35.Lori Pindah.
KETIKA Pak Othman sedang sibuk membantu famili Tok Jenal memunggah barang ke dalam lori,Kazim pula sedang terpaku melihat ke arah beberapa bilah pisau berdarah yang terpacak di luar pintu rumah Tok Jenal.
Kazim percaya tiga beradik itu sengaja berbuat demikian untuk menakut-nakuti Tok jenal.
"Zim!"teriak Pak Othman.
Kazim pun menoleh ke arah bapanya. Kerisauan terpamer jelas di wajah orang tuanya itu.
"Desa ni dah tak selamat lagi Zim. Tok Jenal sekeluarga pun dah nak berpindah. Kita pun kena berpindah secepat mungkin. Kalau boleh hari ni jugak kita berkemas. Kau pergilah pulang beritahu kat mak kau. Ajak Mizan sama Adlan bantu punggah barang-barang yang penting ke dalam lori"
"Betul ke ni ayah?"soal Kazim bagai tidak percaya. Walhal inilah yang di harap-harapkan oleh Kazim sejak dari awal lagi. Cuma bapanya itu masih terfikir-fikir dan hatinya berbelah bahagi untuk berpindah kerana berasa sayang hendak meninggalkan bengkel membaiki peralatan elektriknya di Desa Terpenchil ini.
"Dah tak boleh berlengah-lengah lagi Zim. Berapa kerat je keluarga yang tinggal kat desa kita ni sekarang..kalau di tunggu-tunggu lagi,esok pintu rumah kita pulak di pacak pisau dek orang"ujar Pak Othman.
"Bengkel ayah macam mana pulak?"
Pak Othman membuka cermin mata dan meraut ke wajahnya. Memang terasa berat di hatinya untuk berpindah.
"Nyawa lebih penting dari bengkel tu Zim. Silap ayah jugak kerana masih berlengah-lengah nak buat keputusan"
Kazim tersenyum dan mengangguk. Tiada yang lebih melegakan hati dan perasaannya daripada berpindah keluar dari Desa Terpenchil itu. Lagipun inilah satu-satunya cara bagaimana bapanya dapat terselamat dari perancangan jahat Arshad dan adik-adiknya.
"Baiklah yah"
_________________
DAMAI dapat di rasai dalam suasana petang di sekitar rumah kotej itu. Dalib seperti biasa sedang sibuk memberi makan kuda-kuda peliharaannya di dalam bangsal. Arshad dan Kabil pula sedang rancak bersembang dekat anjung luar rumah.
"Hahaha..aku rasa Tok Jenal pasti dah takut separuh mati bila jumpa pisau-pisau berdarah yang kita pacak ke pintu rumah dia tu"kata Kabil.
"Yes dude..it's good to scare him to death first before we kill him later"balas Arshad.
''Aku rasa kita tak boleh bertangguh lama lagi Shad. Takut dia berpindah dan kita terlepas nak bunuh dia macam kes Bahadun sebelum ni"
"Damn!..aku nyaris terlupa tentang sesuatu"kata Arshad.
"Apa dia tu?"
"Tonight i must take a flight to Australia. Oh damn..kita terlalu sibuk dengan rancangan nak bunuh ahli persatuan penduduk sampai terlupa tentang cuti panjang aku yang dah berakhir"
"Tak boleh tangguh dulu ke Shad?"
"Tak boleh Kabil. I must go back to Australia to further my study. Lagipun tiket penerbangan dah beli lebih awal"
"Habis tu macam mana dengan rancangan kita nak bunuh Tok Jenal? Tinggal dua subjek je lagi Shad..kalau nak tunggu kau pulang bercuti lagi nanti aku rasa kita akan terlepas dia"
"Who is our next target after Tok Jenal?"
Kabil berasa sedikit berat hendak menyebutkan nama subjek terakhir mereka.
"Dude..who?"
"Pak Othman..ayah Kazim"
Arshad pun melihat ke jam tangannya.
"Hm..we still have a couple hour right?'
"Terpulang kat kau'
"Let's do it now"
"Nanti kejap..bagaimana dengan Pak Othman? Aku tak fikir kita patut.."
Arshad terfikir-fikir buat seketika.
"I don't think we have enough time for Pak Othman. Unless we meet him and Tok Jenal in the same time''
Kabil mengangguk.
Sementara itu Badok yang sudah lama menyembunyikan dirinya di rumah kabin tersorok dekat dalam hutan belakang rumah kotej itu sudah mulai berasa bosan akibat terkurung dan tidak bebas hendak ke mana-mana akibat di buru pihak polis atas kegiatan khianat haiwan yang di lakukannya sebelum-sebelum ini.
Dia pun memberitahu kepada tiga beradik itu agar menurunkannya di suatu tempat.
"Kau orang hantar je aku ke bangsal kawasan persendirian Mat Boyot. Aku nak lapah dua tiga ekor kuda yang masih tinggal tu dan rembat semua kulit-kulitnya"kata Badok.
"Ok dude..well..actually we have a job to offer you. Kau berminat tak?"
"Kerja apa?"
"Just follow us"
Badok pun mengikuti tiga beradik itu menaiki van hitam itu. Kerja apakah yang di tawarkan oleh Arshad kepada Badok?
______________
SENJA sudah berlabuh dan berganti pula dengan waktu malam. Kazim bersama ibu dan adik-adiknya sudah bersiap-siap untuk bertolak. Segala macam barang yang penting-penting sudah di punggah masuk ke muatan belakang lori. Cuma bapanya Pak Othman masih belum pulang-pulang dari rumah Tok Jenal sejak petang tadi lagi.
"Aih ayah kau orang ni dah pergi mana pulak? Takkan tak reti-reti nak balik kot?"ibu Kazim merungut sambil memangku dua orang bayi kembarnya.
Kazim mulai berasa resah-gelisah. Dia pun capai helmet dan kunci motor.
"Mak sama adik-adik tunggu dekat rumah jap. Biar Zim pergi tengokkan ayah kat rumah Tok Jenal"
SETIBANYA di sana,Kazim lihat rumah Tok Jenal sudah bergelap. Pagar rumahnya juga sudah di kunci dengan rantai mangga. Melihatkan keadaan itu Kazim amat pasti keluarga Tok Jenal sudah selamat bertolak pergi.
"Takkanlah ayah pergi ikut mereka sekali kot?"fikir Kazim.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang saja ke rumah. Ketika dalam perjalanan pulang itulah Kazim terlihat lori yang sama sewaktu mengangkut barang-barang perabot di rumah Tok Jenal petang tadi. Dia pun mengekori dari belakang.
Kazim lihat barang-barang perabot rumah Tok Jenal pun masih ada di dalam muatan belakang. Inilah yang menimbulkan kecurigaan di hati Kazim.
"Kenapa barang-barang tu masih tak di hantar lagi? Pemandu lori ni buat apa melilau-lilau di desa ni lagi?"fikir Kazim bila kenderaan yang di ekorinya itu di lihat memilih suatu jalan yang agak asing dari jalanraya utama di Desa Terpenchil.
"Ini bukan ke jalan nak pergi ke kawasan tanah persendirian Mat Boyot? Dia nak buat apa pergi ke sana?"getus hati Kazim bertambah curiga.
Dia pun terus mengekori.
Seperti di jangka,memang lori itu berhenti di luar pagar kawasan bangsal persendirian Mat Boyot. Kazim berhenti dan memerhatikan dari jauh. Seorang lelaki bertubuh agak besar dan berambut panjang melompat turun dari sit pemandu lori.
Kazim berasa amat terperanjat.
Lelaki itu pernah di lihatnya melalui kertas flyer 'Orang Paling di Kehendaki' yang di tampal oleh pihak polis secara merata-rata di sekitar Desa Terpenchil berikutan kes khianat haiwan dan pembunuhan Pak Ujai sebelum ini.
Kazim masih ingat lagi sewaktu kejadian itu berlaku dulu,seorang penduduk bernama Fendi telah menjadi saksi perbuatan lelaki tersebut.
"Itulah orang luar yang di buru oleh pihak polis sebelum ni"kata Kazim.
Dia baru berkira-kira mahu pergi ke balai polis,namun lelaki bertubuh besar itu di lihat telah membawa turun dua orang lelaki dari muatan belakang lori.
Akan tetapi dalam jarak penglihatan yang agak jauh di tambah suasana malam begitu,Kazim tidak dapat memastikan siapakah dua orang lelaki tersebut.
Hatinya berasa tidak sedap.
"Entah-entah ayah sama Tok Jenal tak?"fikir Kazim.
Tak bertangguh Kazim pun bertolak pergi menuju ke balai polis.
________________
BADOK pun meletakkan tubuh dua orang lelaki pengsan yang baru di bawa turun dari muatan lori tadi dekat halaman dalam kawasan bangsal persendirian Mat Boyot.
Rupanya sebuah van hitam dan tiga orang lain sudah menanti dalam kawasan tersebut sejak dari tadi lagi.
