10.Detektif Abas
MALAM tu Abu terjaga dari tidurnya setelah termimpikan gerombolan hantu kanak-kanak seperti yang di lihatnya dekat ladang tebu dahulu. Dalam mimpi itu kanak-kanak terbabit telah memberitahu suatu rahsia kepada Abu.
Keesokkan harinya Abu pun mengambil keputusan untuk pergi ke balai polis daerah Desa Terpenchil untuk bertemu dengan Inspektor Junid. Dia merasakan mimpi yang di alaminya itu seperti ada perkaitannya dengan perkara jenayah.
"Betul tuan Inspektor..hantu atau roh kanak-kanak yang muncul dalam mimpi saya itu ada memberitahu saya bahawa mereka telah teraniya,di culik dan di bunuh. Mereka meminta bantuan saya untuk menegakkan keadilan buat mereka agar pembunuh mereka itu di tangkap dan di heret ke muka pengadilan. Harap Tuan Inspektor dapat jalankan siasatan. Firasat saya kuat mengatakan yang kanak-kanak itu mungkin mangsa-mangsa penculikkan yang sedang berleluasa di Desa Terpenchil sekarang"cerita Abu sejelas-jelasnya.
Walaubagaimanapun,Inspektor Junid yang mendengar cerita itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana pihak polis tidak diberi kuasa bertindak hanya berdasarkan cerita dari mimpi seseorang.
"Maaf Abu. Itu benar-benar di luar bidang tugas kepolisan"
Jawapan dari Inspektor Junid itu agak sedikit mengecewakan Abu.
"Tapi tuan Inspektor..bagaimana kalau hal itu memang benar-benar berlaku seperti yang di dakwa oleh penampakkan kanak-kanak terbabit? Bekas majikkan saya juga ada sebagai saksi sewaktu kejadian penampakkan itu berlaku di ladang tebu. Bukankah kita sudah di kira seperti mensia-siakan petunjuk.."
"Begini sahaja Abu. Saya tahu kamu adalah seorang warga yang prihatin dan bertanggungjawab. Apakata saya perkenalkan kamu kepada seorang sahabat baik saya..beliau adalah penyiasat persendirian yang bukan sahaja pakar dalam bidang penyiasatan jenayah malah juga dalam bidang supernatural dan paranormal. Cuba kamu rujuk dengan beliau terlebih dahulu. Andaikata hasil penyiasatan beliau berhasil membuktikan hal tersebut ada perkaitan dengan jenayah sebenar,pihak polis pasti akan campur tangan"ujar Inspektor Junid sambil menyerahkan sekeping kad kepada Abu.
Usul itu nampaknya berjaya menarik minat Abu.
          _________________
   Â
PAGI sabtu itu sepatutnya adalah hari bercuti. Namun pihak sekolah rendah daerah Desa Terpenchil telah mengadakan program hari pakaian beragam.
Murid-murid di lihat datang ke sekolah dengan pelbagai aneka pakaian beragam,unik dan menarik.
Dahlia murid perempuan berusia sepuluh tahun dan bersekolah dalam darjah empat. Hari ini gadis kecil itu mengenakan gaun putih yang cantik. Dari rumah lagi Dahlia sudah bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk menyertai hari pakaian beragam yang di adakan oleh pihak sekolahnya.
Gadis itu seperti biasa berhati-hati berbasikal di tepian jalanraya. Pagi ini suasana sedikit sejuk dan berkabus. Dia adalah gadis yang sama di bantu oleh Doktor Doel Bachtiar ketika terjatuh dari basikal suatu ketika lalu.
Pada waktu sebelah pagi,laluan jalanraya di Desa Terpenchil itu agak sibuk dengan pelbagai kenderaan yang lalu-lalang. Dahlia pula lebih senang berbasikal mengikuti suatu jalan lain. Jalan yang di pilihnya itu mungkin agak jauh sedikit untuk tiba di sekolahnya,namun jalan tersebut lebih selamat dan lengang dari kenderaan. Malah jalan itu juga sering menjadi pilihan murid-murid yang pergi ke sekolah dengan berbasikal.
Akan tetapi tiada siapa akan menduga bahawa pagi ini adalah hari terakhir Dahlia di lihat berbasikal menuju ke sekolah. Kejahatan sedang mengekorinya dari belakang dan mengintai peluang serta menanti masa yang tepat untuk bertindak ke atasnya.
PINN!
Sebuah kereta jenis Rolls Royce Silver Shadow membunyikan hon sebelum berhenti di bahu jalan. Dahlia juga memberhentikan kayuhan basikalnya.
Doktor Doel Bachtiar keluar dari ruang tempat duduk pemandu.
Dahlia serta-merta tersenyum melambai dan menyapa tatkala kelibat doktor itu muncul.
"Hai pakcik doktor!"
"Hi Dahlia..how are you today sweetheart?"
"I'm fine. Pak cik doktor nak pergi kerja ke?"
"Yes i am. Hm..cantik baju gaun putih yang kamu pakai tu Dahlia"
"Sekolah saya ada buat hari pakaian beragam pagi ni.."
"Ohh..that's great. I think you already late going to school right?"
Dahlia pun menoleh ke jam tangannya. Sememangnya dia sudah agak sedikit terlewat. Sepatutnya pada waktu begini dia sudah pun tiba di sekolah dan berkumpul dengan murid-murid lain.
"Ya saya dah terlewatlah pakcik doktor"
"It's ok Dahlia. Come get in my car. Saya hantarkan Dahlia ke sekolah naik kereta. Itu lebih pantas bukan?"
"Tapi basikal saya.."
Doktor Doel Bachtiar pun membuka pintu bonet belakang kereta Rolls Royce miliknya dan mengusung basikal gadis berusia sepuluh tahun itu masuk ke dalam.
Dahlia pun mengikuti lelaki itu pergi dengan menaiki keretanya.
         ________________
KEESOKKAN harinya daerah Desa Terpenchil di gemparkan lagi dengan kes kanak-kanak hilang terbaru. Dahlia,gadis berusia sepuluh tahun itu kali terakhir di lihat oleh ibu bapanya pada waktu pagi semalam,iaitu ketika dia sudah bersiap dengan baju gaun putih dan bertolak pergi dengan menunggang basikal untuk menghadiri hari pakaian beragam yang di anjurkan oleh sekolahnya.
Pihak polis percaya kanak-kanak perempuan itu adalah mangsa penculikkan terbaru oleh suspek yang masih lagi sedang giat di buru. Berita itu ada tersiar di surat khabar,televisyen dan radio.
"Lagi-lagi kes budak hilang..apalah nak jadi dengan Desa Terpenchil sekarang ni.."rungut Abu ketika dia singgah di sebuah kedai runcit dan menatap senaskah akhbar.
Hari ini Abu tidak bekerja. Dia sedang berada di kawasan bandar yang agak jauh dari daerah Desa Terpenchil. Tujuan kedatangannya ke bandar itu adalah untuk pergi ke sebuah pejabat agensi penyiasatan persendirian yang di katakan bukan saja pakar dalam penyiasatan jenayah malah juga dalam hal-hal paranormal dan supernatural.
Ini telah membawa Abu bertemu dengan Detektif Abas,pemilik agensi terbabit yang juga adalah penyiasat yang di maksudkan. Beliau juga adalah sahabat baik kepada Inspektor Junid.
Abu pun menceritakan segala-galanya dari mula hingga akhir. Dari hal dia bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Tuan Doktor Doel Bachtiar,penemuan loket milik salah seorang kanak-kanak mangsa penculikkan itu sehinggalah ke hal penampakkan hantu gerombolan kanak-kanak di ladang tebu serta mimpi yang di alaminya.
Detektif Abas mendengar segala penerangan Abu dengan cermat dan teliti sambil mencatatkan butiran-butiran penting.
"Saya tak nafikan layanan tuan Doktor Doel Bachtiar agak dingin terhadap saya detektif..tapi beliau boleh menjadi saksi terhadap penampakkan dekat ladang tebu tempoh hari.."ujar Abu.
Berkerut dahi detektif Abas. Fikirannya ligat memproses segala maklumat keterangan dari Abu.
"Nanti..nanti..biar saya tanyakan sesuatu dari awak dulu Abu"
"Silakan detektif'
"Apa yang kamu dan bekas majikkan kamu buat di ladang tebu terbabit sewaktu kejadian penampakkan hantu kanak-kanak tu Abu?"
"Ohh yang itu..aaa..sengaja saya tak mahu sebut hal yang menyakitkan hati tu detektif. Apalagi kalau bukan majikkan saya marah dan belasah saya secukupnya.."
"Atas sebab apa?'
''Sebab laporan saya tentang penemuan loket kanak-kanak dalam kereta Tuan Doktor. Beliau tak senang bila Inspektor Junid dan anak-anak buahnya datang ke rumah untuk bersoal siasat dan melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan milik beliau"
"Cukup..itu satu poin yang bagus. Saya hairan kenapa pihak polis enggan menyiasat maklumat dari awak"
"Mereka enggan kerana hal ini melibatkan perkara paranormal yang di luar bidang kuasa polis. Sebab itu lah saya terpaksa rujuk kepada agensi penyiasatan tuan"
"Sebab itulah mereka tidak akan berjaya menyelesaikan kes penculikkan bersiri dekat daerah Desa Terpenchil tu.."
"Apa maksud detektif?"
"Seperti yang kamu ada sampaikan tadi..Doktor Doel Bachtiar adalah individu terhormat di Hospital Besar Baiduri. Pengaruh besar beliau telah berjaya mengelabui mata orang ramai termasuklah pihak polis sendiri.."
"Saya masih kurang jelas lah detektif.."
"Bagaimana kalau saya katakan Doktor Doel Bachtiar sendiri adalah orang yang sepatutnya di syaki..dan beliaulah dalang dan penculik kanak-kanak yang sedang giat di buru oleh polis?"
"Ini mustahil detektif..saya tak nafikan beliau itu pembengis dan layanan beliau terhadap saya pun sangat dingin. Namun tidaklah sampai ke tahap saya mempercayai beliau melakukan hal-hal seperti itu"ujar Abu.
Detektif Abas tersenyum.
"Begini Abu..awak tak pelik atau curigakah bila awak sendiri ceritakan pada saya betapa bekas majikkan awak sendiri nampak terkejut dan ketakutan sewaktu penampakkan kanak-kanak tu? Malah ketika kanak-kanak itu beritahu yang mereka di aniaya oleh 'lelaki' itu..ada lelaki lainkah selain awak dan Doktor Doel Bachtiar sewaktu kejadian di ladang tebu? Kenapa bekas majikkan awak beriya mengajak awak pergi dan meminta agar awak tidak mempercayai kata-kata kanak-kanak tu?"
GULP!
Kali ini Abu terkedu dan meneguk air liurnya sendiri. Bulu tengkuknya tiba-tiba rasa meremang.
"Hm..awak juga menyaksikan sendiri bagaimana ngeri rupa keadaan kanak-kanak itu kan..ada yang sudah di korek kedua mata,berlubang di bahagian dada serta buah pinggang..seolah-olah mereka itu telah di autopsi. Awak jangan lupa kepakaran Doktor Doel Bachtiar itu mencakupi aspek pembedahan mata,jantung hati dan buah pinggang"
Kali ini Abu benar-benar tersentak! dia seolah-olah baru tersedar dari mimpi. Kesemua kenyataan yang di sebut oleh detektif Abas itu memang benar dan masuk dek akal. Entah kenapa selama ini fikirannya tidak pernah sampai ke tahap itu. Inilah yang di kesali oleh Abu.
Tangan Abu mulai terasa menggeletar. Tanggapannya kepada bekas majikkannya itu berubah terus. Dia mulai mempersoalkan siapakah sebenarnya di sebalik watak Doktor terhormat yang di sandang oleh bekas majikannya itu?
BAB 10:Detektif Abas(tamat)
BERSAMBUNG...
Detektif Abas adalah bapa kepada Detektif Hussein Abas yang pernah muncul dalam Siri MORBID 2-GeNeTik. Nantikan kesudahan nasib Doktor Doel Bachtiar pada Bab 11 dan dalam Bab 12 akan bermulalah kisah era zaman remaja Kazim bersama tiga beradik Horsehead. Sewaktu watak Kazim muncul dalam Siri MORBID 1 terdahulu,beliau pernah memberitahu kepada Salma betapa dia lebih mengenali Horsehead dengan wajah sebenarnya tanpa kostum kuda. Pada ketika itu watak Kazim hanyalah watak sampingan,namun dalam siri ini Kazim akan memegang watak utama dan sejauh mana keakraban beliau dengan adik beradik Horsehead akan di perincikan dalam Siri MORBID 3 oRiGiN.
Share this novel