3.Kanibal.
SUASANA malam di pelabuhan kapal kelihatan terang-benderang dengan lampu-lampunya. Di atas sebuah kapal cruise persiaran mewah telah di adakan suatu jamuan makan malam yang gilang-gemilang. Doktor Doel Bachtiar adalah salah seorang tetamu kehormat yang di undang untuk menghadirinya.
Di situ juga adalah tempat pertemuan rahsia tokoh-tokoh politik,jutawan dan orang kenamaan yang masing-masing di antara mereka mempunyai sesuatu kepentingan peribadi dan terlibat pula dengan pelbagai urusan perniagaan kotor,korupsi,tidak bermoral serta menyalahi etika dan undang-undang.
Doktor Doel Bachtiar datang bersama barang 'berharga' yang di cari-cari oleh tokoh-tokoh ini. Sebuah beg briefcase di buka. Lalu terpamerlah bungkusan-bungkusan mengandungi pelbagai organ utama tubuh manusia yang masih segar seperti buah pinggang,mata,jantung,hati dan sebagainya.
Sir Ken Snowlen seorang ahli perniagaan ternama dari United Kingdom menatap setiap organ-organ itu sebelum tersenyum mengangguk-angguk berpuas hati. Di antara tokoh-tokoh VIP dan berprofil tinggi ini ada yang benar-benar ingin mendapatkan organ dalaman manusia atas tujuan perubatan bagi menggantikan buah pinggang atau organ-organ tubuh lain yang rosak. Namun kedatangan Sir Ken Snowlen pula mempunyai maksud dan hajat yang berbeza. Beliau adalah seorang kanibalis yang menggemari makan organ dalaman manusia.
"Wow..this is great Doctor.. that's what I'm looking for..where do you get all this?"soalnya.
"Please don't ask me where or how I get all this. But it fresh one"
"Can I taste it?"
"Sure"
Organ manusia yang masih merah basah itu di carik sedikit lalu di suap ke mulut. Sir Ken Snowlen mengunyahnya tanpa rasa jijik.
Dia mengangguk lagi sebagai tanda berpuas hati sebelum akhirnya menyerahkan sebuah beg briefcase mengandungi berkepuk-kepuk wang pound British lalu di serah kepada Doktor Doel Bachtiar. Dan begitulah caranya Doktor Doel Bachtiar membuat keuntungan melalui pasaran gelap yang menyalahi undang-undang selain tugasan professionalnya selaku seorang doktor bedah terhormat di Hospital Besar Baiduri.
_______________
MATAHARI sudah terpacak tinggi di dada langit. Ada sebuah van Volkswagen kombi berwarna hijau berhenti di tepian ladang tebu luas berhampiran dengan rumah kotej terbabit. Kemudian turunlah beberapa orang pemuda dan pemudi. Pada ketika itu tahun 70-an,muda-mudi gemar berfesyen dengan seluar panjang bow cut.
"Kita nak berkelah kat tepi ladang tebu ni ke? kata kau ada tasik di sini Jefri? mana dia?"kata si gadis bernama Rohaida. Orangnya cantik berambut ikal mayang, berusia 21 tahun.
"Tasik tu ada kat sebelah dalam ladang tebu luas ni. Kita kena jalan kaki masuk dan redah sikit. Ayuhlah. Kalian bawa turun beg dan alas khemah kita ya"kata Jefri.
Sebilah parang sudah siap di genggam buat mencatas dan menebas pepohon tebu atau lalang liar yang akan menghadang laluan mereka nanti.
Selain Jefri dan Rohaida,turut serta sekali bersama mereka ialah Mahani iaitu kakak kepada Rohaida dan kekasihnya Kuswadi. Agak jauh juga mereka berjalan meredah ladang tebu luas itu. Hanya bunyi-bunyian cengkerik yang mengiringi perjalanan mereka.
"Ish! gatal-gatal lah pohon tebu ni"Mahani merungut sambil tergaru-garu. Di tangannya ada menjinjing raga dan kain alas perkelahan.
"Tahanlah sikit Mah. Saya lagi 'gatal' tak tahan dah nak berdua-duaan dengan awak nanti"usik Kuswadi sebelum Jefri dan Rohaida ketawa berdekah-dekah.
"Apalah awak ni Kus. Malulah..kan adik saya ada tu"Mahani menyiku ke rusuk kekasihnya.
"Ahaha..nak malu apa kak? kita-kita aja kat dalam dalam ladang tebu ni. Bukan ada bapak dan emak ikut sekali pun"kata Rohaida.
"Heheh tengoklah tu..aku suruh bawa kain alas untuk perkelahan,yang engkau bawa tu kain apa pula Mahani?"kata Jefri.
Mahani pun melihat kain yang di bawa.
"Alamak!"dia menepuk dahi.
Jefri, Rohaida dan Kuswadi galak ketawa.
"Ahaha..kain alas perkelahan lupa di bawa. Cadar katil pulak yang di bawanya. Aih..kak ni memang dah fikir 'benda' lain nak di buat dengan abang Kuswadi ni ya?"usik Rohaida.
''Diamlah Haida!"
Hahahahaha.
________________
SEMENTARA itu di halaman rumah kotej kediaman Doktor Doel Bachtiar sekeluarga,dua orang anaknya iaitu Arshad dan Kabil sedang rancak bermain kejar-kejar. Setelah keletihan,dua beradik itu pun duduk seketika dekat tangga anjung.
Bapa mereka di lihat sedang sibuk menolak kereta sorong di penuhi dengan timbunan jerami kering untuk memberi kuda-kuda peliharaannya makan di dalam bangsal.
"Bang..kita pergi melastik burung gagak nak tak?"ajak Kabil lalu meraba ke dalam kocek seluarnya lalu membawa keluar lastik.
Arshad tersenyum dan mengangguk.
"Jom!"
Dua beradik itu berjalan ke pagar.
"Boys! Where are you going?!"teriak bapa mereka yang sedang berdiri di pintu bangsal kuda.
"Hunting birds with slingshot papa"balas Arshad sementara adiknya Kabil menayangkan lastik kepunyaannya.
"Take care yourself"
****
"Wahh..macam ni baru lah best. Boleh mandi ke dalam tasik ni Jefri? Tak ada buaya ke?"tanya Rohaida sambil berdiri di tepian tebing tasik yang letaknya di pinggiran belakang ladang tebu.
"Entahlah..kalau kau nak mandi..mandilah. Tapi risiko tanggung sendiri"balas Jefri sambil menyusun raga dan bekalan makanan yang ada di bawa dekat atas hamparan alas di bawah sebatang pokok besar dan redup.
"Jomlah mandi kak!"ajak Rohaida.
"Tak usah Haida! manalah tahu kalau-kalau ada buaya pulak nanti'tegah Mahani yang sedang duduk di pangkuan kekasihnya Kuswadi.
Rohaida pun membatalkan hasratnya untuk mandi di tasik. Jefri pula sibuk memasang umpan cacing ke mata kail joran yang ada di bawanya. Dia bercadang untuk memancing.
Mereka berempat duduk-duduk sambil menjamu selera dengan bekalan makanan dan minuman yang ada di bawa. Lepas makan,Jefri duduk memancing di tepian tebing tasik saja sambil menanti umpannya di makan ikan.
Kuswadi dan Mahani pula sudah bangkit dari duduk mereka.
"Kak sama abang Kuswadi nak pergi mana pula?"tanya Rohaida. Naik menyampah pula dia melihat kelakuan kakaknya dan lelaki itu yang dari tadi asyik berpeluk-peluk,bercium dan belai-membelai.
"Mmh..kami nak ke tempat tersorok sebentar..tak usahlah tanya nak buat apa. Faham-faham sendiri aja"balas Mahani.
Rohaida termenung sahaja melihat sehinggalah kelibat kakaknya dan Kuswadi hilang di balik-balik celah rimbun semak dan pokok-pokok.
*****
Kabil baru sahaja menarik getah lastiknya sambil memfokus kepada seekor burung gagak yang sedang bertenggek di sebatang pohon,namun entah bagaimana tiba-tiba saja muncul seekor arnab berlari-lari dan mengganggu segalanya sehingga burung yang di sasarkan itu terlepas pergi.
"Alah!!"
Kabil dan Arshad bersungut kecewa.
"Dah lah Bil. Kita tangkap arnab tu je lagi bagus"cadang Arshad.
Adiknya mengangguk bersetuju.
Dua beradik itu pun apalagi..terus mereka kejar arnab tadi. Pepohon ladang tebu habis di redah. Laju dan pantas dua orang budak lelaki itu berlari.
"Cepat Bil! dia mencelah ke situ!"
Laluan ladang tebu itu sudah biasa benar mereka redahi. Sekejap mereka membelok ke kiri. Sekejap pula ke kanan. Sehinggalah dua beradik itu muncul di pinggiran belakang yang berhampiran dengan tasik.
Arshad dan Kabil secara tidak sengaja muncul di tepi sebatang pokok besar dan menemui sepasang kekasih lelaki dan wanita dewasa tanpa seurat benang di tubuh sedang rancak berasmara.
Mmmh..cupp..cupp...mmmh
Terkejut pasangan itu di buatnya.
"Hei kamu berdua! sejak bila kalian mengintai kami hah?! Cakap!"sergah Kuswadi yang agak tegap dan sasa.
Mahani cepat-cepat menutupi teteknya dengan pakaiannya yang sudah terlucut.
"Maaf..maafkan kami..kami tak sengaja"kata Kabil.
"Kami sedang kejar arnab tadi..sorry"kata Arshad pula.
Kuswadi yang agak bengis itu pun lantas menarik baju kedua orang budak lelaki itu.
"Kurang ajar!"
BEDEBUK!
"Aduhhh!!'
Arshad dan Kabil di tumbuknya ke muka hingga tergolek-golek dua beradik itu jatuh. Hidung mereka pun di lelehi darah. Kabil menangis teresak-esak.
"Berambus!!"jerkah Kuswadi.
Bagai tak cukup tanah Arshad dan Kabil berlari pergi.
"Huuu..isk..isk..huuu.."Kabil teresak-esak. Bajunya sudah di tompoki darah.
"Bil..sabarlah. Let's tell papa ok"Arshad memujuk.
Kabil mengangguk.
Sejurus tiba di rumah kotej, dua beradik itu pun memberitahu kepada bapa mereka apa yang berlaku. Meluap-luap api kemarahan Doktor Doel Bachtiar melihatkan dua orang anaknya dalam keadaan berdarah di tumbuk hidung sebegitu.
"No one is allowed to do this to my boys..Arshad..go get my mask!"arahnya.
"Baik pa"berlari Arshad masuk ke rumah meninggalkan bapa dan adiknya seketika dekat bangsal kuda.
Doktor Doel Bachtiar pun merawat kecederaan Kabil buat seketika sebelum dia mencapai sebilah parang panjang. Arshad kembali semula bersama sebuah topeng muka di perbuat dari besi lalu bapanya menyarung ke wajah.
Topeng muka itu sungguh menyeramkan apabila telah di sarung ke wajah. Ia memiliki dua lubang mata,lubang hidung dan mulut selain memiliki paku-paku tajam dan taring. Ngeri juga dua beradik itu melihatkan bapa mereka mengenakan topeng tersebut.
Tiga beranak itu menunggang seekor kuda jantan berwarna hitam yang gagah menongkah ladang tebu luas itu lalu tiba di pinggirannya.
"Mana dia orang tu?''tanya Doktor Doel Bachtiar.
"Kat sebalik pokok besar tu pa!"balas dua beradik sambil menunjuk arahnya dengan jari.
*****
"Ah.. barulah puas Mah"Kuswadi terbaring dengan Mahani di atas alas cadar di bawah pokok.
"Mmmh..tapi abang Kus kena bertanggungjawab ya kalau Mah berbadan dua nanti"
Terkejut besar pasangan itu apabila tiba-tiba muncul seorang lelaki berbaju ladang dengan topeng muka di perbuat dari besi. Sebilah parang panjang di genggam rapi dalam tangan.
Arshad dan Kabil berdiri di sisi bapa mereka.
"Siapa yang tumbuk ke muka anak aku tadi? Cakap!"sergah Doktor Doel Bachtiar.
"Di..dia... dia"Kuswadi menggigil ketakutan sambil tunjuk kepada Mahani.
"Apa ni Kuswadi? Bukan kau yang tumbuk budak-budak tu tadi?!"marah Mahani.
"Lelaki tu papa!"kata Arshad dan Kabil.
"Maaf.. maafkan saya Encik.."
ZASSS!
"Arghhhhhhhh"Kuswadi mengerang ketika sebatang tangannya putus di libas parang.
Doktor Doel Bachtiar mengutip tangan putus itu lalu mengunyahnya ke mulut semahu-mahu.
"Siapa.. siapa kamu ni?"Kuswadi menyoal dalam ketakutan. Lagak lelaki bertopeng di hadapannya itu tidak ubah seperti seorang kanibal sadis.
ZASS!
Kepala Kuswadi tercampak bergolek-golek di saat mata parang menebas kencang ke batang lehernya. Darah memancut membuak-buak.
"Aaaaaaaaaaaaa!!"Mahani terjerit ketakutan dan tergamam.
Jefri dan Rohaida yang terdengar bunyi jeritan itu segera mencari rakan mereka. Namun apakandaya,nasib keempat-empat orang muda-mudi itu sememangnya kurang baik.
______________________________
LEWAT malam itu, Doktor Doel Bachtiar baru selesai melapah empat jasad pemuda-pemudi yang di bunuhnya siang tadi. Organ-organ dalaman mereka di korek dan di simpan ke dalam balang-balang kaca. Katil bedah di dalam bilik bawah tanah itu bersimbahan dengan darah.
Butir-butir maklumat keempat-empat mangsa di catat ke dalam lembaran sijil kematian berdasarkan kad pengenalan milik mereka.
Lagu-lagu melayu klasik lama terus berkumandang. Doktor Doel Bachtiar pun duduk seketika di meja bersama sepinggan daging mangsanya lalu perlahan-lahan memotongnya dengan pisau dan garfu sebelum di suap ke mulut.
BAB 3:Kanibal(tamat)
Share this novel