4.Flyer Orang Hilang

Thriller Series 890

4.Flyer Orang Hilang.

KERETA Rolls Royce silver shadow yang di pandu oleh Abu singgah sebentar di stesyen pam minyak. Letaknya dekat deretan bangunan kedai di Desa Terpenchil. Setelah mengisi minyak,pemuda berusia dua puluhan itu pun berjalan ke sebuah pondok telefon awam.

Kocek seluarnya pun di raba sebelum beberapa keping duit syiling di bawa keluar. Abu tersengih-sengih. Hendak apa lagi kalau bukan menelefon kekasihnya si Azizah.

Baru sahaja kepingan duit syiling itu hendak di sumbat ke lubang pada telefon tersebut,mata Abu terlihat pada kertas-kertas*flyer*orang hilang yang ada di tampal merata-rata dekat situ termasuk di pondok telefon awam.

Kertas bercetak itu juga turut memaparkan foto gambar empat orang muda-mudi yang hilang itu. Dua lelaki dan dua wanita. Abu membaca setiap nama-nama tersebut.

"Jefri.. Kuswadi.. Mahani.. Rohaida..hmm tak pernah lihat pun muka mereka ni dekat Desa Terpenchil. Orang luar agaknya.."kata Abu sambil berkerut dahi.

Sebatang rokok di jepit ke bibir sebelum di bakar dengan sebatang mancis. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut Abu.

Keluarga muda-mudi yang hilang itu turut menawarkan sejumlah wang saguhati kepada sesiapa yang berjaya menemui anak mereka.

                        *****

"Kalau mereka hilang dekat dalam ladang tebu Desa Terpenchil ni memang susahlah sikit mau cari Abu. Kau pun bukan tak tahu betapa luas kawasan ladang tebu kat sini"kata Ganesan sambil memotong rambut Abu di kedai gunting rambut miliknya.

"Haih.. entahlah..tak tahulah apa punca kehilangan mereka"kata Abu.

"Eh Bu..kau tengok tu..kereta peronda dan trak pihak polis sudah masuk ke Desa kita"kata Ganesan sambil tunjuk ke arah jalanraya di hadapan deretan  letaknya kedai gunting rambut itu.

Abu pun menoleh ke luar melalui tingkap dan pintu kaca kedai. Dua buah kenderaan polis di lihat sedang meluncur di atas jalan.

"Mungkin mereka nak pergi jalankan kerja pencarian ke atas muda-mudi yang hilang tu kat sekitar kawasan ladang tebu"kata Abu.

GEMERSIK bunyi geselan dedaun dan pepohan dekat ladang tebu luas itu dek kerana tiupan angin yang agak kuat. Tiga ekor anjing pengesan telah di gunakan oleh pihak polis dalam operasi menjejaki empat orang hilang.

Walaubagaimanapun usaha itu ternyata mengalami sedikit kesukaran berikutan kawasan ladang tebu yang luas berhektar di Desa Terpenchil. Kemudian anjing-anjing itu di bawa pula masuk ke pinggiran ladang di mana terdapat sebuah tasik. Di situ usaha pihak polis peronda mulai sedikit membuahkan hasil.

"Ah tengok anjing-anjing ni asyik berkeliaran ulang-alik di tepian tebing tasik ni. Kemungkinan besar empat orang pemuda-pemudi yang hilang itu pernah berada di sini sebelum ini Tuan Inspektor"kata seorang anggota polis pelatih anjing pengesan kepada pegawainya.

Inspektor Junid seorang pegawai polis berusia empat puluhan. Beliau yang mengetuai operasi pencarian itu. Beberapa orang anggota pun di arah untuk melilau di kawasan sekitar.

Anjing-anjing itu mulai menggonggong saat tiba di bawah sebatang pokok sambil terhidu-hidu ke rumput sebelum berlari ke celah tepi semak. Bergegas Inspektor Junid dan anak-anak buahnya pergi meninjau ke situ sebelum menemui sehelai kain alas perkelahan berlumuran dengan darah yang amat banyak.

Itu telah sedikit sebanyak memberi klu dan gambaran tentang apa yang terjadi kepada empat muda-mudi yang hilang. Firasat Inspektor Junid kuat mempercayai bahawa telah berlaku pembunuhan ngeri ke atas empat orang pemuda-pemudi yang hilang itu.

