13.Wang Tuntutan.
RUMAH-RUMAH penduduk di sekitar Desa Terpenchil itu letaknya saling berjarak-jarak dan di pisahkan oleh rimbun-rimbun pokok dan semak. Lagipun di daerah itu hutan belukar masih banyak yang belum di teroka.
Kazim dan familinya menghuni di salah sebuah rumah dekat situ. Bapanya ada membuka kedai membaiki barangan elektrik dan perabot di hadapan rumah tersebut. Ibunya pula seorang suri rumahtangga. Kazim anak paling sulung. Adik-adiknya tiga orang. Ada yang masih bersekolah menengah dan yang bongsu sekali dalam darjah empat.
Kazim baru terjaga dari tidur seraya terdengar teriakkan ibunya dari luar rumah. Agak lewat dia bangun pagi ini. Di lihatnya jam sudah pukul sepuluh.
"Zim! oh Zim!"teriak ibunya.
Bergegas Kazim keluar.
''Haa mak..ada apa?"balas remaja lelaki berusia lapan belas tahun itu sambil berdiri dekat bendul pintu. Ibunya Jadariyah sedang menjemur pakaian dekat ampaian.
"Dah pukul sepuluh tak ingat-ingat nak bangun tidur ke Zim? Pergi tolong ayah kau turunkan barang dari lori jap"
Kazim pun menyarung selipar dan berjalan ke arah sebuah lori yang berhenti di hadapan kedai membaiki barang milik bapanya di hadapan rumah.
Walaupun remaja lelaki itu bercampur gaul dengan budak-budak jalanan,namun dia seorang anak yang taat. Kazim dan bapanya Othman memunggah turun sebuah peti televisyen rosak milik seorang pelanggan dari belakang muatan lori.
"Siapa punya tv ni yah?"
"Pak Deraman yang tinggal kat hujung nun"balas bapanya.
Televisyen itu di bawa masuk ke dalam kedai untuk di baiki. Selain itu ada lagi beberapa barangan elektrik lain yang harus di bawa turun dari muatan belakang lori seperti mesin basuh,kipas dan sebagainya.
"Malam tadi kau pulang lewat pergi ke mana Zim?"tanya Pak Othman.
"Biasalah yah..keluar dengan kawan-kawan"balas Kazim. Serta-merta dia teringatkan perihal apa yang berlaku malam semalam sewaktu dia bersama Arshad,Kabil dan Dalib bergasak dengan remaja-remaja dari pusat hiburan dekat kawasan deretan bangunan terbengkalai sunyi-sepi.
Kazim jadi agak terganggu dengan apa yang telah Arshad lakukan terhadap pemilik pusat hiburan itu. Baginya perbuatan Arshad menikam dan membunuh lelaki terbabit sudah melampau.
"Dengan siapa engkau berkawan Zim?"pertanyaan dari bapanya itu menyentak lamunan Kazim dari ingatan malam semalam.
"Err..budak-budak Desa Terpenchil ni jugak yah.."
Bapanya sedang membuka skru-skru yang terdapat pada televisyen besar yang hendak di baikinya itu. Kazim sekadar melihat sahaja.
"Tadi Pak Deraman ada bagi tau ayah..dia ada ternampak engkau sama kawan-kawan kau dekat bandar kelmarin"kata Pak Othman.
"Ohh..aah kami pergi makan-makan kat Mc Donald"
"Begini Zim..ayah tak berapa kenal sangat dengan kawan-kawan kau tu. Tapi menurut Pak Deraman mereka itu tiga beradik kan?"
Kazim mengangguk.
"Kenapa dengan mereka yah?"
"Budak tiga beradik tu...bapa mereka seorang Doktor terhormat. Dulu-dulu dia pernah menimbulkan angkara dekat daerah Desa Terpenchil ni dengan menculik ramai kanak-kanak lalu di bedah tubuh mereka. Organ-organ dalaman kanak-kanak itu di ambil untuk di jual dekat pasaran gelap"
Dahi Kazim berkerut. Dia memang berkawan baik dengan Arshad,Kabil dan Dalib. Namun inilah baru kali pertama dia mendapat tahu tentang kisah bapa tiga beradik itu.
Bapanya terus bercerita..
"Kanak-kanak itu di bunuh lalu di tanam dekat dalam ladang tebu luas kat Desa Terpenchil ni. Tapi mujurlah bapa kepada tiga beradik tu sudah menerima hukumannya di gantung sampai mati'
"Tapi kenapa kita tak pernah tahu pun tentang kisah ni yah?"
"Sebab kejadian tu berlaku dah lama.. kira-kira lima belas tahun lalu. Waktu tu kita sekeluarga pun belum berpindah ke Desa Terpenchil ni lagi"ujar Pak Othman.
Kazim termenung panjang. Cerita yang baru di dengarinya itu terasa agak menyeramkan.
_________________
RUMAH kotej tinggalan pasangan suami isteri Doktor Doel Bachtiar dan Madam Sutinah masih tersergam megah di kawasan tanah persendirian milik mereka.
Sungguhpun mereka telah tiada,namun tiga orang anak mereka yang kini telah meningkat remaja dan dewasa masih menghuni di kediaman terbabit.
Waktu tengahari itu mentari telah naik tinggi. Dalib seperti biasa memberi makan kuda-kuda peliharaan familinya di dalam bangsal bersebelahan rumah kotej. Remaja berusia 16 tahun dan bertubuh besar dan bongkok itu sudah berhenti dari persekolahannya. Dia lebih senang melakukan kerja-kerja itu.
Seorang wanita agak gemuk dan sedikit berusia muncul di pintu rumah dan berteriak. Dia ialah Mak Gayah yang sudah berkhidmat agak lama sebagai tukang masak di rumah kotej itu.
"Lib! Oh Dalib!"
Dalib pun keluar dari bangsal kuda.
"Ya Mak Gayah..ava afa?"
"Jom masuk makan tengahari. Mak Gayah dah siap masak"
Dalib pun meninggalkan kerja-kerja di bangsal buat seketika lalu masuk ke dalam rumah. Seketika itu juga sebuah kereta jenis Rolls Royce Silver Shadow baru tiba di luar pagar.
Arshad turun dari kereta tersebut sambil bersiul-siul. Pemuda itu baru saja pulang dari kuliahnya di kolej. Mak Gayah menyambutnya hingga ke pagar.
"Oh Mak Gayah masak apa hari ni?"
"Gulai ketam dengan sambal tempe'
"Damn i like it so much. Mak Gayah really knows best"Arshad tersengih.
"Haih..kamu cakap inggeris manalah Mak Gayah nak faham Shad'
'Hahaha..saya cakap Mak Gayah memang tahu apa sahaja masakkan yang terbaik"balas Arshad sambil memaut ke bahu Mak Gayah ketika berjalan masuk ke rumah.
Ketika Arshad dan Mak Gayah baru sahaja ingin melangkah ke tangga anjung, ada sebuah kereta lain tiba di rumah kotej terbabit.
"Kamu masuklah ke dalam dulu Shad. Biar Mak Gayah pergi tengokkan siapa yang datang tu"kata Mak Gayah.
"No no it's ok..Mak Gayah masuk dulu. Biar saya je pergi tengokkan"
Arshad berpatah semula ke pagar.
Ada seorang lelaki tidak di kenali turun dari kereta yang baru tiba itu.
"Cari siapa?''tanya Arshad.
"Hm maafkan saya..ini rumah Doktor Doel Bachtiar ke?"
"Yes it is. I'm his son. But who are you?'
"Saya ni driver kepada Sir James Borgan. Beliau adalah seorang kenalan lama bapa kamu''
"Okey..then?"
''Sir James datang nak tuntut sejumlah wang yang pernah di bayar kepada bapa kamu beberapa belas tahun lalu untuk suatu barangan pasaran gelap. Akan tetapi bapa kamu gagal berbuat sedemikian kerana kecundang ke tangan pihak polis"
Arshad tahu lelaki bernama James Borgan itu pastinya salah seorang pelanggan yang berurusan dengan bapanya sewaktu Doktor Doel Bachtiar aktif menjual organ-organ manusia.
