24.Janin Bayi.
MALAM itu lebai Darus menunggang motor kapcai nya dekat sekitar deretan rumah-rumah penduduk di Desa Terpenchil. Kawasan itu bila tiba waktu malam memang cukup sunyi-sepi. Ini di tambah pula dengan beberapa buah keluarga penternak yang mengambil keputusan untuk berpindah.
Motor kapcai lebai Darus berhenti di bawah pokok depan salah sebuah rumah. Dia tersengih-sengih sambil mematikan enjin motor. Songkok di kepalanya pun di cabut lalu rambut di sikat kemas-kemas sebelum dia menyusup ke dalam pagar rumah tersebut.
KREKKK..
Pintu rumah itu pun terbuka. Seorang wanita dalam usia empat puluhan menyambut kedatangan lebai Darus.
"Mmm kenapa lambat sangat datangya lebai?"kata wanita tersebut. Rosni namanya.
"Heheh aku pergi minum kat warung jap tadi. Psst..suami kamu tak ada rumah kan malam ni?"
"Mestilah tak ada. Anak-anak pun dah lama masuk tidur. Jomlah masuk.."
Lebai Darus dan wanita isteri orang itu pun masuk lalu mengunci pintu.
Tanpa di sedari oleh Lebai Darus,sebenarnya dia telah di ekori oleh sebuah van hitam sejak dari warung yang di singgahinya tadi lagi.
Di dalam van hitam itu ada siapa lagi kalau bukan Arshad,Kabil dan Dalib. Rupanya lebai Darus yang turut terlibat menyertai rombongan persatuan penduduk membuat onar di rumah kotej itu sebelum ini juga adalah mangsa mereka yang seterusnya.
"Hm..lebai Darus dah masuk ke rumah sama bini Pak Anjang. Kaki melencong jugak rupanya orang tua ni"kata Kabil yang memandu van hitam tersebut.
"There you go..let's do our work"kata Arshad yang duduk di sebelah. Sementara Dalib pula duduk di kerusi belakang.
Tiga beradik itu melompat turun dan membawa keluar beberapa buah tangki minyak petrol. Malang seribu kali malang bila rumah yang di singgahi oleh lebai Darus itu telah di simbah dengan petrol.
Lebai Darus sempat keluar untuk melihat setelah bau petrol kuat semerbak dapat di hidu dari dalam rumah.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat tiga beradik itu.
"Kalian rupanya? Apa yang kalian sedang buat ni?"
Arshad tersengih.
Kabil dan Dalib lebih pantas menutup mulut orang tua itu sebelum kaki tangannya di ikat.
BUKK!
"Ughhh"
Lebai Darus terhumban kembali ke dalam rumah di tendang oleh Arshad. Pintu rumah itu pun di tutup sebelum pemetik api di nyala.
Tak lama kemudian penduduk sekitar mulai keluar dan riuh-rendah bila melihat api telah menjulang tinggi membakar rumah tersebut.
Van hitam yang di naiki oleh Arshad,Kabil dan Dalib telah berlalu pergi meninggalkan kawasan tersebut.
Keesokkan harinya berita rumah terbakar itu menjadi gempar di seluruh Desa Terpenchil. Lebai Darus di temui rentung bersama isteri Pak Anjang dan tiga orang anak wanita terbabit.
_________________
ADA sebuah warung kedai makan di bahu jalan simpang berhampiran sekolah rendah Desa Terpenchil yang sering menjadi singgahan penduduk.
Lori bengkel yang di naiki oleh Pak Othman dan Kazim singgah sebentar di warung tersebut. Cadangnya nak minum dan basah tekak sedikit selepas penat pergi menghantar dan mengambil barangan elektrik dari rumah pelanggan tadi.
Berita terkorbannya Lebai Darus dalam rumah yang rentung terbakar itu telah menjadi topik hangat perbualan para pelanggan warung tersebut tengahari itu.
"Apa dah jadi dengan Desa Terpenchil kita ni? Kau orang semua tak berasa pelik dan hairan ke? Lepas satu,..satu kejadian gempar menyusul. Dulu kes sekandang kambing penduduk mati kena tetak. Menyusul pulak kes Pak Amit hilang. Lepas tu Man Jani sama budak-budak bengkel dia pulak kena tangkap. Kemudian Wak Udon mati ngeri dalam mesin pengisar daging. Kes racun haiwan ternakkan Mat Sahar lagi..sekarang Lebai Darus pulak mati rentung dalam rumah terbakar..haih!"kata seorang pelanggan sambil menggeleng kesal.
"Itulah..dah dua tiga buah keluarga pulak berpindah dari sini. Aku bimbang lepas ni akan lebih ramai lagi penduduk lain yang pindah"kata pelanggan lain pula.
"Entahlah..kadang nampak macam kes kemalangan tidak di jangka..kadang rasa macam kes khianat pun ada"
Kazim bersama bapanya dan pelanggan lain hanya berdiam sambil menjadi pendengar sahaja. Dalam pada masa yang sama mereka juga turut terfikirkan seperti itu juga.
* * * *
"Yah..ayah perasan sesuatu tak dari perbualan penduduk kat warung tadi?"tanya Kazim ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Perasan apa Zim?"tanya Pak Othman yang memandu lori.
"Entahlah..tak tahulah kalau semua ni hanya kebetulan je atau apa..tapi nama-nama penduduk yang di sebut tadi rata-ratanya adalah ahli persatuan penduduk Desa Terpenchil kan?"terang Kazim.
Pak Othman berkerut dahi. Nama-nama itu meniti di benak fikirannya satu demi satu..Pak Amit,Man Jani,Wak Udon,Mat Sahar dan lebai Darus..memang sukar juga untuk menafikan hal tersebut.
"Iya tak iya jugak kata kau tu Zim. Haih..ada orang berdendam sama persatuan penduduk ke?"kata Pak Othman.
"Yah..katakanlah kalau orang itu memang berdendam dengan ahli persatuan penduduk,ayah jugak pun salah seorang dari ahlinya kan?"
Pak Othman meneguk air liur sebelum mengangguk.
"Orang ni memang berniat nak bunuh setiap ahli persatuan penduduk ke ayah?"soal Kazim.
Bapanya diam sahaja. Tetapi wajahnya tampak serius.
________________
"Yes..kita akan bunuh setiap orang yang terlibat dengan persatuan penduduk..especially wajah-wajah yang datang buat onar depan rumah kita dulu"tegas Arshad ketika duduk berbincang dengan Kabil dan Dalib di rumah kediaman mereka.
"Tapi macam mana pulak dengan Pak Othman ayah Kazim Shad? Dia pun salah seorang dari mereka jugak. Aku rasa macam tak patut pulak kalau kita..
"Hm well..well..Pak Othman we'll keep in view dulu Kabil. Maybe he's the last person to be murdered after we finish the rest of them. But however we can reconsider about it again before we take an action on him"ujar Arshad.
"Baiklah..tapi aku harap kita boleh mempertimbangkan semula tentang ayah Kazim nanti. Oh ya..lagi satu perkara Shad.."
"What is that?"
"Aku fikir kita patut jarakkan waktu membunuh antara seorang ahli persatuan penduduk dengan seorang ahli yang lain''
"Why?"
"Kalau tidak nanti penduduk akan mulai nampak perkaitan antara mereka. Ini bahaya pada kita,sebab hanya kita saja yang ada isu dengan persatuan penduduk"
"Oh man..i'm glad you remind me about that. Yeah sure..our murdering plan maybe will take a years to finished. If penduduk nak buat andaian dan teori untuk menuduh kita pun mereka perlu tunggu masa yang agak lama untuk membuktikan semua itu kerana ahli persatuan penduduk tidak di bunuh secara berturutan dalam jarak waktu yang berdekatan"
_________________
BULAN berganti bulan. Penduduk di Desa Terpenchil kembali menarik nafas lega bila tiada lagi berlaku kejadian-kejadian yang menggemparkan. Kali terakhir ada kes gempar ialah sewaktu Lebai Darus di temui rentung dalam kebakaran rumah kira-kira enam tujuh bulan yang lalu.
Kazim dan bapanya Pak Othman pun sedikit-sebanyak sudah mulai dapat menerima hakikat bahawa kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ini tiada kaitannya dengan orang berdendam pada persatuan penduduk seperti yang mereka fikirkan.
"Lupakan ajalah teori dendam tu Zim. Kalau iya pun ada orang berdendam dengan persatuan penduduk,sudah tentulah Pak Mahat dan Mat Sahar akan di cari dulu kerana mereka berdualah orang paling kuat dan lantang dalam persatuan. Sampai ke hari ini Pak Mahat dan Mat Sahar pun elok dan baik-baik saja"kata Pak Othman.
Kazim mengangguk dan mengiyakan saja kata-kata bapanya.
________________
MALAM itu ada berlaku pertengkaran lagi di antara Kabil dengan kekasihnya Akma dekat rumah kotej itu. Kedengaran bunyi tingkap pecah berderai di baling dengan sesuatu.
PRANGGG!
"Bodoh punya perempuan! hentikan!"cegah Kabil sambil merampas benda di tangan Akma.
"Jangan haraplah!"balas gadis itu lalu di balingnya benda itu ke tingkap lain pula.
PRANGG!
"Kau ni dah gila ke Akma?!"jerit Kabil.
"Ya! Aku memang dah gila! Anak dalam perut aku ni siapa yang nak bertanggungjawab nanti hah?! Dah lah aku kena halau dengan mak ayah aku..kau pulak nak lepas tangan..jantan tak guna!"
"Sialan!!"
Kabil naik meradang lalu di tariknya rambut gadis yang sedang sarat hamil itu dan di hempaskannya ke dinding.
"Arghhhhh!"
Akma berteriak kesakitan. Kepalanya berbelong-belong. Pandangannya mulai rasa kabur. Apabila di raba tangannya dekat kepala,darah sudah meleleh membasahi wajah.
"Bil..sakit Bil..tolong aku.."
Kabil mendengus kasar. Lalu di capainya sebilah pisau.
"Kau lebih baik mati je lah betina sundal"
"Aaaaaaaa!!"
Akma berlari keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah.
"Shad! Dalib! Tolong aku! Kabil nak bunuh aku!"jeritnya.
"Akma come here! I'm at the kitchen!"teriak Arshad dari dapur.
Gadis itu pun pergi ke dapur lalu mendapatkan Arshad sambil menangis teresak-esak.
"Don't worry Akma..you safe with me here"pujuk Arshad.
Akma berasa sedikit aman dan selamat.
"Tolonglah aku Shad..Kabil tak nak bertanggungjawab ke atas aku..huuu..isk..isk.."
"Calm down Akma..i will help you"balas Arshad sambil mengusap di belakang tubuh gadis yang sedang tersembam menangis tersedu-sedan itu.
"Kau nak tolong aku macam mana Arshad?"
Arshad tersengih sambil membuka laci dapur dan mencapai sebilah pisau.
"Now look at me"
Akma pun mengangkat wajahnya.
ZAPP!
Sepantas kilat Arshad menikam pisau itu ke perut gadis tersebut.
Gadis itu terbeliak sebelum terkulai layu lalu rebah ke lantai dalam keadaan berlumuran darah. Dia sudah tidak bernyawa lagi.
Kabil dan Dalib pun muncul di dapur.
"Fuh! senyap pun perempuan ni akhirnya"kata Kabil.
Arshad tersengih.
"As i told you before..i have a better solution for Akma"
"Maksud kau?"
Arshad pun memunggah mayat gadis hamil itu sambil di bantu oleh Kabil dan Dalib lalu di bawa ke bilik ruangan rahsia bawah tanah rumah kotej terbabit.
Nasib Akma juga tidak kurang malangnya seperti mangsa-mangsa bunuh tiga beradik itu. Selain kedua matanya di korek bersama buah pinggang,perutnya yang sarat itu juga turut di belah.
Janin bayi itu pun di keluarkan.
Geli-geleman Kabil dan Dalib rasakan apabila melihat sendiri potongan daging dari janin bayi yang masih berlumuran darah segar itu di mamah oleh Arshad.
"Damn..it taste so good"kata Arshad tersengih dengan bibir mulutnya merah-merah dek sisa darah.
BAB 24:Janin Bayi(tamat)
BERSAMBUNG...
Share this novel