"Kemungkinan mereka telah di bunuh sewaktu berkelah di bawah pokok berhampiran tasik. Cuma saja kita masih tidak dapat memastikan samada terjadi pergelutan sesama mereka sendiri atau ada orang lain yang membunuh mereka"Inspektor Junid membuat rumusan.

Kerja mengesan mayat mulai di giatkan.

"Kamu semua teruskan pencarian di sekitar gigi tebing tasik ni. Saya akan pergi membuat rondaan ke ceruk lain"kata Inspektor Junid.

Kereta peronda yang di pandu oleh pegawai polis itu pun tiba di rumah kotej kediaman Doktor Doel Bachtiar sekeluarga. Letaknya kira-kira dua ke tiga ratus meter sahaja dari ceruk gigi tebing tasik tadi.

Inspektor Junid hanya kenal nama Doktor pakar bedah terhormat di Hospital Besar Baiduri itu melalui surat khabar sahaja. Namun tidaklah mengenalinya secara peribadi.

                        *****

Pintu pagar pun di buka. Inspektor Junid di pelawa masuk oleh orang gaji di rumah kotej terbabit lalu di tuntun hingga ke anjung rumah.

"Silakan duduk Tuan Inspektor"pelawa orang gaji.

"Terima kasih"balas Inspektor Junid sambil melabuhkan punggungnya di kerusi santai dekat anjung.

"Nanti saya panggilkan Cik Puan sebentar"kata orang gaji sebelum beredar.

Seminit dua kemudian dia pun keluar semula sambil menolak kerusi roda yang di duduki oleh Madam Sutinah. Wanita cantik bercermin mata dalam usia empat puluhan itu mengalami lumpuh di kedua kakinya malah beliau juga menghidap leukemia.

"Selamat pagi Puan"ucap Inspektor Junid sambil bangun.

"Selamat pagi. Ada apa halnya ni Tuan Inspektor?"tanya Madam Sutinah.

"Pihak kami telah melancarkan operasi pencarian ke atas empat orang pemuda-pemudi yang hilang di sekitar ladang tebu dan tasik di pinggiran. Dalam dua ratus meter dari sini,anjing pengesan telah berjaya menjejaki kain alas perkelahan dan limpahan darah di percayai darah manusia yang mana kami yakini adalah darah pemuda-pemudi tersebut"terang terang Inspektor Junid.

Dahi Madam Sutinah berkerut.

"Maksud Tuan Inspektor ada berlaku kes pembunuhan?"soalnya.

"Ya. Walaubagaimanapun ia masih dalam peringkat andaian dan pihak kami sedang bertungkus-lumus mencari mayat mereka. Siasatan akan di giatkan. Jadi pihak kami berharap Puan sekeluarga sentiasa  mengambil langkah waspada dan sentiasa mengawasi anak-anak kerana di khuatiri mereka akan menjadi mangsa penjenayah"nasihat Inspektor Junid.

"Baiklah Tuan Inspektor. Saya akan mengambil langkah waspada"

Ketika Inspektor Junid sudah minta diri dan keluar dari pagar,kereta mewah Rolls Royce silver shadow yang di pandu oleh Abu pun tiba.

"Dah jumpakah orang-orang hilang tu Tuan?"sapa  Abu. Pemandu peribadi kepada Doktor Doel Bachtiar itu sentiasa berpakaian kemas dengan seragam pemandu dan topi di kepalanya.

Inspektor Junid pun memberitahu perkembangan  siasatan terkini.

Abu tergamam sambil memandang ke arah ladang tebu luas

"Tapi Desa Terpenchil ni aman damai je Tuan Inspektor. Tak mungkinlah ada berlaku kes jenayah pembunuhan ngeri sampai begitu sekali"kata Abu.

"Bak kata pepatah..air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Kita harus berwaspada. Oh ya..kamu ada masa lapangkah Abu?"

"Err.. kenapa Tuan tanya?"

Inspektor Junid pun membawa keluar sekepuk kertas mencari orang hilang dari dalam keretanya.

"Kalau kamu ada masa terluang bolehlah bantu kami tampal kertas-kertas flyer orang hilang ni dekat pokok-pokok dan tiang lampu sekitar sini. Dapatlah komisen dua puluh ringgit"

Abu tersengih-sengih.

Terus dia bersetuju.

Setelah Inspektor Junid minta diri dan beredar dengan kereta peronda polis,Abu pun memulakan kerja menampal kertas bercetak itu dekat pokok-pokok dan tiang lampu di tepian jalan.

ARSHAD dan Kabil baru tiba di rumah kotej setelah jauh pergi berbasikal tadi. Dua orang budak lelaki itu kehairan-hairanan melihat Abu sedang sibuk menampal kertas orang hilang di tepian jalan. Mereka pun ingin melihat-lihat sekali.

"Kamu berdua tak usahlah pergi berbasikal jauh-jauh sangat. Sekarang ni ada kes orang hilang tau. Tak takut kena culik ke nanti?"nasihat Abu kepada dua orang kanak-kanak lelaki itu.

Arshad dan Kabil melihat foto empat orang pemuda-pemudi yang hilang itu dekat kertas flyer.

"Eh macam kenal je muka lelaki dengan perempuan ni.."kata Kabil sambil tunjuk ke foto Kuswadi dan Mahani.

"Bukan ke itu lelaki yang papa bun..."

Sepantas kilat Arshad menekup ke mulut adiknya.

"Psst... senyaplah Bil! kan papa dah larang kita cakap pasal hal tu"kata Arshad separa berbisik.

"Alamak..sori..aku terlupa"Kabil tergaru-garu kepala.

Abu menoleh kepada dua orang budak tu.

"Kau orang kenal ke orang-orang hilang kat dalam foto ni?"soalnya.

"Tak..tak ada..kami tak kenal"balas Arshad sambil menggeleng sebelum mengajak adiknya Kabil pergi.

Abu berkerut dahi sambil tercegat melihat dua orang budak lelaki itu berkayuh basikal masuk ke halaman rumah kotej. Walhal dia sudah terdengar kata-kata Kabil tadi.

"Jangan-jangan Tuan kenal mereka kot?"getus hati Abu.

Walaubagaimanapun sangkaanya tidak begitu meliar sehingga mengesyaki bahawa Doktor Doel Bachtiar yang bertanggungjawab di atas kehilangan pemuda-pemudi itu.

           ______________________

WAKTU petang tiba. Abu sudah tiba di perkarangan parkir kenderaan di halaman hospital besar Baiduri. Sebagai seorang pemandu peribadi kepada Tuan Doktor Doel Bachtiar,sudah menjadi tugasnya untuk menghantar dan menjemput majikannya itu pergi dan pulang dari kerja setiap hari.

Ketika kereta Rolls Royce silver shadow mewah itu membelah jalan raya dekat ladang tebu luas itu, Doktor Doel Bachtiar membuang pandangan ke luar tingkap sambil memerhatikan kertas-kertas flyer orang hilang yang di tampal merata-rata dekat pokok-pokok dan tiang lampu.

"Tadi ada Tuan Inspektor Junid datang ke rumah Tuan.."kata Abu yang sedang memandu.

"Hm..dia mahu apa?"soal Doktor Doel Bachtiar sambil tersandar di kerusi belakang dengan pandangan anak matanya masih tertancap pada foto wajah empat orang pemuda-pemudi hilang dekat kertas flyer di sepanjang tepian jalan.

"Berkaitan orang hilang tu lah Tuan. Pihak polis dan skuad anjing pengesan mereka telah  menjumpai kain alas perkelahan berlumuran darah dekat tepian tasik pinggiran dalam ladang tebu. Empat pemuda-pemudi hilang tu di syaki menjadi mangsa pembunuhan ngeri dan kejam"ujar Abu.

GULP!

Doktor Doel Bachtiar meneguk liurnya. Ada juga rasa bimbang dan resah hadir di dalam dirinya takut kalau-kalau perbuatannya terbongkar ke pengetahuan pihak berkuasa. Walaubagaimanapun dia sudah 'mencuci' apa-apa bukti di tempat kejadian yang dapat mengaitkan jenayah itu dengan dirinya.

Van yang di naiki oleh empat pemuda-pemudi hilang itu pun awal-awal lagi sudah di junamkannya ke dalam tasik hingga terbenam ke dasarnya. Hanya sahaja kain alas perkelahan itu yang menjadi sedikit kesalan buat dirinya kerana dia terlalu cuai dengan tidak menghapuskannya sehingga lenyap.

"Hm..dia cakap apa lagi dengan Cik Puan kamu tadi ?"

"Ohh tak ada sangat Tuan. Inspektor Junid sekadar mengingatkan Cik Puan agar mengambil langkah waspada kerana si penjenayah itu masih lepas bebas"

Doktor Doel Bachtiar sekadar diam dan menarik nafas lega.

BAB 4: Flyer Orang Hilang(tamat)

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience