33.Khianat Lagi.
DESA Terpenchil telah menyaksikan siri petaka demi petaka yang di susuli dengan rantaian kematian penduduk yang amat membimbangkan. Kes kebakaran terbaru dengan penemuan mayat Aji Mozaid yang mati setelah meminum racun dan meninggalkan nota pengakuan jenayah yang di lakukannya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan pendapat.
Sebahagian penduduk percaya bahawa Aji Mozaid lah dalang yang bertanggungjawab di atas semua perbuatan khianat membakar rumah-rumah dan kejiranan penduduk sebelum ini.
Manakala sebahagian yang lain pula percaya Aji Mozaid sebenarnya telah di aniaya orang dengan cara di paksa minum racun dan mengakui segala perbuatan khianat membakar rumah kejiranan penduduk untuk menutupi perbuatan jahat pihak yang tidak bertanggungjawab.
* * * *
"Ah! sudah terang lagi bersuluh semua kegiatan khianat membakar rumah-rumah penduduk itu telah di lakukan oleh Aji Mozaid! Nota pengakuan itu adalah buktinya!"kata seorang pelanggan di sebuah warung yang menjadi singgahan kebiasaan penduduk.
"Betul! Betul!"sokong beberapa pelanggan lain.
"Kau cakap baik-baik sikit! Aji Mozaid itu bukannya orang jahat. Kau boleh buktikan ke nota itu di tulis sendiri oleh Aji hah?! Tak ke gila Aji sanggup bunuh jiran-jiran dan ahli keluarganya sendiri termasuk isteri dan anak-anak sebelum bunuh diri minum racun?!"Tok Jenal menyanggah.
Ramai juga yang bangun dan menyokong Tok Jenal. Termasuklah anak arwah Aji Mozaid sendiri.
"Tulisan nota tu bukan tulisan tangan ayah saya. Itu tulisan orang lain! berhentilah memfitnah beliau. Saya sebagai anaknya lebih tahu tulisan tangan bapa saya"tegas Ramli,iaitu anak arwah Aji Mozaid.
Ramli sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Dia kuat mempercayai arwah bapanya di aniaya oleh orang.
Di saat suasana warung tersebut kian tegang,kelihatan sebuah dua lori dengan muatan barangan perabot lalu di jalanraya. Nampaknya semakin ramai penduduk telah mengambil keputusan untuk berpindah. Desa Terpenchil sudah semakin tidak selamat untuk di huni.
______________
ARSHAD bersama Kabil dan Dalib menyelinap dekat satu laluan bersemak di belakang rumah kotej tersebut. Rupanya ada terdapat sebuah rumah kabin agak tersembunyi di kelilingi belukar dan ladang tebu dekat situ.
Rumah kabin itu kini di huni oleh Badok yang sedang bersembunyi dari pihak polis yang membuat sekatan jalanraya dekat laluan utama Desa Terpenchil berikutan kes khianat haiwan yang di lakukannya sebelum ini.
Di samping itu,Badok juga telah menjadikan rumah kabin tersebut sebagai tempat untuk dia menghasilkan kerja seni membuat topeng dan sebagainya.
Ketika tiga beradik itu tiba,Badok kelihatan agak sibuk dengan kerja-kerja menghasilkan beberapa unit lagi kostum kepala kuda buat Arshad.
"Macam mana? Puas hati tak?"tanya Badok yang berbadan agak besar itu.
"Ohh man..what a luxury horsehead costume. Nice!"Arshad tersenyum mengangguk dan berpuas hati.
Kini beliau telah memiliki dua ke tiga buah kostum kepala kuda hasil buatan Badok. Kulit-kulit itu di perolehi dari kuda-kuda peliharaan Mat Boyot yang di culik dan bunuh tempoh hari.
Sehingga ke hari ini penduduk di Desa Terpenchil masih belum menyedari akan kehilangan Mat Boyot kerana rumah bangsalnya berada dalam kawasan persendirian serta agak terpencil sedikit dari rumah penduduk lain.
