36.TAMAT.
FOTO gambar-gambar ngeri di mana beberapa ahli persatuan penduduk telah di bunuh dengan kejam lalu di korek mata,paru-paru dan buah pinggang itu cukup menyayat hati Tok Jenal.
"Jadi kamu tiga beradiklah yang bunuh mereka semua? Tapi kenapa?"
"Inilah akibatnya bila penduduk bersikap prejudis terhadap kami. Alangkah baiknya kalau orang tua ini tak bermulut lancang dan memulakan semua ini dulu"kata Kabil pula lalu melemparkan foto Pak Amit si peniaga warung yang kehilangnnya masih menjadi misteri hingga ke hari ini.
Tok Jenal hanya mampu menggeleng kepala kesal dan sedih melihat foto Pak Amit terbaring di atas katil bedah dalam keadaan berlumuran darah setelah di autopsi tubuhnya sehingga melayang nyawa. Selain Pak Amit ada beberapa orang lain lagi seperti Usu Pudin dan Mat Boyot turut mendapat nasib yang sama.
Kemudian Arshad memainkan pula tayangan video sewaktu Pak Mahat di langgar dan gilis dengan van hitam oleh tiga beradik itu melalui camcoder yang ada di bawanya sekali.
Selepas itu video Mat Sahar di humban ke dalam bakaran api bangsal peliharaan ayam itiknya.
"Cukup! Cukup! Aku tak sanggup lagi nak tonton semua ni! Kamu bertiga ni sememangnya binatang seperti bapa kamu juga! Puih!"maki Tok Jenal yang sudah berlinangan air mata menyaksikan kekejaman anak-anak Doktor Doel Bachtiar itu.
"Kabil..Dalib! Teach him!"arah Arshad..
Alangkah malang nasib Tok Jenal. Orang tua itu telah di belasah oleh Kabil dan Dalib. Tubuhnya di pijak dan dan injak-injak sehingga nyawa-nyawa ikan.
"Go to hell Tok Jenal!"kata Arshad sebelum menikam lelaki tua itu berkali-kali.
Tok Jenal terbujur kaku dalam limpahan darah setelah melayang nyawa.
Arshad melihat ke jam tangannya.
"Times up dude. We must go back home now"
Kabil dan Dalib pun mengemaskan semula foto-foto dan pisau yang di gunakan buat menikam Tok Jenal. Tiga beradik itu pun beredar pergi dengan van hitam mereka.
Sementara itu Badok yang berada di dalam bangsal Mat Boyot sedang melapah dan menyiat kulit seekor kuda yang telah di tumbangkannya. Lelaki bertubuh besar yang sedang di buru oleh pihak berkuasa itu masih belum menyedari pihak polis sedang dalam perjalanan ke tempat itu.
Beberapa buah kereta peronda polis pun tiba tak lama kemudian lalu mengepung kawasan bangsal persendirian milik Mat Boyot setelah menerima aduan dari Kazim yang pergi ke balai.
Badok begitu terkejut dan tidak menjangkakan akan hal tersebut. Lebih malang lagi nasibnya bila dia mendapati ada mayat lelaki tua berlumuran darah sedang terbaring di laman bangsal.
Ketika bangsal itu di serbu oleh sekumpulan anggota polis bersenjata,Badok yang agak panik telah membuat suatu tindakkan bodoh dengan menyerang pihak polis dengan parang panjang yang di gunakannya untuk melapah kuda di dalam bangsal.
Akibatnya lelaki bertubuh besar itu telah di tembak sehingga mati.Jasad Badok terbujur kaku.
Tak lama kemudian van hitam yang di naiki oleh tiga beradik itu pun tiba di terminal lapangan terbang Antarabangsa Subang. Arshad bersama beg bagasinya telah selamat berlepas ke Australia. Cuti panjangnya telah berakhir. Dia harus menyambung kembali pelajarannya di Univerisiti.
BERITA kecundangnya Badok di tangan pihak polis telah menggemparkan seluruh Desa Terpenchil keesokkan harinya. Polis mempunyai cukup bukti untuk mensabitkan lelaki yang juga 'orang luar' paling di kehendaki itu dengan kes khianat haiwan dan kes bunuh dengan penemuan mayat Tok Jenal serta kuda yang mati di lapah dalam bangsal.
Sementara itu Kazim dan familinya menarik nafas lega apabila bapanya Pak Othman telah di temui selamat walaupun pengsan di belasah dan diikat.
DESA Terpenchil telah kembali aman sepenuhnya. Sejak kecundangnya Badok pada malam itu,tiada lagi berlaku kejadian-kejadian gempar dan khianat. Akan tetapi desa itu semakin lengang dan sunyi. Sebahagian besar penduduknya telah berpindah. Hanya beberapa kerat sahaja keluarga yang masih menetap tinggal di sana.
Kazim dan familinya juga turut berpindah. Pak Othman sendiri pun sudah serik untuk tinggal di desa itu. Kematian Tok Jenal benar-benar meninggalkan bekas di jiwanya. Semua bekas itu telah menjadi kenangan hitam dalam hidupnya.
Sungguhpun penduduk di Desa Terpenchil sudah mampu menarik nafas lega,namun hakikat dan dalang sebenar di sebalik setiap kejahatan dan angkara yang pernah di lakukan oleh anak-anak Doktor Doel Bachtiar masih terus menjadi rahsia yang tidak pernah di ketahui oleh mereka.
Badok hanyalah 'kambing hitam' yang bukan sahaja telah berjaya mengaburi mata penduduk,malahan pihak berkuasa.
Kelicikkan Arshad dan dua orang adiknya telah menyebabkan tiga beradik itu terus hidup bebas tanpa pernah di curigai.
Malahan Kazim sendiri pun di akhir-akhirnya mulai ragu tentang keterlibatan tiga beradik itu kerana menurut bapanya,sewaktu lori yang di naiki bersama Tok Jenal di tahan,dia telah di belasah dan culik oleh Badok,dia tidak pernah pula terlihat akan kelibat tiga beradik tersebut.
Lama-lama Kazim mulai percaya yang Arshad dan adik-adiknya mungkin benar-benar tidak terlibat. Malah Kabil sendiri di lihat datang ke balai saat kereta Rolls Royce keluarganya di bakar serta kuda peliharaannya mati di khianat dek orang. Ini di tambah dengan kelibat Arshad yang tidak pernah lagi di temui oleh Kazim semenjak pemuda itu tertangkap oleh polis dahulu.
Begitulah kisah ngeri yang menyelubungi Desa Terpenchil. Tahun demi tahun mulai berganti. Kisah silam itu pun kian di lupakan orang. Di saat pekan,desa dan bandar di tempat lain kian pesat membangun,Desa Terpenchil tetap seperti itu juga adanya. Tiada pembangunan dan kemajuan.
Meskipun masih ada sejumlah kecil penduduk yang masih menghuni dan mengusahakan sederet bangunan perniagaan mirip pekan mini,namun sebahagian besar rumah-rumah yang ada di sana sudah terbiar di mamah semak-samun dan belukar.
______________________
BERBELAS TAHUN KEMUDIAN....
TERMINAL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur agak sesak dengan warganya. Kazim terpaksa mencelah-celah dan berlaga bahu dengan orang. Kalau di ikutkan dia sudah agak sedikit lewat.
"Excuse me...sorry"kata Kazim ketika terlanggar seorang pelancong.
"It's ok"balas si pelancong itu dengan senyuman ramah.
Kazim membalas senyuman itu dan mengangguk sebelum langkah kakinya di lajukan menuju ke ruangan tempat menunggu untuk berlepas. Kazim bukan lagi remaja yang dahulunya gemar berpeleseran dengan motor Scrambler. Beliau kini seorang lelaki dewasa berusia awal tiga puluhan yang agak sibuk dengan perniagaan kedai bunga yang di usahakannya.
"Aduhai lambat dah ni.."Kazim merungut sambil melihat ke jam tangan.
Ketika lalu di deretan premis kedai-kedai dan restoren dalam terminal KLIA itu, Kazim secara tidak sengaja ternampak sebuah majalah dekat rak kedai pasaraya. Langkah kakinya pun terhenti saat melihat gambar seorang lelaki segak berkepala botak licin dan bercermin mata dengan tuksedo mahal menghiasi muka hadapan majalah berkaitan individu dan kerjaya profesional.
Kazim kenal lelaki itu. Sudah lama dia mengenalinya. Sejak berbelas tahun lalu dan di saat dia masih muda remaja.
"Arshad?!"
Kazim meneguk air liur. Dia memang tidak salah lagi akan hal itu. Akan tetapi Arshad yang di lihatnya dekat majalah itu adalah seorang lelaki yang amat berbeza dari apa yang di kenalinya dahulu. Arshad kini adalah seorang lelaki yang amat berjaya dalam lapangan kerjayanya sebagai seorang penerbit dan pengarah produksi perfileman serta mempunyai nama professional nya tersendiri sebagai Shadim.
Menurut agakkan Kazim, mungkin Arshad berubah setelah dia di bebaskan dari penjara.
Kazim tahu nama Shadim itu adalah gabungan kombinasi nama panjangnya iaitu Arshad Dimanuel.
Apa pun Kazim berasa senang melihatkan perubahan diri Arshad terkini. Dia percaya setiap orang itu pastinya boleh berubah apabila tiba masanya. Kazim juga amat pasti Arshad atau Shadim kini bukan lagi pemuda psikopat yang hidup dalam bayangan pembunuh sadis mengerikan seperti dahulukala.
Tiba-tiba kocek seluar Kazim bergetar dengan bunyi rington panggilan dari adik perempuannya yang masuk ke henfon. Cepat-cepat dia menjawab panggilan tersebut.
"Haa Dilla..sori..sori..semua orang dah ada kat sana ke? Along kat KLIA dah ni..tengah jalan ke sana. Okey..okey jumpa nanti"
Kazim tiba di ruang menunggu. Ahli keluarganya yang lain semua telah berkumpul di situ. Hari ini ibu dan bapanya akan berangkat pergi makan angin ke Bali Indonesia.
"Along oi...lambatnyalah..nasib baik mak sama ayah belum bertolak lagi"adik-beradik dan ipar Kazim dah bising-bising.
Kazim tersengih-sengih sebelum bersalam-salam dengan ibu dan ayahnya. Sibuk benar bekerja sehingga jarang-jarang dapat balik bertemu dengan orang tuanya.
"Ingat kau tak datang tadi Zim"kata Pak Othman yang kini sudah agak sedikit berusia.
"Datang yah...mesti datang"
"Along kalau tak lewat memang tak sah ya long''
"Along kau orang malulah tu..dia risau orang asyik tanya dia bila nak kawin..asyik kerja je manjang"kata ibunya Jadariyah.
"Mana ada mak"nafi Kazim.
"Carilah bini Zim..hidup kau tu tak teruruslah mak tengok. Adik-adik kau semua dah berumahtangga"kata ibunya.
"Malaslah mak..nanti-nanti lah. Sibuk kat kedai bunga tu"balas Kazim dengan jawapan yang cukup klasik dan sudah boleh di agak.
Berdekah-dekah ahli keluarganya ketawa.
"Hahahahaha"
KAZIM berdiri sambil melihat ke luar melalui dinding kaca di ruangan tempat menunggu. Pesawat Boeing yang di naiki oleh ibu dan ayahnya sudah pun selamat berlepas dan terbang di langit biru. Dia bersama adik-beradik dan ipar duainya pun berpisah dan bersurai di situ.
Sewaktu berjalan meredah warga ramai di terminal KLIA itulah tiba-tiba Kazim terdengar suaranya di teriak oleh seseorang.
"Kazim!"
Dia pun menoleh ke sekeliling sebelum melihat seorang lelaki segak berkepala botak licin dan bercermin mata sedang menolak bagasi pakaian dan melambai ke arahnya.
Kazim meneguk air liur. Baru sahaja tadi dia melihat lelaki itu terpampang di muka hadapan sebuah majalah berkaitan kerjaya profesional. Sekarang ini lelaki itu benar-benar telah muncul menyapanya.
"Ar..Arshad?"
"Long time no see Kazim. It's been a years. I'm glad you still remember me..kau apa khabar sekarang?''
"Khabar baik Shad. Ya,berbelas tahun lamanya kita tak berjumpa"
Kazim dan Arshad bersalam-salaman dan berpelukkan seperti dua orang sahabat yang sudah lama terpisah. Kenangan silam yang hitam dan buruk itu telah di buang jauh-jauh. Kini masing-masing pun telah meningkat dewasa dan matang. Kazim percaya Shadim sudah berubah sepenuhnya. Dia bersedia menjalin persahabatan kembali dengan lelaki itu.
Dua sahabat itu singgah di sebuah premis Coffee House di dalam terminal dan duduk minum sambil bersembang. Arshad rancak bercerita tentang produksi perfileman indie miliknya serta kejayaan-kejayaan menerbitkan beberapa buah filem. Kazim tumpang gembira dan senang mendengar cerita kejayaan Arshad. Nyata sahabatnya itu kini lebih positif dan serius dengan karier hidupnya.
_____________
DUA TAHUN KEMUDIAN...MAC 2010.
"What's wrong Zim? It seems like you have a big problem. Just tell me. Mana tahu kalau aku boleh bantu kau"kata Arshad ketika bertemu dan lepak minum bersama Kazim di sebuah mall ternama.
"Haih..entahlah Dim. Biasalah bila kita dah terlibat dalam hal-hal perniagaan ni. Masalah kewangan pasti akan ada...
"How much do you need? Just tell me"kata Shadim sambil menepuk mesra ke bahu Kazim.
"Dalam 10K. Tak apalah. Pandai-pandailah aku cuba buat loan dengan bank nanti"
"No..no.. don't. I will help you. 10 K tak banyak mana Zim"tawar Shadim.
"Betul ke ni Dim?"
Shadim tersenyum sambil mengangguk.
"If engkau nak buat loan dengan bank,they will ask you to pay double for interest. Kau tak perlu bayar interest pun dengan aku. Bayarlah bila-bila masa kau senang"
Hal ini amat menggembirakan Kazim. Dia pun bersetuju.
"Err..but you gonna help me for something.."
"Baiklah..kau nak aku tolong apa?"
"Ah very easy dude. Aku nak bawa kru produksi perfileman aku untuk buat shooting penggambaran dekat rumah kotej tu. But I'm so shy to admit that I was actually living there. Well you know..takkanlah seorang pengarah produksi perfileman nak mengaku dia tinggal di rumah kotej tua dan nampak menyeramkan macam tu kan?"
Kazim tersenyum dan mengangguk.
"Ya aku faham...betul jugak kata kau tu. Reputasi kau boleh jatuh kalau kau buat macam tu"
"Oh man..I'm glad you understand me. Hm so aku nak kau just pretend to be an owner of the house. Is it ok for you Zim?"
"Itu je kerja yang kau nak minta aku tolong kau?"
"Yes bro..itu je. Then enjoy your 10K"
Kazim tersenyum dan mengangguk. Permintaan Shadim itu terlalu mudah untuk di lakukannya. Dan Kazim juga tidak nampak sebarang kesalahan untuk berlakon sebagai tuan punya rumah kotej itu. Lagipun dia sendiri sudah amat terdesak memerlukan sedikit bantuan kewangan.
(TAMAT)
Seperti yg pernah Sy beritahu dulu..bab ending ini adalah mukaddimah permulaan kpd siri MORBID 1. Then apa yg terjadi selepas Kazim mendapat wang sebanyak 20k dari Shadim? Rasanya anda pun dah sedia maklum kn..klu anda dah lupa,silalah ulang baca siri MORBID 1 semula. Well Sy nk ucapkan terima kasih kpd readers sekalian dan di kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN- Nofolo O' Folobek.
Share this novel