Hari demi hari menjadi tahun demi tahun. Empat tahun setelah kepergian Aidan menyambung pelajaran ke luar negara tanpa tahu khabarnya.
Bila diimbas kembali, terkejut juga kawan-kawan dia dengar Aidan dah pergi sambung belajar dengan keputusan diploma masa tu belum keluar. Tergesa-gesa sangat ke nak pergi tinggalkan Marsha.
"Ma, Cha rasa Cha nak cari kerja lainlah. Macam dah bosan jadi baker."
"Kamu nak kerja apa?"
"Tak tahu lagi. Tengoklah iklan kerja nanti."
"Tengok betul-betul kerja tu apa. Jangan main ikut interview je."
"Ya, ma. Lagipun siapa je nak kerja bukan-bukan."
"Jadi, kursus buat dessert tu kamu ikut juga ke tak?"
"Ikut. Itu confirm. Tak boleh cancel."
"Suka betul kamu buat dessert ni."
"Mestilah, tengoklah anak siapa."
"Anak mama."
Marsha mengikut Carla mengambil bidang bakery even though skop kerja berlainan tapi Marsha boleh rasa happy buat dessert untuk bakery mama dia.
Untuk faktor dia nak pilih kerja lain pula sebab dia macam dah penat dengan buat dessert lepas tu dia nak tolong Bin Bin dari ssgi financial untuk sambung belajar. Walaupun rasanya dengan duit mama dengan papa dah mencukupi tapi dia nak juga sediakan duit untuk Bin Bin. Tahun ni tahun terakhir Bin Bin ambil degree sebelum dia boleh praktikal jadi doktor. Bagus sangatlah tu, Marsha ikut jejak mama, Bin Bin ikut jejak papa yang doktor juga.
Bila bercakap pasal papa, tahun depan dia dah last kerja sebelum pencen. Mungkin lepas tu tolong mama dekat bakery je.
Sekejap, ada notification masuk. Bunyi macam daripada kawan dia.
'Sha.'
'Aku ada jmpa iklan kerja yg mntp. Mcm besar juga company tu. Kau tgklah dulu detail dia.'
Diterimanya gambar iklan yang dia dapat, entah dari mana Risa ni jumpa iklan kerja.
Kerja secretary dekat Smart Holding Sdn. Bhd.
Gaji pokok bermula RM4000, lumayan ni kalau ini jadi gaji pokok. Tak campur lagi elaun dengan kemudahan lain.
Tengok kelayakan, layak juga ni kalau nak try.
Should we try? Tapi kita tengok information company ni dulu.
Kalau ikut info, dah nak 40 tahun operation, pemilik dia nama ala barat. Syarikat hartanah mesti banyak pasal pengurusan tanah ni, cumanya kalau secretary lebih banyak berurusan dengan bos, kan?
Bolehlah try. Kot-kot dapat.
"Cha, fokus apa tu?"
"Ni kawan Cha ada nampak iklan kerja secretary. Syarikat hartanah."
"Secretary bukan banyak kerja ke?"
"Banyak tapi kan banyak berurusan dengan bos je, so okay kot."
"Kamu biasa ke?"
"Biasakan lah."
"Ikut kamulah. Mama okay je. Bila nak interview?"
"Tak tahu lagi. Baru e-mel nak ikut interview. Esok baru dapat jawapan ni, kan dah malam."
"Kamu nak kerja apa, Cha?" Sampuk papa dari belakang Marsha muncul selepas membersihkan diri dari hospital.
"Secretary. Company dia pun tak jauh dari sini."
"Jadi, siapa nak jadi baker mana lepas ni?"
"Hehe, terpaksalah mama cari baru. Bolehkan, ma?"
"Boleh, Sayang."
~~~~~
"First candidate accepted."
"Diterima apa?"
"Aku dapat terima e-mel nak daftar interview. Marsha Michael."
"Siapa?"
"Marsha Michael. Bos kenal?"
"Macam. Dia ada bagi details dia?"
"Nama, umur, kelayakan, pengalaman dengan nombor telefon dia."
"Dia dah 25?"
"Ya. Seumur dengan bos ni."
"Okay. Accept dia kerja sini."
"Kena interview dulu."
"Tak payah. Trust my decision."
"Mesti dia pelik tak ada interview."
"Kau pandai-pandailah kelentong. Bagitahu kita urgent nakkan secretary tu."
"Yelah. Bos nak dia masuk bila?"
"Esok, mustahil dia dah ready. Kau cakaplah dalam tiga hari bermula esok, dia boleh decide nak masuk bila."
"Okay, bos. By the way, bos. Ex ke?"
"Bukan."
"Crush?"
"Boleh jadi."
"Ada dramalah lepas ni."
"Mungkin."
"AARRGGHH." Berteriak pula dia lepas dapat penerimaan kerja. Awal pagi lagi dah dapat respon.
"Kak, apa? Apa jadi?" Kelam-kabut Marvin berlari pergi bilik Marsha.
"Aku dapat kerja."
"Akakkan memang kerja."
"Tak. Aku cari kerja lain."
"Akak tak tolong mama lagi?"
"Tak. Lagipun aku tiba-tiba bosan jadi baker."
"Bila akak pergi interview, tak tahu pun?"
"Eh." Interview? Tapi dia tak pergi lagi, tapi dah kena terima, tapi? Banyaklah tapinya.
"Eh kenapa?"
"Aku baru applied nak daftar interview semalam. Sekarang dah kena bagitahu aku boleh masuk kerja."
"Macam suspicious je tu. Akak nak kerja sana juga ke?"
"Jap, aku cuba tanya."
Tadi dia dapat balasan dalam Whatsapp dengan bukti-bukti yang mengatakan itu memang dari company dia applied semalam, jadi harap dapat balasan dengan cepat.
'Saya belum interview lagi. Kenapa dah diterima kerja?"
Perlu beberapa minit jugalah diorang tunggu jawapan. Sibuk ni.
'Kami perlu dapatkan secretary dalam minggu ni juga dan dari kelayakan Cik/Puan, kami percaya untuk terima Cik/Puan. Cik/Puan boleh pilih untuk masuk kerja bila-bila masa dalam masa tiga hari bermula esok. Kami bersedia mencari calon lain kalau Cik/Puan rasa berat hati terima pekerjaan ni.'
"Kau rasa okay ke ni?"
"Akak dah tengok details company ni?"
"Dah. Semua nampak clean."
"Akak cuba jelah. Kalau tak okay, resign."
"Okay. Kalau macam tu, lusa aku masuk kerjalah. Esok aku ada nak buat."
"Buat apa?"
"Kursus dessert."
"Bukannya akak jadi baker lagi."
"Itu untuk suka-suka."
"Mana-manalah. Aku nak sambung tidur dulu."
"Habis exam dah ke?"
"Tak. Sekarang tengah tunggu next paper, rehat-rehat dulu."
"Yelah, terus bila kau konvo?"
"Hujung bulan ni atau awal bulan depan."
"Oh. Aku nak shopping baju jap. Kau ada nak kirim?"
"Takde."
"Okay."
"Bos, dia cakap lusa dia masuk kerja."
"Okay."
"Bos, kalau dia tak kerja elok-elok, bos yang kena bahan dengan orang lama. Serius nak buat macam ni?"
"Aku dah cakap. Percaya dengan keputusan aku. Aku kenal dengan Marsha tu."
"Yelah, bos. Aku nasihatkan je."
"Ya."
Share this novel