Ini telah memudahkan kerja tiga beradik itu bersama Badok dalam membunuh dan menguliti kuda-kuda peliharaan yang di tinggalkan oleh Mat Boyot.
"Hm..dah lama aku tinggal kat rumah kabin ni. Bila aku boleh pulang ke Desa Bulohan?"tanya Badok.
"Dude..kau stay lah lama lagi kat sini. Lagipun keadaan kat Desa Terpenchil masih panas kat luar tu. Kereta peronda polis asyik keluar masuk je. Look..kuda-kuda tinggalan Mat Boyot pun masih ada banyak lagi untuk kita tumbangkan dan ambil kulitnya"
"Baiklah..malam ni kita turun ke bangsal kuda Mat Boyot lagi. Rugi kalau kita tangguh-tangguh. Takut penduduk sekitar mulai sedar kuda-kuda dalam bangsal tu dah tak bertuan"
_______________
PETANG tu Kazim sedang duduk bersembang-sembang dengan Apek Chen di dalam kedai bunga tempat dia bekerja. Waktu-waktu begini pelanggan sudah mulai kurang yang datang.
"Dah nak pukul lima ni Zim. Rasanya tak ada lagi pelanggan datang untuk hari ni. Bolehlah kita tutup kedai sekarang"kata Apek Chen.
Kazim pun mengalihkan pasu-pasu bunga di luar kedai masuk ke dalam. Sejak dari tadi lagi dia sudah menunggu waktu untuk pulang kerana ada rancangan yang hendak di buat.
Pemuda itu tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya dia menunggang motornya pergi ke rumah kotej yang di huni oleh tiga beradik itu.
Motor Scrambler itu pun di berhentikan agak jauh sedikit,kira-kira dalam jarak dua ratus meter dari rumah kotej terbabit. Kazim sembunyikan motor itu di dalam semak lalu berhati-hati berjalan kaki menghampiri rumah kotej.
Berikutan kes pembunuhan ke atas ahli-ahli persatuan penduduk telah menjadi kenyataan seperti apa yang di rancang oleh Arshad dan adik-beradiknya,jadi Kazim amat kuat mengesyaki bahawa tiga beradik itulah pencetus kepada setiap onar yang berlaku di Desa Terpenchil akhir-akhir ini.
Namun begitu dia harus menyelidik hal tersebut terlebih dahulu. Kazim ingin kepastian samada Arshad masih di penjara atau sudah terbebas. Andai kelibat Arshad terlihat nanti,maka memang benarlah seperti apa yang di sangkakan.
Kebetulan pada ketika itu Arshad baru sahaja selesai membuat rakaman camcoder dekat hutan di sepanjang jalan masuk menuju ke rumah kotej. Dia sudah terlebih dahulu ternampak kelibat Kazim berjalan secara menyelinap menuju ke arah rumah kotej.
"Kazim?! ohh man..what is he doing here?"getus hati Arshad sambil terus mengintai di sebalik semak belukar.
Gelagat Kazim sedang mencuri-curi intai ke rumah kotej itu terus di perhatikan oleh Arshad. Lama-kelamaan barulah dia menyedari akan sesuatu.
"Damn! this is so dangerous. I almost forgot that Kazim is already know about our plan to kill ahli persatuan penduduk"
Sementara itu Kazim hanya melihat kelibat Kabil sedang bertukang serta Dalib yang sentiasa sibuk dengan kuda-kuda peliharaannya dalam bangsal.
Walaupun kereta Rolls Royce Silver Shadow tua yang selalu di pandu oleh Arshad itu ada di parkir di dalam halaman rumah,namun kelibat Arshad tidak pula kelihatan.
Kazim memerhatikan kereta itu sudah di tutup dengan hamparan kain seolah-olah ianya sudah lama tidak di gunakan.
"Ish..entahlah. Mungkin Arshad betul-betul masih kat dalam penjara kot.."begitu fikir Kazim.
Sudahnya Kazim terpaksa pulang dengan hampa dan kecewa.
Arshad pun segera memberitahu kepada Kabil dan Dalib akan kedatangan Kazim yang mengintai ke rumah itu tadi.
"Aduh..mungkin Kazim dah mula syak yang kita bertanggungjawab di atas kematian Mat Sahar,Pak Mahat dan Aji Mozaid baru-baru ni kot.."kata Kabil.
"Yes dude..that's what i'm thinking about too. Kazim know's our plan right? Cuma dia masih ragu-ragu because thinking that i was still in prison. That's why dia datang untuk memastikan hal tu"ujar Arshad.
"Kita kena buat sesuatu Shad"
Arshad berjalan ke hulu ke hilir sebelum mendapat suatu akal. Dia tersengih sebelum memberitahu kepada Kabil dan Dalib.
"Kau gila Shad..tapi itu kan satu-satunya kereta kau.."
"Just do it Kabil. That's the only way if kita nak buat Kazim betul-betul percaya aku masih berada dalam penjara. After this he will never suspect on us again. I mean sometimes we need to play victim too"
________________
KEAMANAN yang baru saja di kecapi seminggu dua semenjak berlakunya tragedi petaka kebakaran serta kematian ramai penduduk sebelum ini kembali di goncang pula dengan kes khianat membakar kenderaan.
Penduduk kembali di hantui kebimbangan. Sudah beberapa buah kenderaan menjadi mangsanya. Si pelakunya masih belum berjaya di berkas. Ini membuatkan reputasi balai polis Desa Terpenchil benar-benar jatuh merudum dari hari ke hari berikutan kegagalan mereka dalam menangani onar yang bermunculan semenjak sebelum-sebelum ini lagi.
Malam itu bapa Kazim pula terlupa menyimpan van ke dalam garaj. Akibatnya kenderaan itu juga turut menjadi mangsa khianat.
Api berkobar di saat Kazim bersama bapanya terpaksa bertungkus-lumus menyimbah air dengan baldi. Mereka turut di bantu oleh jiran-jiran sekitar.
Ketika bomba datang,van itu tidak dapat di selamatkan lagi. Marah,sedih dan kecewa Pak Othman rasakan,hingga terpaksa di tenangkan oleh Kazim dan jiran-jiran.
PAGI keesokkan harinya ketika menemani bapanya ke balai polis,Kazim terkejut melihat Kabil dan Dalib juga turut berada di balai sedang bertekak dengan pegawai-pegawai polis bertugas.
"Kalian ni kalau sudah tidak berdaya nak menjalankan tugas sebagai polis,lebih baik berhenti sahaja!"tinggi suara Kabil memecah suasana di dalam pejabat balai polis.
"Sabar Encik Kabil..sabar..bukan kenderaan kamu sahaja turut menjadi mangsa khianat di bakar orang,penduduk lain pun ramai yang sudah menjadi mangsa"kata seorang pegawai berpangkat koperal cuba menenangkan pemuda tersebut.
"Aku nak sabar bagaimana lagi hah?! kes khianat kuda kami sebelum ini pun pihak polis masih gagal menangkap si pelakunya. Sekarang ni kereta abang aku pula di bakar orang. Ini belum di tambah dengan kes khianat kebakaran baru-baru ni!"Kabil menengking pegawai terbabit.
Kazim sekadar meneguk air liur. Rupanya kenderaan tiga beradik itu juga turut menjadi mangsa khianat.
Ketika dalam perjalanan pulang dari balai,lori bengkel yang di naiki oleh Kazim dan bapanya singgah ke rumah kotej tiga beradik tersebut. Selain mereka ada beberapa penduduk lain turut datang ke situ untuk melihat keadaan kereta yang menjadi mangsa khianat kebakaran itu.
Kazim sekadar mampu menggeleng kepala sejurus melihat kereta Rolls Royce Silver Shadow milik Arshad yang di parkir dekat dalam laman rumah sudah hangus dan rentung.
BAB 33:Khianat Lagi(tamat)
Share this novel