23.Dwi Personaliti.
SEBULAN telah berlalu. Kazim pun sudah mula jarang datang melepak di rumah kotej tiga beradik itu. Kalau ada pun dia hanya terserempak dengan mereka di mana-mana dan bertegur sapa begitu sahaja.
Semenjak berlakunya peristiwa penampakkan lembaga Pak Amit dan beberapa lagi individu lain dekat ladang tebu itu,Kazim kini semakin sangsi dengan tindak-tanduk Arshad,Kabil dan Dalib.
Perasaan curiganya kian bertambah sejak dia menemui kostum kepala kuda dan tangki penyembur racun rumpai di dalam bonet kereta Arshad. Dia mengesyaki Arshad sebagai pelaku khianat ke atas haiwan peliharaan penduduk. Namun dia tidak mempunyai bukti kukuh selain persangkaan yang timbul dari penemuan di dalam bonet kereta Arshad.
Kini Kazim pun mulai menyoal dirinya sendiri tentang sejauh manakah dia mengenali tiga beradik itu sebenarnya? Peristiwa-peristiwa yang telah di alaminya itu seakan-akan memberitahu bahawa ada sisi kehidupan lain Arshad,Kabil dan Dalib yang tidak di ketahui olehnya.
Hal inilah yang hendak Kazim siasat dan cari kebenaran di sebaliknya. Soalnya bagaimana? Takkanlah dia harus pergi bertanya secara terus kepada tiga beradik itu sendiri? pasti mereka akan mencurigai dirinya. Oleh itu Kazim terpaksa memikirkan cara lain untuk tujuan tersebut.
Petang itu Kazim menunggang motor dan lalu di kawasan rumah penduduk. Di lihatnya ada sebuah keluarga sedang sibuk memunggah perabot dan barangan untuk berpindah.
Seminggu yang lalu pun ada dua buah keluarga lain telah turut berpindah. Gara-gara perbuatan khianat seseorang yang telah meracun ayam itik peliharaan Mat Sahar sebelum ini,ramai juga penduduk yang menternak haiwan dekat Desa Terpenchil turut menyatakan rasa bimbang kalau-kalau mereka juga akan menjadi mangsa khianat di kemudian hari.
Kazim pun singgah sebentar bertemu keluarga yang hendak berpindah itu.
"Pak Oneng sama Mak Timah pun jadi berpindah jugak?"tanya Kazim. Dia amat kenal dengan keluarga tersebut. Mereka sekeluarga menternak arnab.
"Terpaksa jugaklah nampak gayanya Zim..ayam itik Mat Sahar dah jadi mangsa. Dulu sebelum pun kambing-kambing peliharaan penduduk lain turut mati di tetak. Tak tahulah orang gila mana yang sanggup melakukan perbuatan khianat macam tu. Kami ni keluarga penternak..sudah tentu kami bimbang kalau haiwan-haiwan ternakkan kami juga akan turut menjadi mangsa seterusnya"ujar Pak Oneng.
Kazim mengangguk-angguk faham.
Tiga buah keluarga penternak telah berpindah. Kazim dapat merasakan kawasan penduduk di situ seakan mulai sunyi dan lengang.
________________
MALAM tu telefon rumah Kazim berdering. Dia sendiri yang pergi mengangkat gagang dan menjawab panggilan tersebut.
Rupanya Arshad yang menghubungi.
"Zim..how are you? Why dah jarang kau datang ke rumah kami?"
Kazim berasa berat hati hendak bercakap dengan Arshad lebih-lebih lagi sejak dia mulai mengesyaki pemuda terbabit adalah pelaku khianat ke atas haiwan peliharaan penduduk.
"Aku sibuk sikitlah. Kerja kat kedai bunga sambil tolong ayah aku lagi kat bengkel"
"Oh man..i faham..yeah it was so tired nak buat dua kerja sekaligus. Hm by the way tak apalah Zim..maybe aku boleh ajak orang lain je"
"Ajak pergi mana?"Kazim berasa ingin tahu.
"Aku ingat nak ajak kau pergi temankan aku camping di Hutan Bukit Sedingin. Lagipun aku nak buat fotografi menarik kat sana untuk satu projek kat kolej"
"Bila?"
"Pagi sabtu hujung minggu ni"
"Sorilah Shad,aku tak dapat nak ikut kau. Cuti sabtu ahad aku kena tolong ayah aku pulak"
"Oh sure it's okey man..maybe better aku pergi sorang je"
"Kabil dengan Dalib kan ada"
"No no..they are busy with their own things too. Lagipun maybe aku nak bersendirian dan lakukan perkara lain kat Bukit Sedingin di samping doing my photography project"
Tak lama kemudian panggilan itu pun berakhir.
Kazim jadi tertanya-tanya pula tentang perkara lain apakah yang hendak di lakukan oleh Arshad sewaktu berkhemah di Bukit Hutan Sedingin itu?
Tiba-tiba Kazim telah mendapat suatu akal. Dia terfikir mungkin ada baiknya secara senyap-senyap dia pergi mengekori Arshad ke Bukit Hutan Sedingin. Lagipun hatinya tergerak ingin tahu bagaimanakah perilaku sebenar dan karakter sahabatnya itu apabila beliau bersendirian?
Kalau tangannya pernah berlumuran darah akibat membunuh seorang pemilik pusat hiburan dulu,sudah pastilah Arshad itu mempunyai sisi gelap dalam hidupnya yang di sembunyikan dengan rapi serta dwi personaliti yang hanya akan terpamer apabila dia bersendirian.
Ini di tambah dengan dialog Kazim dengan penampakkan Pak Amit dan beberapa mangsa lain yang mendakwa Arshad itu bersama dua orang adiknya 'sakit' seperti mana bapa mereka juga.
_________________
PAGI sabtu hujung minggu pun tiba. Seawal jam lapan pagi lagi Kazim sudah bangun,mandi dan bersiap-siap. Selepas sarapan dia pun bertolak pergi ke Bukit Hutan Sedingin dengan menunggang motor Scramblernya. Dia pun telah meminta izin dari bapanya untuk tujuan tersebut.
Lokasi Bukit Hutan Sedingin letaknya agak jauh juga dari Desa Terpenchil kerana tempat itu berada di daerah lain. Ianya adalah kawasan rekreasi perbukitan dan hutan yang terbuka buat orang awam untuk pelbagai tujuan seperti berkhemah,mandi sungai air terjun,jungle tracking dan melakukan pendakian ke atas Bukit Sedingin itu sendiri.
Perjalanan ke sana dari Desa Terpenchil mengambil masa sejam lamanya.
Setibanya di sana,Kazim telah menyewa sebuah bilik di rumah inapan yang di sediakan oleh pihak pengurusan kawasan rekreasi terbabit.
Mujur juga rumah inapan itu letaknya agak jauh sedikit dari hutan yang di jadikan tapak perkhemahan oleh pengunjung yang berminat untuk tujuan terbabit. Jadi Kazim tidak akan mudah terserempak dengan Arshad sepanjang berada di sana.
Suasana di sekitar Bukit Hutan Sedingin sungguh sejuk dan menyegarkan di waktu pagi. Mujur juga para pengunjung yang ingin berkhemah harus mendaftar dan membayar sewa tapak kepada pihak pengurusan kawasan rekreasi terbabit.
Oleh itu Kazim telah berjaya mendapatkan maklumat lokasi tapak di mana Arshad sedang berada. Dia turut membawa teropong binokular agar dapat memerhatikan gerak-geri Arshad dari kejauhan.
Setakat pagi itu tiada pula sebarang keanehan yang di tunjukkan oleh Arshad. Pemuda tinggi lampai berambut kerinting dan bercermin mata itu di lihat sibuk memasang khemahnya sendiri.
Dia juga turut membawa segala macam alat perkakasan seperti tripod dan kamera untuk tujuan fotografi yang hendak di lakukannya di sana nanti.
Hampir-hampir Kazim naik bosan juga terpaksa mengekori Arshad di sepanjang pagi membawa ke tengahari lalu tiba ke waktu petang. Tiada keganjilan sikap yang di tunjukkan oleh sahabatnya itu.
Arshad agak sibuk ke sana ke mari bersama peralatan fotografinya. Dia menghabiskan berjam-jam lamanya untuk menangkap gambar-gambar menarik dekat sekitar kawasan air terjun,bukit pendakian dan hutan.
Ketika tiba waktu malam,Arshad duduk bersantai di luar khemah sambil menikmati unggun api. Kazim sudah menguap-nguap dek rasa mengantuk sambil melihat ke jam tangannya. Jam sudah menginjak ke pukul sebelas malam. Arshad pun seperti sudah terlena dekat bangku kecil yang didudukinya di luar khemah.
Baru sahaja Kazim tergerak untuk pulang sahaja ke bilik inapan dan tidur,tiba-tiba di lihatnya Arshad telah terjaga dan berdiri sambil memerhatikan ke khemah-khemah pengunjung lain di sekitarnya.
