20.Nasib Penyamun.
LANGIT petang cantik membiru. Dalib sedang duduk menghadap papan lukisan cat airnya sambil melakarkan pemandangan rumah kotej berlatarbelakangkan ladang tebu luas itu.
Bakat lukisannya menyerlah semenjak dia masih di bangku sekolah rendah lagi. Ibunya Madam Sutinah telah menghantarnya ke sekolah kesenian lukisan dan dari situlah Dalib menimba lebih banyak ilmu dan teknik dalam lukisan cat air.
Sedang Dalib begitu leka dengan lukisannya,muncul sebuah kereta dari kejauhan hujung jalan lalu berhenti di luar pagar rumah kotej terbabit.
Dua orang lelaki turun dari kereta lalu menghampirinya. Gaya mereka sangat mencurigakan sekali.
"Avwak verdua vatang fari fiapa?"tanya Dalib dengan bahasa pertuturan yang sedikit sukar di fahami. Kepalanya terteleng-teleng kerana sindrom kecacatan tubuh yang di alaminya.
Dua lelaki itu saling berpandangan sesama sendiri sebelum tersengih.
"Err..tak ada..saja jalan-jalan dan terjumpa rumah kotej ni. Awak pandai melukis ya?"
"Fa..Faya ava vanyak agi lukifan fat air kat valam wumah"kata Dalib.
"Ooo..boleh kami masuk ke dalam rumah dan tengok-tengok lukisan cat air kamu yang lain-lain tak? Manalah tahu kalau ada yang kami berkenan..mungkin kami boleh beli dari kamu"
Dalib bersetuju. Dia pun membawa dua lelaki tidak di kenali itu masuk ke dalam rumah.
"Aku rasa dia ada sindrom kecacatan tubuh dan pembantutan fikiran kot.."bisik salah seorang lelaki kepada sahabatnya..
"Itu lebih baik. Orang macam ni biasanya lurus bendul dan boleh di manipulasi. Mudah sikit kerja kita"
Dua orang lelaki tadi sedikit kagum sejurus masuk ke dalam rumah kotej terbabit. Mata mereka terpukau dek pelbagai perhiasan mahal dan berharga serta perabot mewah yang terdapat di ruang tamu.
"Psst..vas pasu bunga hiasan tu mahal harganya. Cuba tengok jam dinding tu..mewah bukan main"
"Sabar..kita mesti pastikan keadaan dalam rumah ni selamat terlebih dahulu"
Dalib pun membawa dua tetamu tidak di kenali itu ke bilik tidurnya. Di dalam sana terdapat lebih banyak koleksi karya lukisan cat air yang telah di hasilkannya.
"Hm..boleh tahan jugak lukisan cat air kau ni. Nampak realistik betul"
"Avwak fadi ke nak veli lukifan faya?"kata Dalib.
Dua lelaki itu pun berbisik-bisik sebelum bertindak di luar jangkaan. Dalib terbaring pengsan akibat di hentak dengan papan lukisan yang ada di dalam bilik tersebut.
Kemudian dua orang lelaki tadi pun menggeledah rumah kotej tersebut habis-habisan. Segala macam barangan berharga di longgokkan di suatu tempat.
Sedang mereka sibuk melakukan kerja-kerja samun dan rompak itu,kereta Rolls Roysce Arshad dan van hitam yang di pandu oleh Kabil pun baru tiba di luar pagar.
"Kereta siapa pulak ni?"tanya Kabil.
"Damn..lets look who's coming"ajak Arshad.
Alangkah terperanjatnya mereka bila tiba di pintu dan melihat ruang tamu sudah porak-poranda di kerjakan oleh dua orang penyamun.
"Bangsat! Perompak masuk rumah kita agaknya Shad"
Dua orang penyamun tadi sedang berada di tingkat atas dan menggeledah dari bilik ke bilik di saat Arshad dan Kabil masuk ke rumah.
Mereka temui Dalib sedang terbaring pengsan di biliknya.
Bergegas Arshad dan Kabil pergi ke dapur mencapai parang.
"Erghhh! Kita mesti ajar mereka secukupnya"kata Kabil.
"Calm down dude..i'm pretty sure they
just an amatured thief. Mereka dah masuk ke rumah yang salah. We'll make more 'money' from those guys''kata Arshad tersengih.
Di dalam bilik tidur Dalib terdapat suatu anak tangga besi yang melekat di dinding. Arshad dan Dalib memanjat anak tangga itu sebelum muncul di bilik tidur Arshad di tingkat atas.
Mujur juga dua orang penyamun terbabit belum lagi memasuki ke bilik tersebut.
Arshad pun menyarung kostum kepala kuda itu di kepalanya. Setiap kali kostum Horsehead itu di pakai,perasaan ingin membunuh akan serta-merta mulai menguasai dirinya.
* * * *
"Hahaha! lumayan betul hasil yang kita perolehi dari rumah kotej ni"kata salah seorang penyamun itu sambil menggenggam rantai berlian dan gelang-gelang emas yang di dapatinya dari dalam laci di bilik tidur utama.
Kesemua barang itu adalah milik kepunyaan Madam Sutinah yang masih terjaga dan tersimpan rapi setelah kematiannya beberapa tahun lalu.
"Psst..tapi kau jangan lupa tentang suatu perkara berkaitan rumah ni"
"Apa dia perkara tu?".
"Inilah rumah kotej Doktor gila yang mati kena gantung lepas culik dan bunuh ramai kanak-kanak kat Desa Terpenchil ni belasan tahun lalu"
Berkerut dahi penyamun yang seorang lagi itu.
"Kalau tak silap aku,rumah kotej ni ada bilik rahsia bawah tanah. Kat situlah pihak polis temui bilik bedah tempat doktor gila tu sembelih mangsa dan potong organ-organ utamanya untuk di jual kat pasaran gelap. Seram kan sejarah tentang rumah ni"
"Ah lantaklah apa pun kisahnya. Doktor gila tu pun dah lama mampus. Sudah! jom kita geledah bilik seterusnya"
Ketika melangkahkan kaki masuk ke bilik yang di maksudkan,dua orang penyamun itu mendapati bilik tersebut berada dalam keadan kemas dan baik. Akan tetapi tanpa mereka sedari,bahaya dan malapetaka sudah pun menanti kedatangan mereka ke situ.
ZASS!
Libasan parang panjang muncul dari bawah katil.
"Arghhhhhhh!!"
Salah seorang dari penyamun terbabit terjerit kesakitan sebelum jatuh terduduk ke lantai dan mendapati kakinya sudah terkena tetak.
Manakala penyamun yang seorang lagi pula menjadi kehairan-hairanan kerana dia masih belum menyedari ada orang bersembunyi di bawah katil.
"Dia..kat bawah..bawah katil!"
"Siapa dia?"
Ketika penyamun itu tertunduk ingin mengintai ke bawah katil,pintu almari di belakangnya pula terbuka. Arshad meluru keluar lalu menyembelih ke leher lelaki penyamun itu dengan sebilah pisau dan menikamnya berkali-kali.
Terkejut penyamun yang seorang lagi itu. Seram pula dia melihatkan lelaki dengan kostum kepala kuda yang tiba-tiba sahaja muncul dari dalam almari lalu menyembelih dan menikam sahabatnya itu.
Sedaya-upaya di gagahkan diri untuk melarikan diri dengan mengensotkan tubuh kerana kedua kaki nya sudah di tetak,namun gagal berbuat demikian. Kabil pula keluar dari bawah katil lalu membenam parang panjang itu ke dadanya.
Nasib kedua-dua penyamun itu sememangnya kurang baik. Mayat mereka telah di usung ke bilik bawah tanah untuk di bedah. Organ-organ tubuh mereka akan di ambil untuk di jual dekat pasaran gelap.
Tiga orang anak Doktor Doel Bachtiar itu kini benar-benar sudah boleh hidup mewah dengan wang hasil dari kegiatan jahat mereka membunuh dan menjual organ manusia.
"Pheww..this is a hell of a work to do"rungut Arshad ketika dia bersama Kabil dan Dalib sedang bertungkus-lumus mencuci sisa limpahan darah dua orang penyamun yang bersimbah di lantai bilik tidurnya tadi.
"Tak boleh buat apa Shad. Takkan kita nak upah cleaner pulak untuk lakukan kerja ni. Boleh terbongkar rahsia kegiatan kita nanti"kata Kabil.
"Yeah dude..we must be very careful and handle everything by our own. Ohh damn..teruk jugak dua orang penyamun ni kerjakan rumah kita. Nyaris barang-barang berharga dalam rumah ni di samun oleh mereka"
"Hm..tinggalan barang kemas mommy pun habis dia orang sapu"
''Oh no..no..no..no..tak ada sesiapa pun di benarkan untuk berbuat sedemikian. They can take anything they want..but not our mommy's jewelry'kata Arshad.
"Yup"
PINN!
Bunyi hon motosikal Kazim di luar pagar telah mengejutkan mereka.
"Aduh..Kazim datang pulak waktu-waktu macam ni..sudahlah rumah kita porak-poranda kat bawah tu'kata Kabil.
"Psst..just act naturally. If Kazim ask what has happened,just tell him rumah kita di masuki perompak. Jangan bagitahu dia yang kita dah bunuh perompak tu"
"Aku bimbang dia naik ke tingkat atas ni je Shad. Sisa darah pun masih banyak ni"
Sudahnya Arshad sendiri yang turun dan pergi melayankan Kazim.
* * * *
"Wei teruknya ruang tamu rumah korang. Penyamun tu dah kena tangkap ke Shad?"kata Kazim ketika melangkah masuk ke dalam rumah.
Keadaan di ruang tamu agak berselerak. Dua orang penyamun tadi menyelongkar habis-habisan laci-laci dan rak serta menyepah-nyepahkan barang-barang ke lantai.
"Yeah it's really bad right?..nasib baik aku dengan Kabil pulang sewaktu mereka masih tengah menyamun. If we getting late,rasanya tak tinggal apa dah kot. Yes..polis dah datang tangkap mereka tadi"
"Ohh.."
Kazim pun membantu Arshad mengemas di ruang tamu. Sekejap sahaja keadaan ruang tamu sudah kembali cantik,kemas dan tersusun.
"Biar aku naik ke tingkat atas dan bantu Kabil dengan Dalib pulak Shad"
"No no it's ok Zim. Duduklah..kau pun dah letih baru balik kerja kan..biarlah Kabil dengan Dalib mengemas kat tingkat atas tu"
Kazim duduk di sofa. Arshad datang dengan minuman sejuk dan keropok jajan.
"Eh kenapa dengan tangan kau tu Shad?"
"What?'
"Tangan kau macam ada sisa darah tu"
GULP!
Arshad meneguk air liur. Kesal kerana dia sedikit cuai dan tidak mencuci tangannya dengan bersih tadi.
"Errr..ohh actually aku ada potong dan siang ikan kat dapur tadi"
"Ohhh.."Kazim mengangguk-angguk.
Dalam pada masa yang sama Kazim berasa agak sangsi dan pelik kerana menurut Arshad,dia bersama Kabil dan Dalib terlalu sibuk mengemaskan rumah yang berselerak. Bilakah masanya pula Arshad mempunyai masa untuk menyiang ikan?.
BAB 20:Nasib Penyamun(Tamat)
BERSAMBUNG...
xde makna nyer budak Arshad tu nk potong2 ikan bagai..korang pernah buat ke pecah masuk rmh orang mcm Penyamun dua ekor tu? jgn buat Mat..nnt parang muncul bwh katil bru taw..
Share this novel