7.Loket
KEHILANGAN seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun sewaktu mengikuti ibu bapanya ke sebuah majlis sambutan hari kelahiran di rumah sahabat mereka di Desa Terpenchil sekali lagi telah menggemparkan penduduk.
Dahlia dan beberapa orang kanak-kanak lain mendakwa ada badut sarkas yang muncul di luar pagar sewaktu malam sambutan hari kelahiran di rumahnya. Akan tetapi mereka tidak dapat pula memastikan samada kanak-kanak lelaki yang hilang itu ada mengekori sang badut atau tidak kerana terlalu leka bermain dan menikmati gula-gula pemberian sang badut.
Ibu bapa Dahlia berasa musykil dengan cerita kehadiran sang badut sarkas kerana mereka tidak ada mengupah atau mengundang mana-mana badut ke majlis tersebut. Lantas suatu laporan polis pun di buat.
Berkebetulan dengan temasya karnival pesta ria yang di adakan di Desa Terpenchil,pihak polis telah datang ke situ untuk menyoal-siasat para pekerja badut sarkas dan mendapatkan keterangan dari mereka.
Walaubagaimanapun pihak polis terpaksa melepaskan mereka kerana ketiadaan bukti kukuh untuk mensabitkan mereka dengan dakwaan kemunculan badut sarkas misteri yang di syaki telah menculik seorang kanak-kanak.
Ini adalah kerana pada malam berlakunya kejadian itu,para badut sarkas dari temasya karnival pesta ria terlalu sibuk dengan persembahan sarkas di tapak pesta ria. Malah ada ramai saksi untuk membuktikan hal tersebut.
Lagipun pihak sarkas juga baru-baru ini ada membuat laporan polis di atas kehilangan salah seorang ahli mereka bernama Ramon. Tidak setakat itu malah mereka mendakwa khemah persalinan mereka di ceroboh. Mereka menemui kesan darah serta kehilangan beberapa barangan seperti aksesori dan pakaian badut.
Hasil laporan ujian forensik ke atas darah yang di temui dalam khemah persalinan sarkas telah membuktikan ahli sarkas bernama Ramon telah di bunuh oleh seseorang. Walaubagaimanapun mayatnya tidak di temui dan pihak polis masih giat menjejaki sang pembunuh.
_____________________
LANGIT pagi cerah membiru. Di bahu jalan suatu simpang dalam Desa Terpenchil ada deretan kedai-kedai dan gerai. Warung Pak Bidin paling mendapat sambutan oleh penduduk. Roti canai,nasi lemak dan kuih-muih yang di jual sedap-sedap.
Pak Bidin agak gemuk dan berkopiah orangnya. Dia di bantu oleh isterinya Mak Bedah dan anak-anak.
Shooooooo........
Angin bertiup nyaman datang dari hutan-hutan tebal dan belukar yang pada ketika itu di tahun 70-an masih banyak yang belum di teroka. Malahan warung Pak Bidin sendiri masih menggunakan perigi sebagai sumber air bersih untuk membuat minuman. Rata-rata penduduk juga masih menggunakan air sungai sebagai keperluan harian. Bekalan air paip masih belum agak meluas di gunakan pada ketika itu. Hanya mereka yang berada sahaja yang mampu untuk mendapatkan kemudahan tersebut.
Abu pun melabuhkan punggungnya di atas bangku di salah sebuah meja. Pemuda itu baru sahaja pulang selepas pergi menghantarkan majikannya iaitu Tuan Doktor Doel Bachtiar pergi bekerja di Hospital Besar Baiduri tadi. Kecur air liurnya melihatkan roti canai gebu yang di tebar oleh Pak Bidin sebelum di masak atas kuali.
"Roti kosong dua keping Pak Bidin!"teriaknya.
"Siap!"balas Pak Bidin
"Kau nak minum apa Abu?"tanya Mak Bedah iaitu isteri Pak Bidin Orangnya bukan main gemuk berusia lima puluhan. Tapi kuih-muih buatannya adalah yang paling sedap dan laris di Desa Terpenchil.
"Teh tariklah Mak Bedah"
Anak-anak Pak Bidin dan Mak Bedah yang dua orang itu Amat dan Hafiz namanya. Dua pemuda itu cukup cekap membantu ibu bapa mereka di warung. Usia mereka sekitar lapan belas ke sembilan belas.
"Hah! lepas satu..satu lagi orang hilang kat Desa Terpenchil kita ni. Empat pemuda-pemudi yang hilang tempoh hari pun tak berjaya di temui lagi..ni dah hilang pulak sorang kanak-kanak lelaki. Haih..apalah nak jadi"kata Wak Tongsan salah seorang pelanggan di warung tersebut sambil membelek naskah surat khabar.
Turut ada duduk sekali semeja dengannya ialah Pak Anjang. Abu tertarik mendengar perbualan mereka. Cuma sahaja dia berasa tidak manis untuk menyampuk perbualan orang-orang tua seperti Wak Tongsan dan Pak Anjang.
"Katanya ada badut sarkas misteri yang muncul dan culik budak lelaki tu Wak Tongsan"kata Pak Anjang.
"Tak tahulah betul tidaknya. Tak pasal-pasal badut-badut sarkas kat tapak karnival pesta ria tu pula yang kena soal siasat dek pihak polis. Tapi mujurlah mereka di lepaskan"
"Anak saya yang kerja Pak guard kat tapak pesta ria tu cakap..hari tu ada salah seorang ahli sarkas karnival pesta ria mati kena bunuh"kata Pak Anjang.
"Ish biar betul? Tapi kenapa tak ada laporan kat surat khabar pun?"
"Pihak pengurusan tapak karnival yang minta agar kes ini tak di hebohkan ke akhbar..bimbang pengunjung berasa risau pulak untuk datang ke situ nanti"
Abu yang duduk di meja sebelah berkerut dahi mendengarkan perbualan dua orang lelaki itu. Dia teringatkan tentang anak tuannya iaitu Kabil yang di lempang sehingga lebam pipinya oleh salah seorang badut sarkas karnival pesta ria. Tak pasal-pasal Abu di marahi dan di belasah oleh Doktor Doel Bachtiar kerana gagal menengokkan anak-anaknya.
____________________
USAI bersarapan di warung Pak Bidin,Abu pun kembali semula ke rumah kotej. Kemudian dia pergi menemankan Mak Gayah iaitu orang gaji di rumah kediaman terbabit ke pasar untuk membeli barangan dapur.
Ketika kelibat Mak Gayah sudah keluar dari pasar sambil menjinjing raga sayuran,buah-buahan serta bungkusan plastik barang basah seperti ikan,ayam dan daging,Abu pun membuka bonet di belakang kereta Rolls Royce silver shadow itu.
"Eh Abu..engkau tak cuci ke bonet belakang kereta ni?"tanya Mak Gayah.
"Kenapa pulak Mak Gayah?"soal Abu. Dia tidak melihat pula ke dalam muatan bonet belakang kereta itu tadi.
"Tu..darah apa yang tumpah kat bonet ni?"
Abu pun pergilah melihat. Berkerut dahinya. Memang ada kesan limpahan darah yang sudah kering.
"Aah lah..aih darah apa pulak ni? Hm.. agaknya darah dari bungkusan ikan dan daging yang Mak Gayah beli dari pasar tempoh hari kot..tak apalah..Mak Gayah tunggu sekejap. Saya pergi cari air dan cuci sebentar.
"Iyalah"
Walhal tanpa di ketahui oleh Abu mahupun Mak Gayah,kesan limpahan darah itu sebenarnya datang dari guni yang di gunakan oleh Doktor Doel Bachtiar sewaktu membungkus mayat Ramon si badut sarkas itu tempoh hari. Beliau tidak perasan akan hal tersebut. Namun mujurlah Abu dan Mak Gayah tidak mengesyaki telah berlaku perkara semacam itu.
____________________
LEPAS makan tengahari,Abu duduk-duduk sahaja di tangga anjung rumah kotej sambil membakar sebatang rokok. Arshad dan Kabil berlari keluar lalu mencapai basikal sebelum merayap entah ke mana. Begitulah rutin budak dua orang itu setiap hari sejurus pulang dari sekolah dan selepas makan tengahari.
Fikiran Abu melayang sejenak memikirkan perihal malam sewaktu di tapak karnival pesta ria. Dia merayu-rayu meminta belas kasihan apabila Doktor Doel Bachtiar bukan sahaja telah menarik bajunya sehingga koyak kolar di leher,malah di lempang dan di tumbuk oleh majikannya yang panas baran itu.
"Engkau memang tak boleh di haraplah Abu! aku suruh engkau tengok-tengokkan budak-budak tu..apa yang engkau buat hah!?"tinggi suara Doktor Doel Bachtiar pada ketika itu. Beliau tidak berpuas hati apabila anaknya Kabil di lempang sehingga lebam pipinya.
Abu kesal dengan apa yang terjadi. Terdetik juga di hatinya mahu berhenti sahaja kerja sebagai pemandu peribadi kepada Doktor pakar bedah itu kerana tidak tahan dengan sikap baran dan makian Doktor Doel Bachtiar. Namun terpaksa di pendamkan sahaja perasaan itu kerana dia harus mengumpulkan wang secukupnya untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasihnya Azizah nanti.
Akan tetapi Abu ada terperasan akan sesuatu. Sewaktu dia berulang semula ke tapak karnival pesta ria untuk menjemput Doktor Doel Bachtiar pulang,di lihatnya majikannya itu seperti orang yang sedang berserabut dan kusut-masai macam baru lepas bergaduh. Namun tak berani pula dia ingin bertanya lebih-lebih.
Ketika tiba di rumah kotej,Abu pun menyerahkan kunci kereta. Baru sahaja dia ingin berkayuh pulang dengan basikal jaguar usangnya, tiba-tiba Doktor Doel Bachtiar yang sedang meluap-luap dek api kemarahan itu menyoalnya tentang di mana letaknya khemah persalinan sarkas tersebut. Dia pun beritahulah. Tak pula di ketahuinya untuk tujuan apa tuannya itu bertanya. Abu pun minta diri dan beredar.
"Adakah badut sarkas yang mati di bunuh itu adalah orang yang sama melempang Kabil?"getus hati Abu.
Terbesit juga di hatinya apakah Tuan majikannya itu ada berulang ke tapak karnival pesta ria secara sendirian demi membalas dendam ke atas badut sarkas yang melempang anaknya?
KETIKA hari hampir masuk ke petang,Abu memandu kereta mewah Rolls Royce itu ke pekan. Dia singgah di carwash. Lagipun pekerja di carwash itu kebetulan adalah sahabat baiknya sendiri.
"Din! kau cuci sekali lapik lantai dalam kereta tu ya"kata Abu.
"Ya okey"
Sementara membiarkan Din melakukan tugasnya mencuci kereta,Abu duduk seketika di kerusi yang di sediakan sambil membakar sebatang rokok.
Ketika lapik lantai di dalam kereta di tarik,Din telah menemui sesuatu. Dahinya berkerut lalu segera dia memanggil Abu.
"Siapa punya ni?"
Abu pun membelek utas loket yang di temui oleh Din.
"Entahlah..macam loket kanak-kanak je ni. Mungkin anak majikkan aku yang punya kot. Tak apalah nanti aku pulangkan semula pada dia"
Din mengangguk.
Abu masih ragu-ragu tentang loket kanak-kanak yang di temui itu kerana tertera nama yang agak asing padanya.
"Aih..tak mungkinlah Arshad atau Kabil nak pakai loket dengan nama orang lain kot?"getus hati Abu.
Loket itu pun di simpan ke dalam kocek bajunya.
SELEPAS mencuci kereta mewah jenis Rolls Royce silver shadow itu di carwash,Abu pun beredar sebelum singgah sebentar di sebuah kedai runcit. Petang-petang di kala cuaca panas begini,tekaknya sudah mengidamkan sebotol minuman cola sejuk.
Sambil membasahkan tekak Abu membelek-belek pula naskah surat khabar di rak kedai runcit terbabit. Berita utama di halaman hadapan kebanyakkan akhbar masih memfokuskan tentang kes kehilangan seorang kanak-kanak di Desa Terpenchil.
"POLIS MASIH SEDANG GIAT MENGESAN DAN MEMBURU BADUT MISTERI YANG DI SYAKI TELAH MENCULIK SEORANG KANAK-KANAK MALANG BERNAMA NAIM DI DESA TERPENCHIL"
"Naim?"soal Abu.
Serta-merta dia pun meraba ke kocek bajunya dan membawa keluar loket kanak-kanak yang di temui bawah alas lapik lantai kereta sewaktu di carwash tadi.
Dan nama itulah juga yang tertera pada loket berkenaan.
BAB 7:Loket
Tahukah anda Bab 1 hingga Bab 7 dalam siri ini di tulis sekitar bulan February hingga Mac tahun ini 2024 sebelum segala penulisan terhenti dan terkandas hampir enam bulan lamanya? Ya, begitulah apa yang terjadi.
Share this novel