5.Temasya Pesta Ria

Thriller Series 890

5.Temasya Pesta Ria.

PADA hari itu sebuah temasya karnival pesta ria telah di adakan dekat Desa Terpenchil. Penduduk terutamanya kanak-kanak amat girang kerana di situ mereka dapat menaiki karusel kuda pusing, rollercoaster dan banyak lagi permainan lainnya.

Sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce silver shadow baru tiba di perkarangan luar tapak karnival. Doktor Doel Bachtiar hadir bersama dua orang anaknya iaitu Arshad dan Kabil. Budak-budak itu yang beriya sangat mengajaknya datang ke pesta ria terbabit. 

"Abu..engkau pergilah temankan budak-budak ni. Aku nak jalan-jalan sendirian. Nanti engkau belikan mereka token atau apa-apa saja yang mereka mahukan"kata Doktor Doel Bachtiar kepada pemandu peribadinya sambil hulurkan sejumlah wang.

"Baik Tuan"balas Abu.

"Kami nak naik rollercoaster lah Papa. Papa tak ikut sekali ke?"tanya Kabil.

"Kamu berdua pergi aja dengan Abu. Papa nak amek angin. Nanti pulang semula ke kereta kita dalam sejam dari sekarang"balas Doktor Doel Bachtiar.

"Okey papa"

"Have fun boys. Take care yourself"

Ketika kelibat dua orang anaknya bersama Abu telah berjalan pergi dan hilang di balik keriuhan para pengunjung di tapak karnival pesta ria, Doktor Doel Bachtiar pun memilih haluannya sendiri.

Sebatang curut di jepit ke bibir sebelum di bakar dengan sebatang mancis. Asap berkepul-kepul di hembus keluar dari mulut Doktor Doel Bachtiar. Lelaki berusia lima puluhan bercermin mata dan berwajah sedikit bengis itu mengenakan sweater pada malam ini.

Berada di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai sebegitu bukanlah suatu yang di gemarinya. Akan tetapi sejurus melihat begitu ramai kanak-kanak berlari-lari riang di tapak karnival pesta ria itu, Doktor Doel Bachtiar seakan mendapat suatu akal yang menjurus kepada aktiviti perniagaan pasaran 'gelap' yang di ceburinya.

Setelah membeli seketul roti sosej dan minuman di sebuah gerai, Doktor Doel Bachtiar pun berjalan ke garden tapak karnival. Dia duduk di sebuah bangku,menikmati makanannya sambil memerhatikan ke sekeliling.

Kanak-kanak berlari riang ke sana ke mari. Ada yang di temani oleh Ibu bapa masing-masing dan ada juga yang datang berkelompok. Mungkin mereka itu sekumpulan anak-anak yatim dari rumah kebajikan. Begitu fikir Doktor Doel Bachtiar.

Selesai makan, beliau pun berjalan-jalan menelusuri khemah-khemah gerai di tapak karnival pesta ria sebelum tertarik melihat sekumpulan kanak-kanak yang sedang riang menunggang karusel kuda pusing.

Di antara ramai kanak-kanak yang menunggang itu Doktor Doel Bachtiar terperasankan seorang gadis kecil dalam usia sekitar sepuluh tahun. Gadis yang sama di temuinya jatuh dari basikal dan luka di lututnya sewaktu dalam perjalanan ingin ke sekolah tempoh hari. Dahlia...nama gadis itu juga masih di ingatinya dengan baik.

Karusel kuda pusing itu baru sahaja berhenti dan menamatkan sesinya. Dahlia bersama kanak-kanak lain melompat turun. Gadis kecil itu tercari-cari di manakah Ibu dan bapanya telah pergi sebelum kelibat Doktor Doel Bachtiar pula yang muncul di sisinya.

"Dahlia.."sapanya sambil tersenyum.

"Eh? ni Pakcik Doktor tu kan?"balas si gadis sambil tersenyum.

"Ah baguslah kalau kamu masih ingat saya lagi. Bagaimana dengan luka di lutut kamu dulu?"

"Dah sembuh"

"Hm ibu dan bapa kamu mana Dahlia?"

Belum sempat pertanyaan itu hendak di jawab,muncul suara wanita dari suatu arah.

"Dahlia!"

"Mama!"

Gadis itu berlari mendapatkan ibunya. Turut ada sekali ialah bapa dan adik-beradiknya yang lain.
Dahlia pun memperkenalkan ibu bapanya kepada Doktor Doel Bachtiar.

"Ohh terima kasihlah banyak-banyak ya Doktor kerana dah tolong rawatkan luka di lutut anak kami tempoh hari"kata bapa kepada Dahlia.

"Sama-sama. Memang sudah menjadi tugas saya merawat sesiapa pun yang memerlukan rawatan"balas Doktor Doel Bachtiar sambil bersalam kenal dengan ibu bapa Dahlia.

"Nanti Tuan Doktor datanglah ke rumah kediaman kami pada hari Selasa minggu hadapan,jam lapan malam untuk sambutan hari jadi Dahlia"pelawa si ibu pula.

"Baiklah.."balas Doktor Doel Bachtiar sambil menyimpan kad alamat yang di hulurkan kepadanya.

SEBUAH rollercoaster meluncur laju di atas rel udara di tapak karnival pesta ria bersama hiruk-pikuk jeritan teruja bercampur panik oleh para pengunjung. Lampu-lampunya gemerlapan sekali.

"Aaaaaaaaaaaaa!!!'

Arshad dan Kabil memejam mata sambil berpaut kuat pada pemegang bangku. Abu pula di lihat tenang sahaja. Tak lama kemudian barulah rollercoaster itu berhenti. Para penumpang pun turun.

Mereka singgah pula di khemah slot yang menawarkan pelbagai aktiviti permainan.  Arshad dan Kabil berjaya membawa pulang pelbagai hadiah dari permainan-permainan yang di sertai.

"Abang menang dapat hadiah apa?"tanya Kabil.

Arshad pun membuka kotak hadiah di tangannya.

"Jeng..jeng..jeng..."katanya sebelum mempamerkan isinya.

"Wahh..kostum kepala kuda"kata Kabil teruja.

Arshad pun menyarung kostum yang di perbuat dari getah PVC itu di kepalanya. Ternyata budak lelaki berusia tujuh tahun dan bercermin mata itu amat teruja dan amat menyukai hadiah tersebut.

"Nampak macam menyeramkan pun ada"kata Kabil.

"Hehe mestilah"

Abu sekadar tercegat dan melihat sahaja. Dia kurang bercakap-cakap mahupun rapat sangat dengan dua orang budak lelaki itu. Hanya bila perlu sahaja barulah dia bercakap.

"Laparlah.."kata Arshad.

"Aku ada nampak gerai sosej dan burger kat sekitar rollercoaster yang kita naik tadi"kata Kabil.

"Alah..kita dah jalan jauh ni. Tak laratlah nak berjalan ke sana balik"kata Arshad.

"Kalau macam tu kau tunggu kat sini dengan uncle Abu. Biar aku pergi ke sana semula dan tolong belikan roti sosej"kata Kabil.

"Hm okey jugak tu"

Abu pun memberikan wang kepada Kabil.

"Jangan melencong ke mana-mana pulak nanti. Lepas beli terus pulang semula kemari"nasihat Abu.

Kabil mengangguk sebelum berlari meredah para pengunjung di tapak karnival pesta ria. Budak lelaki berusia lima tahun itu agak pantas juga lariannya. Susap-sasap dia berlari di laluan tepi-tepi slot khemah. Akan tetapi nasibnya tidak berapa baik apabila lariannya terbabas sehingga telah melanggar barang-barang di sebuah khemah.

BRANGGG!

Habis berterabur barang-barang milik pengusaha slot khemah terbabit.

"Aduhh!"

Kabil terjerembab.

"Hei budak! mata kau letak kat mana hah!? habis barang-barang aku kau langgar!"herdik seorang lelaki gemuk sambil mencengkam ke rambut Kabil.

"Maafkan saya pakcik.."

PANGG!

Tanpa rasa belas kasihan terus lelaki gemuk itu menghayun penampar ke pipi budak lelaki berusia lima tahun itu.

"Huuuuu.....uuuu..isk..isk"

Kabil terduduk sambil teresak-esak menangis.

Baru sahaja lelaki gemuk itu ingin menghayun penampar sekali lagi ke pipi Kabil namun seorang rakannya menahan.

"Sudahlah tu Ramon. Budak-budak aja kot..cepatlah bersiap. Kita ada pertunjukkan sarkas lepas ni"kata rakan lelaki gemuk itu yang di lihat sedang duduk menacap mekap ala badut ke wajah. Tubuhnya sudah siap di sarung dengan pakaian seorang ahli sarkas.

"Huh! nasib kau baik kali ni budak. Kalaulah bukan kerana aku ada pertunjukkan sarkas lepas ni,dah tentu lebam pipi kau aku lempang cukup-cukup!"kata Ramon.

ABU dan Arshad yang sedang duduk di bangku bawah pokok dekat tepi sebuah slot khemah dalam tapak karnival pesta ria mulai berasa resah bila kelibat Kabil masih tidak pulang-pulang walaupun sudah hampir setengah jam berlalu.

"Jom kita pergi cari Kabil"ajak Abu sebelum dia dan Arshad meninggalkan bangku.

Mereka menarik nafas lega bila menemui Kabil sedang duduk di luar sebuah khemah.

"Bil! kenapa lambat sangat?!"soal Arshad.

Adiknya itu diam dan tertunduk-tunduk sambil cuba menyembunyikan pipi yang masih berasa sakit. Namun begitu kesan lebam pada pipinya agak begitu ketara.

"Kabil! what's happen to you?"soal Arshad.

Abu duduk dan melihat ke pipi budak lelaki itu.

"Lebam macam kena lempang je ni. Siapa yang punya kerja ni Kabil?"tanya Abu.

"Pakcik gemuk dalam khemah ni.."balas Kabil sambil tunjuk ke slot khemah tempat dia sedang duduk menyandar.

Abu dan Arshad melihat ke khemah tersebut. Mereka tahu itu adalah khemah yang di jadikan bilik persalinan oleh sekumpulan ahli sarkas karnival pesta ria terbabit.

Serta-merta marah meluap-luap bagaikan api membara di dalam diri Arshad. Budak lelaki berusia tujuh tahun dan bercermin mata itu berasa tidak puas hati apabila adiknya di lempang sehingga lebam pipi begitu.

Dia pun menyarung kostum kepala kuda hadiah yang di menanginya tadi di kepala lalu menyingkap kain khemah dan masuk ke dalamnya. Abu cuba menegahnya namun gagal.

Ramon si badut sarkas gemuk itu sedang duduk menghadap cermin sambil menghias mekap wajah ke mukanya. Rambut palsu dan topi badut pun sudah siap di pakai di kepalanya.

"Kami tunggu kau kat pentas. Jangan lambat pulak Ramon"kata rakan sarkasnya.

"Baiklah"

Arshad merangkak dan berhati-hati menghampiri si badut Ramon dengan sebatang kayu besbol yang ada di temui dalam khemah persalinan tersebut. Dia mendapat akal untuk menyerang lelaki badut sarkas gemuk itu dengan memakai topeng kostum ke wajah sebegitu pun setelah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana bapanya menyarung topeng muka besi sewaktu membunuh pemuda-pemudi hilang itu di dalam ladang tebu tempoh hari.

Terkejut Ramon bila melihat ke cermin dan mendapati seorang budak lelaki dengan kepala bersarung kostum kepala kuda sudah berdiri tercegat di belakangnya.

"Kau..kau ni siapa pulak budak? Siapa suruh kau menceroboh masuk ke dalam khemah persalinan ni hah?!"

Baru sahaja dia hendak menoleh, Arshad lebih pantas menghayun batang kayu besbol yang berada dalam genggamannya di kepala Ramon.

"Aduhhh!!"

Badut sarkas gemuk itu mengerang kesakitan.

Tak bertangguh, Arshad pun berlari keluar semula dari khemah dan mengajak Abu dan Kabil segera beredar pergi.

"Celaka punya budak! Arghhhhhhhhhhh!"Ramon menjerkah marah ketika dia sudah keluar dari khemah dan mendapati budak lelaki yang menyerangnya tadi sudah terlepas pergi.

BANGG!

Tak pasal-pasal sebiji tong sampah melayang di tendangnya dengan kaki.

BAB 5:Temasya Pesta Ria(tamat)

Inspektor Junid dalam bab lalu juga pernah muncul dalam Siri MORBID 2-GeNeTik sebagai watak lelaki tua pesara polis yang terlantar di hospital sebelum di bunuh oleh Maira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience