6.Badut Sarkas
PARA pengunjung di tapak temasya karnival pesta ria bersorak riang sambil bertepuk tangan, teruja saat sekumpulan ahli sarkas menunjukkan kemahiran mereka melakukan pelbagai aksi dan gimik yang memukau di atas sebuah pentas khas. Di samping itu ada lagu-lagu sarkas yang lucu dan menarik perhatian kanak-kanak berkumandang sebagai muzik latar.
Ramon si badut sarkas gemuk dan lucu di lihat menunggang sebuah basikal satu roda sambil meniup semburan api. Sesekali dia membuat pula gimik silap mata atau melompat ke dalam gelung-gelung berapi.
Kanak-kanak cukup terhibur dengan kelucuan si badut sarkas gemuk dengan wajah bercat putih itu.
Di dalam keriuhan dan kemeriahan suasana pertunjukkan sarkas yang sedang berlangsung, Doktor Doel Bachtiar muncul di balik para penonton yang ramai sambil tercegat dan terus memerhatikan galagat Ramon.
Tadi sejurus dia mendapat tahu bahawa anaknya iaitu Kabil telah di lempang sehingga lebam pipinya oleh badut sarkas gemuk itu,serta-merta darah Doktor pakar bedah itu naik menyirap dan menyinga-nyinga.
Lantaran itu dia pun meminta Abu untuk menghantarkan dua orang anaknya pulang ke rumah terlebih dahulu.
Sejurus selesai membuat persembahan di pentas,para penonton pun bersurai. Begitu juga dengan anggota ahli sarkas. Mereka pulang semula ke khemah persalinan khas.
Ramon si badut sarkas gemuk pula di lihat terus berkayuh dengan basikal roda satu menuju ke slot perkhemahan gerai-gerai. Perut buncitnya memang kerap saja berasa lapar. Bau sosej panggang dan burger yang datang dari gerai-gerai jualan makanan begitu harum dan menggoda seleranya.
Tanpa di sedari dirinya sedang di ekori.
Dia pun singgah ke padang sunyi bersebelahan dengan tapak temasya karnival pesta ria untuk lepak dan mengisi perutnya dengan sosej panggang yang di beli.
Tiba-tiba keasyikkannya menikmati sosej panggang terganggu apabila dirinya di lempar dengan seketul batu kecil.
"Siapa tu hah?!"teriak Ramon.
Tiada jawapan.
"Hei janganlah nak main-main!"
Dia pun bangun dan melilau di sekitar padang sunyi dan samar-samar terang itu untuk mencari orang yang melemparnya dengan batu tadi.
Kemudian dia terlihat ada rimbunan dedaun pokok di tepian padang bergerak-gerak lalu pergi ke situ.
"Keluar kau sekarang! berani betul kau lempar batu kat aku ya!?"
BUKK!
"Ughhhhhh"
Ramon terhuyung-hayang sejurus suatu hentakkan hinggap di belakang kepalanya. Dia pun berpusing dan melihat. Doktor Doel Bachtiar sudah berdiri tercegat sambil mendengus marah. Sebatang kayu berada di dalam genggamannya.
"Kau..kau ni siapa? kenapa.."
"Binatang gemuk! berani kau lempang ke pipi anak aku sampai lebam? Aku patut sembelih dan cincang mayat kau sebelum di jual ke rumah sembelihan daging!"
"Ohh hahaha..kau ni bapak budak yang langgar khemah persalinan sarkas tadi rupanya. Hm ya..aku lempang budak tu cukup-cukup tadi. Nasib baik pada waktu tu persembahan sarkas dah nak bermula,kalau tidak aku nak patah-patahkan tulang dia sekali"ejek Ramon.
"Kurang ajar!!"
Doktor Doel Bachtiar meluru pantas lalu menyerang lelaki badut itu dengan libasan batang kayu namun Ramon berjaya mengelak dan menendang lawannya.
"Ughhhhhh"
Doktor Doel Bachtiar terguling-guling jatuh.
Ramon ganyang dengan pijakkan kakinya beberapa kali. Nasib Doktor terbabit agak kurang baik. Lawannya agak kuat. Dia hanya mampu menangkap kaki Ramon dan menjatuhkan lelaki gemuk itu ke permukaan padang.
Pantas Doktor Doel Bachtiar menerkam. Terjadi pergelutan sesama mereka. Di saat keriuhan dan kemeriahan suasana di temasya karnival pesta ria sedang berlangsung,dua lelaki itu terus bergasak di padang sunyi dan sedikit gelap itu.
Tumbukkan demi tumbukkan. Namun sudah menjadi adat pertempuran pasti ada yang menang atau kalah.
"Hah! mampuslah engkau! sarang tebuan usah di jolok! puih!"maki Ramon yang sudah menguasai keadaan.
Doktor Doel Bachtiar di benamnya dengan penumbuk dan penyiku.
"Ughhhhhh"
Darah meleleh dari bibir Doktor Doel Bachtiar.
"Hahahahaha"
Lelaki badut sarkas gemuk itu berdiri sambil ketawa dan menenyeh tapak kasutnya ke muka Doktor Doel Bachtiar yang sudah terbaring.
Setelah melihat lawannya tidak bergerak-gerak dan kaku, barulah Ramon beredar pergi sambil mengayuh basikal sarkas roda satunya meninggalkan padang sunyi itu.
KETIKA malam kian larut, suasana di temasya karnival pesta ria kelihatan mulai sedikit lengang. Para pengunjung pun banyak yang sudah beredar. Ramon pun baru pulang ke slot khemah persalinan sarkas.
Tadi sejurus lepas dia beredar dari padang, lelaki badut sarkas gemuk itu pergi berseronok-seronok pula di tapak pesta ria.
"Oi dah lewat malam baru reti nak balik ke khemah ke?"tegur seorang rakan sarkasnya yang sudah tertidur di khemah kerana menantikannya pulang.
"Alamak sori lah Jepp. Banyak sangat permainan yang menyeronokkan tadi sampai leka aku di buatnya. Hm..kau pulanglah dulu. Aku nak tukar pakaian dan cuci mekap badut ni jap"kata Ramon sambil melucutkan topi badut yang di pakainya.
"Okey..kau jangan lupa kunci pintu khemah persalinan sarkas ni bila nak pulang nanti Ramon"
"Baiklah"
RAMON bersiul-siul sambil duduk mencuci mekap wajahnya di hadapan cermin. Beliau adalah seorang lelaki gemuk yang botak licin kepalanya.
Tiba-tiba dia pun di kejutkan dengan bunyi seperti raungan mesin dekat luar pintu khemah persalinan sarkas itu.
"Siapa?!"teriak Ramon.
Tiada jawapan. Hanya bunyi seperti mesin tadi masih meraung-raung.
"Macam bunyi*chainsaw*je"agak Ramon.
Dia pun bingkas bangun dari meja cermin solek lalu pergi membuka pintu khemah. Tahu-tahu kelibat seorang lelaki dengan wajah bersarung guni sudah tercegat sambil melayangkan mata gergaji*chainsaw*elektrik di tangannya ke leher Ramon.
"Nanti.. nanti.. arghhhhhhhhhhh"
Darah memancut membuak-buak. Kepala lelaki badut sarkas gemuk itu bergolek-golek jatuh.
Si pembunuh itu pun melucutkan sarung guni yang membungkus kepala dan wajahnya. Beliau tak lain tak bukan adalah Doktor Doel Bachtiar sendiri.
"Mampus pun engkau binatang gemuk"
Jasad ngeri Ramon di tarik masuk ke dalam khemah persalinan sarkas. Pintu di kunci dari dalam. Pada ketika itu keadaan di sekitar sudah sunyi-sepi. Khemah-khemah lain pun sudah bergelap.
Doktor Doel Bachtiar berjalan dan melihat-lihat di dalam khemah persalinan sarkas itu. Dia menemui pelbagai kostum baju,rambut palsu,sarung tangan dan mekap badut.
"Hm..bagus jugak ni"fikir hatinya sambil membelek-belek pakaian terbabit.
__________________
BILIK unit pembedahan rahsia yang terletak di ruang bawah tanah rumah kotej itu masih terang-benderang walaupun waktu ketika itu sudah jam dua pagi.
Gunting-gunting,pisau dan pelbagai lagi peralatan bedah yang masih basah dengan darah lantas di cuci bersih-bersih. Sarung tangan pun di tanggalkan.
Awal malam tadi sejurus kesakitan di tubuhnya hilang selepas di benam dek Ramon dekat padang sunyi itu,Doktor Doel Bachtiar pun beredar sebelum di jemput pulang oleh Abu.
Tak lama kemudian beliau pun kembali semula ke tapak karnival pesta ria sendirian dengan memandu kereta mewah jenis Rolls Royce silver shadow kepunyaannya. Abu sudah lama pulang dengan basikalnya. Kali ini kedatangannya adalah untuk 'mengajar' badut sarkas gemuk itu secukupnya.
Oleh itu segala kelengkapan harus di bawa sekali termasuk guni, gergaji chainsaw elektrik dan kereta sorong untuk memudahkan kerja-kerja pengusungan mayat nanti. Dan selepas itu Ramon pun menerima padahnya.
Doktor Doel Bachtiar mengelap tangan yang sudah di cuci dengan sehelai kain. Dia pun duduk di meja pejabat mini klinik bawah tanah itu sambil mengisi butiran maklumat subjek yang baru sahaja selesai di bedahnya tadi ke atas sekeping sijil kematian.
Mayat Ramon si badut sarkas gemuk itu sudah selamat bersemadi di dalam sebuah beg mayat. Organ-organ utama tubuhnya sudah di korek,potong dan di ambil kesemuanya oleh Doktor Doel Bachtiar.
Selesai menulis,beliau pun bangun dan pergi ke suatu meja di mana terdapat longgokkan pelbagai kostum pakaian badut sarkas. Doktor gila itu pun tertawa sendiri. Dia telah mendapat suatu akal.
___________________
SELASA malam pun tiba. Majlis sambutan hari jadi seorang kanak-kanak perempuan bernama Dahlia berlangsung di rumah keluarganya dengan meriah sekali. Ramai tetamu dan sanak-saudaranya yang hadir. Doktor Doel Bachtiar selaku tetamu kehormat juga turut hadir.
Beliau di lihat agak rancak berbual ketawa sambil menikmati pelbagai hidangan bersama ibu bapa Dahlia dan para hadirin yang mengenalinya.
Dahlia menyambut ulang tahun hari kelahirannya yang ke sepuluh. Gadis kecil itu bukan sahaja girang kerana telah mendapat hadiah yang bertimbun-timbun banyaknya,malah majlis itu turut di hadiri oleh ramai rakan kanak-kanaknya.
"Terima kasih Encik Borhan dan Puan Naemah kerana telah sudi mengundang saya ke majlis anak kamu"ucap Doktor Doel Bachtiar ketika sudah ingin beredar.
"Sama-sama Doktor. Selamat tiba ke kediaman kamu nanti. Jumpa lagi ya"balas ibu dan bapa kepada Dahlia sambil melambai dekat pagar.
Kereta mewah jenis Rolls Royce silver shadow yang di pandu oleh Doktor Doel Bachtiar pun berlalu pergi.
Dahlia dan kanak-kanak lain sedang rancak bermain di luar halaman rumah keluarganya. Lampu-lampu menerangi di segenap sudut. Para tetamu orang dewasa pula masih di dalam rumah.
Lebih kurang lima belas minit kemudian, telah muncul seorang lelaki badut sarkas di luar pagar rumah berkenaan.
"Eh eh ada badut lah!"
Kanak-kanak mulai melonjak girang.
"Mungkin Mak dan ayah Dahlia yang upah dia untuk datang hiburkan kita"
"Jom kita bermain dengan badut tu kat luar pagar"ajak seorang kanak-kanak.
Pintu pagar terbuka. Dahlia dan rakan-rakannya menyerbu keluar dan bermain dengan lelaki badut yang agak misteri dengan topi,rambut palsu dan mekap wajahnya yang serba putih itu.
Sang badut pun melemparkan beberapa genggam gula-gula dan coklat sebelum di rebutkan oleh kanak-kanak itu. Suara riuh keriangan kanak-kanak bergema. Ibu bapa dan para hadirin dewasa pula sedang leka berbual dan menjamu selera di dalam rumah. Mereka langsung tidak menyedari akan kehadiran sang badut misteri.
Dahlia dan kanak-kanak lain kembali masuk ke dalam halaman rumah. Akan tetapi ada seorang kanak-kanak yang terlalu gembira dengan kedatangan sang badut sarkas misteri itu. Dia enggan kembali ke dalam halaman rumah malah sebaliknya telah mengekori sang badut.
Senyuman dan lambaian tangan sang badut seakan telah memukau diri kanak-kanak tersebut. Akhirnya dia pun berjalan semakin jauh sambil tangannya di pimpin oleh sang badut.
Tiada siapa pun yang menyedari akan pemergian nya.
BAB 6:Badut Sarkas(tamat)
BERSAMBUNG...
Watak Dahlia juga pernah muncul dalam Siri MORBID 2-GeNeTik sebagai watak hantu kanak-kanak perempuan berbaju gaun putih berdarah yang menjadi sahabat halimunan kepada Maira.
Share this novel