang. Suasananya tidak ubah seperti di klinik atau dalam hospital. Terdapat ruang pejabat dengan meja dan kerusi untuk seorang doktor duduk menulis. Lengkap dengan rak dan fail-fail.

Di ruang lain pula terdapat*stretcher*dan katil untuk memeriksa pesakit. Di ruang lain pula ada katil pembedahan. Bilik itu di lengkapi dengan lampu-lampu khas dan segala macam peralatan bedah seperti gunting dan pisau.

Guni yang di pikul atas bahu tadi lalu di letakkan atas katil bedah yang masih bersisa dengan kotoran dan cairan darah. Doktor Doel Bachtiar membuka ikatan tali guni tersebut sebelum mayat Puan Rasyidah yang telah di bunuhnya tadi di baringkan atas katil bedah berkenaan.

Dia pun membuka radio kecil miliknya sebelum berkumandanglah lagu-lagu melayu klasik yang mendayu-dayu sebelum mulai menyarung apron,pelitup muka dan sarung tangannya.
Peralatan bedah di susun secara teratur. Pisau pemotong di asah terlebih dahulu agar lebih tajam.

Beberapa jam kemudian selesailah sudah kerjanya di bilik unit pembedahan rahsia bawah tanah itu. Mayat Puan Rasyidah terbaring kaku berlumuran darah. Segala organ-organ utama tubuhnya telah di keluarkan dan di simpan ke dalam balang-balang kaca khas.

Doktor Doel Bachtiar pun mencatatkan beberapa butiran laporan pembedahan yang telah di buatnya. Satu lagi sijil kematian di isi lalu di simpan rapi ke dalam fail dekat rak pejabat.

BAB 2:Sijil Kematian(tamat)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience