12.Remaja Jalanan.
TAHUN 1993. Di sebuah kawasan gudang terbiar telah terjadi pergaduhan oleh dua buah kumpulan remaja. Kumpulan Nasty Boys di ketuai oleh Arshad yang pada ketika itu berusia 22 tahun. Ia juga turut di sertai oleh dua orang adiknya iaitu Kabil dan Dalib serta seorang lagi rakan baik mereka iaitu Kazim.
Gudang itu letaknya di daerah Desa Terpenchil juga.
BEDEBUKK!
"Arghhhhh!!"
Beberapa orang remaja dari kumpulan yang datang dari luar daerah Desa Terpenchil itu kecundang di belasah oleh Nasty Boys sebelum mereka semua cabut lari dari situ.
Gandingan Arshad, Kabil, Dalib dan Kazim cukup mantap sekali. Mereka berempat bersorak dan melonjak girang di atas kejayaan itu.
"Woohoo!! cayalah..aku rasa lepas ni dia orang pasti tak berani nak datang ke sini lagi!"kata Kabil.
"Yes..start from now on..this abandoned warehouse are our new territory"kata Arshad yang mengetuai kumpulan tersebut.
Pemuda itu kurus dan tinggi lampai tubuhnya. Arshad berambut kerinting kemas dan bercermin mata. Dia masih lagi meneruskan pelajarannya di kolej dalam bidang fotografi. Gaya pertuturannya sering di sulam dengan bahasa inggeris.
"Wei..apa-apa pun lebih baik kita tanda dulu kawasan gudang ni dengan logo Nasty Boys supaya team lain tau ini adalah wilayah kita"kata Kazim yang ketika itu masih lagi remaja berusia 18 tahun sambil mengedarkan beberapa botol cat spray kepada yang lain-lain.
Dekat pagar dan dinding-dinding bangunan gudang terbiar itu pun di spray dengan logo kumpulan Nasty Boys.
Dalib adalah ahli yang paling muda sekali. Sindrom yang di hidapinya sejak lahir telah menyebabkan tubuhnya membesar luar biasa serta mengalami masalah kebongkokkkan di belakang tubuh serta kepala yang sedikit senget. Pertuturannya juga tidak begitu lancar. Dalam usia baru mencecah 16 tahun,Dalib sudah berhenti dari persekolahan. Dia lebih gemar mengikuti dua orang abangnya merayap tanpa arah tujuan.
Namun begitu,Dalib di kurniakan bakat istimewa dalam bidang melukis papan cat air. Dia lebih senang bekerja menjaga kuda-kuda peliharaan yang di tinggalkan oleh bapanya iaitu Doktor Doel Bachtiar di dalam bangsal rumah kotej itu serta melakukan kerja-kerja kampung.
"Woo hoo..hoo!"
Arshad,Kazim dan Kabil bertepuk tangan kagum melihat betapa cantiknya logo kumpulan Nasty Boys yang di buat oleh Dalib dengan spray cat.
Maka dengan secara rasminya gudang terbiar itu kini telah menjadi pangkalan dan wilayah milik Nasty Boys.
"So apakata kita pergi raikan kejayaan Nasty Boys kat town ke..amacam?"Kabil memberi cadangan.
"Camne Shad? kita nak pergi town ke?"Kazim bertanya sambil menoleh kepada Arshad.
"Hei of course lah kita akan pergi celebrate kejayaan kita kat town.. let's go guys"
"Yahooo!!"
KERETA yang di naiki oleh empat remaja itu pun meluncur laju di jalanan bandar. Arshad sendiri yang memandu kereta Rolls Roys Silver Shadow buruk peninggalan bapanya itu.
"Woooohooo!!"
Kabil,Kazim dan Dalib bersorak girang sambil menjulur kepala ke luar tingkap. Keindahan suasana malam di kota yang bermandi cahaya itu benar-benar mempesona dan melambai-lambai kedatangan mereka.
Mereka sepertimana remaja normal lainnya gemar berpeleseran ke sana ke mari,terlibat dengan pelbagai masalah seperti merokok dan bergaduh dengan kumpulan remaja lain atau berfoya-foya dengan gadis sebaya.
Ketika kereta itu tiba di hadapan deretan bangunan,dua orang gadis cantik sedang menanti dan melambai mereka di hadapan premis makanan segera Mc Donald.
"Wei lambatnya korang sampai. Pergi mana je tadi?"teriak seorang gadis muda yang memakai denim biru. Akma namanya. Dia adalah kekasih kepada Kabil.
"Entah..kita orang dah berdiri kat sini dekat empat puluh minit tau tak? Nak patah kaki ni"kata Zuraida iaitu kekasih kepada Kazim pula.
"Korang senyap-senyap je dah lah. Kita orang ada tugas penting sikit tadi"balas Kabil.
Mereka pun masuk ke dalam premis makanan segera ternama itu lalu duduk semeja menjamu selera demi meraikan kejayaan mereka sewaktu dekat gudang terbiar itu tadi.
"Shad..Dalib..kau orang carilah awek sekali. Takkan nak tengok je kita orang masing-masing dah ada kekasih"kata Akma yang sedang makan bersuap dengan Kabil.
Dalib yang sedang makan polok-polok itu jadi tertunduk dan kurang selesa dengan pertanyaan seperti itu.
"I don't think so"balas Arshad. Sambil makan pemuda tinggi lampai dan bercermin mata itu asyik benar membelek kamera miliknya. Dia memang amat sukakan bidang fotografi.
"Kenapa pulak Shad?"tanya Zuraida.
"Hm nothing.."
Dua gadis itu berbisik-bisik sesama sendiri sebelum ketawa.
"Kau owang vifik-vifik afa hah?!"soal Dalib kepada dua orang gadis tersebut dengan bahasa pertuturan yang sedikit sukar untuk di fahami.
"Tak ada apalah Dalib"balas Zuraida.
"Dia orang cakap kau orang gay"kata Kazim.
"Hahahaha"
Akma dan Zuraida terus terlepas ketawa sambil tersembam wajah ke meja.
"Shut up girls!! Of course we are not like that ok!"sanggah Arshad.
Dalib tersengih sambil tarik pinggan kedua orang gadis yang masih tersembam menahan ketawa. Burger dan kentang goreng dalam pinggan-pinggan itu di lahapnya terus.
"Pffffft...hahahaha that's very good Dalib"Arshad terlepas ketawa lucu.
Bila sudah puas tersembam ketawa barulah Akma dan Zuraida perasan makanan dalam pinggan mereka sudah hilang entah ke mana.
''Eh mana burger sama french fries kita orang pergi haa?"Akma dan Zuraida kehairan-hairanan sambil tercari-cari.
"Erkkkk...!!"Dalib sendawa dengan kuat.
"Afu..afu nak fergi foilet jap. Fakit ferut"kata Dalib sambil bangun dari kerusi dan beredar.
"Hm..next time jangan banyak ketawa sangat girls..look..Dalib already eat your meals..serves you right! ahak!"kata Arshad tersengih.
"Apa?!"
"Bahahahahaha"Arshad,Kabil dan Kazim ketawa berdekah-dekah.
LEPAS makan,enam orang remaja itu pun pergilah pula berseronok-seronok di sebuah pusat hiburan snooker. Arshad begitu tertarik dengan hadiah kostum kepala kuda yang di tawarkan oleh pusat terbabit pada malam itu.
Akan tetapi dia harus memenangi suatu pertandingan di meja snooker. Malangnya pemuda tinggi lampai bercermin mata itu kalah.
"Look dude..aku memang takkan boleh menang dalam permainan snooker ni..but i'm dying to have it!"kata Arshad kepada tauke pusat hiburan sambil tunjuk kepada hadiah topeng kostum kepala kuda tersebut.
"Is there any other way on how i can get it?"tanya Arshad lagi.
Tauke pusat hiburan itu tahu benar nama Arshad dan Nasty Boys sudah mula menjadi sebutan di kalangan kumpulan remaja jalanan di sekitar daerah Desa Terpenchil.
Dia pun berbincang dengan beberapa orang anak buahnya sebelum membuat keputusan.
"Kalau kau nak jugak hadiah kostum kepala kuda tu,apakata kalau kau bawak Nasty Boys berentap dengan budak-budak aku"kata tauke pusat hiburan tu.
Kabil dan Kazim kurang bersetuju.
"Tak berbaloi pun Shad..hanya semata-mata kostum kepala kuda tu aja kita sampai nak bergasak dengan dia orang?"kata Kazim.
"Look..i know this might sound ridiculous to you Zim. But the costume is so cool and look creepy. I like it a lot''kata Arshad tersengih.
"Hah..kau ni memang peliklah Shad. Kau tak habis-habis dengan kegilaan fantasi kekudaan kau tu sejak zaman kanak-kanak lagi"kata Kabil.
"Hahaha i'm just what i am. Ah come on guys..lagipun Nasty Boys tak boleh duduk dalam comfort zone je. We must fight more and more"kata Arshad penuh semangat.
Akhirnya Kabil dan Kazim akur. Dalib pula memang tidak akan pernah membangkang apa pun keputusan yang di buat oleh abang-abangnya.
________________
KEESOKKAN malamnya bertempat di sebuah kawasan bangunan terbengkalai,terjadilah pertarungan sengit di antara Nasty Boys yang di ketuai oleh Arshad dalam menentang sekumpulan geng remaja dari pusat hiburan.
Pergelutan itu tampaknya lebih memihak kepada Nasty Boys. Ini kerana lawan mereka itu tidak begitu berani dalam menghadapi Dalib yang bertubuh besar dan bongkok serta agresif.
"Arghhhhhh"
Hampir kesemua geng remaja dari pusat hiburan itu tumbang di belasah. Ada yang berdarah hidung,patah gigi dan lebam mata.
Arshad,Kabil,Kazim dan Dalib menari-nari kegirangan di atas satu lagi kejayaan yang di capai oleh Nasty Boys dalam menentang geng remaja dari pusat hiburan.
Akan tetapi ketua pusat hiburan itu nampaknya ingin memungkiri janjinya dalam menyerahkan hadiah kostum topeng kepala kuda itu kepada Arshad. Lelaki itu cuba melarikan diri dengan keretanya.
Inilah yang membuatkan Arshad berasa bengang dan marah.
"Damn it! Guys..korang handle saki-baki budak-budak pusat hiburan ni..biar aku pergi kejar ketua dia"kata Arshad.
Kabil,Kazim dan Dalib berpadu tenaga dan mereka menang mudah sahaja ke atas saki-baki lawan yang tinggal.
Budak-budak remaja dari pusat hiburan itu pun cabut lari kesemuanya.
"Wooohooo! Cayalah! team kita dah semakin gempak. Arshad sepatutnya cabar dia orang ni pertaruhkan pusat hiburan tu je sebagai hadiah kemenangan dan sebagai territory terbaru yang berjaya di tawan oleh Nasty Boys..bukan mintak hadiah kostum kepala kuda yang merepek-repek macam tu''kata Kabil.
"Hahaha..wei Bil..Dalib..dari tadi Arshad pergi kejar ketua pusat hiburan tu. Mana dia tak balik-balik lagi ni.."kata Kazim.
"Jom kita pergi cari dia"ajak Kabil.
BULAN mengambang terang di dada langit. Kawasan deretan bangunan terbengkalai itu sunyi-sepi. Hanya sesekali ada suara lolongan anjing liar di kejauhan.
Arshad sedang duduk tersandar di tepi sebuah kereta dengan kostum kepala kuda itu sudah pun berjaya di milikinya. Setepatnya kereta itu adalah milik ketua pusat hiburan yang di kejarnya tadi.
"Shad!"teriak Kazim,Kabil dan Dalib yang baru muncul dari arah belakang bangunan.
Di lihatnya Arshad duduk tersandar pada dinding kereta dengan sebelah kaki di lunjur dan sebelah lagi di angkat lututnya. Kostum kepala kuda itu sudah di sarung di kepala.
"Wei mana ketua pusat hiburan tu pergi Shad? Kita orang ingatkan kau yang lunyai kena belasah dengan dia tadi"kata Kazim tersengih.
Arshad diam sahaja tanpa sepatah kata.
"Wei Zim..aku rasa Arshad bukan setakat berjaya dapatkan hadiah kostum tu je..dengan kereta ketua pusat hiburan tu sekalipun dia berjaya tawan jugak ni"kata Kabil.
"Hahaha cantiklah macam tu. Nasty Boys dah semakin maju. Mula-mula kita tawan banyak wilayah. Sekarang kita dah ada property pulak"kata Kazim.
Arshad masih membisu seribu bahasa sambil termenung panjang dengan kostum kepala kuda yang masih bersarung di kepala.
Kabil dan Kazim pun membuka pintu kereta itu sebelum keduanya terkejut besar melihat sekujur tubuh ketua pusat hiburan itu sedang terbaring di kerusi sit dalam keadaan sebilah pisau terpacak di tikam tepat di dadanya.
Darah membasahi pakaian lelaki itu.
"Arshad! apa..apa kau dah buat kat lelaki ni?"soal Kazim dengan suara gementar.
Tangannya menggigil.
Arshad masih diam membisu.
"Shad..kau tak sepatutnya bunuh dia! ini akan jadi kes polis nanti. Kita semua akan dapat susah tau tak!?"Kabil berasa geram dengan apa yang sudah di lakukan oleh abangnya.
Mujurlah mereka sedang berada di kawasan deretan bangunan terbengkalai yang gelap serta jauh dari orang ramai.
"As long as we can shut our mouth and keep it as a secret, i think no one will know''Arshad mulai bersuara.
"Semudah itu je kau cakap?! Kau dah bunuh orang tau tak?!"Kazim meninggi suara. Nafasnya turun naik.
"Now guys..help me to 'clean' all the mess"kata Arshad.
"Tidak! Aku tak mahu terlibat dengan semua ni Shad!"kata Kazim sebelum pemuda itu menyarung topi keledarnya dan meluncur pergi dengan motor Scramblernya.
"Camne ni Shad? Kazim dah blah"
"Let him go. Kabil..Dalib..cepat tolong aku. Kita bawak kereta dan mayat lelaki ni balik ke rumah. Lepas tu kita junamkan ke dalam tasik"arah Arshad.
BAB 12: Remaja Jalanan(tamat)
BERSAMBUNG.....
idea untuk buat kumpulan jalanan Nasty Boys ni sebenarnya datang dari filem dan games 'The Warrior' movie tahun 1979. Apa pun hal Nasty Boys tu tak berapa penting sangat dalam novel ni. ia cuma satu medium yang menggambarkan betapa akrabnya Kazim dengan tiga beradik Horsehead.
Share this novel