32.Retribusi.
KETIKA dalam perjalanan pulang dari kawasan rumah penduduk yang terlibat dalam kebakaran itu,Pak Mahat menyedari ada kepulan asap menjulang tinggi dari suatu arah.
"Eh ada rumah terbakar lagi ke kat sana tu? Nampak macam kat arah rumah bangsal Mat Sahar je"fikir Pak Mahat sambil membuang pandangan jauh ke luar tingkap.
Walaubagaimanapun dia sendiri tidak begitu pasti akan hal asap tersebut.
Tak lama kemudian,kereta yang di naiki oleh Pak Mahat yang juga ketua persatuan penduduk itu pun muncul dekat sekitar laluan panjang di ladang tebu. Kawasan itu sudah agak jauh dari tempat tinggal penduduk malah sunyi dan lengang.
Kemudian muncul sebuah van hitam dari arah belakang.
Dia pun menoleh ke cermin pandang belakang.
"Celaka! bukan ke itu van hitam anak-anak Doktor Bachtiar tu?"
Van hitam tersebut dengan sengaja telah melanggar di bahagian belakang kereta Pak Mahat sehingga membuatkan orang tua itu naik meradang lalu berhenti di tepi jalan.
Dia pun keluar sebelum terkejut besar bila melihat kelibat Arshad.
"Kau..kau kan dah di sumbat ke penjara"
"If aku masih dalam penjara,then siapa nak pergi khianat dan siat kulit haiwan penduduk,bunuh Pak Ujai,bakar rumah penduduk yang kau pergi lihat tadi Pak Mahat? You're so naive..just like Mat Sahar also. Oh don't worry Pak Mahat..you boleh pergi temankan Mat Sahar kat dalam kubur now.."
"Apa yang kau tiga beradik dah lakukan pada Mat Sahar?! Cakap?"
Arshad tersengih.
"Don't you see ada asap menjulang tinggi dari arah kawasan bangsal perniagaan ayam itik Mat Sahar tadi Pak Mahat?"
Pak Mahat terkedu dan terbeliak biji mata. Hatinya berasa tidak sedap. Firasatnya memberitahu ada sesuatu yang buruk telah terjadi di tempat Mat Sahar.
"Hahaha..we already kill him and throw his body dalam bangsal ayam itik dia yang sedang terbakar tu"
"Tak guna! kamu tiga beradik ni bukan manusia lagi tahu tak?! Binatang!"maki Pak Mahat.
Arshad pun memberi suatu arahan dan isyarat jari kepada Kabil yang sedang duduk di sit tempat duduk pemandu van hitam.
Apa yang berlaku selepas itu cukup menyayat hati. Pak Mahat telah di langgar dengan van hitam itu.
PRANKKK!
"Arghhhhhh!""
Orang tua itu terhumban hingga tingkap hadapan keretanya pecah. Dia berguling-guling jatuh ke jalanraya dalam keadaan berlumuran darah.
"To..tolong aku..jangan..jangan.."rayunya di saat Arshad melangkah menghampirinya.
"Go to hell Pak Mahat. Puih!"
Sepertimana malangnya nasib Mat Sahar,begitu jugalah nasib Pak Mahat. Dia di gilis tayar van hitam itu sehingga melayang nyawa. Tiga beradik itu pun cepat-cepat pergi dari situ.
Malapetaka kebakaran yang terjadi benar-benar telah memesongkan perhatian setiap warga di Desa Terpenchil dari perancangan jahat membunuh penduduk yang di lakukan oleh tiga beradik itu.
Selepas membunuh Mat Sahar dan Pak Mahat,van hitam yang di naiki oleh Arshad,Kabil dan Dalib muncul pula ke kawasan ladang ternakkan persendirian milik Mat Boyot.
Lelaki gemuk bertopi koboi itulah yang bertanggungjawab memberkas dan mengikat Arshad sebelum di pertontonkan kepada warga penghuni di Desa Terpenchil tempoh hari.
Tadi dia pun ada di kawasan deretan rumah yang terlibat dengan kebakaran itu untuk memberikan bantuan bersama penduduk lain,namun Mat Boyot tidak dapat berlama-lama di sana. Dia terpaksa pulang untuk melihat-lihatkan ternakkannya.
Beliau belum menyedari malapetaka pembunuhan berantai itu sudah tiba di tempatnya pula.
Kemunculan Arshad benar-benar telah mengejutkan Mat Boyot. Akan tetapi nasib Mat Boyot tidaklah seburuk Mat Sahar dan Pak Mahat. Lelaki gemuk itu sekadar di belasah sahaja sehingga pengsan sebelum di culik pergi dengan van hitam tiga beradik itu.
________________
"Arghhhh..aaaaaaaa!"
Mat Boyot terbaring di katil pembedahan bilik bawah tanah rumah kotej itu sambil meraung kesakitan di saat perut buncitnya di belah dengan pisau pemotong besar tanpa sebarang suntikkan bius.
Darah membuak-buak keluar. Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana kedua tangan dan kakinya diikat selain menjerit dan mengalirkan air mata sambil menggigil-gigil menanggung azab.
Arshad si pemuda psikopat berambut kerinting bercermin mata itu sekadar tersengih. Dia bersama Kabil dan Dalib masing-masing lengkap menyarung tubuh dengan sut pembedahan,topi dan sarung tangan.
"Aaaaahh..lebih baik kau bunuh je lah aku cepat.."pinta Mat Boyot.
"No..no..no..let us see first,how long you can survive from this torture and pain Mat Boyot..ohh damn..look at your flabby stomach..it so big right? Now we gonna do disembowelment to see what was in there"
Perut besar itu di koyakkan sebelum Arshad menyauk tangannya dan merentap keluar usus-usus perut Mat Boyot sebelum lelaki gemuk itu melayang nyawanya di saat itu juga.
"Dia dah mati"kata Kabil sambil memeriksa denyut nafas dan nadi Mat Boyot.
"Good. Now let's take his organ"
Beberapa jam kemudian,organ-organ utama di tubuh Mat Boyot seperti bebola mata,paru-paru dan buah pinggangnya pun telah berjaya di miliki untuk di jual melalui pasaran gelap.
______________
DUA HARI KEMUDIAN..
MEGA mendung bersama awan hitam memayungi seluruh Desa Terpenchil. Kazim sekeluarga bersama para penduduk lain terpaksa berpayung buat melindungi diri dari rintik-rintik hujan yang mulai turun di kawasan tanah perkuburan itu.
Jenazah Mat Sahar,Pak Mahat dan beberapa orang lagi penduduk yang terkorban dalam malapetaka kebakaran itu telah selamat di kebumikan.
Sewaktu mereka bersurai untuk pulang,Kazim terdengar perbualan bapanya dengan seorang penduduk lain.
"Mana Tuan Kadir tahu?"tanya Pak Othman.
"Doktor yang bedah siasat mayat Mat Sahar tu sahabat baik aku..dia yang beritahu terdapat kesan tikaman pada perut arwah yang rentung tu"
"Jadi maknanya Mat Sahar bukanlah mati kerana terperangkap dalam kebakaran..dia di bunuh orang begitu?"soal Pak Othman.
"Betul Pak Othman..lebih kurang begitulah"
"Haih..apalah nak jadi dengan Desa Terpenchil kita ni Tuan Kadir..dalam sekelip mata musibah datang meragut banyak nyawa"
"Entahlah Pak Othman. Penduduk kita pun dah semakin berkurangan. Ramai yang bimbang dan mula menyuarakan hasrat hati mahu berpindah. Seolah-olah Desa Terpenchil ni dah jadi tempat yang tidak selamat untuk di diami"
Kazim yang berjalan di belakang bapanya dan Tuan Kadir hanya mampu meneguk air liur. Otaknya ligat berfikir tentang sesuatu. Dia kembali teringatkan tentang foto polaroid dan perancangan jahat tiga beradik itu untuk membunuh ahli persatuan penduduk.
"Eh,kalau di ikutkan memang giliran Mat Sahar dan Pak Mahat pun yang akan mereka bunuh seterusnya. Sekarang semua tu dah berlaku. Adakah semua ini kebetulan?"getus hati Kazim.
Akan tetapi Kazim berasa sedikit sangsi dan ragu kerana setahunya Arshad masih sedang meringkuk dalam penjara. Dia tidak fikir Kabil dan Dalib sanggup hendak meneruskan perancangan jahat itu tanpa Arshad.
Ada satu cara yang di fikirkan oleh Kazim untuk memastikan samada semua itu kebetulan atau tidak. Ia bergantung pada giliran orang yang seterusnya akan di bunuh.
"Aji Mozaid adalah ahli persatuan penduduk seterusnya yang akan di bunuh"kata Kazim.
Dia sudah mengingati akan nama-nama dan angka giliran itu. Namun begitu Kazim tidak mahu Aji Mozaid menerima padah sekiranya hal itu benar. Jadi dia harus melakukan sesuatu.
_______________
BEBERAPA hari kemudian beberapa orang penduduk telah membuat keputusan untuk berpindah. Desa Terpenchil selepas ini akan semakin bertambah sunyi,lengang dan berkurangan jumlah penduduknya.
Petang minggu itu Kazim sendiri yang memandu lori bengkel bapanya dan pergi menghantar barangan elektrik yang sudah siap di baiki ke rumah pelanggan. Kebetulan pula Aji Mozaid adalah salah seorang dari pelanggan itu.
"Haa Zim..dah siap baiki ke cerek yang Pak Aji hantar kat bengkel ayah kau hari tu?"Aji Mozaid menyambut di pagar.
"Dah siap Pak Aji"balas Kazim.
Cerek itu pun di bawa turun dari muatan belakang lori.
Aji Mozaid berpuas hati dengan cerek yang sudah di baiki itu. Kazim melihat deretan rumah jiran-jiran Aji Mozaid telah banyak yang kosong. Dia pun bertanyakan tentang hal itu.
"Ramai yang pakat pindah Zim. Kau pun tahu-tahu sajalah keadaan kat Desa Terpenchil ni..macam-macam kes dan bencana berlaku. Ramai yang berasa tidak selamat dah"
"Pak Aji sekeluarga berpindah jugak ke?"tanya Kazim.
Jauh di sudut hati Kazim berharap agar Aji Mozaid mengambil keputusan yang sama sepertimana jiran-jirannya yang lain agar terhindar dari niat dan perancangan jahat tiga beradik itu. Lagipun nama dan giliran Aji Mozaid adalah orang yang akan di bunuh seterusnya.
"Tak tahu lagilah macam mana Zim. Mungkin kena tengok keadaan dulu. Kau rasa macam mana?"
"Kalau saya berada di tempat Pak Aji mungkin saya akan ikut jejak jiran Pak Aji dengan berpindah. Lagipun dah sunyi lengang kat kejiranan ni. Dari segi keselamatan tu agak berkurangan''kata Kazim.
"Iyalah Zim..nanti aku pertimbangkan semula rancangan untuk berpindah. Ada benar juga kata-kata kau tu"
NAMUN sayangnya Aji Mozaid terlalu berlengah dan memandang ringan akan hal ini. Kira-kira seminggu kemudian,deretan rumah di kejiranan Aji Mozaid pula habis musnah di sambar api.
Ketika kejadian itu berlaku,Aji Mozaid tiada di rumah. Dia berada di kebun miliknya. Akan tetapi ahli keluarganya dan sebuah dua lagi keluarga lain yang masih menghuni di situ telah terkorban kesemuanya dalam kebakaran dahsyat itu.
Apa yang lebih memeranjatkan ialah Aji Mozaid telah di temui rebah dengan mulut berbuih dan meninggal dunia di kebunnya bersama sebotol racun yang di percayai telah di minum olehnya.
Sekeping nota turut di temui di sampingnya.
'MAAFKAN AKU KERANA TERPAKSA BAKAR DERETAN RUMAH DI KEJIRANAN AKU TU. AKU HARAP DENGAN MEMINUM RACUN NI DAPATLAH MENEBUS KEMBALI SEGALA PERBUATAN AKU- AJI MOZAID'
Ramai yang kesal dan marah dengan apa yang berlaku. Tak kurang juga yang mencemuh Aji Mozaid di atas apa yang telah di lakukannya. Namun begitu hal ini telah membuka mata Kazim. Dia percaya Aji Mozaid sebenarnya telah di aniayai dan di paksa minum racun serta mengakui segala perbuatan membakar deteran kejiranannya itu.
Lebih dari itu Kazim juga percaya hal ini bukan lagi kebetulan. Dia percaya tiga beradik yang menghuni di rumah kotej itu mungkin adalah dalangnya. Mereka telah merancang untuk melakukan retribusi secara besar-besaran. Buktinya ialah giliran pembunuhan Aji Mozaid telah benar-benar menjadi kenyataan.
BAB 32:Retribusi(tamat)
BERSAMBUNG...
Cerita ini akan tamat dalam masa dua minggu dari sekarang..sehari sebelum raya kot..entahlah. btw thanks for reading.
Share this novel