"Oh come on..this is old story right. This is between him and my late father"
"Masalahnya jumlah yang di berikan itu terlalu besar. Walaupun Doktor Doel Bachtiar dah di gantung sampai mati,wang itu tetap harus di kembalikan. Sir James mahu kamu atau adik-beradik kamu yang lain sebagai anaknya melunaskan semula wang yang pernah di berikan tu"
Arshad menoleh ke arah kereta itu. Di lihatnya ada seorang lelaki tua warga Eropah memakai sut mewah duduk di sit tempat duduk belakang tersenyum melambai ke arahnya dari dalam tingkap.
"No..i will not pay him a cent! Me and brothers don't have anything to do with our father business"kata Arshad.
"Kalau macam tu kamu adik beradik bersedialah untuk bayar wang tersebut dengan cara 'lain''kata lelaki itu tersenyum sebelum minta diri.
"Hei wait..what do you mean dengan cara 'lain'?''soal Arshad.
Akan tetapi pertanyaan itu tidak di jawab. Lelaki terbabit terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari situ.
Itu membuatkan Arshad berasa sedikit geram.
"Damn it!"
_________________
BEBERAPA hari kemudian,Arshad dan Kabil telah di kejutkan dengan penemuan mayat tukang masak mereka iaitu Mak Gayah terbaring di luar pagar rumah bersama beberapa kesan das tembakkan peluru. Malah adik mereka iaitu Dalib juga telah di dapati hilang.
Kejadian itu berlaku ketika Arshad dan Kabil tiada di rumah.
Turut di temui ialah sekeping kertas nota berbunyi..
'INILAH AKIBATNYA BILA TUNTUTAN WANG SIR JAMES BORGAN DI ABAIKAN. ADIK KAMU TELAH KAMI TAWAN. KALAU TAK MAHU DIA MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI WANITA ITU,JANGAN SESEKALI PERGI MELAPOR KEPADA PIHAK POLIS DAN TOLONG BERI KERJASAMA. TUNGGU NOTA SETERUSNYA DARI KAMI'
"Damn!''Arshad membentak marah. Wajahnya merah padam bersama dengusan nafas kencang.
"Aku rasa elok kita repot polis je Shad"kata Kabil.
"Then they will kill Dalib!"
''Habis tu kita nak ikut je ke arahan dari mereka?"
"We have no choice Kabil"
Arshad dan Kabil pun terpaksa mengusung mayat Mak Gayah dan mengebumikannya di suatu ceruk dalam ladang tebu jauh dari rumah kotej tersebut.
"Poor Mak Gayah..i swear i will kill them if i got a chances!"kata Arshad ketika dia dan Kabil mengambus mayat Mak Gayah yang sudah di masuk ke dalam lubang kuburan yang di gali.
Mereka amat kesal dengan apa yang berlaku terhadap tukang masak mereka itu.
_________________
MALAM tu hujan turun dengan lebat. Arshad terjaga dari tidurnya. Dia masih berasa amat terganggu dan marah dengan kejadian yang berlaku itu. Emosinya jadi tidak menentu.
BRANKK!
Petir menyambar di luar rumah. Cahayanya menerobos masuk ke dalam tingkap bilik tidur Arshad lalu menerangi kostum kepala kuda yang tergantung di dinding kamar.
Arshad bangun lalu mengambil kostum tersebut dan menyarung pakai di kepalanya. Dia berdiri di hadapan cermin agak lama. .
Ketika petir menyambar lagi bersama cahaya yang masuk melalui tingkap,Arshad melihat dirinya di dalam cermin bersama sebilah parang panjang di tangan.
Dia pun turun ke tingkat bawah mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah. Kereta Rolls Royce Silver Shadow yang di pandu oleh Arshad kemudian di lihat meluncur laju di atas jalanraya di tengah ladang tebu luas itu.
Tak lama kemudian Arshad berhenti di kawasan penempatan penduduk berhampiran.
Di tengah hujan lebat yang turun mencurah-curah itu kakinya melangkah ke bangsal kambing milik seorang penduduk.
KREKKK...
Pintu bangsal itu pun di buka sebelum dia melangkah masuk bersama sebilah parang di tangan.
Kemudian terdengarlah suara kambing-kambing itu bertempik-tempikkan tenggelam timbul dalam bunyi hujan lebat,guruh dan kilat.
BAB 13:Wang Tuntutan(tamat)
Share this novel