Waktu itu keadaan telah sunyi-sepi. Pengunjung lain pun sudah lena di buai mimpi dalam khemah masing-masing. Gerak-geri Arshad tampak sungguh mencurigakan. Rasa mengantuk yang menyerang Kazim tadi terus hilang entah ke mana.
Arshad masuk ke dalam khemah sebelum di lihat keluar semula dengan kostum kepala kuda sudah siap di sarung di kepalanya. Di tangannya ada sebilah parang.
Pemuda itu kemudian berjalan menyusup ke dalam hutan. Kazim pun mengekorinya dengan amat berhati-hati.
"Dia nak buat apa kat dalam hutan gelap ni?"getus hati Kazim sambil menyusup dari satu pokok ke rimbun semak lainnya.
Mujurlah malam itu ada di terangi sedikit oleh cahaya bulan mengambang. Dalam samar-samar terang itu dapat jugaklah Kazim melihatkan tindak-tanduk Arshad.
Arshad terserempak dengan seekor rusa liar. Sungguh tidak di duga bila dia tiba-tiba melibaskan parangnya hingga kepala rusa itu terpisah dari lehernya.
Kemudian Kazim lihat sendiri dengan matanya perlakuan jijik Arshad yang sukar di bayangkan oleh minda. Melalui lubang leher rusa yang sudah di penggal dan memancutkan darah itu,Arshad telah memasukkan zakarnya lalu memuaskan keinginan haiwannya. Alangkah lemah kedua kaki Kazim ketika itu.
Sesekali Arshad meniru suara rusa itu. Pemuda itu seperti sedang berahi yang teramat. Tak sanggup Kazim melihat perbuatan yang menyimpang dari norma kemanusiaan itu. Ia terlalu menjijikkan.
Kini baru Kazim akui betapa sahabatnya si Arshad itu sebenarnya sakit jiwa. Sisi gelap dirinya tercetus dari dwi personaliti yang di miliki kini terpampang di hadapan mata Kazim.
Ketika sudah pulang ke bilik inapannya,Kazim langsung tidak dapat tidur bila bayangan perlakuan aneh Arshad yang di lihatnya tadi kerap menghantui fikirannya.
Bertitik-tolak dari peristiwa itulah Kazim cuba menghindari dari berjumpa dengan tiga beradik yang menghuni di rumah kotej terbabit. Dia mulai menyibukkan dirinya dengan kerja di kedai bunga atau menghabiskan masa bersama famili.
__________________
ARSHAD sedang sibuk membidik kamera fotografinya di ruang tamu rumah kotej. Di atas meja kecil itu pula di susunnya dengan pelbagai kepingan foto-foto menarik yang di ambilnya dekat pelbagai tempat. Kabil pula sedang menonton televisyen.
Sambil itu mereka pun berbual-bual.
"Shad..kau perasan tak Kazim dah lama tak datang lepak dengan kita kat rumah ni. Aku rasa dah sebulan lebih kot..nak masuk dua bulan"kata Kabil.
"Yeah..i met him a few week ago waktu nak ajak dia pergi camping kat Bukit Hutan Sedingin. He's so busy kerja kat kedai bunga and helping his father at workshop"
"Hm aku rasa kita pun dah lama tak potong badan orang kan?"
Arshad tersengih.
"Ah i'm glad you remind me about that Kabil. Yeah..i almost forgot about it"
"Siapa target kita yang seterusnya?"
Arshad pun membelek foto-foto yang bersusun di atas meja lalu mengambil foto gambar gerombolan persatuan penduduk yang datang menimbulkan onar di rumah kotej itu dulu.
Di dalam foto terbabit ada beberapa wajah individu yang sudah di pangkah. Dan masih berbaki beberapa orang lain lagi.
"Just a few member left dude..there you go..choose whoever you want from that photo"kata Arshad sambil layangkan foto tersebut kepada Kabil.
Gambar itu pun di teliti oleh Kabil. Wajahnya berkerut bila terperasankan salah seorang pakcik yang terdapat di dalam foto terbabit.
"Shad..aku baru terperasan pakcik yang kat tepi ni.."
"What? Who's that pakcik?"
Kabil pun tunjuklah gambar individu yang di maksudkan.
"Lebih baik kita kecualikan pakcik ni Shad"
"Why?"
"Ini ayah Kazim..Pak Othman"
GULP!
Arshad meneguk air liurnya dan menatap ke foto tersebut. Dia sendiri pun baru tahu pakcik yang turut serta bersama gerombolan persatuan penduduk itu rupanya ayah kepada Kazim.
BAB 23:Dwi Personaliti(tamat)
Share this novel