Mereka pun bukan siapa-siapa melainkan Arshad,Kabil dan Dalib sendiri. Rupanya mereka telah meminta bantuan Badok untuk menahan lori yang di naiki oleh Tok Jenal dan Pak Othman sewaktu mereka dalam perjalanan pergi menghantar barang-barang untuk berpindah rumah sekitar senja tadi.
Tok Jenal dan Pak Othman telah di belasah sehingga pengsan sebelum di humban ke dalam muatan belakang lori.
"Sori aku lambat sikit. Ada kereta peronda polis melilau tadi. Aku terpaksa sembunyi agak lama sebelum mereka beredar"kata Badok.
"It's ok Badok. Wow! Hahaha..you really did the job very well. Look..kita bukan saja dapat tangkap Tok Jenal..Pak Othman pun ada sekali. Hm..well..well.."kata Arshad sambil ketawa dan bertepuk tangan.
"Aku nak bahagian aku sekarang"minta Badok.
"Kabil..give him his payment"
Kabil pun menyeluk saku lalu menyerahkan sekepuk wang dollar tebal kepada Badok.
"Hm suka hatilah apa pun yang kau orang nak buat kat dua orang ni. Aku nak pergi lapah kulit-kulit kuda kat dalam bangsal tu jap"kata Badok sebelum berjalan pergi ke bangsal kuda yang di tinggalkan oleh Mat Boyot.
Tok Jenal dan Pak Othman masih terbaring pengsan dengan tangan dan kaki di ikat.
Kabil dan Arshad pun berbincang sesuatu.
"Shad..aku rasa lebih baik kita lepaskan je Pak Othman. Aku kesian pulak pada Kazim. Dia pernah jadi sahabat baik kita dulu"kata Kabil.
"Damn it! Kazim pernah cuba nak laporkan ke balai polis perihal kerja-kerja kotor kita sebelum ni. We can't consider him as our friend anymore. He is our fucking hostile dude!"
Kabil dan Dalib tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka tahu Arshad sememangnya agak keras hatinya.
Namun mujur Arshad tiba-tiba mengubah pendiriannya setelah melihat ke jam tangan. Dia harus mengejar masa kerana terpaksa bertolak ke lapangan terbang pada malam ini juga.
"Damn! I don't think i have much time anymore..yeah you're right Kabil. We are going to release Pak Othman. Take him into the lorry"Pastikan dia tak terjaga dan terlihat kita"
Kabil dan Dalib menarik nafas lega. Mereka pun mengusung tubuh ayah Kazim yang masih pengsan itu keluar dari pagar kawasan bangsal Mat Boyot dan meletakkannya di dalam muatan belakang lori semula.
BEDEBUSHH!
Sebaldi air di simbah ke muka Tok Jenal sebelum lelaki tua itu terjaga dari pengsan sambil terbatuk-batuk.
''Uhukk! Uhuk!"
Apabila kepalanya di dongakkan ke atas,dia pun terkejut melihat seorang lelaki dengan memakai kostum topeng kepala kuda sudah berdiri di sisinya sambil menjinjing baldi.
"You dah bangun Tok Jenal?"
"Si..siapa kau ni?"soal Tok Jenal.
Bingung dia memikirkan siapakah gerangan lelaki dengan kostum kepala kuda itu. Namun dia menyedari dirinya sedang terbaring di halaman kawasan bangsal persendirian milik Mat Boyot.
Arshad pun menanggalkan kostum kepala kuda yang di pakainya.
"Kau rupanya?!"kata Tok Jenal.
"Yes i am. Why? Terkejut tengok aku masih bebas? Hahaha"Arshad ketawa menjadi-jadi.
Kabil dan Dalib pun muncul.
"Kau tiga beradik nak apa dari aku?"
Foto polaroid gambar ahli persatuan penduduk itu pun di lempar oleh Arshad kepada lelaki tua itu.
Berkerut dahi Tok Jenal menatap ke foto tersebut. Gambar setiap individu yang terdapat di dalam foto itu telah di pangkah. Hanya tinggal gambar dirinya dan Pak Othman sahaja yang masih belum di pangkah.
Bila di fikir-fikirkan semula barulah Tok Jenal menyedari bahawa setiap ahli persatuan penduduk yang sudah di pangkah itu semuanya telah tiada lagi. Ada yang sudah mati,di culik,terbunuh dalam nahas kebakaran dan sebagainya.
"There's only you and Pak Othman left"
"Apa maksud semua ni?!"soal Tok Jenal. Hatinya berasa tidak sedap.
Kemudian beberapa keping foto lain pula di lemparkan kepada orang tua itu.
BAB 35:Lori Pindah(tamat)
Share this novel