9.Hantu Kanak-kanak Ladang Tebu

Thriller Series 890

9.Hantu Kanak-kanak Ladang Tebu.

TUAN Doktor Doel Bachtiar sedang duduk di meja santai dekat anjung rumah kotej itu sambil memerhatikan beberapa orang anggota polis membuat pemeriksaan lanjut ke atas kereta Rolls Royce Silver Shadow miliknya.

Dia benar-benar tidak menjangkakan akan hal itu. Dia benar-benar berharap yang dia telah mencuci bersih segala macam sisa bukti yang mencurigakan dari bonet keretanya.

Inspektor Junid meneliti ke dalam bonet kereta itu dengan teliti. Turut ada di sampingnya ialah Abu si pemandu kereta dan Mak Gayah si tukang masak.

"Sebelum ini ada kami temui titisan darah kat dalam ni tuan..tapi kami tak syak apa-apa kerana Mak Gayah biasa letakkan barang basah seperti ikan dan daging segar yang di beli dari pasar ke dalam bonet. Mungkin ia menitis dari bungkusan barang tersebut"ujar Abu.

Mak Gayah mengiyakan perkara tersebut.

Inspektor Junid mengangguk-angguk.

Tak lama kemudian pemeriksaan yang di lakukan itu pun berakhir. Tuan Inspektor Junid bersama anak buahnya tidak menemui sebarang benda yang mencurigakan.

Dia pun kembali semula ke ruang anjung rumah kotej itu dan bercakap-cakap dengan Tuan Doktor Doel Bachtiar yang ada bersama isterinya Madam Sutinah.

"Bagaimana hasilnya Tuan Inspektor?"Madam Sutinah memulakan pertanyaan. Dia sedang memangku anak bongsunya Dalib yang berusia tiga tahun itu.

"Tiada apa-apa yang mencurigakan Puan. Cuma err.."

"Cuma apa Tuan Inspektor?"

"Selain dari Abu dan Tuan Doktor,ada sesiapa lagi yang memandu kereta Rolls Royce tu?"

"Tak ada orang lain..kalau tak Abu,suami saya saja lah yang memandunya"jelas Madam Sutinah.

Walaubagaimanapun Inspektor Junid tidak menaruh curiga terhadap Abu mahupun Doktor Doel Bachtiar. Baginya tiada sebab kenapa Abu mesti bersusah-payah ke balai untuk melaporkan tentang loket yang di temui itu andai benar Abu adalah suspeknya. Lebih baik Abu mendiamkan diri dan menutup mulut sahaja jika dia si penculik yang sedang giat di buru itu.

Manakala Tuan Doktor Doel Bachtiar pula adalah seorang Doktor pakar kehormat pada ketika itu. Inspektor Junid sering mengikuti perkembangan beliau di dada-dada akhbar. Adalah tidak munasabah untuk mengaitkan beliau dengan hal-hal tidak beretika dan menyalahi undang-undang seperti terlibat dengan penculikkan dan sebagainya.

Doktor Doel Bachtiar tersenyum dan menarik nafas lega di saat kelibat Inspektor Junid dan anak-anak buahnya sudah beredar meninggalkan perkarangan rumah kotej.

Namun begitu beliau berasa tidak puas hati terhadap Abu. Gara-gara tindakkan pemandu peribadinya itu pergi ke balai dan melaporkan tentang penemuan loket tersebut telah menyebabkan rumah kotej kediamannya itu di kunjungi oleh pihak polis,malah beliau sendiri pun terpaksa di heret sekali dalam sesi soal siasat yang di adakan.

          ___________________

TENGAHARI itu langit mendung dan suram. Menderu-deru tiupan angin dan taufan kecil menyebabkan pepohan di ladang tebu luas itu condong dan saling bergeser hingga menghasilkan bunyian yang gemersik.

"Kita nak buat apa kat dalam tengah ladang tebu ni Tuan?"soal Abu ketika dia di ajak ke situ oleh Tuan Doktor Doel Bachtiar.

Kakinya terus di hambat sambil tangannya menguak belukar pohonan tebu liar di hadapannya.

Pertanyaan yang di lemparkan oleh Abu itu tidak di jawab oleh Tuan Doktor Doel Bachtiar. Wajahnya tampak serius dan bengis sahaja. Abu juga turut berasa tidak sedap hati dan takut untuk memandang ke wajah majikannya itu.

Sehinggalah mereka tiba di tengah ladang tebu luas terbabit. Tiba-tiba Abu telah di tumbuk dan di belasah oleh Doktor Doel Bachtiar.

"Arghhhhh"

Abu terhumban jatuh berguling-guling di atas tanah.

"Aduhh sakit Tuan.. kenapa Tuan buat begini pada saya?"Abu menekup ke pipinya.

"Kurang ajar! Engkau berani lagi tanya kenapa? Gara-gara laporan berkaitan loket yang engkau buat tu tak pasal-pasal saya pun di soal-siasat sekali oleh pihak polis. Engkau ni memang tak berguna walau sesen pun lah Abu! Arghhhhh!!"

Doktor gila itu pun melibas tongkat nya beberapa kali ke tubuh pemandu peribadinya.

Abu mengerang kesakitan sambil sesekali menepis atau mengelak pukulan-pukulan yang menerjang ke tubuhnya.

"Aduh sakit tuan! janganlah begini Tuan..saya berniat baik..sekadar ingin membantu pihak polis sahaja. Lagipun saya bimbang kalau si penculik itu pernah memecah masuk ke dalam kereta Tuan"

Tiba-tiba Doktor Doel Bachtiar ketawa menjadi-jadi.

"Hahahahaha hahahaha"

Hairan Abu melihatkan gelagat majikannya itu.

"Hahaha kelakar pulak saya rasa bila engkau bangkitkan tentang penculik tu Abu. Biarkan sahajalah dia hendak pecah masuk ke dalam kereta saya atau apa..yang engkau pula sibuk-sibuk dah kenapa?"

"Err..tapi Tuan.."

"Hahaha penculik itu sebenarnya ada di sini aja Abu"

"Ap..apa yang Tuan maksudkan ni?"

"Engkau ini memang naif dan lucu lah Abu.. hahahahaha..habis tu engkau fikir bagaimana si penculik itu dapat pecah masuk ke dalam kereta saya dengan mudah Abu?"

"Saya tak fahamlah Tuan.."

"Abu..Abu...kalau loket itu pun boleh di letakkannya dalam kereta saya,sudah tentulah kunci kereta pun ada dalam tangannya sekali Abu.. hahahahaha"kata Doktor Doel Bachtiar sambil melambung-lambungkan kunci kereta yang berada di tapak tangannya ke udara.

Doktor itu masih ketawa menjadi-jadi bersama beliakkan mata yang menakutkan hingga membuatkan Abu berasa tidak sedap hati dan berkerut dahi.

Hujan mulai turun mencurah-curah.

Ketawa Doktor Doel Bachtiar mulai surut lalu berganti pula dengan wajah yang bengis.

"Hm kalau bukan engkau si penculik kanak-kanak tu siapa lagi Abu!? engkau fikir kau boleh bohongi aku ya? Celaka! Lebih baik engkau mengakui semua kerja kotor itu Abu! Harghh!"

Doktor Doel Bachtiar menerkam lalu mencekik ke leher pemandu peribadinya.

"Arghhhhh!'

Abu terpaksa bergelut dengan majikannya itu dengan sepenuh kudrat empat keratnya. Dia seperti dapat merasakan yang Tuan Doktor itu sedang di rasuk sesuatu dan mahu membunuhnya.

"Tuan..lepaskan saya Tuan.. janganlah begini"Abu terpaksa merayu.

Ketika Abu menoleh ke suatu arah dalam ladang tebu luas itu, tiba-tiba dia terpandangkan kelibat segerombolan kanak-kanak dengan wajah mengerikan. Malah pakaian mereka di kotori oleh percikkan darah.

"Han..hantu.."getus hati Abu.

Dia tahu kanak-kanak itu kelihatan seperti bayang-bayang halus dan tranparensi serta tembus pandang. Suara kanak-kanak itu bergema dalam bentuk bisikkan..

"Bunuh dia Abu! Bunuh lelaki itu!. Lihatlah apa yang telah dia buat pada kami..tuntut bela lah bagi pihak kami"

Doktor Doel Bachtiar yang ketika itu sedang menindih dan mencekik ke leher Abu juga turut terkejut dengan penampakkan hantu kanak-kanak terbabit.

Wajahnya pucat-lesi. Terbeliak besar mata Doktor Doel Bachtiar sebelum dia di serang ketakutan.

Serta-merta dia pun melepaskan cekikkannya dari leher Abu dan berganjak ke tepi.

"Cepat Abu! Kita kena keluar dan tinggalkan ladang tebu ni! Jangan engkau pandang hantu kanak-kanak tadi atau percaya kata-katanya!'kata Doktor Doel Bachtiar lalu bangun berdiri dan bergegas ingin pergi.

Abu pula masih terbaring kebingungan  memandang ke arah muncul nya roh gerombolan kanak-kanak tadi. Walaubagaimanapun kelibat itu telah hilang ghaib entah ke mana.

SELEPAS kejadian di belasah oleh majikkannya di dalam ladang tebu serta penampakkan hantu gerombolan kanak-kanak itu,Abu pun sudah berat hati untuk meneruskan pekerjaannya sebagai pemandu peribadi kepada Doktor Doel Bachtiar.

Akhirnya Abu telah membuat keputusan untuk berhenti kerja. Sungguhpun isteri majikkannya iaitu Madam Sutinah kesal dengan apa yang telah di lakukan oleh suaminya terhadap Abu serta keputusan yang telah di buat oleh Abu,namun apakandaya..Abu sudah bulat tekad untuk pergi juga.

Doktor Doel Bachtiar pun tidak berasa begitu berat hati sangat untuk melepaskan Abu pergi. Lagipun bekas pemandu peribadinya itu nyaris membuatkan dirinya kecundang ke tangan pihak berkuasa.

                ________________

HARI terus berlalu berganti minggu dan bulan. Pejam celik sudah dua bulan Abu berhenti kerja sebagai pemandu peribadi kepada Tuan Doktor Doel Bachtiar.

Kini Abu bekerja sebagai buruh kontrak di tapak-tapak pembinaan. Hatinya masih sakit bila mengenangkan segala maki hamun dan layanan kasar yang di terimanya dari bekas majikkannya.

Syukurlah semua itu telah berakhir. Kini dia lebih tenteram bekerja sebagai buruh kontrak sahaja. Namun ada suatu hal yang masih mengganggu fikiran Abu. Tentang penampakkan hantu gerombolan kanak-kanak dekat tengah ladang tebu sewaktu dia di belasah oleh bekas majikkannya dulu.

Gema suara bisikkan kanak-kanak itu masih terngiang-ngiang ke benak fikiran Abu hingga ke hari ini.

"Abu...bunuh lelaki tu Abu. Lihatlah apa yang telah dia buat pada kami..tuntut bela lah bagi pihak kami"

Begitu suara kanak-kanak tersebut.

Ngeri Abu melihat rupa kanak-kanak tersebut. Pakaian mereka di kotori darah. Ada yang sudah di korek dua mata. Ada yang berlubang di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka telah di autopsi atau di bedah.

Siapakah mereka? Mengapakah penampakkan itu meminta agar Abu membunuh majikannya dan memintanya agar menuntut bela di atas nasib yang telah menimpa diri mereka?

Pada ketika itu Abu melihat Tuan Doktor Doel Bachtiar begitu ketakutan. Kedua mata bekas majikkannya itu terbelalak. Malah dia cepat-cepat mengajak Abu agar beredar pergi serta menyuruh Abu agar tidak melihat dan mempercayai apa yang di perkatakan oleh penampakkan gerombolan kanak-kanak terbabit.

"Abu!"

Teriak satu suara. Lamunan Abu pun terhenti. Dia yang sedang duduk berehat melepas lelah di atas timbunan palung di tapak pembinaan itu pun segera menoleh.

"Haa Ajis. Ada apa hal nya?"balas Abu.

"Tauke minta engkau bancuh simen untuk pasang batu-bata dinding bangunan"

"Iyalah..baiklah"

Abu pun segera bangun dari duduknya lalu menyarung kembali topi keselamatan dan berjalan pergi untuk menyambung kerjanya sebagai buruh binaan.

BAB 9:Hantu Kanak-kanak Ladang Tebu(tamat)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience