'Tok. Tok. Tok.'
Marsha membukakan pintu utama, pasti Ryan dah sampai. Mungkin ada Aidan juga.
Tangan Marsha ditahan. "Ryan, kau pergi dulu." Mereka yang baru saja masuk meminta Ryan untuk pergi Aidan mahu berbicara dengan Marsha berdua.
Lirikan Aidan menemani langkah Ryan meninggalkan mereka berdua.
"Bos, kenapa?"
Kemas tangan Aidan menggenggam bahu Marsha. "Kenapa kau jemput Ryan pergi rumah tapi aku tak?"
"Suka hati sayalah."
"Aku tak rasa kau lupa aku sukakan kau."
"Terus?" Sinis mata Marsha memandang.
"Kau dah sukakan Ryan ke sampai kau jemput makan malam macam ni? Aku tak benarkan kau suka dia."
"Apa bos merepek ni? Dan kalau ya pun saya sukakan dia, bukan masalah bos."
"Aku takkan benarkan kau dengan orang lain. Aku tahu aku salah sebab tinggalkan kau sebelum ni. Sebab tu aku balik nak fix benda ni dengan kau."
"Tak payah nak acah macam kita ada hubungan. Lagipun benda dah lama, tak payah nak ungkit lagi."
"Perasaan aku masih sama dekat kau. Tak berubah langsung dalam empat tahun ni. Kau tak boleh ke bagi aku peluang lagi dengan kau?" Matanya memandang dalam ke mata Marsha yang teguh memandangnya tanpa mengalihkan wajah.
"Benda dah lepas. Saya tak nak ulang lagi."
"Marsha. Tolong. Last chance untuk aku."
"Sudahlah, bos." Mahu dia melarikan diri namun Aidan sigap membawanya ke pelukan. Tentunya dia memberontak namun dakapan Aidan sudahpun erat.
"Aku nak peluk kau lama-lama. Aku rindu kau, Marsha. Aku rindu nak manja dengan kau."
"Cukuplah, bos." Mencuba lagi menlarikan diri daripada Aidan.
Aidan tak mahu, dia memerangkap Marsha antara dia dan dinding.
"Please, Marsha."
"Tak. Nak."
"Kau memang dah tak sukakan aku?" Tajam mata memandang ke mata Marsha.
Marsha mengetapkan bibir sambil memalingkan wajah. Dia tak mahu lagi memandang Aidan.
"See. Kau pun masih sukakan aku, kenapa tak nak?"
"Tak nak means tak naklah. Apa yang susah sangat bos nak faham." Berang sedikit dengan orang di depannya ni. Nak puaskan hati diri tu sendiri ke? Tak fikirkan perasaan dia ni?
"Cakap. Cakap yang kau tak sukakan aku."
Marsha tak mengucapkan apa-apa, hanya memandang dengan kekesalan di wajah.
"Cha-" Terpotong ucapan mama nak memanggil Marsha dengan Aidan. Aidan lantas menjauhkan diri daripada Marsha.
"Marilah makan dulu, nanti sambung bincang atau borak tu." Kekok pula mama nak bersuara.
Marsha melangkah juga berpeluk tubuh dengan jelingan tajam menyapa permandangan Aidan.
Aidan hanya mampu membiarkan kalau tak mahu mama Marsha tersinggung dia kacau Marsha macam tu.
Masuk saja ke ruang makan, Ryan sudah bersedia duduk dengan nasi yang sudah terhidang di hadapannya. Ditenung je lauk depan dia, tak sabar agaknya nak makan.
"Jangan ditenung sangat, nanti hilang lauk tu." Gurau Marsha nak menyakat Ryan.
"Kalau hilang, nanti aku cari sampai lubang cacing." Diikutnya gurauan Marsha.
Aidan apa lagi, confirm bagi side eyes dekat Ryan. Kecut jantung Ryan dilayan begitu. Jangan dibuang kerja sudah.
.....
Hening dan hening. Tak ada yang nak bersuara sepanjang mereka buat kerja bersama. Ryan yang paling tak selesa bila dia rasa dia orang ketiga antara diorang berdua ni.
"Korang ada perang dingin ke?" Pantas perhatian dua orang tu tertumpu pada Ryan.
"Perang dingin? Kenapa pula?" Tanya Marsha yang sedikit tak faham dengan maksud Ryan.
"Dua-dua muka monyok je."
"Mana ada, okay jelah." Konon mahu menafikan tapi terlihat jelas di wajahnya terdapat jawapan sebenar.
"Aku boleh pergi dulu kalau korang nak borak lagi."
"Bagus."
"Tak nak."
Serentak pula diorang jawab. Bersilih-ganti sepasang mata Ryan melihat kedua-dua manusia yang ada di hadapannya. Macam mana nak tolong kalau macam ni? Dahlah dia tak tahu kisah sebenar diorang macam mana. Yang dia tahu, Aidan tinggal Marsha masa Marsha sukakan dia.
"Saya nak siapkan kerja cepat-cepat."
Tajam mata Aidan memandang, dia tahu Marsha nak mengelak cakap pasal hal tadi.
"Macam nilah, aku tak tahu kisah korang sebelum ni tapi. Tapi aku tak naklah kerja dengan keadaan macam ni. Bincang elok-elok. Aku pergi sekejap."
Mata Marsha mengikuti tubuh Ryan yang melangkah jauh.
Aidan pula berdiri mendekati Marsha.
"Kenapa nak dekat-dekat?"
"Malas nak cakap jauh-jauh."
"Saya tak ada apa-apa lagi nak cakap dengan bos."
"Aku ada."
"Nak cakap apa lagi, bos? Malaslah nak dengar."
Tangan besar Aidan menangkap wajah Marsha memandangnya. "Aku masih sayangkan kau, sukakan kau dan cintakan kau. Aku tak tahu kau marah atau kecewa sebab aku tiba-tiba pergi sebelum ni tapi-" Terhenti sejenak. Dia mahu menyusun kata yang lebih bagus.
"Aku tahu aku childish kalau kau dengar alasan aku tiba-tiba pergi." Sekejap, dia mengeluh kecil.
Marsha mahu tak mahu, kena juga pandang Aidan.
"Aku cemburu Danial tidur dengan kau. Aku tak pernah cium kau selain dekat tangan, dia-" Tangan terlepas dari wajah Marsha dengan memandang ke bawah dengan wajah kesal.
"Dia apa?" Tertunggu pula Marsha nak dengar Aidan cakap apa.
"Dia dapat cium kau mana yang dia nak."
Marsha menjeling sebelum dia membelakangkan Aidan. Tak puas hati dengar alasan Aidan tapi memang betullah macam childish dengar alasan dia. Ingat dia masih belasan tahun ke nak cemburu sebab tu.
"Jangan membelakang." Ditarik-tarik bahu Marsha supaya memandang dia lagi.
Marsha menyembunyikan wajahnya dengan tangan lalu menyandarkan kepala di sofa. Tak tahulah apa perasaan dia lepas dengar confession Aidan. Rasa lucu pun ada, rasa marah pun ada.
"Kau okay tak ni? Sakit kepala ke?" Tangannya menyentuh bahu Marsha ingin melihat respon Marsha.
Marsha memalingkan wajah memandang Aidan dengan sedikit sinaran di matanya seakan tangis akan mengalir. "Kau jahat." Sekali lagi dia menyembunyikan wajah.
Aidan pula tersenyum lebar mendengar panggilan Marsha seperti sebelum ini. "Sorry."
"Takde sorry-sorry."
"Sorry-lah." Ditarik-tarik pula lengan baju Marsha. Kot-kot makin terpujuk.
"Pujuk dulu."
"Meh peluk." Tangan didepa terbuka untuk Marsha masuk ke dakapan.
Marsha menunggu beberapa saat sebelum dia mahu memeluk Aidan.
"Sorry. Lain kali aku tak buat lagi." Bukan jawapan tapi tangisan yang Aidan dengari daripada Marsha.
"Jahat." Belakang Aidan menjadi mangsa cubitan maut Marsha.
Share this novel