14.Tutorial Pembedahan

Thriller Series 890

14.Tutorial Pembedahan.

     PAGI tu lori yang di naiki oleh Kazim dan bapanya dalam perjalanan pulang selepas pergi mengambil beberapa barangan elektrik rosak dari rumah pelanggan di sekitar Desa Terpenchil.

Ketika lalu di sebuah kawasan,kelihatan para penduduk berkerumun di bangsal kambing milik seorang penghuni.

"Ada apa halnya tu?"kata Kazim sambil membuang pandangan ke luar tingkap sebelum menoleh kepada ayahnya yang sedang memandu.

"Itu bangsal peliharaan kambing Wak Yazir. Jom kita pergi tengok jap"kata bapanya lalu memberhentikan lori tersebut di bahu jalan dan melompat turun.

Pak Othman dan Kazim pun mencelah kerumunan orang yang berada di situ.

"Apa hal nya tu Usop?"tanya Pak Othman kepada salah seorang penduduk yang di kenalinya.

"Kambing-kambing peliharaan Wak Yazir habis mati kesemuanya"

"Ada wabak ke?"

"Bukan wabak..mati kena tetak benda tajam. Pagi tadi Wak Yazir terkejut bila jumpa kambing-kambingnya bergelimpangan. Ada yang putus kepala..kena tetak di leher,badan dan sebagainya. Lantai dalam bangsal habis bersimbah darah. Haih..tak tahulah siapa yang punya kerja tak berperikemanusiaan macam ni"ujar Usop.

Pak Othman menggeleng kepala kesal.

Kazim diam sahaja sambil tercegat melihat Wak Yazir bersama beberapa orang penduduk sedang bertugas mengangkat bangkai-bangkai kambing yang sudah tidak bernyawa itu dan sebahagian yang lain pula membantu mencuci sisa limpahan darah di lantai.

                ________________

BUNYI lantunan melodi solo lagu klasikal terkenal 'Swan Lake' sedang berkumandang di dalam rumah kotej tersebut. Keindahan karya hasil gubahan komposer lagenda Russia, Tchaikovski itu di mainkan dengan baik sekali oleh Arshad yang sedang duduk menghadap sebuah grand piano yang terdapat di ruang tamu.

Kabil tiba-tiba berlari masuk ke rumah bersama sekeping nota yang baru di temuinya dalam peti surat.

"Shad! mereka dah hantar nota seterusnya!"

Lagu yang sedang berkumandang tadi pun segera terhenti. Arshad bergegas bangun dan mendapatkan kertas nota itu di tangan Kabil lalu membaca isinya.

'ADIK KAMU SELAMAT. KAMI TIDAK MENGAPA-APAKAN DIA. TAPI KALAU KALIAN MASIH NAK BERMAIN AKAL DAN BERLENGAH-LENGAH DENGAN KAMI,JANGAN SALAHKAN KAMI KALAU DIA HARUS MENERIMA AKIBAT SEPERTI PEREMPUAN GEMUK DI LUAR PAGAR TEMPOH HARI!

SEKARANG SILA IKUT ARAHAN SETERUSNYA DARI KAMI. KAMU TIDAK PERLU MEMBAYAR SEJUMLAH BAYARAN YANG PERNAH BAPA KAMU TERIMA DAHULU DALAM BENTUK WANG. CUKUP KALAU KAMU BOLEH DAPATKAN SEJUMLAH ORGAN TUBUH MANUSIA SEPERTI SEPASANG BEBOLA MATA,PARU-PARU DAN BUAH PINGGANG. PASTIKAN KESEGARANNYA TERJAGA. SIMPAN IA DALAM BEKAS BERISI AIR DAN MASUKKAN KE DALAM PETI SEJUK. JANGAN DI BEKUKAN. KEMUDIAN HANTARKAN SEMUA ITU KE ALAMAT YANG DI NYATAKAN DI BAWAH PADA TARIKH 10 JUN JAM 8 MALAM.

INGAT! KEGAGALAN BERBUAT SEDEMIKIAN AKAN MENGAKIBATKAN NASIB BURUK MENIMPA KE ATAS ADIK KAMU. KAMI AKAN PULANGKAN DIA KE RUMAH KAMU DENGAN SELAMAT SETELAH MENDAPATKAN APA YANG KAMI MAHUKAN'

Di bawah nota tersebut tersemat suatu alamat.

"Damn it! aku betul-betul tak percaya yang kita sedang di ugut oleh mereka"kata Arshad sambil hempas kertas nota itu ke lantai.

Dia pun membuka cermin matanya dan meraut ke wajah yang tampak tertekan.

"Habis tu macam mana sekarang Shad? mana kita nak dapat organ-organ manusia tu semua? Bunyi macam kita kena bunuh orang je"

Arshad duduk termenung panjang buat seketika.

"Huh! entahlah Bil. But if we just ignored this,Dalib was in danger. What else can we do?"

"Mungkin kita patut ajak Kazim pergi berentap dengan mereka"

"Are you out of mind? They got a gun damn it! I think they are a group of international mafia or something like that..how can you compare them to us? We just a bunch of street kids only. Hm by the way i'm glad you remind me about Kazim. Where is he now? Aku rasa dah dua minggu dia tak datang sini lagi"

"Kazim sukar nak terima kenyataan yang kau dah bunuh pemilik pusat hiburan tu tempoh hari Shad"

"Oh man..how can he being lame like that?look..things already happened. I'm still here and not being caught. You know what..that mean no one knows about it. We already clean all the mess. No one found the dead body,blood,car and evidence. We are safe now"

"Entahlah. Mungkin kita patut beri dia sikit masa lagi"

"Ohh terpulanglah kat dia. Now we must think about Dalib"

"Huh aku tak terfikir apa dah Shad"

"Maybe we should think like what papa think when he still got involved in those crime"

"Apa maksud kau?"

Arshad dan Kabil pun membuka pintu bilik stor ke ruang bawah tanah rumah kotej terbabit. Semenjak ruangan rahsia itu di serbu pihak polis belasan tahun lalu,ia telah di kunci dan tiada sesiapa pun berani masuk dan turun ke situ lagi.

"Dah bersawang kat dalam ni.."kata Kabil sambil menguak jaringan sarang labah-labah yang manghalang laluan sewaktu mereka menuruni anak tangga.

Walaubagaimanapun sistem lampuan di dalam sana masih elok berfungsi dengan baik.

"Damn..this is surely papa's private office. Oh look at the wall"kata Arshad ketika dia dan Kabil melangkah masuk ke sebuah ruangan seperti bilik klinik sambil tunjuk ke arah suatu carta lembaran dekat dinding.

Terdapat banyak foto kanak-kanak dan orang dewasa dalam bentuk polaroid yang sudah di tandai dengan pangkah.

"Aku pasti semua kanak-kanak dan orang kat dalam foto tu adalah mangsa yang papa dah bedah dan ambil organ-organ mereka dulu"kata Kabil.

"Look dude..we must be strong like our papa. If he can operate human body why not we, right?"kata Arshad tersengih sambil pegang cermin matanya.

"Hal tu mudah bagi papa sebab dia memang seorang doktor pakar bedah. Tapi kita.."

''You know what.i found something in the attic room"kata Arshad.

"Kau jumpa apa?"

"Jom ikut aku"

Arshad dan Kabil pun memanjat tangga naik ke suatu bilik di atas loteng rumah. Ruangan itu di jadikan sebagai stor tambahan buat menyimpan barang-barang dan perkakasan lama.

Sebuah kotak mengandungi banyak barangan peribadi milik Doktor Doel Bachtiar di geledah. Di dalamnya terdapat banyak buku-buku manual dan jurnal berkaitan hal-hal pembedahan anatomi tubuh manusia.

Selain itu terdapat set lengkap pita video VHS tutorial pembelajaran teknik-teknik pembedahan,memotong dan mengeluarkan organ-organ utama dari tubuh manusia serta cara yang betul menggunakan perkakasan alatan bedah seperti jenis pisau,gunting dan sebagainya.

"We should watch from this tutorial video and learn on how to cut and operate human body. What do you say?"

"Semua ni gila lah Shad"

"Kita terpaksa jadi gila untuk selamatkan Dalib. We have no choice"

Di sepanjang hari itu Arshad dan Kabil meluangkan waktu menonton dari pita video terbabit. Sedikit sebanyak dua beradik itu mulai mendapat ilmu dan kefahaman dari apa yang mereka tonton.

"Aku rasa tak lah susah sangat kot. Cuma mungkin kita akan ada membuat sedikit kesilapan kecil"kata Kabil.

"Ah that is ok. Lagipun kalau kita nak lakukan hal tu,we are going to do the experiment on dead human body right?"

             __________________

SETELAH bosan asyik berkurung saja di rumah dan menonton pita video tutorial itu berjam-jam lamanya,Arshad dan Kabil pun pergi berjalan-jalan menaiki kereta di bandar pada waktu malam.

Lepas makan,mereka pun bertolak untuk pulang semula ke rumah mereka di Desa Terpenchil.

Kereta yang di naiki itu meluncur laju di atas jalan yang terdapat rumah-rumah penduduk di kiri kanannya. Ketika rancak bersembang dan bergelak ketawa,Arshad yang sedang memandu kereta terlalu cuai untuk sentiasa berwaspada memandang ke arah hadapan.

Akibatnya seorang penunggang basikal yang hendak melintas jalan telah melambung di udara di langgar oleh kereta yang di pandu sebelum terbaring di atas jalanraya.

Bergegas Arshad dan Kabil turun dan pergi melihat. Nafas dan nadi mangsa langgar itu pun di periksa.

"Damn..he's dead"kata Arshad.

"Aduh! habis tu macam mana ni Shad?"

Mereka pun memerhatikan ke sekitar. Mujurlah pada waktu itu sudah lewat malam dan penduduk berhampiran pun sudah tidur.

Arshad tiba-tiba mendapat suatu akal.

"Let's take him into the car"

"Kau nak kita tanam mayat ni kat tengah ladang tebu ke?"

Arshad tersengih.

"I think we've already got the subject to perform the body operation right? Inilah masanya untuk kita mempraktikkan apa yang telah kita tonton dan pelajari dari video tutorial tu"

Mayat itu pun di usung masuk ke dalam kereta sebelum mereka bergegas pergi.

                  __________________

RUANGAN rahsia bawah tanah rumah kotej itu terang-benderang. Mayat tadi di baringkan atas meja pembedahan. Segala macam peralatan bedah telah tersedia.

Inilah pengalaman kali pertama Arshad dan Kabil membedah tubuh mayat manusia. Kedua beradik itu melakukannya seperti apa yang mereka pelajari dari pita video tutorial pembedahan yang di tinggalkan oleh bapa mereka.

Beberapa jam kemudian,organ-organ dari mayat mangsa langgar itu seperti mata,paru-paru dan buah pinggangnya telah berjaya di perolehi lalu di cuci bersih dan di masukkan ke dalam balang kaca khas sebelum di simpan ke dalam peti ais.

                _________________

KETIKA tiba harinya,organ-organ yang berjaya di perolehi itu pun di hantar oleh Arshad dan Kabil ke alamat seperti yang di nyatakan.

Tak lama kemudian sebuah kereta tiba di hadapan rumah kotej terbabit lalu membebaskan Dalib yang di culik sebelum ini.

Arshad dan Kabil menarik nafas lega dengan kepulangan adik mereka semula ke rumah dengan selamat. Malah mereka menerima nota pujian dari pihak Sir James Borgan yang berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

'TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA YANG TELAH KAMU BERDUA BERIKAN. SIR JAMES SANGAT BERPUAS HATI DENGAN HASIL KERJA KAMU. MUNGKIN KEPAKARAN DAN BAKAT AYAH KAMU TURUT MENGALIR DALAM  BADAN KAMU. TUNTUTAN WANG SIR JAMES TERHADAP KAMU SUDAH SELESAI. AKAN TETAPI JIKA KAMU BERMINAT UNTUK MEMBUAT WANG YANG LEBIH LUMAYAN, MUNGKIN KAMU BOLEH GUNAKAN BAKAT YANG KAMU MILIKI ITU UNTUK MENJUAL LEBIH BANYAK ORGAN MANUSIA DI PASARAN GELAP"

Begitu seperti apa yang tertera pada nota terbabit.

BAB 14: Tutorial Pembedahan(tamat)

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience