30.Orang Luar

Thriller Series 890

30:Orang Luar.

TERBEBASNYA Arshad dari lokap tidak di ketahui oleh penduduk di Desa Terpenchil. Mereka menyangkakan pemuda itu pastilah masih dan sedang meringkuk di balik tirai besi.

Hati Arshad masih sakit mengenangkan segala apa yang di lakukan oleh para penduduk terhadapnya. Sungguh nasibnya agak kurang baik kerana kecundang di tangan Mat Boyot tempoh hari. Di bukan sahaja telah diikat malah di belasah,di caci-maki,di ludah serta kostum Horseheadnya turut di bakar.

Seperti orang tidak senang duduk,Arshad di lihat asyik berjalan ke hulu ke hilir di anjung luar rumah kotej.

"Kau nak balas dendam ke pada orang-orang tu Shad?"soal Kabil.

"Not only Mat Boyot and others who got involved on that day,but all the residents of Desa Terpenchil"

Kabil meneguk liurnya. Nampaknya Arshad sudah bulat tekad mahu membunuh kesemua penduduk di Desa tersebut.

"Luckily non of them knows that i was released from prison. I think this is the right time to take a revenge. But.."

"Tapi apa Shad?"

Arshad pun menoleh kepada Kabil.

"I'm going to meet someone first"

"Siapa?"

"The guy named Badok. Beliau seorang yang amat mahir dalam seni pembuatan topeng kulit..termasuk membuat kostum kepala kuda. I need new Horsehead costume"

"Kau kenal dia dari mana?"tanya Kabil.

"While i was in the lock up, someone recommended me to Badok. He also gave me Badok's address"

                 ________________

VAN hitam yang di naiki oleh Arshad dan Kabil tiba di sebuah daerah lain yang agak jauh sedikit dari Desa Terpenchil. Tujuan kedatangan mereka ke situ adalah untuk menemui seorang lelaki yang di kenali sebagai Badok.

Daerah Bulohan adalah sebuah kawasan pedalaman yang agak terpencil dari hiruk-pikuk kota. Di sana  banyak di tumbuhi oleh pokok-pokok buluh.

Pencarian Arshad dan Kabil telah membuahkan hasil. Seorang penduduk telah membawa mereka ke rumah Badok yang letaknya agak di pinggiran.

Terpana mereka seraya masuk ke rumah itu dan di perlihatkan dengan koleksi topeng muka kulit hasil buatan tangan Badok. Hajat kedatangan mereka pun di sampaikan.

Badok yang bertubuh besar itu mengangguk-angguk sambil menatap ke wajah dua orang tamu.

"Hm..membuat kostum kepala kuda itu amat mudah bagi aku..cuma.."

"But what? Is it about payment? Oh don't worry dude..aku akan bayar sebanyak mana pun harga yang kau minta"kata Arshad.

"Bayaran bukan masalahnya..cuma agak sukar untuk mendapatkan kulit kuda"

"Sebenarnya kami ada memelihara beberapa ekor kuda. Tapi ia adalah kuda-kuda kesayangan.."Kabil mencelah.

"Tak perlulah korbankan kuda peliharaan kau orang. Mungkin boleh guna cara lain untuk mendapatkannya"

Arshad dan Kabil saling berpandangan.

"Well..selain kami,dekat Desa Terpenchil pun masih ada penduduk lain yang turut memelihara kuda"

"Bagus! Itulah 'cara lain' yang aku maksudkan"kata Badok.

MALAM itu Arshad dan Kabil telah membawa Badok ke Desa Terpenchil. Di  kala malam kian larut,mereka telah menjalankan kegiatan menceroboh ke bangsal kuda milik seorang penduduk.

Seekor kuda jantan berwarna coklat yang amat cantik bulunya telah berjaya di tumbangkan sebelum di lapah dan di siat kulitnya. Badok sendiri yang melakukan kerja-kerja melapah itu kerana dia lebih pakar dan mahir dalam hal-hal seperti itu. Arshad dan Kabil hanya membantu apa-apa yang patut sahaja.

Keesokkan harinya Seman Jani si pemilik bangsal kuda berkenaan terkejut besar bila menemui kuda jantannya telah mati dalam keadaan tersiat kulit tubuhnya.

Maka kecohlah hal tersebut di Desa Terpenchil. Namun demikian,kebanyakkan penduduk lebih mempercayai hal khianat itu mungkin di lakukan oleh orang dari luar Desa Terpenchil.

                   _________________

DALAM masa sehari dua kemudian,Arshad dan Kabil pun pergi menemui Badok lagi di Desa Bulohan untuk melihat kostum kepala kuda hasil kerja lelaki tersebut..

"Macam mana? Puas hati tak? Kalau buatan ni kurang baik,aku akan buat yang lebih baik lagi"kata Badok.

"Wow! Hahaha this is far more better than my previous horsehead costume. Nice! Thanks a lot Badok. Aku puas hati betul dengan hasil kerja kau"kata Arshad ketika kostum kepala kuda itu di cuba pakai.

"Terima kasih"

Arshad membayar lelaki itu dengan sejumlah kepukkan wang yang agak besar juga nilainya. Walaubagaimanapun Badok enggan menerima semua wang tersebut. Dia mengambil sebahagian sahaja.

"Dude..why don't just keep all of this money for you? Lagipun hasil kerja tangan kau sangat bagus,berkualiti and look luxury too"kata Arshad.

"Terima kasih je. Kau tak perlu bayar wang sebanyak ini. Kepuasan aku tiada pada wang yang banyak'balas Badok.

Kata-katanya itu membuat Arshad dan Kabil saling tertanya-tanya dan saling berpandangan sesama sendiri.

"Maksud kau?"tanya Kabil pula.

Badok tersenyum penuh makna.

"Sejak kau orang bawak aku ke Desa Terpenchil,aku baru menyedari tentang sesuatu. Rupanya penduduk kat sana ramai dari kalangan penternak haiwan. Hm,mungkin kau orang boleh tolong aku dalam hal-hal curian kulit haiwan ternakkan penduduk..itu lebih aku hargai dari wang yang berkepuk tu"

Arshad dan Kabil pun berbincang sebentar sesama sendiri.

"Shad..kalau kita sibuk nak bantu dia untuk kerja curian tu, nanti akan jadi bebanan pula pada kita balik. Lagipun kita kan ada pelan lain nak balas dendam pada penduduk"bisik Kabil.

Arshad tersengih. Dia sebenarnya sudah mempunyai suatu akal.

"Dude...we need this guy untuk di 'kambing hitamkan' dalam kerja-kerja jenayah kita nanti'

"Apa maksud kau?"

"At this time, bukan mudah untuk kita bunuh kesemua penduduk kat Desa Terpenchil ni sebab mereka dah ada tanggapan buruk pada kita. That mean if one of them has found murdered,mereka semua akan menuding jari pada kita. This is so dangerous Kabil. Don't forget about Kazim. Dia tahu semua kerja-kerja kotor kita. That's why we need Badok and plotted him as a new murderer in Desa Terpenchil. Then people will start changing their perseption toward us"ujar Arshad panjang lebar sambil berbisik-bisik.

"Bagus jugak idea kau ni. Tapi pun bukan mudah jugak untuk kita laksanakan hal ni Shad"

"Don't worry dude..i always have a good plan for it. Now kita setujukan je permintaan Badok dulu'

Kabil bersetuju.

Maka termeterailah satu jalinan kerjasama di antara mereka dengan Badok. Semenjak dari itulah kejadian haiwan peliharaan penduduk di bunuh dan di siat kulitnya mulai kerap terjadi di Desa Terpenchil. Dari haiwan kuda,lembu,biri-biri sampailah ke tenggiling pun habis menjadi mangsanya.

                  _________________

FENDI seorang pemuda yang bekerja sebagai peniaga kedai runcit di Desa Terpenchil. Ketika sedang berkemas ingin menutup kedainya pada malam itu Fendi temui sekeping nota di tinggalkan dekat luar kedainya.

"Eh nota apa pulak ni?"getus hati Fendi lalu dia pun membacanya.

'ADA ORANG LUAR YANG AGAK MENCURIGAKAN DI LIHAT MENYELINAP KE KAWASAN KANDANG KUDA PAK UJAI. TOLONG PERGI KE SANA DAN TENGOKKAN CEPAT SEBELUM TERLAMBAT'

Fendi pun kelam-kabut menutup kedai dan meluncur pergi dengan motor cabuknya menuju kawasan ladang Pak Ujai.

Setibanya di sana,Fendi pun mengintai ke dalam kandang kuda Pak Ujai sebelum terkejut besar melihat seseorang dengan tubuh yang agak besar sedang melapah dan menguliti seekor kuda.

Ketika sedang asyik mengintai,Fendi telah di datangi oleh Arshad,Kabil dan Dalib dari arah belakang sebelum beliau di serang sehingga pengsan.

"Just make him faint is enough. So dia akan jadi saksi di atas perbuatan Badok nanti. Kabil..Dalib..,seret tubuh Fendi jauh sikit dari sini"kata Arshad.

Kabil dan Dalib pun menjalankan tugas mereka.

Tak lama kemudian sebuah kereta lain pula tiba. Pak Ujai melompat turun dari kereta terbabit dan berlari pergi ke kandangnya sebelum terkejut melihat Badok.

"Tak guna! Kamu bunuh dan siat kuda aku?!"

Tak bertangguh Arshad pun mencekup mulut Pak Ujai dari belakang sebelum menikam orang tua itu beberapa kali.

Mayat Pak Ujai tergeletak jatuh tak bergerak-gerak lagi.

Desa terpenchil gempar lagi. Kali ini bukan setakat kes khianat ke atas haiwan peliharaan sahaja,malah turut melibatkan kes bunuh ke atas Pak Ujai.

Pada mulanya ramai juga yang terus menuding jari ke atas tiga orang anak Doktor Doel Bachtiar itu,namun Fendi yang juga satu-satunya saksi kejadian terbabit telah tampil menceritakan apa yang di lihatnya.

                        * * * *

"Kamu pasti ke si pelaku khianat ke atas haiwan tu bukan anak-anak Doktor Doel Bachtiar tu Fendi?"soal Pak Mahat iaitu ketua persatuan penduduk ketika lepak di sebuah warung. Ramai juga pelanggan ketika itu.

"Bukan Pak Mahat..bukan! Waktu dapat nota tu,saya pun mati-mati ingatkan ini semua angkara tiga beradik tu..bila saya sampai ke kawasan kandang Pak Ujai dan lihat sendiri dengan mata kepala,rupanya orang lain"cerita Fendi sungguh-sungguh.

"Siapa? Kau kenal ke orangnya? Penduduk Desa Terpenchil jugak?"soal Mat Sahar pula.

"Bukan! orang luar agaknya"

"Orang luar??!"

"Ya! orang tu tak pernah kita lihat kat Desa ni. Besar badannya. Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri sewaktu dia sedang menyiat kulit kuda Pak Ujai. Lagipun kalau kita nak tuduh tiga beradik itu memang tak munasabah! Sebab seorang dari mereka kan dah masuk penjara. Yang dua orang lagi takkan berani nak buat onar"

Tiba-tiba sebuah van hitam muncul dan berhenti dekat warung tersebut. Kabil dan Dalib melompat turun.

"Eh itu kan budak tiga beradik tu. Apa dia mahu datang kemari?"

Kabil di lihat seperti orang marah dan hendak mengamuk sahaja. Riaknya telah menarik perhatian setiap orang yang berada di warung.

PAKK!

Kuat juga bunyi permukaan sebuah meja itu di tepuk oleh Kabil. Terkejut betul semua orang dibuatnya. Pak Mahat mulai berasa tidak senang hati lalu bangun dan menyoal.

"Kau mahu apa? Tiba-tiba datang mahu mengamuk pula?!"

"Cakap saja terus-terang yang kamu semua tak suka kami tinggal dekat Desa Terpenchil ni! Tapi tak usahlah hingga ke tahap kuda peliharaan kami pun tumbang kamu bunuh dan siat kulitnya..ini sudah melampau faham!"tinggi suara Kabil.

Wajahnya merah padam. Dengusan nafasnya agak kasar.

Terdiam semua orang yang berada di warung.

"Apa tak puas hati lagikah setelah kamu tangkap,ikat dan belasah abang kami tempoh hari hah?! Dia pun sudah meringkuk dalam penjara. Apa lagi yang kamu mahukan? Lebih baik kamu mengaku siapa yang punya angkara atau kami pergi ke balai dan buat repot polis!"kata Kabil lagi.

Walaubagaimanapun beberapa orang telah bangun dan cuba menenangkan pemuda tersebut.

"Sabar...sabar..aku rasa kamu masih belum tahu cerita sebenarnya"

"Cerita apa?"soal Kabil.

Kabil dan Dalib pun di maklumi tentang kes khianat haiwan dan pembunuhan yang berlaku ke atas Pak Ujai.

"Dah ramai yang menjadi mangsa. Tak sangka pula kuda peliharaan kamu pula yang seterusnya"

"Habis tu kenapa di biarkan saja dia berleluasa? Esok lusa dia buat onar lagi. Sampai bila mahu macam ni?"soal Kabil.

"Fendi adalah satu-satunya saksi yang ada sewaktu kejadian. Yang jadi masalahnya ialah si pelaku khianat dan pembunuh yang seorang ini bukan penduduk Desa Terpenchil..tapi orang luar"

BAB 30: Orang Luar(Tamat)

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience