"Truth."
"Okay. Siapa yang kau rasa cantik dekat sini?"
"Marsha." Tanpa keraguan dia menjawab 'Marsha' kerana hanya Marsha terngiang di kepalanya mendengar soalan tadi.
"Confirm-lah kau cakap Marsha. Perempuan lain, lagipun Sha tak ikut kita main."
"Erm, kalau macam tu. Awak."
"Uish, aku. Awas, Sha. Nanti aku ambil Aidan." Bersahaja Risa mengusik Marsha dan dia mendapat jelingan tajam.
Permainan berterusan sehingga tanpa Marsha sedari dia sudah menguap berulang kali.
"Korang, saya stop mainlah." Ucap Lona.
"Lah, kenapa? Tengah best main ni." Risa berkata pula.
"Nak teman Sha tidur. Mengantuk sangat dia."
"Yelah, nanti aku tidur."
"Okay." Lona menggapai Sha yang sedikit mamai ke khemah mereka bertiga. Kesian dia tengok Sha menahan mata dia supaya tak tidur.
"Sorry, Lona. Gara-gara aku, kau terpaksa berhenti main."
"Sokay, lagipun saya pun rasa dah mengantuk. Sleep tight, awak."
"Thanks. Good night."
"Night too."
Mereka berdua perlahan-lahan dihanyutkan dengan mimpi sendiri tanpa terganggu dengan bunyi alam dan bunyi kawan mereka yang lain.
Pagi menjelma dengan sedikit sinaran di sekeliling membuat Marsha terbangun. Terasa seluruh badannya berasa sakit akibat tidak terbiasa tidur di tanah walau sudah beralas. Dia melihat Risa dan Lona yang tertidur pulas. Entah jam berapalah Risa ni masuk tidur.
Zip khemah dicari untuk dibuka namun dia perasan zip di bahagian bawah terbuka. Dia membuka luas pintu khemah sebelum terperasan- 'AARRGGHH'
Marsha melompat keluar dari khemah yang juga membuat Risa dan Lona terbangun.
"Sha, kau kenapa?"
"U. Ular." Marsha berkata seakan berbisik.
"Apa?"
"Ular."
"Hah!" Pantas Risa menarik Lona keluar selepas dia ternampak dengan jelas keberadaan ular yang dicakapkan Marsha.
Marsha terkaku di tempat dengan kakinya yang tiba-tiba tidak dapat digerakkan bahkan dia menggigil teruk.
"Awak kenapa ni?" Muncul Aidan dengan beberapa orang yang keluar dari khemah, mungkin terbangun dek teriakan Marsha.
"Ular."
"Hah! Awak ada kena patuk ke?"
"T-tak."
Aidan dapat berasa badan Marsha yang menggigil ketakutan lalu dibawa ke dalam pelukannya. Dia teringat dulu Marsha pernah dipatuk ular, mungkin itu buat Marsha trauma dengan ular.
"Besar ke ular tu?" Tanya Aidan tapi fikiran Marsha sedikit melayang sehingga dia tak mampu menjawab Aidan.
"Tak besar sangat." Jawab Risa.
Aidan meminta sesiapa yang berdekatan mereka untuk menghalau ular yang mereka maksudkan. Sementara Aidan menenangkan Marsha yang sedang teresak-esak tanpa tangisan.
"Awak okay?"
Marsha menggelengkan kepala. "Kaki aku tak boleh nak bergerak." Dia mengeratkan pelukannya dengan Aidan.
"Sebab trauma?" Bisik Aidan. Dia tak mahu yang lain panik terutama Risa dan Lona kalau dia sebut 'trauma' dengan jelas.
Marsha mengangguk kepalanya.
"Kenapa ni? Ada apa?" Baru sampai pensyarah pengiring mereka, lena sangat tidur ni sampai baru sekarang ke sini.
"Ada ular masuk khemah tadi, prof."
"Ada yang kena patuk? Luka?"
"Takde."
"Yang ni kenapa?" Tertuju kepada Marsha yang masih memeluk Aidan.
"Dia terkejut takut, prof."
Agak lama sedikit untuk mereka menghalau ular tadi sebab mereka tak tahu itu berbisa atau tidak. Tapi kalau tak berbisa pun, siapa berani nak pegang, tak pasal-pasal mati kena jerut.
"Awak, ular dah kena halau."
Marsha perlahan-lahan melepaskan Aidan lalu mengelap air matanya. Sembap sudah matanya.
"Sha, kau betul-betul okay ke ni?" Risau Risa melihat reaksi Marsha akibat ular tadi.
"Awak boleh saya bagitahu?" Aidan meminta izin sebelum dia memberitahu keadaan sebenar Marsha. Dia mendapat anggukan daripada Marsha. "Sha sebenarnya trauma dengan ular sebab dia pernah kena patuk ular tedung. Dia sampai tak boleh nak gerakkan kaki dia langsung."
Terkejut yang lain mendengar fakta yang mereka tak pernah tahu. Tiba-tiba mereka terfikir mungkin ini alasan Marsha tak mahu ikut aktiviti luar yang ada sebelum ni.
"Sorry, Sha. Aku baru teringat yang aku lupa tutup zip part bawah khemah semalam. Sorry, Sha." Tangan Sha digenggam erat meminta kemaafan. Bukan dengan kata-kata tapi Marsha menjawab dengan anggukan. Gejala bisa ular dalam badan dia masih terasa membuat dia sukar bercakap.
"Thank you." Ujar Marsha sambil memandang Aidan, terima kasih atas menenangkan diri dia. "Jom, cuci muka." Dia mahu membawa Risa dan Lona pergi membersihkan wajah, itulah niat dia nak keluar tadi.
Aidan memerhatikan Marsha pergi sebelum mendekati mereka yang menyediakan sarapan.
.....
"Huh, nasib baiklah ular tadi tu tak berbisa. Nasib baik awak bertiga tak apa-apa." Seseorang membuka kembali topik ular tadi.
"Macam mana awak tau itu tak berbisa? Lona curious macam mana dia boleh tahu ular tu tak berbisa.
"Kalau saya tak silap, tadi tu Ular Pelangi yang memang takde bisa. Lepas tu, ular berbiasa sentiasa ada taring di luar tapi itu takde."
"Tahunya awak pasal ular."
"Information random dekat medsos. Tapikan Marsha, kelmarin ada je kita jumpa ular, awak tak takut pun."
Tak faham situasi ke orang ni? Haiwan tu jauh, buat apa nak takut. Tapi Marsha diamkan, risau dia termarah.
"Sebab jauh kot, sebab kan ular tadi dekat sangat dengan kitorang lepas tu bukannya tahu ular tu berbisa ke tak. Dengan keadaan belum terang sangat." Lona tolong jawabkan bila tengok reaksi Marsha yang tak suka dengan ucapan perempuan mereka ni.
"Ya jugakan."
Berdiri. Marsha meninggalkan yang lain untuk mencuci pinggan yang diguna. Dia cepat menghabiskan sarapan. Aidan segera mengekorinya bila dia berasa pelik dengan kelajuan Marsha.
"Awak okay?"
"Erm." Angguk Marsha.
"Serius?"
"Tak okay dengan perempuan tu je."
"Kenapa?"
"Dia cakap macam tu macam aku ni tipu pasal aku takut dengan ular. Macam aku ni just nak cari attention orang."
Tangan diangkat membelai ubun-ubun Marsha. "Jangan ambil kisah sangatlah apa dia cakap tu. Lagipun saya tahu awak tak tipu."
"Ya."
Share this novel