20

Romance Series 2125

"Aidan-"

Ucapannya terpotong akibat bibirnya dijamah rakus oleh Aidan. Mahu dia menolak Aidan tetapi tangannya sudah digenggam erat di atas kepalanya. Bahkan ketika dia mahu mengalihkan ciuman juga ditahan wajahnya untuk tetap menghadap Aidan.

'Mmmmp.' Itu saja yang terkeluar dari mulut Marsha. Ciuman yang lama membuat Marsha kekurangan nafas sehingga tercungap-cungap.

"Aidan, janga-" Sekali lagi bibirnya bertemu dengan bibir Aidan yang mengganggu dia mengucapkan ayatnya. Lama-kelamaan, terperasan kalau Aidan semakin menjatuhkan ciumannya kini berada di leher Marsha.

"Aidan. Jangan. Aku tak suka macam ni, Aidan. Jangan buat aku macam ni-" 'Argh.' Lehernya berasa sakit seketika. Semakin turun ciuman Aidan. Marsha menelan kelat liurnya yang seakan tak mahu ditelan.

"Dan Dan." Ciuman terhenti. Tajam mata Aidan menerpa tapat pada mata Marsha.

Tangannya melepaskan genggaman di pada tangan Marsha lalu memeluk erat Marsha di hadapannya.

"Kenapa dia boleh? Kenapa saya tak boleh?"

Seketika mata Marsha berkaca mendengarnya. Aidan dah tahu? Itu di benaknya tapi bukan dia mahu cumanya dia belum bersedia untuk Aidan. Lagi pula hal semalam berlaku tanpa dia sedar bukan dengan kemahuan sebenar dia. Mungkin cuma pengaruh alkohol.

"Saya masih bukan orang yang awak nak ke? Saya tak terima dia dapat buat awak macam tu. Kalau awak mengandungkan anak dia macam mana?"

Dia dengar ke masa Marsha bergaduh dengan Danial tadi? Ish.

"Aidan, aku-"

"Keluar."

"A-Aidan. Bagilah aku cakap dulu."

"Keluar." Ditarik tubuh Marsha sebelum dia menolaknya keluar dari bilik.

Tersentak dengan perbuatan Aidan, Marsha terpegun sebentar di hadapan bilik Aidan lalu segera pergi meninggalkan rumah Aidan.

"Cha." Esther kebetulan lalu di hadapan Marsha memerhatikan keadaan Marsha yang serabut, tidak teratur seperti dia masuk ke dalam rumah. Juga melihat mata Marsha yang seakan menahan tangis. "Cha, Dan ada buat apa-apa dekat kamu ke?"

"Tak, aunty. Tak ada apa. Cha nak kena balik. Ada assignment lagi nak buat."

"Betul ni?" Esther berasa Marsha mahu menyembunyikan kebenaran bila dia juga melihat tompokan merah di leher Marsha yang tidak ada sebelum ni.

"Erm, betul. Okay, aunty. Nak balik dulu." Tak kisah dengan tanggapan Esther, Marsha pantas berlalu tanpa melihat ke arah lain.

Esther segera mengetuk bilik Aidan bertalu-talu sehingga Aidan perlu membukakan pintu segera.

"Apa ni, ma?"

"Aidan! Apa kamu dah buat dekat Cha Cha sampai dia nak menangis?"

"Dah tahukan, tak payahlah tanya lagi."

"Aidan! Kenapa buat macam tu?"

"Mama tak tahu apa-apa. Tak payah masuk campur."

"Kamu lupa ke kamu nak dia suka dekat kamu. Kalau kamu buat macam ni, dia masih nak dekat kamu ke?"

"Suka hati dialah." Pintu ditutup segera tak mahu melihat mamanya yang masih bercakap.

'Aidan!' Terdengar jelas dengusan mamanya di sebalik pintu.

Wajah diraup kasar menyedarkan kembali apa yang dia dah buat dekat Marsha.

Marsha pula segera mengurungkan diri dalam bilik. Untungnya parents dan adik dia tak berada di ruang tamu. Ni kalau diorang nampak, mau diserangnya Aidan.

Dia dudukdi lantai bersandarkan katil. Tangannya menggenggam pin rambut yang pernah diberikan oleh Aidan sebagai hadiah ulang tahunnya.

"Sorry, Aidan. Aku tak minta benda yang jadi semalam. Aku tak tahu benda tu akan jadi. Sorry."
Dia memeluk lutut dengan dada yang terhenjut-henjut akibat dia teresak menangis tanpa sebarang bunyi. Dia tak mahu keluarganya tahu apa yang terjadi antara dia dan Aidan. Dia tak salahkan Aidan dengan apa yang Aidan dah buat. Dia sedar Aidan cemburu dan kecewa dengan dia tadi.

"Aidan, sorry."

~~~~~

Lemas tubuh Marsha. Dia tak bersemangat untuk hari ni sehingga dia skip semua kelas. Nanti saja dia minta nota daripada kawan sekelas.

Dia berbaring di katil sambil melihat siling rumah yang polos seakan-akan dia mampu melihat apa yang ada di sebalik siling.

'Tok.'
'Tok.'
'Cha, mama masuk.'
Mama memunculkan diri di pintu bilik Marsha dengan dulang yang berisikan makanan dan minuman.

"Makan dulu, Cha. Dari pagi tak makan." Diusapkan kepala Marsha setelah meletakkan dulang makanan tadi. Matanya terarah pada pin rambut yang dari tadi dia lihat asyik dipegang oleh Marsha.

Marsha menguatkan diri untuk bangun duduk bersandarkan bantal.

"Cha gaduh dengan Aidan ke?"

Pantas digelengkan kepala.

"Jadi kenapa tiba-tiba sakit ni? Mata sembap, mesti semalam menangiskan."

Digelengkan lagi kepala dia.

"Kalau ada problem, discuss elok-elok. Mama tak suka tengok anak mama ni nangis sampai macam ni."

Kepala diangguk-anggukkan.

"Lemah semacam ni, mama suapkan makan." Makanan disuapkan ke mulut Marsha sehingga habis makanan di piring. Ubat turut diberikan untuk Marsha cepat sembuh.

Waktu rehat Marsha terjeda bila dia mendengar kembali ketukan di pintu biliknya. Mama lagi agaknya.

"Sha." Suaranya meleret melihat Marsha yang terbaring lemah di ats katil. Dia bergegas membawa tubuh Marsha ke kepelukannya.

"Dah kenapa korang semua datang sini macam aku dah nak mati ni?" Boleh pula kawan-kawan dia datang ramai-ramai semata nak jenguk dia. Tak boleh ke dua atau tiga orang je yang datang?

"Ish, kau ni. Takkan yang nak sekarat baru boleh jenguk. Kau ada pergi klinik tak ni?"

"Takde, malas."

"Ish, mesti sebab Danial tukan. Dia buat kau sakit."

"Bukan. Benda lain."

"Apa?"

"Masalah aku dengan Aidan."

"Aidan? Bukan dia okay je ke semalam?"

"Okay tapi ada yang jadi. Aku kecewakan dia."

"Sha." Raut wajahnya turut menunjukkan rasa sedih walau dia tidak mengetahui lebih lanjut apa yang terjadi.

"Okay-lah, korang sampai bila dekat sini?"

"Kau nak halau kitorang ke ni?"

"Mana ada." Perlahan-lahan dia meleraikan diri dari selimut yang menyelimutinya. "Jomlah turun. Panas kalau dalam bilik aku ni."

"Awak dah okay ke nak bergerak ni?"

"Okay kot. Jom turun." Langkah demi langkah dia menuruni tangga untuk ke ruang tamu namun kakinya tak mahu berkerjasama untuk bergerak.

"Sha, kenapa dengan awak?" Lona mencapai tubuh Marsha sebelum berlaku yang tidak-tidak.

"Kaki aku lemah nak bergerak."

"Takpe, saya tolong." Dipapahnya Marsha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience