26.Mangsa Seterusnya

Thriller Series 890

26.Mangsa Seterusnya.

KERETA yang di naiki oleh Arshad,Kabil dan Dalib baru tiba semula di Desa Terpenchil pada petang hari itu. Kabil dan Dalib yang pergi menjemputkan kepulangan Arshad dekat airport tadi.

Rupanya Arshad kini sudah melanjutkan pelajarannya di Australia sejak beberapa bulan yang lalu. Kepulangannya kini pun adalah kerana bercuti panjang.

"Ohh man..i really miss Desa Terpenchil..it's been six month i've been in Australia. Just now i got cuti panjang and back home again"kata Arshad''ujar yang duduk di sit sebelah sementara Kabil sendiri yang memandu kereta terbabit. Dalib pula duduk di belakang.

Suasana jalan panjang dengan rumah-rumah penduduk dan hutan belukar dekat Desa Terpenchil itu benar-benar menggamit kerinduan Arshad terhadap tempat itu. Enam bulan dia berada di Australia terasa seperti sudah agak lama dia meninggalkan desa tersebut.

Penampilan Arshad kini tampak jauh lebih segak bercermin mata dan berkemeja,sesuai dengan imejnya sebagai seorang pelajar di sebuah universiti ternama Australia.

Mungkin kerana ketiadaannya itulah Desa Terpenchil kembali aman tenteram dari kejahatannya adik-beradik. Adakah keamanan itu akan di gugat semula dengan kepulangannya?

Kereta yang di naiki itu pun berhenti seketika bersama kenderaan lain di saat besi penghadang jalan dekat laluan rel di turunkan untuk memberi laluan kepada keretapi yang akan melintas.

Tiba-tiba Arshad terdengar suara gelak tawa dari pemandu kereta yang berhenti di sebelahnya. Dia tidak menoleh ke luar tingkap. Akan tetapi dia terus memasang telinga.

"Baru hari ni nampak batang hidung budak tiga ekor ni. Duduk dekat Desa Terpenchil tapi macam kera sumbang tak mahu bergaul dengan masyarakat"kata si pemandunya sebelum di sambut ketawa oleh seorang dua lagi yang turut berada dalam kereta terbabit.

"Hahaha..dah tentulah mereka malu nak tunjuk muka atau bergaul dengan masyarakat setempat kita ni Usu Pudin..bapa mereka dulu kan penjenayah besar..penculik kanak-kanak..pembunuh!"

Kabil yang duduk di sit pemandu mulai berasa panas hati dan telinga.

PAKK!

Stereng kereta itu pun di hentaknya. Baru sahaja dia mahu keluar dari kereta tersebut untuk ajar pemandu di sebelah itu,Arshad pun menegah.

"Better don't Kabil.."bisik Arshad.

"Kau masih boleh bersabar lagi Shad? Mereka sedang mengata kat kita kau tau tak?

"Yeah i know dude..just let them laugh out loud now. Don't forget dude..i'm back now. Kita akan ajar mereka cukup-cukup nanti. But well..i am not sure who are they?"

Kabil pun menoleh dan memerhatikan ke setiap wajah dalam kereta di sebelah itu.

"Usu Pudin,Zam Rambo sama Hami. Ah..mereka kerja pengawal keselamatan kat stesyen keretapi nun"kata Kabil.

"Good! Then we gonna plan something bad for them later on"

Sebuah keretapi panjang dengan muatan gerabak-gerabak baru sahaja selesai menyeberang di hadapan. Ketika palang besi penghadang jalan itu sudah di angkat kembali,Arshad tersengih dan melambai kepada Usu pudin.

"Apa yang kau sengih dan lambai-lambaikan tu?"soal Usu Pudin.

"Nothing..i just wish take good care for you Usu Pudin. See you later..bye!"

                    _______________

RUMAH kotej itu masih tersergam indah sepertimana adanya. Dalib di lihat sedang sibuk menolak kereta sorong di penuhi dengan timbunan jerami-jerami kering untuk di beri makan kepada kuda-kuda peliharaannya di dalam bangsal.

Kabil pula sedang berehat dekat kerusi santai anjung rumah bersama bong dan paket-paket mengandungi daun ganja. Asap yang di sedut dari bong itu berkepul-kepul di hembus keluar dari mulutnya.

Sambil itu dia pun memerhatikan ke arah Arshad yang sedang leka membuat rakaman video di sekitar halaman rumah dengan sebuah camcoder yang baru di belinya.

"Wow..that was a very beautiful bird"kata Arshad saat terlihatkan seekor burung bertenggek dekat sebatang dahan.

Usai merakam,Arshad pun kembali ke anjung rumah dan duduk berbual bersama Kabil.

"Shad..aku rasa kita kena turun dan buat kerja-kerja kotor untuk pasaran gelap tu lagi"

"Is there any problem when i'm not at home?"

"Tak adalah..cuma wang simpanan kita dah nak susut. Lagipun dah setahun kot kita 'cuci tangan' tanpa buat sebarang keuntungan"

Arshad tersengih.

"I think so. Setahun is long enough untuk buat penduduk tidak mengesyaki atau mengaitkan kita dengan pembunuhan anggota ahli persatuan penduduk sebelum ni. Yeah dude..we are going to continue killing those people again but let start with Usu Pudin and the other two guy with him yesterday"

                     ________________

TERMINAL stesyen keretapi di Desa Terpenchil sudah beroperasi semenjak di tahun 80 an lagi. Malam tu keretapi terakhir yang tiba membawa penumpang ke stesyen terbabit kira-kira jam sepuluh malam.

Usu Pudin bersama Zam Rambo dan Hami bertugas sebagai pengawal keselamatan di terminal terbabit. Mereka pun meronda untuk memastikan tiada penumpang yang tertinggal sebelum stesyen terminal itu dapat melabuhkan tirai operasinya pada malam terbabit.

Satu demi satu unit gerabak keretapi itu di tinjau. Lampu-lampu utama di terminal pun sudah di tutup. Yang tinggal hanya lampu-lampu jenis bercahaya malap sebagai tanda isyarat bahawa terminal sudah melabuhkan tirai operasi.

Biasanya tiga orang pengawal keselamatan itu akan berpecah ke segenap pelusuk. Tempat duduk menunggu di dalam terminal akan di periksa kerana ia biasa di jadikan tempat tidur oleh gelandangan atau mana-mana individu yang tidak punya tempat bermalam.

Suluhan lampu picit Usu Pudin bersimpang-siur menyuluh sebelum terlihat seorang dua gelandangan tidur di bangku ruang menunggu.

"Hoi! bangun! bangun! Pergi berambus tidur kat tempat lainlah! Ini kawasan terminal bukan hotel percuma nak tumpang bermalam..blah! blah!"herdik Usu Pudin sambil hentak-hentak batang kayu cota di tangannya.

Seorang dari gelandangan itu kelam-kabut bangun dan beredar. Manakala yang seorang lagi buat bodoh sahaja dengan herdikkan Usu Pudin. Ini yang menimbulkan kemarahan pengawal keselamatan terbabit.

"Kau pekak kah? Kan aku dah suruh beramb..

ZAPP!

Belum sempat Usu Pudin menghabiskan kata-katanya,gelandangan itu sudah bangun meluru ganas lalu mencekik ke lehernya.

"Erghhh...erghhhhh!!"

Dengusan nafas gelandangan itu cukup kuat,kasar dan buas. Badannya tinggi dan besar tapi sedikit bongkok. Kepalanya terteleng-teleng dek kerana sindrom yang di alaminya.

Usu Pudin pun tidak berdaya melawan. Kayu cotanya di rampas dengan semudah itu sahaja.

Rambutnya di rentap ganas sebelum wajahnya di hempas ke dinding. Usu Pudin pun pengsan.

'Gelandangan' itu pun memikul tubuh pengawal keselamatan itu di atas bahunya sebelum berjalan pergi.

Sementara itu Zam Rambo dan Hami juga telah di serang oleh dua orang lain yang tidak di kenali.

                    ________________

PERLAHAN-LAHAN kedua mata Usu Pudin pun terbuka. Pandangannya silau dek cahaya lampu terang dalam ruangan bilik tersebut. Lelaki itu baru terjaga dari pengsan dan mamai-mamai serta sedikit kebingungan bila mendapati dirinya sedang terbaring di atas sebuah stretcher.

Bilik itu kelihatan asing baginya. Namun dalam sekilas pandang dia tahu bilik itu tidak ubahnya seperti sebuah klinik kerana terdapat rak botol-botol ubat,meja doktor,katil pemeriksaan pesakit dan sebagainya.

"Aku dekat mana ni?"

Usu Pudin pun bangun dan melihat ke segenap bilik klinik tersebut. Di lihatnya ada banyak kepingan foto-foto polaroid bersepahan di atas meja. Lalu di beleknya satu persatu.

Alangkah ngeri di rasakannya bila lihat gambar-gambar orang dalam keadaan berlumuran darah dengan mata serta beberapa organ tubuh mereka di korek.

Salah seorang darinya ialah Pak Amit yang kisah kehilangannya gempar kira-kira setahun yang lalu.

"Pak..Pak Amit?!!"

Terbeliak mata Usu Pudin. Tangannya mulai menggigil ketakutan melihat foto kondisi mayat Pak Amit berada dalam keadaan yang cukup mengerikan.

"Siapa..siapalah yang sanggup lakukan perkara tak berperikemanusiaan sampai macam ni sekali pada Pak Amit?"Usu Pudin menangis dan menggeleng kesal.

Kemudian dia menemui sekeping foto lain pula. Di dalam foto tersebut ada gambar gerombolan penduduk yang amat di kenalinya. Di antara mereka itu pula ada yang sudah di tandai dengan pangkah.

"Eh ini kan gambar ahli-ahli persatuan penduduk.."

Dahi Usu Pudin berkerut. Setahunya gambar ahli-ahli yang di pangkah itu adalah penduduk yang sudah mati sebelum-sebelum ini.

Lama-kelamaan barulah dia menyedari akan sesuatu.

"Jadi maknanya kematian mereka ni semua akibat di bunuh,di aniaya orang? Siapa yang merancang semua kerja-kerja gila ni? Siapa?"

Nafas Usu Pudin turun naik.

"Aku mesti dedahkan rahsia ni pada penduduk"

Baru sahaja dia mahu keluar dari bilik klinik bawah tanah itu tiba-tiba Arshad,Kabil dan Dalib pun muncul di pintu.

"Ah you dah jaga pun Usu Pudin..so sorry kerana terpaksa pengsankan you dulu,sebab bukan mudah nak operate tubuh Zam Rambo dan Hami. Ambil masa jugaklah"kata Arshad tersengih dengan uniform pembedahan di penuhi percikkan darah masih bersarung di tubuh.

Di tangannya yang masih di sarung dengan sarung tangan pembedahan itu terdapat gunting dan pisau yang masih basah dengan lumuran darah hanyir.

"Kau..kau orang rupanya?!"Usu Pudin tersentak. Di wajahnya terpamer rasa terkejut bercampur ketakutan.

"Yes we are. Why? Oh wait..you dah tengok gambar-gambar foto atas meja tu ya?"

"Celaka! rupanya kau oranglah dalang di sebalik kehilangan Pak Amit dan beberapa kejadian yang menimpa  penduduk sebelum-sebelum ni!"

"Hahaha..baguslah kalau you dah tahu tentang semua tu Usu Pudin. Now what can you do?"

"Aku akan hebahkan rahsia keji kalian! Biar semua penduduk Desa Terpenchil tahu binatang syaitan jenis apa kalian ni! Puih!"

Kata-kata Usu Pudin itu di sambut dengan hilai ketawa oleh Arshad,Kabil dan Dalib.

"Hahaha..that's so funny. How can you escape from this place Usu Pudin? Oh look at you..you tak lebih dari sekadar mangsa kami yang seterusnya selepas Zam Rambo dan Hami"

"Apa yang kalian dah buat pada Zam dan Hami hah?!"

"Kabil..Dalib..take him to the surgical operating room. Tunjukkan kat dia apa yang dah kita lakukan pada Zam Rambo dan Hami"

Usu Pudin di ikat sebelum di bawa pergi ke bilik pembedahan bawah tanah rumah kotej itu. Hatinya berasa tidak sedap sejurus melihat limpahan darah yang membanjiri lantai bilik tersebut melimpah keluar dari luar pintu bilik itu lagi.

Alangkah lemah kedua kaki Usu Pudin dan terasa dirinya seperti hendak pengsan tatkala melihat jasad kedua sahabatnya iaitu Zam Rambo dan Hami sudah terbaring di atas katil pembedahan dalam keadaan yang amat mengerikan. Dan begitulah jua nasib yang harus di tanggung oleh Usu Pudin. 

BAB 26:Mangsa Seterusnya(tamat)

BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience