'Marsha, masuk office aku.' Ucap Aidan sebaik dia melihat beberapa kertas di atas mejanya. Belum pun dibaca habis.
Marsha pasti Aidan mahu membicarakan soal kertas yang dia letak di meja Aidan tadi.
"Baru sehari kerja, dah nak berhenti. Benci betul kau dekat aku." Aidan berdiri menghadap Marsha dengan tajam.
"Saya tak rasa saya sanggup kerja sini lama-lama."
"Company perlukan notis tiga bulan sebelum berhenti. Kau tak boleh suka-suka hati berhenti."
"Saya dah sediakan notis tiga bulan sebelum berhenti."
"Excited betul nak berhenti tapi aku tak nak terima surat berhenti kau ni."
"Bos tak boleh macam ni. Saya dah bagi notis macam yang company nak. Bos tak boleh halang saya nak berhenti."
Depan mata Marsha, surat berhenti kerjanya dikoyakkan menjadi cebisan-cebisan kecil. "Surat berhenti kau dah takde. Kalaupun kau masih bagi surat berhenti lepas ni, aku akan buat benda yang sama."
Sakit terlihat di mata Marsha diperlakukan sebegini. Kenapa Aidan nak dia tetap dekat sini? Dia tak sanggup.
"Kau dah boleh keluar." Diarahnya Marsha keluar.
Dia kemudian melihat ke tingkap kaca yang melihatkan suasana di luar bangunan. Berkali-kali dia menghembuskan nafas berat. Dia takkan biarkan Marsha pergi macam tu je. Bukan bermaksud nak balas dendam tapi dia nak fix-kan apa yang dah jadi sebelum ni cuma mungkin akan ambil lebih banyak masa berbanding sebelum ni. Dihelanya nafas panjang.
"Marsha, lepas ni aku dengan bos ada meeting. Marsha handle-lah dulu dekat sini."
"Lama ke?"
"Dalam sejam dua macam tu. Marsha kalau nampak macam staf yang tua-tua, careful sikit. Diorang banyak complain sampai bos pun diorang berani complain."
Complain dekat siapa?"
"Complain dekat bos sebelum ni."
"Kenapa?"
"Diorang belum boleh terima bos sebelum ni berhenti."
"Oh. Dari mana tahu?"
"Dah pernah jadi. Mula-mula tak perlu secretary tapi bila diorang bising aku buat kerja santai terpaksalah hire secretary."
"Kerja santai sampai dapat problem ke?"
"Tak. Diorang suka yang cepat. Kalau boleh, hari ni dapat projek, esok dah nak siapkan."
"Bahaya juga ae."
"Ya. Okay-lah, aku bawa bos meeting dulu."
"Okay-okay." Dia memberikan senyuman melihat Ryan pergi. Namun dibalik hatinya, dia berfikir sesuatu yang menarik untuk dicuba.
Ryan mengetuk pintu sebelum memunculkan diri di hadapan Aidan. "Bos, ada meeting lepas ni."
"Kau cakap apa dengan Marsha?" Dia nampak dengan jelas Marsha tersenyum bila berbual dengan Ryan tapi tidak di depan dia. Dia melihat dari bilik pejabatnya yang mempunyai dinding kaca yang boleh melihat ke luar tapi orang di luar takkan nampak dia.
"Inform kita ada meeting je."
"Apa lagi?"
"Hati-hati dengan staf senior."
"Aku tak nak kau dekat-dekat dengan dia." Dia menekan kalau dia tak suka Ryan dekat dengan Marsha apa lagi Marsha nampak selesa dengan Ryan. Mana tak cemburu dia.
"Bos, aku anggap dia kawan sekerja je. Lagipun, aku dah tahu bos suka dengan dia."
Aidan kemudian berdiri untuk keluar, dia masih ingat dia ada meeting. Membiarkan percakapan tadi terhenti di sana.
Sebaik saja Aidan dan Ryan sudah pergi, Marsha bersantai di kerusi kerjanya sebelum dia meneruskan pekerjaannya.
Telefon meja berbunyi menandakan ada yang menelefon.
"Ya dari Smart Holding Sdn. Bhd. Ada yang saya boleh bantu?"
"Saya dari Haze Sdn. Bhd. nak buat appointment untuk projek perumahan."
"Kira-kira bila nak buat appointment?"
"Kalau boleh dalam masa terdekat ni."
"Sekejap ya."
Marsha melihat ke jadual masa untuk Aidan dan melihat kalau-kalau ada masa kosong terdekat. "Esok ada masa kosong sebelah petang. Ada masa?"
"Oh ya, ada. Jam berapa ya?"
"Jam 3."
"Okay."
"Kalau boleh tahu, ni meeting untuk apa ya?"
"Nak meeting pasal struktur perumahan macam tu."
"Okay, nanti saya inform bos saya."
"Terima kasih."
"Sama-sama."
'Klik.' Gagang telefon diletakkan kembali ke tempatnya. "First appointment, done! Hope so masih ada lepas ni."
.....
"Marsha, apa ni?"
"Apa?"
Sebaik saja dia kembali ke office, dia mendapat update meeting dan pertemuan yang sesak untuk beberapa hari ke depan. Bahkan Aidan turut berada di sana yang minta untuk melihat semula minit mesyuarat yang baru mereka akhiri.
"Kenapa jadual perjumpaan macam ni padat?"
"Kenapa? Tak boleh?"
Tajam mata Aidan mendengar respon Marsha. Marsha pula mendekati mereka berdua yang hanya berjarak beberapa langkah kerana meja kerja Ryan hanya di hadapan Marsha.
"Bos tak nak saya berhenti kerjakan? Jadi kerja keraslah sikit biar saya happy kerja dekat sini." Dengar dengan jelas kalau Marsha tengah menyindir.
"Berani kau-"
"Ya, berani. Bos pun beranikan tak terima surat berhenti saya." Tak memberi masa untuk Aidan bercakap lebih.
"Marsha, tapi ni too much." Ujar Ryan, dia pun boleh sengsara sebab dia yang pergi ikut Aidan ke sana ke mari.
"Dia pun sama too much-nya. Jadi selagi saya tak diberhentikan, selagi tu saya buat masalah. Kot-kot lepas ni lagi banyak complain dekat bos sebelum ni." Dengan berani Marsha melawan pandangan Aidan.
"Bos, aku cancel-kan dulu yang lain." Cepat Ryan cari nombor telefon syarikat yang ada buat appointment terbaru.
"Tak payah." Aidan memberhentikan tingkah laku Ryan. "Kau cabar aku, kan? Aku terima." Dia mengucapkanmya di hadapan Marsha.
"Okay." Marsha kembali ke meja kerjanya setelah melihat wajah tak puas hati Aidan, padan muka dia. Berani-berani dia tolak surat berhenti dia tadi.
"Seriuslah, bos. Banyak ni kena handle."
"Takpe daripada kita cancel, nanti diorang tak nak pula buat projek tu."
"Yelah, bos."
Pasrah dengan keadaan lepas ni. Boleh pula Marsha macam ni.
Sebaik saja jam menunjukkan pukul 5 petang, Marsha bergegas berkemas untuk pulang ke rumah. Dia tidak mengendahkan fakta bahawa Aidan dan Ryan masih melakukan pekerjaan mereka.
Share this novel