27.Angka Giliran

Thriller Series 938

27.Angka Giliran.

SEBUAH pasu bunga besar di punggah oleh Kazim masuk ke dalam bonet belakang kenderaan seorang pelanggan. Dia turut di bantu oleh tauke kedai bunga tempat dia bekerja,iaitu apek Chen.

"Ini pokok bunga kertas mesti letak dekat tempat yang ada kena matahari ya puan"kata apek Chen memberi sedikit nasihat kepada pelanggan kedai bunganya itu.

"Baiklah apek..terima kasih"kata pelanggan tersebut sebelum minta diri dan beredar pergi dengan kenderaannya.

"Hm Kazim..ni hari kedai banyak dapat untung..you pun bagus..mulut banyak manis dan pandai pujuk pelanggan untuk membeli kat sini. So saya berbesar hati mau kasi sedikit komisen saguhati..nah"kata apek Chen sambil hulur wang kertas bernilai dua puluh ringgit.

"Wahh..terima kasih apek..hehe"ucap Kazim sambil tersengih-sengih gembira.

"Hm..you nak pergi rehat minum sekarang pun boleh Kazim"

"Baik pek.."

Kazim pun singgah sebentar di kedai jual suratkhabar dan membelek naskah keluaran hari ini. Berita kehilangan tiga orang pengawal keselamatan terminal stesyen keretapi Desa Terpenchil telah mencuri perhatiannya.

"Aih..takkan sekali tiga-tiga pengawal boleh hilang lesap macam tu aja?"fikir Kazim kebingungan.

Walaubagaimanapun Kazim tidaklah serius sangat memikirkan akan hal tersebut. Lagipun Desa Terpenchil ini elok-elok dan aman tenteram sahaja semenjak setahun yang lalu.

Lepas minum Kazim pun kembali ke kedai bunga untuk menyambung tugasnya. Apek Chen sedang sibuk bercakap dengan pelanggan melalui telefon gagang. Tak lama kemudian barulah panggilan itu tamat.

"Kazim..kita ada pelanggan mau beli tiga pasu pokok bonzai. Cepat kasi angkut masuk lori dan hantar ke rumah dia sekarang ya"kata tauke kedai bunga terbabit.

"Baik apek"

Kazim laju dan cekap menjalankan tugasnya. Tiga buah pasu pokok bonzai itu sudah siap di angkut ke dalam muatan belakang lori kedai.

"Ini alamat rumah pelanggan tu"kata apek Chen sambil hulur kertas pada Kazim yang sudah melompat masuk dan duduk di sit pemandu lori.

Apabila di perhatikan ke alamat yang tercatat pada kertas tersebut,serta-merta Kazim jadi gugup dan terkejut.

"Salah alamat ke ni apek?"

"Tak salah..memang itulah alamat rumah dia"

Kazim teguk air liur. Dia jadi keberatan pula hendak pergi ke alamat tersebut kerana pelanggan yang di maksudkan adalah tiga beradik di rumah kotej itu sendiri.

Sudah lama Kazim tidak menjejakkan kakinya lagi ke sana. Setahun juga lamanya. Dia pun sudah tiada hati mahu berkawan dengan tiga beradik itu. Tapi apakandaya,tugasnya kali ini telah memaksa dirinya untuk ke sana lagi.

Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  Ā Ā  _______________

SEKITAR jam sebelas pagi lori kedai bunga yang di pandu oleh Kazim pun tiba di luar pagar rumah kotej tersebut. Hatinya jadi berdebar-debar.

Pandangannya terhadap Arshad,Kabil dan Dalib juga sudah tidak sama lagi seperti dulu. Kazim melihat tiga beradik yang pernah menjadi sahabat baiknya itu sebagai psikopat yang kejam,ngeri dan sakit jiwa.

PINN!

Hon lori itu pun di bunyikan.

Kelibat Kabil muncul dari dalam rumah. Dalib pula muncul dari bangsal kuda. Keduanya berjalan ke arah pagar sambil melambai.

Kazim tahu dia terpaksa berpura-pura mesra atau kalau tidak dirinya akan syaki dan di curigai. Dengan berat hati Kazim pun membalas lambaian tersebut.

"Zim! lama sangat tak jumpa dengan kau"sapa Kabil.

Senyuman Kazim sedikit lemau. Kerana senyuman itu sendiri penuh dengan kepura-puraan dan di buat-buat oleh dirinya.

"Aku..aku terlampau sibuklah Bil..Dalib"

"Hm..kalaulah kita orang tak beli pokok bonzai tu dari kedai apek Chen,agaknya sampai kucing bertanduk pun kau tak ingat nak datang kemari Zim"

"Sori.."

TIGA buah pasu bunga pokok bonzai itu pun di bawa turun dari lori. Kabil dan Dalib turut membantu Kazim mengusung pasu-pasu itu lalu di susun dekat anjung luar rumah kotej terbabit.

"Ini bayarannya Zim..sembilan puluh ringgit kan?"kata Kabil sambil hulurkan wang kertas.

"Ya"

Kazim pun menyerahkan resit belian pokok-pokok bonzai itu. Mereka berbual seketika.

"Berapa lama Arshad kat Australia?"tanya Kazim.

"Enam bulan lebih. Sekarang baru dapat pulang sebab dia bercuti panjang"

"Ohh..aku minta diri dululah Bil..Lib..kirim salam kat Arshad"

"Eh cepat sangat kau dah nak beransurĀ  Zim? Setahun lama kita tak jumpa. Masuklah rumah minum-minum dulu"pelawa Kabil.

Kazim akur.

Kabil pun ke dapur. Kazim duduk di sofa ruang tamu. Kelibat Arshad tidak pula di temuinya. Dalib pula kembali bangsal menyambung tugasnya.

Tunggu punya tunggu masa pun berlalu hampir lima belas minit. Kabil pula tidak muncul-muncul dari dapur.

"Ish dah lambat ni.."getus hati Kazim sambil lihat ke jam tangannya.

Dia pun bangun lalu berjalan nak menuju ke dapur sambil meneriak memanggil Kabil.

"Bil! Oh Bil!"

Tiada jawapan.

Tiba-tiba Kazim terpandang beberapa keping kad pengenalan diri dan dompet di atas meja kecil dekat ruangan antara ruang tamu dan dapur. Hatinya tergerak untuk membelek kad-kad tersebut sambil terus meneriak memanggil Kabil.

"Bil!"teriaknya lagi sambil baca kad di tangannya.

Kali ini Kazim tersentak.

Ternyata kad-kad pengenalan diri dan dompet itu adalah kepunyaan tiga orang individu yang berita kehilangan mereka baru sahaja di laporkan dekat akhbar yang di baca oleh Kazim pagi tadi.

"Usu Pudin? Zam Rambo? Hami? Eh bukan ke mereka ini pengawal keselamatan yang hilang dekat stesyen keretapi tu?"

GULP!

Kazim teguk air liur. Hatinya berasa tidak sedap. Naluri dan firasatnya kuat mengatakan bahawa kehilangan tiga orang pengawal keselamatan itu ada kaitan dengan kejahatan yang di lakukan oleh tiga beradik tersebut.

Kad-kad itu di letakkan semula atas meja. Kazim pun ke dapur. Pintu dapur terbuka. Kabil keluar entah ke mana.

SEMENTARA itu Kabil rupanya sedang berkumpul bersama Arshad dan Dalib diĀ suatu sudut tersembunyi di luar rumah kotej terbabit sambil berbincang sesuatu.

"Apa kita nak buat sekarang Shad?"tanya Kabil.

"Just wait a few minutes more. Let Kazim know that no one at home. Aku tertanya-tanya adakah Kazim tahu sesuatu tentang kerja-kerja kotor kita hingga menyebabkan sampai setahun lamanya dia menjauhkan dirinya dari kita?"kata Arshad.

Sementara itu Kazim pun mundar-mandir dari dapur ke ruang tamu. Kemudian dia keluar dan melihat ke luar rumah. Hatinya terdetik yang tiga beradik itu mungkin sedang keluar entah ke mana. Dia juga tidak menyedari yang dirinya sedang di perhatikan.

"Kabil! Dalib!"teriak Kazim sambil berdiri dekat anjung luar.

Apabila pasti sememangnya tiada orang di rumah,hati Kazim mulai terdetik untuk memeriksa rumah kotej itu dengan lebih lanjut. Baginya inilah satu-satunya peluang untuk dia 'mengorek' lebih banyak rahsia kehidupan sisi gelap tiga beradik itu.

Kazim pun masuk semula ke dalam rumah. Dia pun pergi ke ruang tengah yang menjadi penyambung antara ruang tamu dan dapur. Di situ terdapat laluan untuk ke bilik stor bawah tanah.

Akan tetapi pintu stor itu terdapat gril serta berkunci. Ini menyebabkan Kazim sedikit kecewa. Namun dia telah menemui sesuatu yang agak mencurigakan.

"Darah?"

Kazim mencangkung di hadapan gril pintu stor dan meneliti kesan sisa darah pada lantai. Kazim sedar ada sesuatu yang di heret atau di seret masuk ke dalam stor dalam keadaan berdarah. Akan tetapi ia tidak pasti darah apakah sebenarnya itu.

Tak bertangguh Kazim pun naik pula ke tingkat atas rumah kotej itu. Terdapat banyak bilik di situ. Ruangan tingkat atas itu kelihatan suram dan menyeramkan. Ia di hiasi oleh perabot antik. Dindingnya pula di penuhi bingkai gambar-gambar lama hitam putih.

Terdapat kerusi rotan di suatu sudut. Kazim tidak pasti apakah ada angin yang bertiup tadi hingga menyebabkan kerusi rotan itu berhayun dengan sendirinya?

"Hairan..tingkap kat atas ni banyak yang di biar bertutup. Dari mana angin datang?"getus hatinya.

Kazim pun melupakan hal tersebut lalu memulas tombol dari satu pintu bilik ke satu pintu bilik yang lain. Banyak yang berkunci. Akan tetapi dia masih tahu yang mana satukah bilik tidur Arshad.

KREKK..

Pintu bilik tidur Arshad terbuka. Di dalamnya agak kemas. Kazim terpana seketika apabila melihat ada kostum kepala kuda di gantung dekat penyangkut baju di dinding.

Memori silam sewaktu Arshad terduduk selepas menikam pemilik pusat hiburan itu dulu kembali menerjah fikiran Kazim. Kostum kepala kuda itulah yang bersarung di kepalanya ketika itu.

Di atas meja bilik itu agak berserabut dengan pelbagai benda. Selain kamera,camcoder dan segala macam peralatan berkaitan fotografi milik Arshad,terdapat banyak kepingan foto-foto bergambar.

Tiada yang anehnya dengan semua itu kerana Arshad memang meminati hal-hal berkaitan fotografi. Akan tetapi foto gambar segerombolan ahli persatuan pendududuk dekat luar pagar rumah kotej itu sedikit menarik perhatian Kazim.

Ada segelintir orang dalam foto tersebut yang telah di pangkah gambarnya. Dan orang-orang itu semuanya agak Kazim kenali juga.

"Kalau tak silap aku,semua orang yang di pangkah ni samada hilang atau terlibat dengan kejadian meragut nyawa..kenapa? Kenapa mereka semua boleh berada dalam foto ni?!"Kazim tertanya-tanya.

Lama kelamaan,teori dendam terhadap persatuan penduduk seperti yang pernah dipercayainya dahulu
kembali bermain di fikiran Kazim.

"Jangan-jangan teori tu memang betul tak?"

Kazim teliti lagi ke foto tersebut. Setiap wajah itu samada yang sudah atau belum di pangkah,telah pun di berikan nombor giliran mengikut turutan. Lebih mengejutkan lagi wajah bapanya Pak Othman juga turut berada dalam foto tersebut dan di beri nombor paling akhir sekali.

Hati Kazim berdebar-debar. Dia melihat foto lebai Darus adalah orang yang terakhir di pangkah setakat ini. Lebai itu mati dalam kebakaran. Hal itu berlaku kira-kira setahun yang lalu sebelum kejadian-kejadian gempar di Desa Terpenchil tiba-tiba terhenti.

"Agaknya mereka berhenti sebab Arshad sambung belajar di luar negara.."begitu fikir Kazim.

Akan tetapi kini Arshad telah kembali dari luar negara. Kazim terdetik dan terfikir,boleh jadi tiga beradik itu akan kembali menimbulkan onar semula.

Kemudian dia melihat pula foto dan nombor giliran seterusnya selepas lebaiĀ  Darus. Fikirannya ligat berfikir.

"Kalau memang teori tu betul,jadi maknanya Pak Deraman adalah ahli persatuan penduduk seterusnya yang akan mereka bunuh"

Keringat dingin membasahi dahi Kazim.

Dia sedaya-upaya cuba mengingati segala angka giliran dan wajah-wajah yang terdapat di dalam foto terbabit.

BAB 27:Angka Giliran(tamat)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience