1.Unit Bedah.

Thriller Series 890

1.Unit Bedah.

NOVEMBER tahun 1978. Petir menyambar keras bersama hujan lebat yang turun mencurah-curah di pagi hari. Langit begitu mendung dan gelap memayungi kawasan ladang tebu luas itu. Tiupan angin agak kuat. Deruan taufan juga menderu-deru.

Sebuah kereta mewah dari jenis Rolls Royce silver shadow sedang membelah laluan di tengah ladang. Pemandunya adalah seorang pemuda dalam usia awal dua puluhan di kenali sebagai Abu.

"Aduh..matilah aku kali ni. Dah lambat ni. Tuan pasti mengamuk"getus hati Abu ketika mengerling ke jam tangannya.

Resah-gelisah menyelubungi wajah pemuda itu. Sesekali dia merungut kesal dek kerana telah menyalahgunakan kereta mewah milik majikannya untuk curi-curi bertemu dengan kekasihnya Azizah sewaktu menyelesaikan sedikit urusan di pekan sebelum terperangkap dalam kesesakkan lalu-lintas.

Kereta Rolls Royce itu membelok ke suatu laluan. Nun tidak jauh di hadapan sudah kelihatan sebuah rumah kotej tersergam indah bersebelahan dengan ladang tebu.

Sejurus kereta itu berhenti di hadapan pagar,Abu pun bergegas turun bersama seutas payung dan melangkah masuk ke halaman rumah. Hatinya berasa kurang sedap apabila melihat majikannya Tuan Doel Bachtiar seorang lelaki dalam usia lima puluhan bermisai lebat sedang duduk di kerusi dekat anjung rumah kotej dengan wajah yang bengis. Di tangannya ada sebatang tongkat. Beliau adalah seorang doktor pakar bedah di sebuah hospital.

"Engkau ke mana tadi Abu!? kenapa lambat sangat?"garau dan kasar suara majikannya menyoal. Kecut perut Abu di buatnya.

"Maafkan saya Tuan..sa..saya ke pekan tadi pergi isi minyak dan ke bengkel kereta. Jalanraya pulak sesak kerana ada berlaku kemalangan"balas Abu sambil membetul-betulkan songkok di atas kepalanya.

"Engkau jangan jadi pembohong Abu! Saya pantang kalau orang berbohong faham! Cakap!"Doktor Doel Bachtiar berdiri dari bangku yang di dudukinya dengan wajah yang merah padam.

"Be.. betul Tuan.."Abu tergagap-gagap.

"Kalau betul takkanlah engkau nak tergagap-gagap.. kurang ajar!"

ZASS!

Tak pasal-pasal kaki Abu di libas dengan tongkat.

"Aduhhh sakit Tuan..saya tak berbohong"tegas pemuda yang bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Doktor terbabit sambil mengusap batang peha kanannya.

Tiba-tiba muncul suara wanita dekat pintu rumah.

"Sudahlah tu darling! tak perlulah sampai di pukul pulak si Abu tu. Saya yang suruh dia hantarkan kereta awak ke bengkel untuk buat pemeriksaan rapi"kata Madam Sutinah iaitu isteri kepada Doktor Doel Bachtiar.

Wanita itu dilihat duduk di atas kerusi roda sambil di tolak oleh seorang pembantu rumah. Dia juga memangku seorang bayi di haribaannya.

Amarah Doktor Doel Bachtiar yang meluap-luap tadi pun kembali reda. Dia lantas pergi melihatkan bayi yang sedang di pangku oleh isterinya sebentar. Kelihatannya bayi tersebut ada mengalami sedikit sindrom yang menyebabkan tubuhnya sedikit membesar dari saiz normal seorang bayi selain tubuhnya bongkok dan kepalanya senget.

"How's Dalib today honey?"katanya sambil mengusap di kepala bayinya.

"Dalib baik-baik saja darling. Dia baru lepas menyusu tadi"balas Madam Sutinah.

Pasangan itu di kurniakan tiga orang anak yang mana lelaki kesemuanya. Dalib Barczhlund adalah yang paling bongsu dan dia juga memiliki lagi dua orang abang.

"Sudah.. cepat hantar aku ke hospital sekarang Abu!''

"Baik Tuan"

KERETA Rolls Royce mewah itu meluncur di atas jalan panjang di Desa Terpenchil. Hujan lebat turun mencurah-curah. Doktor Doel Bachtiar duduk di sit belakang sambil mengelap cermin matanya dengan sehelai kain. Selain tongkat,dia turut membawa beg briefcase kerjanya selaku seorang Doktor Pakar bedah.

Kawasan rumah kotej ladang tebu yang di huninya bersama isteri, anak-anak dan orang gaji telah jauh di tinggalkan di belakang. Ia adalah tanah persendirian yang di warisi oleh Doktor Doel Bachtiar secara turun-temurun dari ayah,datuk dan moyang beliau.

Tak lama kemudian kereta yang di naiki tiba di kawasan penduduk lain. Terdapat deretan kedai-kedai, sekolah dan sebagainya. Ada sebuah papan tanda jalan bertulis SELAMAT DATANG KE DESA TERPENCHIL terpacak di tepi jalan.Hampir-hampir kereta yang di pandu oleh Abu melanggar segerombolan kambing dan lembu milik penduduk yang melintas jalan secara tiba-tiba. Mujur sempat dia membrek.

Pada waktu itu, Desa Terpenchil adalah kawasan pinggir luar bandar yang agak 'hidup' dengan penduduk yang masih ramai walaupun sebahagian kawasan masih lagi hutan belukar yang belum di teroka. Rumah-rumah kediaman penduduk saling berjarak-jarak di antara satu sama lain serta jauh pula dari kemajuan pekan dan kota.

Rata-rata penduduk masih bekerja kampung samada menjadi penoreh getah,menternak haiwan,mengusahakan kedai runcit atau menjadi petani. Pemuda-pemudinya pula bekerja di kilang atau berhijrah ke bandar.

Doktor Doel Bachtiar sekeluarga tidak begitu bercampur-gaul sangat dengan penduduk lain di Desa Terpenchil. Lagipun kawasan rumah kotej ladang tebu persendirian yang di huninya agak jauh serta terpencil.

Kereta Rolls Royce itu terpaksa di pandu perlahan ketika tiba di kawasan persekolahan Desa Terpenchil. Dapat di lihat segerombolan murid-murid sekolah datang berjalan kaki atau berbasikal beramai-ramai sambil berpayung di tepian jalanraya ingin menuju ke sekolah.

Lebih kurang dalam jarak seratus meter di hadapan, kelihatan seorang gadis sekolah sedang duduk menangis di tepi jalan. Basikal yang di naikinya rebah bersama tayar yang masih berputar. Pakaian dan beg sekolah yang di pakainya turut habis basah lencun dek hujan yang turun mencurah-curah.

"Abu..kamu berhenti sebentar kat bahu jalan. Kasihan budak perempuan tu. Dia jatuh basikal agaknya. Berikan saya payung. Biar saya pergi tengokkan dia sebentar"arah Doktor Doel Bachtiar.

"Baik Tuan"Abu akur.

Kereta pun berhenti.

Pintu belakang kereta mewah Rolls Royce itu pun terbuka sebelum Doktor Pakar bedah itu melangkah keluar. Dia berpayung lalu menghampiri sang gadis.

''Kamu jatuh basikal ya?"tanya Doktor Doel Bachtiar.

Gadis itu mengangguk-angguk.

"Lutut saya cedera''katanya lagi sambil teresak-esak.

Doktor Doel Bachtiar memeriksa lutut gadis berkenaan sebelum membuka beg briefcase kerjanya. Dia pun mengeluarkan antiseptik,kapas dan pembalut luka.

Tak sampai beberapa minit kemudian lutut sang gadis sudah siap di rawat dan di tampal dengan plaster.

"Sakit lagi?"

"Tak sakit dah"gadis itu mengukir senyuman dan mengelap tubir mata yang berair.

Doktor Doel Bachtiar tersenyum dan mengusap kepala sang gadis.

"What's your name sweetheart?"tanyanya.

"Dahlia"balas si gadis.

"Good girl.. it's time to go to school now"

Dahlia mengangguk-anggukkan kepalanya.

Doktor Doel Bachtiar pun membantu memapah gadis itu bangun dan mengangkat basikalnya yang tumbang.

Dahlia melompat naik ke basikalnya.

"Terima kasih pakcik Doktor. Saya pergi dulu"ucapnya.

"Sama-sama. Take care yourself"Doktor Doel Bachtiar tersenyum sambil berdiri melambai sehinggalah basikal yang di tunggangi oleh gadis berkenaan sudah agak jauh.


__________________

HOSPITAL besar Baiduri letaknya di kawasan bandar yang agak sedikit jauh dari Desa Terpenchil. Ketibaan Doktor Doel Bachtiar di sambut mesra oleh kakitangan dan staf hospital kerana beliau adalah seorang doktor terhormat dalam bidang pembedahan.

Kepakaran bedah beliau mencakupi beberapa pengkhususan seperti nefrologi(buah pinggang),Oftalmologi(mata)kardiotoraksik(jantung/paru-paru)dan pembedahan am.

Hari ini beliau mengetuai suatu operasi pembedahan buah ginjal ke atas seorang pesakit penghidap batu karang. Dalam masa beberapa jam selesailah operasi pembedahan di lakukan.

Doktor Doel Bachtiar meletakkan gunting dan pisau yang masih basah dengan darah itu ke dalam suatu bekas khas sebelum para pembantunya menguruskan yang selebihnya.

Sarung tangan di buka. Selepas mencuci tangan,beliau pun menulis suatu laporan khas tentang operasi pembedahan yang baru selesai di jalankan tadi. Begitulah rutin beliau selaku seorang doktor pakar bedah. Setiap hari beliau bermain dengan pisau-pisau,gunting dan pelbagai macam lagi jenis alatan pembedahan.
Percikkan dan limpahan darah sudah menjadi seperti bak kata pepatah..alah bisa tegal biasa.

                   *****

MATAHARI sudah meninggi di dada langit biru. Dekorasi halaman hospital besar Baiduri tampak indah dengan pokok-pokok bunga. Juga terdapat kolam air pancuran dan garden siap dengan bangku-bangku.

"Suami puan harus menjalani pembedahan terakhir untuk membuang saki-baki batu karang dalam ginjal beliau"kata Doktor Doel Bachtiar ketika bercakap dengan isteri pesakit yang baru di bedahnya tadi.

"Tapi Doktor..kami tak mampu untuk membiayai kos pembedahan ginjal suami saya yang seterusnya..untuk pembedahan tadi pun kami terpaksa bermati-matian mengumpulkan dana"

"Hanya itu sahaja jalannya kalau Puan nak lihat suami puan kembali pulih ke sediakala tanpa perlu menderita sakit batu karang lebih lama"

"Tak ada jalan lain lagikah Doktor?"

Doktor Doel Bachtiar membetulkan cermin matanya dan membuang pandangan di kejauhan sebelum menyusun kata.

"Ada tu memang ada"

"Benarkah Doktor? Tapi kos nya pasti lebih tinggi bukan?"

"Tidak..Puan tidak perlu bayar saya sesen pun sekiranya pembedahan terakhir ini berjaya"

Berkerut dahi wanita itu.

"Bagaimana pulak tu Doktor?"

"Itu pun terpulang kepada sejauh mana Puan sanggup meletakkan kepercayaan Puan pada saya"

Setelah berfikir masak-masak akhirnya wanita itu bersetuju.

"Baiklah.."

        _______________

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN..

Ruangan di bawah tanah itu terang-benderang. Tiada siapa pun pernah tahu rupanya di situ ada di bangunkan sebuah unit pembedahan lengkap dengan katil dan segala macam peralatan khusus dalam bidang pembedahan. Tempat itu telah di selenggara dengan baik sekali.

Seorang lelaki di baringkan atas sebuah katil pembedahan. Beliau adalah pesakit yang sama menjalani pembedahan batu ginjal beberapa bulan lalu.

"Wahh..saya tak sangka betul Tuan Doktor Doel Bachtiar ada memiliki sebuah ruang unit pembedahan sendiri di bilik bawah tanah sebegini. Err..tapi kenapa hal ini tidak pernah di ketahui ramai? Adakah fasiliti peribadi ini mempunyai lesen berdaftar?"tanya si lelaki.

Doktor Doel Bachtiar tersenyum misteri sambil mengisi ubat bius ke dalam picagari.

"Tiada siapa perlu tahu akan kewujudan unit pembedahan rahsia bawah tanah ni. Dan saya fikir dah tiba masanya untuk kamu senyap dan di 'tidurkan' sekarang"

Jarum picagari di suntik ke tubuh lelaki berkenaan sebelum pandangan matanya layu dan kesedarannya hilang.

Beberapa jam kemudian, lelaki tadi sudah terbaring di katil bedah dalam keadaan berlumuran darah. Kedua matanya telah di korek. Organ lain di tubuhnya seperti buah pinggang,hati dan jantung juga telah di potong dan di ambil oleh Doktor Doel Bachtiar lalu di simpan ke dalam balang-balang kaca khas.

Dalam keadaan sarung tangannya masih berlumuran darah, Doktor itu pun membuat sedikit catatan dan mengisi butiran lanjut maklumat peribadi lelaki berkenaan dalam sekeping sijil kematian.

"Jangan risau...isteri dan ahli keluarga kamu tidak perlu membayar kos pembedahan ini walau sesen pun kerana ia telah 'sempurna' dan 'berjaya"kata Doktor Doel Bachtiar tersenyum sambil menutup wajah mayat itu dengan kain.

BAB 1:Unit Bedah(tamat)

[AUTHOR NOTES: Watak Abu di atas adalah watak Pak Abu dari siri MORBID 2(GeNeTiK) di zaman muda beliau]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience