28.Ugutan Buat Kazim

Thriller Series 890

28.Ugutan Buat Kazim.

PINTU bilik tidur Arsyad pun di buka. Baru sahaja Kazim ingin melangkah keluar,tahu-tahu kelibat Arshad bersama Kabil dan Dalib sudah pun berdiri tercegat di luar. Terkejut betul Kazim. Dadanya berdebar kuat.

"Kazim..long time no see"kata Arshad sambil menyimpul senyuman misteri.

"Err? Shad..aaa..kau orang pergi mana tadi?bila kau orang pulang?"Kazim nyaris hilang kata-kata sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"What are you doing in my room Kazim?"soal Arshad sambil berpeluk tubuh.

"Ouh..tak ada apa..aku cari kau lah Shad. Tadi Kabil sama Dalib entah pergi  mana..aku pun naiklah ke atas. Ingatkan kau ada dalam bilik.."kelentong Kazim sambil teguk air liur.

Walaubagaimanapun bahasa tubuh dan reaksi wajahnya tampak benar seperti orang yang sedang berhelah dan menyembunyikan sesuatu.

Arshad melangkah masuk ke dalam biliknya dan berdiri memerhatikan kepingan foto-foto polaroid di atas mejanya sambil di ikuti oleh Kabil,Dalib dan Kazim sendiri.

Dia melihat foto ahli persatuan penduduk yang biasa di timbunkannya dekat bawah foto-foto lain itu kini telah berada di atas pula. Dia juga tahu Kazim telah melihat ke foto tersebut.

"I'm sure you know something,right Kazim?"Arsyad menoleh dan tersenyum.

"Aku..aku tak tahu apa yang kau maksudkan"balas Kazim.

"Ahh..i'm talking about this photo"

Kepingan polaroid itu pun di suakan kepada Kazim.

"Aku..aku tengok-tengok macam tu je Syad..maaflah kalau dah buat kau..

"Don't lie Kazim!"tinggi suara Arsyad.

Kazim tertunduk bisu.

"You know what Kazim..aku dah mula syak sesuatu kat kau. Is there anything else you try to hide from us huh?! Why suddenly kau menjauhkan diri dari kami? Hm..sebelum aku bertolak ke Australia pun kau dah berbulan menghilangkan diri. Ohh that's really weird you know?"soal Arsyad.

Kazim membisu agak lama.

"Aku..."

"Oh no..don't tell me you're busy all the time..that's bullshit! Now tell us about the photo"

Kazim meneguk liurnya beberapa kali.

"Aku..aku cuma tahu itu gambar ahli persatuan penduduk Desa Terpenchil..ayah aku pun ada dalam foto tu"

"Then what else you know?"desak Arshad.

"Tak tau Syad..aku tak tahu apa-apa lagi"

"Liar! Kabil..Dalib..teach him a lesson!"

"Tapi Syad.."Kabil dan Dalib berasa keberatan.

"Just do it damn it!"

PINTU rumah kotej itu pun terbuka sebelum tubuh Kazim terhumban keluar lalu berguling-guling jatuh ke lantai.

"Arghhhhh!"

Kemudian Arshad keluar dan menendang ke tubuh Kazim beberapa kali.

Kazim sekadar mampu mengerang kesakitan,menepis dan menyilang tangannya buat melindungi tubuhnya.

"Now better kau cakap terus-terang..apa lagi yang kau tahu tentang kami?!"desak Arshad.

"Aku tak tau apa-apa..sakit Shad...tolonglah hentikan semua ni..aduh!"

Namun permintaan Kazim itu tidak di endahkan. Dia terus di sepak terajang dan di tumbuk beberapa kali. Kazim sekadar mampu menangis kesakitan.

Akhirnya barulah Arshad berhenti.

"Hold him!"arahnya.

Kabil dan Dalib memapah Kazim bangun sambil masing-masing memegang lengan kiri dan kanannya seorang sebelah.

Mata Kazim lebam. Bibirnya bengkak. Hidungnya berdarah.

"Maaf..maafkan aku Shad...maafkan aku.."rayu Kazim sambil mengesat darah dan linangan air mata.

Arshad kemudian mencekak ke leher Kazim.

"I give you a warning Kazim..if kau beritahu hal ni pada keluarga kau..atau mereka pergi membuat aduan kepada persatuan penduduk dan pihak polis,nahas kau! faham!?"

Kazim mengangguk lemah sambil tertunduk-tunduk.

"Ohh..i'm not joking Kazim..let me tell you something..if we found out some trouble,jangan salahkan kami kalau ada ahli keluarga kau yang hilang seperti mana nasib orang-orang yang kau lihat dekat dalam foto polaroid tu ya? Or maybe angka giliran Pak Othman pun boleh di dahulukan lebih awal sedikit.."

Kazim tersentak. Dia faham maksud Arshad itu. Kini dia memang tidak syak lagi tentang kebenaran teori pembunuhan ke atas ahli persatuan penduduk itu.

"I believe you are already know and understand on what we can do right?"kata Arshad sambil tersenyum sinis dan menepuk ke bahu Kazim.

Hanya anggukkan kecil sahaja yang mampu di beri oleh Kazim. Dia memang sudah sedia maklum akan rahsia kejahatan dan sikap tidak berperikemanusiaan Arshad dan adik-adiknya termasuk kerja kotor mereka menjual organ tubuh manusia di pasaran gelap.

Dalam kesedihan Kazim terpaksa akur. Apalagi yang mampu di buatnya selain tutup mulut dan meneruskan sahaja hidupnya seperti biasa atau kalau tidak,di takuti ada ahli keluarganya yang di perapakan oleh tiga beradik psikopat itu nanti.

"But don't worry Kazim..we still can be a good friend as usual. Lagi bagus kalau kau pun boleh turut melibatkan diri bersama-sama kami dalam urusan bisnes yang sangat menguntungkan"kata Arshad sambil tersengih.

Rupanya dia berhasrat untuk memujuk Kazim menyertainya adik-beradik melakukan kerja-kerja kotor itu. Sebuah briefcase pun di usung keluar oleh Kabil dan Dalib.

Kazim pun di perlihatkan dengan wang kertas yang bertimbun-timbun banyaknya di dalam briefcase tersebut.

"Zim..please come join us. You don't need to waste your time working as flower shop assistant anymore. Look..we can easily make a lot of money by doing this job"pujuk Arshad.

Kazim sekadar diam membisu dan tertunduk memejam mata. Kesakitan di tubuhnya pun masih berbisa.

"Nah..take this Kazim. Keep it for you. If it's not enough,you can ask me for more..but you must agree to join us first"kata Arshad sambil hulurkan sekepuk dua wang US dollar dengan nilai yang agak lumayan.

Walaubagaimanapun Kazim menolak semua itu. Fikirannya masih waras lagi untuk berkecimpung dalam dunia jenayah keji dan tidak berperikemanusiaan seperti itu.

"It's okey. You can change your mind at anytime you want"

Kazim pun di bebaskan.

Arshad,Kabil dan Dalib sekadar berdiri tercegat di anjung rumah kotej itu sambil melihat Kazim berjalan pergi sambil menahan kesakitan di tubuhnya.

Kepulangan Kazim dalam keadaan lebam mata,berdarah hidung dan bengkak-bengkak di tubuhnya itu amat mengejutkan ibu dan bapanya.

Kazim mengambil langkah berdiam diri sahaja setiap kali di tanya oleh ayah dan ibunya. Dia terpaksa mengambil sikap sedemikian pun kerana bimbangkan keselamatan ahli keluarganya juga.

                __________________

DUA hari kemudian...

Keadaan Kazim beransur pulih. Dua hari dia terlantar di rumah dan tidak dapat pergi bekerja. Apek Chen pun ada datang melawatkannya. Tauke kedai bunga itu cukup kesal dengan apa yang terjadi pada Kazim. Kazim di belasah sewaktu pergi menghantar bunga ke rumah pelanggan. Sudah tentulah tauke itu berasa serba-salah.

"Zim..makanlah..mak buatkan bubur ayam kegemaran kau ni"kata ibunya Jadariyah sambil meletakkan dulang dan semangkuk bubur di atas meja kecil tepi katil.

"Biarlah dulu mak. Zim belum seleralah"

Kazim duduk menyandar di kepala katil.  Tubuhnya banyak bertampal dengan plaster.

Ayahnya Pak Othman pun ada sekali. Marah benar dia setelah melihat keadaan anaknya di belasah sampai begitu sekali.

"Zim..kau ada buat pasal ke sama budak-budak tu?"tanya ibunya.

"Tak adalah mak..samseng jalanraya agaknya. Saja nak tunjuk lagak"balas Kazim.

Dia terpaksa mereka-reka cerita kononnya dia di belasah oleh samseng sewaktu dalam perjalanan pergi menghantar bunga ke rumah pelanggan.

Ayahnya pula menyampuk.

"Siapa samseng-samseng tu Zim? Kau kenal ke? Beritahu kat ayah. Biar ayah pergi report balai polis saja"

"Tak kenal yah. Orang luar agaknya. Rasanya tak perlulah report ke balai. Mungkin salah Kazim juga sebab nyaris nak terlanggarkan kereta dia kelmarin"

            __________________

SEMINGGU dua kemudian.

Lori yang di naiki oleh Kazim dan bapanya berhenti di bahu jalan dekat kawasan ladang penduduk. Kenderaan lain juga banyak yang berhenti. Orang ramai kelihatan sudah berkerumun.

Apabila di tanya apakah yang berlaku,rupanya Pak Deraman di temui sudah meninggal dunia dekat ladang durian miliknya.

Kazim dan bapanya mencelah orang-orang berkerumun tersebut. Ketika itu mayat Pak Deraman sedang di usung oleh beberapa kakitangan petugas ambulans.

"Apa yang berlaku pada Pak Deraman? Dia sakit ke?"tanya Pak Othman.

"Meninggal sebab di timpa durian. Kepala nya berdarah-darah sewaktu penduduk temui dia terbaring dekat kebunnya"ujar seorang penduduk.

Ketika mayat Pak Deraman sudah selamat di bawa pergi oleh van ambulans,terdengarlah perbualan beberapa orang..

"Betul..aku lihat sendiri kepala Pak Deraman waktu terjumpa dia sedang terbaring tadi..teruk betul..seolah-olah kulit durian tu bukan jatuh menimpa..tapi macam di hentam kuat-kuat!"cerita seorang penduduk.

"Ish..teruk tu..betul ke Pak Deraman mati sebab di timpa kulit durian..atau ada orang khianatkan dia?"

"Entahlah..apa-apa pun biarlah pihak hospital buat bedah siasat dulu"

Hati Kazim berasa tidak sedap mendengar perbualan itu. Andai perkara itu benar,memang tidak syak lagi ianya adalah angkara Arshad dan dua orang adiknya. Malah Kazim sudah menghafal nama dan giliran ahli-ahli persatuan penduduk yang hendak di bunuh oleh tiga beradik itu.

Kazim berasa kesal dengan apa yang menimpa Pak Deraman. Dia berhasrat akan cuba menyelamatkan ahli-ahli persatuan penduduk yang akan menjadi sasaran seterusnya.

Seperti di jangka,hasil bedah siasat hospital telah mengesahkan bahawa Pak Deraman bukan mati di sebabkan tertimpa oleh durian gugur dari atas pokok,sebaliknya dia di hentam di bahagian kepalanya dengan buah durian secara bertubi-tubi.

Berita itu telah menggemparkan seluruh Desa Terpenchil. Penduduk naik marah dan kesal dengan apa yang berlaku pada Pak Deraman. Pihak polis di desak agar menyiasat dan memburu si pelaku khianat tersebut sehingga dapat.

Kazim jadi tidak senang duduk di buatnya. Dia akan di hantui rasa kesal dan bersalah sekiranya dia terus-terusan mendiamkan hal tersebut.

Akhirnya Kazim nekad untuk ubah fikiran. Dia pun bertolak dengan motor Scramblernya ingin menuju ke balai polis.

Baru sahaja motornya hendak membelok masuk ke perkarangan balai polis Desa Terpenchil,tiba-tiba sebuah kereta jenis Rolls Royce yang berhenti di seberang jalan telah membunyikan hon.

Kazim pun menoleh sebelum terperanjat melihat Arshad sedang tersenyum melambai dari tingkap ruang  sit pemandu.

Lebih mengejutkan lagi bila adik lelaki Kazim iaitu Adlan pun turut ada sekali di sit sebelah pemandu.

"Along! along nak pergi balai polis buat apa?"teriak Adlan yang berusia sepuluh tahun itu sambil terjogol kepala dekat tingkap.

GULP!

Kazim meneguk air liurnya. Dia tahu adiknya kini berada dalam bahaya. Rupanya Arshad sudah dapat mengagak yang Kazim akan membuka mulut tentang hal Pak Deraman.

Langsung terbantut hasrat hati Kazim untuk melaporkan kegiatan jahat Arshad. Keselamatan adiknya terpaksa di utamakannya terlebih dahulu.

BAB 28:Ugutan Buat Kazim(tamat)

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience