19

Romance Series 2125

Mata terbuka luas melihat keadaan bilik yang tak familiar, dia tak pernah nampak bilik ni.

"Hai, Sayang. Dah bangun?"

Sayang? Siapa sayang kau!? Berkerut dahi Marsha melihat batang tubuh yang berada tepat di sebelahnya dengan dada yang terpampang tanpa seurat benang. Mesti dah jadi sesuatu semalam. Dia sendiri rasa badan dia cuma tertutup dengan selimut yang dia guna sekarang.

"Danial! Apa kau buat dekat aku!?" Dadanya naik turut dengan berang.

"Takkan kau tak perasan lagi dengan keadaan kita berbogel ni."

Tangan meraup kasar wajah ingin mengingat kembali kejadian semalam sehingga dia boleh berada di sini. Dia ingat kalau semalam dia clubbing tapi tak dengan kejadian dia bersama Danial. Kenapa jadi macam ni?

"Tak payah ingat. Sebab kau takkan tahu macam mana aku tawan badan kau. Cuma tulah, sebenarnya aku nak kau secara sedar tapi rasanya mustahil kau nakkan."

"Kurang ajar kau, Danial." Selimut yang menutup mereka ditarik agar terus menutupi tubuhnya ketika dia mahu mengambil pakaiannya. Dia mahu segera pulang.

Sebaik dia keluar, dia menghumban selimut kepada Danial yang masih berbogel di atas katil. Geli dia melihatnya. Dia mengambil barang-barang dan ingin segera keluar.

"Marsha. Aidan belum sentuh kau kan sebab tu kau marah sangat." Tersengih dia berkata begitu seakan mengejek Marsha.

Marsha memandangnya tajam kemudian memberikan jari tengah. Cepat dia pergi meninggalkan bilik hotel tu.

.....

"Sha, kau balik dengan siapa semalam?" Risa sibuk bertanya bila dia masih dengan sakit kepala. Pelik pula bila tiba-tiba kesan mabuk semalam masih sampai ke petang.

"Sha, kau dengar tak ni?"

"Tak tahu."

"Sha, betul ke kau tidur dengan Danial?" Risa tahu dari mana ni? Takkan ada yang nampak dia dengan Danial semalam?

"Danial!?"

"Danial yang cakap macam tu."

"Huh."

"Sha! Betul!?"

"Diam boleh tak? Bukan aku nak pun. Aku-" Shit! Diam jelah, lagi bagus. Nak jelaskan, entah apa yang perlu dijelaskan. Benda dah jadi tanpa dia rela.

"Masih pening ke tu?" Suara yang menjijikan kedengaran di telinga Marsha bahkan tak mahu dia melihat pemilik suara tersebut.

Diam, tak mahu mengatakan apa-apa. Kalau dilayan, makin menjadi-jadi orang tu nanti.

"Keluar bilik, lepas tu dah tak kenal aku ke?"

Rahang Marsha terlihat bergerak seakan menahan amarah. Ni tak lama, kena sembur juga Danial ni.

"Ke aku patut bagitahu Aidan depan-depan supaya dia lebih percaya-"

'PAPP!' Sebuah tamparan yang bergema di seluruh bilik kuliah mereka.
"Kau nak semua orang tahu, kenapa!?"

"Sebab nak semua orang tahu kau tak serius pun dengan mana-mana lelaki. Terutama nak Si Aidan tu sedar siapa kau sebenarnya."

"Eh, sial. Selama ni, aku tidur dengan lelaki yang aku nak bukan dengan lelaki yang nak aku. Tengoklah apa jadi bila lelaki yang nak aku dah tidur dengan aku. Macam bangsat!"

"Apapun yang kau cakap takkan bagi effect dekat aku. Lagi-lagi kalau kau mengandungkan anak aku."

Sinis senyuman Marsha. "Aku bersumpah aku akan gugurkan anak kau."

"We'll see."

"Hrmm." Prof berdehem menyedarkan mereka bahawa dia ada di sana. Dia mahu memulakan kelas.

.....

Perjalanan menjadi hening. Marsha dah paranoid, risau kalau Aidan dah tahu kejadian semalam. Tak guna punya Danial. Sengaja nak hancurkan hubungan dia dengan Aidan.

"Awak." Panggil Aidan yang sedang memandu pulang ke rumah.

"Ya?" Terkejut oula dia yang sedang melamun tadi.

"Malam nanti boleh jumpa saya?"

"Jumpa dekat mana?"

"Dekat rumah saya?"

"Boleh. Jam berapa?"

"Bila-bila yang awak nak."

"Dalam jam 8, boleh?"

"Okay."

"Tapi kenapa nak jumpa?"

"Saya ada nak cakap."

"Sekarang tak boleh cakap ke?" Curious pula apa yang Aidan nak cakap.

"Tak boleh dekat sini."

"Oh, yelah." Diangguk-anggukkan kepala.

Kereta berhenti tepat di hadapan rumah Marsha membiarkan Marsha keluar dan segera memasuki rumah.

"Bye, awak. Jumpa nanti."

"Ya, bye." Kekok terasa di hati melihat Aidan yang masih berkelakuan seperti sebelumnya tapi dia perasan sedikit perubahan di raut wajah Aidan yang dia tak tahu menunjukkan emosi apa.

Aidan memasuki biliknya dan langsung memeluk lutut di lantai. Ucapan orang sekelilingnya membuat dia terus terngiang-ngiang di kepalanya bahkan membuat dia hilang fokus sewaktu belajar.

'Marsha tidur dengan lelaki lain.'
'Danial cakap dia tidur dengan Marsha.'
'Marsha tak balik rumah semalam.'
'Marsha clubbing, confirm one night-stand ni.'
'Aku fikirkan Marsha dah couple dengan Aidan tu.'

'AARRGGHH' teriakan hanya mampu di dalam dada yang takkan terkeluar. Beg dihempas kasar ke katil. Rambut turut diramas sekasar mungkin. Hatinya sebal dengan apa yang didengarnya.

Malam di nanti berganti jam 8. Marsha sudahpun menyantap makan malam bersama keluarga dia dan bersiap pergi.

"Cha, nak ke mana? Semalam kamu tak balik dari clubbing. Malam ni pun ke?"

"Nak pergi sebelah. Aidan cakap nak jumpa."

"Oh, Aidan. Yelah, nak mama kunci pintu ke tak?"

"Ermm, kunci jelah, ma. Cha ada bawa kunci rumah juga."

"Yelah."

Jaket diperbaiki juga rambut yang diikat ke atas. Sejuk malam-malam keluar begini.

Loceng rumah Aidan ditekan sambil menunggu seseorang membukakan pintu utama untuk dia.

"Cha rupanya. Masuklah." Sambut Aunty Esther yang ramah pada Marsha.

"Aidan dekat mana?"

"Aidan nak jumpa kamu ke?"

"Ya." Jawabnya dengan anggukan.

"Dia merajuk dengan kamu ke?"

"Eh, tak tahu. Tadi elok je cakap nak jumpa."

"Tapi tadi dia tak turun makan. Ingatkan tengah merajuk. Sekarang masih dalam bilik tak keluar-keluar."

"Takpelah. Cha cuba tengokkan. Bilik dia masih macam sebelum nikan?" Sejak Aidan pergi sini, tak pernah lagiah dia masuk bilik Aidan kecuali masa diorang kecil.

"Ya, ya."

"Cha pergi ae."

"Ya." Esther mengharapkan hasil yang baik. Tak pernah Aidan macam ni.

'Tok.'
'Tok.'
'Tok.'
'Aidan.'

Terdengar suara Marsha di sebalik pintu. Aidan pantas membukakan pintu. Pantas juga tangannya menarik Marsha masuk.

"Aidan, kenapa ni?" Terlihat jelas wajah Aidan yang berserabut juga baju yang masih belum bertukar.

Pintu bilik dikunci begitu badan Marsha yang terkunci antara Aidan dan dinding. Tangan Aidan yang bersandar di dinding menghalang Marsha bergerak bebas.

"Aidan-"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience