11.Kecundang

Thriller Series 890

11.Kecundang.

DAHLIA si gadis kecil mangsa penculikkan itu baru sahaja terjaga dariĀ  tidurnya. Selain dirinya, terdapat beberapa orang kanak-kanak lain juga turut berada bersamanya di dalam kurungan sangkar besar tersebut.

Ketika Doktor Doel Bachtiar datang untuk mengambil salah seorang kanak-kanak tersebut,Dahlia telah merayu agar Doktor terbabit membebaskan dirinya dari tempat itu.

"Pak cik Doktor..kenapa pakcik Doktor kurung saya dengan kanak-kanak lain kat dalam ni? Saya nak balik ke rumah..tolonglah keluarkan saya dan lain-lain"rayu Dahlia sambil berpaut dari sebelah dalam tirai sangkar.

Gaun putih yang di pakainya sejak hari penculikkannya kelmarin masih lagi bersarung di tubuh.

"You must wait for your turn Dahlia. When the time has come,i'll send you 'back' ok?"balas Doktor itu sambil tersenyum penuh makna.

Dahlia pun duduk tersandar lesu di sudut dalam sangkar kurungan besar itu bersama kanak-kanak lain,menunggu giliran untuk keluar dari situ dan di bawa 'pergi'.

WAKTU dinihari sekitar jam dua pagi,Doktor gila itu di lihat keluar dari rumah sambil memikul sekarung guni besar lalu di sumbat ke dalam bonet kereta Rolls Royce miliknya di luar pagar.

Arshad dan Kabil terjaga saat terdengar bunyi enjin kereta bapanya di hidupkan. Bingkas dua orang budak itu turun dari katil dan pergi mengintai ke tingkap.

"Papa nak pergi mana?"tanya Kabil.

"Papa always keluar waktu-waktu pagi macam ni. No one know what is he doing or where did he going"balas Arshad.

Kereta Rolls Royce Silver Shadow yang di pandu oleh Doktor Doel Bachtiar terus meluncur di sebatang jalan panjang di tengah ladang tebu luas itu.

Tak lama kemudian kereta itu pun berhenti di bahu jalan. Doktor tersebut pun membawa turun karung guni yang di sumbatnya di dalam bonet kereta tadi lalu menyeretnya masuk ke dalam ladang tebu gelap itu.

Dia turut membawa lampu picit dan sebatang cangkul. Ketika tiba di tengahĀ  ceruk dalam ladang itu,tanah pun mula di korek dan di gali.

Kira-kira setengah jam kemudian,siaplah sebuah lubang seperti yang di kehendakinya. Ikatan guni pun di buka. Doktor gila itu pun mengeluarkan mayat seorang kanak-kanak yang sudah siap di bedah dan di ambil semua organ-organ utama tubuhnya seperti mata,buah pinggang dan jantung.

Mayat itu pun di humban ke dalam lubang yang di gali lalu di kambus semula dengan tanah.

"Huh!"

Doktor Doel Bachtiar pun duduk seketika melepaskan lelahnya.

Tanpa di sedarinya,dia sebenarnya sedang di ekori oleh seseorang. Orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah Detektif Abas yang sudah pun memulakan kerja-kerja pengintipan ke atas rumah kotej dan Doktor terbabit berdasarkan maklumat yang di dapatinya dari Abu.

Tindak-tanduk Doktor Doel Bachtiar sewaktu dia memunggah karung guni dan cangkul dari bonet keretanya tadi sudah pun di perhatikan oleh detektif Abas dari jarak agak jauh sedikit.

Ketika baru keluar dari belukar ladang tebu,Doktor Doel Bachtiar baru terperasankan sebuah kereta yang di parkir dalam jarak seratus meter lebih di belakangnya dalam keadaan bergelap tanpa di buka lampu dan enjinnya.

"Ah celaka...kereta siapa pulak ni?"getus hatinya sambil melemparkan pandangan jauh.

Kemudian cepat-cepat dia menyimpan semula cangkul dan lampu picitnya ke dalam bonet dan bergegas pergi dari situ.

Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  ______________________
Ā  Ā 

SIANG keesokkan harinya. Detektif Abas telah pergi semula ke ceruk ladang di mana dia mengekori Doktor Doel Bachtiar itu di waktu dini pagi. Abu pun ada di bawanya ikut sekali.

Ketika tiba di situ Abu terkejut besar.

"Kenapa Abu?''tanya detektif Abas.

"Kalau detektif nak tahu,dekat sini lah saya di bawa oleh Doktor Doel sebelum di belasah tempoh hari. Dekat ceruk dalam ladang ni jugalah berlaku kejadian penampakkan hantu kanak-kanak tu"ujar Abu.

Tanpa bertangguh Detektif Abas dan Abu pun meredah masuk ke dalam ceruk ladang tebu terbabit. Tinjauan yang di buat kali ini cukup memeranjatkan apabila mereka menemui banyak kambusan tanah.

Apabila penggalian di lakukan,mereka temui banyak tengkorak dan rangka kanak-kanak. Tempat itu tak ubah lagi seperti kuburan yang di rahsiakan kewujudannya.

Kini detektif Abas dan Abu semakin yakin bahawa Doktor gila itu membunuh dan menanam kesemua mayat kanak-kanak yang di culik dan di bedahnya dekat sekitar situ.

Hal itu sudah cukup untuk menjelaskan mengapa berlaku penampakkan hantu segerombolan kanak-kanak dekat kawasan terbabit.

Tak bertangguh,Inspektor Junid pun di hubungi dan di maklumi akan hal tersebut.

Tidak berapa lama kemudian,kawasan kuburan kanak-kanak mangsa culik dan bunuh itu pun di kerumuni oleh ramai anggota polis. Detektif Abas yang juga sahabat baik kepada Inspektor Junid telah berjaya membongkar misteri penculikkan kanak-kanak yang telah menggemparkan daerah pekan Desa Terpenchil sekaligus membawa kepada penemuan kuburan tersebut. Kejayaan itu juga adalah hasil dari maklumat yang di sampaikan oleh Abu.

Kini tugasan untuk memberkas Doktor Doel Bachtiar pun di serahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

Walaubagaimanapun Inspektor Junid tidak mahu tergesa-gesa dalam menangkap Doktor terbabit. Beliau telah melancarkan satu operasi risikkan ke atas rumah kotej dan Doktor Doel Bachtiar untuk membongkar aktiviti gelap doktor terbabit sehabis-habisnya.

Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā Ā  ____________________

HARI pun terus berlalu. Doktor Doel Bachtiar tidak pernah menyedari bahawa tindak-tanduknya kini sudah pun berada dalam pengawasan pihak polis.

Beliau terus melakukan kegiatan tidak berperikemanusiaannya dengan mengautopsi kanak-kanak mangsa culik yang berada dalam tawanannya. Setiap malam beliau pasti akan membunuh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak.

Tindak-tanduknya keluar lewat malam dengan mengusung karung guni telah di perhatikan oleh perisik polis bertugas yang di hantar ke rumah kotej terbabit.

Malahan pertemuan rahsia beliau dengan individu-individu dalam pasaran gelap penjualan organ manusia juga telah terbongkar hasil dari risikkan polis.

Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā Ā  _________________

KREKK...

Pintu sangkar kurungan dalam bilik bawah tanah rumah kotej itu pun di buka. Dahlia adalah kanak-kanak terakhir yang tinggal untuk di bedah dan di autopsi pada malam itu.

"Giliran saya untuk pulang dah tiba ke pakcik doktor?"tanya gadis tersebut yang sedang duduk di penjuru sangkar sambil memeluk kedua kaki.

"Yes sweetheart. Now is your turn. Come!"

Dahlia pun mengukir senyuman lalu bangun dan keluar dari sangkar kurungan tersebut. Alangkah malang nasib gadis kecil berbaju gaun putih itu. Doktor Doel Bachtiar yang amat kejam itu ternyata lebih mementingkan untung bisnes di pasaran gelap dari nyawa seorang gadis kecil tak berdosa.

Organ-organ penting di tubuh Dahlia telah di ambil. Mayatnya di sumbat ke dalam karung guni.

Ketika Doktor Doel Bachtiar sudah keluar sambil memunggah guni tersebut,dia telah menemui sekeping nota di pintu pagar rumahnya.

Nota itu tidak di ketahui siapa pengirimnya. Ia di tulis dalam bentuk peribahasa dengan makna yang amat mendalam.

*'HIDUP SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM*

*'SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA KAN JATUH KE TANAH JUA'*

"Erghhhh!"

Kertas nota itu pun di keronyokkannya.

Hati Doktor Doel Bachtiar tiba-tiba di serang rasa tidak tenteram. Entah kenapa firasatnya seperti memberitahu bahawa rahsia yang di sembunyikannya selama ini telah terbongkar ke pengetahuan sesuatu pihak.

Ketika terdengar bunyi siren kereta peronda polis muncul dari kejauhan,dia pun membatalkan hasrat untuk pergi menanam mayat Dahlia yang telah di sumbat ke dalam karung guni itu di ceruk ladang tebu yang jauh dari rumahnya. Sebaliknya dia menyeret guni tersebut ke dalam ladang tebu bersebelahan rumah kotej terbabit.

Ketika kereta polis sudah tiba di perkarangan rumah kotej tersebut, Doktor Doel Bachtiar langsung tidak menghiraukan semua itu. Sebaliknya dia terus menggali dan menggali tanah dalam ladang tebu itu dengan cangkul.

Mayat Dahlia pun di humban ke dalam lubang yang di gali lalu di kambus semula.

Tak lama kemudian Madam Sutinah bersama anak-anak dan orang gajinya pun keluar dari rumah bila pihak polis mulai menggunakan alat pembesar suara meminta agar Doktor Doel Bachtiar menyerah diri.

Wanita itu terkejut besar dan hampir pengsan apabila di beritahu oleh pihak polis bahawa suaminya sendiri adalah penculik kanak-kanak yang sedang di buru itu. Malah kegiatannya membunuh dan menanam mayat ramai kanak-kanak di ceruk ladang tebu juga telah berjaya di bongkar.

Percubaan melarikan diri oleh Doktor pakar bedah terhormat itu melalui ladang tebu dan pinggir tasik berhampiran rumah kotej telah berjaya di gagalkan oleh anggota polis.

Doktor Doel Bachtiar akhirnya benar-benar seperti bak kata pepatah..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Di pendekkan cerita,bilik stor dan ruangan bawah tanah yang di jadikan sebagai unit pembedahan haram oleh Doktor Doel Bachtiar itu telah di serbu oleh sepasukan anggota polis yang di ketuai oleh Inspektor Junid.

Di situ mereka temui bilik pembedahan lengkap dengan segala macam kelengkapan surgeri. Malah ruangan itu terlalu menyeramkan dengan limpahan dan simbahan sisa darah setiap orang yang pernah menjadi mangsa kekejaman Doktor Doel Bachtiar.

Dalam ruangan bawah tanah itu juga di temui rak dan balang-balang di penuhi pelbagai organ-organ dari tubuh manusia.

Pihak polis juga berjaya menyelesaikan beberapa kes individu dewasa yang hilang secara misteri termasuklah kes empat muda-mudi yang heboh di perkatakan sebelum ini.

Data maklumat kematian mereka dan butirannya di catat secara terperinci dalam fail dokumen sijil kematian setiap mangsa yang di buat sendiri oleh Doktor Doel Bachtiar.

Doktor terbabit telah di bicarakan dekatĀ  mahkamah lalu di jatuhi hukuman penjara dan gantung sampai mati.

Madam Sutinah telah membesarkan anak-anaknya dengan harta peninggalan suaminya. Hal itu berlanjutan selama beberapa tahun.

Wanita itu meninggal dunia kerana sakit leukimia di saat anak-anaknya iaitu Arshad,Kabil dan Dalib telah pun meningkat remaja. Dan kemudian tiga orang adik-beradik itu terus mendiami rumah kotej terbabit bersama sejumlah harta peninggalan oleh orang tua mereka.

BAB 11: Kecundang(tamat)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience