'Tok. Tok. Tok.' Kedengaran pintu rumah diketuk. Marsha tak tahu pula ada tetamu nak datang.
"Cha pergilah tengok. Mama kemaskan." Diorang baru je siap makan malam berdua. Papa dia confirm ada kerja urgent, adik dia pula masih ada kelas takpun study group.
Marsha membukakan pintu lalu terpegun melihat siapa yang berada di hadapannya.
"Cha, siapa?" Mama menyusul tak lama kemudian. "Eh, Aidan dengan kawan ke?"
"Ya, aunty."
"Ada apa-apa ke ni datang?"
"Kalau boleh nak minta izin buat kerja dekat sini dengan Marsha sebab esok ada banyak benda nak buat."
"Oh, aunty okay je. Tanya Marsha."
Tak terpatahkan pandangan Aidan pada Marsha seakan beradu pandangan.
"Masuk." Marsha mempersilakan Aidan dan Ryan masuk ke rumah.
"Sorry, Marsha. Bos yang suruh aku ikut."
"Ya."
Tergaru sekejap kepala Marsha, banyak-banyak tempat, dekat rumah dia juga. Dengan dia pakai baju tak cukup kain lagi. Singlet dengan seluar pendek je.
Marsha mengambil sekejap laptop dengan keperluan lain tak lupa juga dia pakai kardigan panjang.
"Banyak-banyak tempat, sini juga bos nak buat kerja. Rumah bos takde ke?" Menyindir dah Marsha.
"Sengaja supaya kau tak mengelak kerja juga. Kau fikir aku saja-saja terima banyak kerja lepas tu biarkan kau tidur lena ke? Jangan mimpi."
Tak sengaja Marsha menjeling, ingatkan Aidan sungguh-sungguh nak buat dia tetap dekat company tanpa dia tolong.
"Tak payah nak menjeling sangat, kau yang buat keadaan macam ni." Aidan turut mengeluh, penat jugalah dari tadi menghadap laptop. Berhenti pun masa nak mandi dengan makan. Lepas tu terus ke sini tapi sambil tu dipaksa juga Ryan ikut sama.
Teringat pula bila dia paksa Ryan tadi.
"Ryan. Lepas kau makan mandi semua, pergi rumah aku. Ingatkan address rumah aku?"
"Buat apa bos?"
"Pergi rumah Marsha."
"Kita masih banyak kerja, bos. Takkan dah nak melepak sana pula."
"Kita buat kerja sana. Biar Si Marsha tu pun ikut kerja. Kau nak mati ke kerja ni kita buat berdua."
"Takpe ke, bos?"
"Takpe."
"Buat malulah, bos. Bukannya keluarga Marsha kenal aku pun."
"Aku kenal diorang. Mustahil diorang tiba-tiba halau kita."
"Confirm aku je kena halau."
"Kau ikut atau aku potong gaji?"
"Okay, okay. Aku pergi."
Senangkan nak mengugut bila jadi majikan.
Beberapa lama kemudian, terdengar bunyi motor memasuki garaj lalu tombol pintu utama dibuka. Marsha segera ingin menyambut kepulangan Marvin yang mungkin kepenatan.
Aidan dan Ryan hanya melihatnya.
"Penat sangat kau ni. Dah makan?"
Wajah penat dan lemau Marvin menjamah mata Marsha dengan badan sedikit longlai dia menggeleng.
"Makanlah dulu. Ada makanan dalam tudung saji tu." Marsha mengambil beg dan buku-buku Marvin untuk membiarkan dia terus ke dapur. Barang-barang Marvin dibawa ke ruang tamu lalu melanjutkan pekerjaannya.
Sepi je diorang berdua ni, Marvin menyibuk dekat ruang tamu lepas makan. Santai sekejap sebelum nak buat revision lagi.
"Kak, buat air."
"Air?" Marsha memalingkan wajah melihat Marvin yang duduk di belakangnya di sofa. Dia hanya duduk di lantai, lebih selesa begitu.
"Aku dah masakkan air."
"Yelah." Marsha dengan baik hati nak turutkan permintaan adik dia. Dia berdiri meninggalkan mereka sebentar.
"Sekarang siapa buli siapa ni? Kakak ke kau?" Ucap Marvin yang menujukannya pada Aidan.
"Sama-sama membuli."
"Mesti sebab kau tak terima dia berhentikan?" Teka Marvin, lagi pula dia tahu kakak dia cakap nak berhenti hari tapi nampak gayanya kakak dia tak diterima berhenti kerja.
Terkejut jugalah Aidan bila Marvin pun tahu.
"Nasib baik dia tak menangis lagi sampai esok sama macam hari kau tinggalkan dia." Kali ni Ryan yang terkejut, sebab mati-mati dia ingat Marsha just crush Aidan, dah confessed rupanya.
"Kau nak mengungkit pula."
"Yelah, nak tunggu kakak yang mengungkit, mustahil."
Diam saja Aidan tak mahu membalas. Tak tahu dia apa nak dijawab.
Sebegitulah diam diorang sampailah Marsha sampai dengan dulang berisi teko dan gelas-gelas.
~~~~~
Jam 7 lebih baru Marsha terbangun, itupun mama dia yang bangunkan. Aidan dengan Ryan sekali tertidur dengan dia dekat ruang tamu. Tak ingat dah jam berapa tidur. Nasib baik dokumen diorang dah kena saved. Marvin dah masuk bilik sebelum diorang tertidur.
"Kenapa baru bangunkan?"
"Dah kamu tidur lena sangat, lagipun masih ada masakan sebelum masuk kerja."
"Ma, jalan jam lah."
"Cepatlah pergi bersiap. Breakfast dah siap."
Bergegas Marsha berlalu nak bersiap.
"Aidan dengan kawan nak breakfast sama? Aunty ada buat lebih."
"Takpe lah, Dan tak cuci muka apa semua lagi."
"Setakat nak cuci muka, boleh tumpang dekat bilik Bin Bin tu. Kawan ni, siapa nama?"
"Saya Ryan, aunty."
"Kamu tak nak makan sini je?"
"Bolehlah, aunty. Jarang-jarang dapat makan breakfast dekat rumah orang."
"Ish, kamu ni. Begitulah. Dan pergilah dengan Ryan dekat bilik Bin Bin. Rasanya dah bangun tu."
"Okay. Aunty, kalau malam nipun kami ke sini, tak apa?"
"Aunty okay je."
"Okay, aunty." Ryan mengekori Aidan.
"Bos, Bin Bin siapa?"
"Yang semalam kau jumpa."
"Nama sebenar ke?"
"Nama betul dia, Marvin."
"Oh." Curious pula dia dengar nama Bin Bin sebab jarang ada lelaki ada nama manja begitu.
.....
Ketiga-tiga diorang datang dengan badan tak cukup rehat. Mata pun ketara sembam tak cukup tidur cuma Marsha tertutup mekap.
"Kau jangan buat masalah macam kelmarin lagi. Bukan aku je sengsara, kau pun sama."
"Ya, ya." Pasrah. Dia pun tak sanggup nak tidur lewat macam semalam.
"Malam nipun kitorang pergi rumah kau, pakai baju elok sikit."
"Ya."
"Kau." Tunjuknya pada Ryan. "Bawa baju sedia. Nanti bersiap dekat rumah aku."
"Okay, bos."
Sepanjang hari ni diorang sibuk sampai makan pun tak sempat. Berkeroncong dah bunyi perut diorang. Yang paling sebal Aidan sebab dia yang banyak berunding dengan customers dan ada meeting, Ryan cuma dapat tolong dari segi catat minit meeting dan gantikan Aidan sekejap-sekejap.
Marsha menggeliat meregangkan badan yang lenguh.
"Marsha, dah makan?"
"Belum."
"Nak ikut aku makan? Aku dari tadi tak makan. Nasib baik ada breakfast dekat rumah Marsha."
"Awak pergilah. Saya nak makan dekat rumah terus."
"Yelah."
"Kalau awak nak, awak boleh datang rumah makan sekali."
"Boleh ke?"
"Boleh kalau awak nak. Lagipun mama saya dah tahukan korang nak datang lagi."
"Ni yang best ni kalau dapat offer makan. Bos, Marsha tak bawa?"
"Perlu ke? Rumah diakan sebelah je."
"Ni yang seram ni."
"Seram kenapa?"
"Kalau bos tau ni, tak pasal-pasal dia marah."
"Marah?"
"Yelah, kan bos suka awak. Bila tau awak benarkan saya ikut makan sekali tanpa dia, meradang dia nanti."
"Sukalah sangat." Sindir Marsha. "Lantak dialah, saya jemput awak. Bukan dia. Kalau dia nak ikut pun, saya okay je."
"Kalau aku bawa, boleh?"
"Boleh je."
"Lepas balik ni, aku cepat-cepat pergi rumah."
"Okay. Boleh je. Saya dah nak balik. Awak belum nak balik lagi?"
"Tadi nak makan tapi takpelah, sambung kerja dulu."
"Okay, bye, awak."
"Bye."
Ramah je Marsha dengan Ryan. Selesa betul dia dengan Ryan padahal baru berapa hari kenal. Tapi tanpa Marsha sedar, ada pemerhati yang tersakiti tengok kemesraan Marsha dengan Ryan di dalam bilik kerja sendiri.
Tulah pilih lagi cermin dua arah, kan dah sakit hati sendiri.
Share this novel