'Sabar, Dan. Kau jangan nak buat hal.' Aidan dah tak fokus nak tengok movie depan dia ni bila sebelah dia ada Marsha.
"Kau tengok movie ke tengok aku ni?" Terperasan pula Marsha bila dia berasa Aidan kerap kali melihatnya.
"Susahlah nak fokus bila awak ada dekat sebelah."
"Aku menjauhlah."
"Janganlah. Nak dekat-dekat dengan awak."
"Kalau macam tu, fokus. Aku yang terganggu kau pandang-pandang."
"Siapa suruh awak cantik sangat, kan saya dah angau."
"Suka hati kaulah, Aidan."
"Dan? Awak panggil saya, Dan?" Itu yang Aidan dengar bila Marsha menyebut namanya.
"Aku panggil Aidan. Tak adanya panggil Dan."
"Okay. Awak, nak baliklah."
"Aikk, tiba-tiba betul. Merajuk?"
"Taklah."
"Dah tu?"
"Saya risaulah nak berdua dengan awak."
"Hah? Kenapa?"
"Adalah." Dia dah risau apa akan jadi lepas ni, dia risau dah tak dapat menahan diri dengan Marsha yang pakai baju yang terbuka bila bersamanya.
"Apa?"
"Saya panggil kakak sayalah, boleh?"
"Boleh je."
"Okay" Aidan segera pulang ke rumah menjemput Elsa ke rumah, setidaknya dia mengelak benda tak baik terjadi.
"Kenapalah aku dipanggil, kan helok spend time sama-sama." Bingung pula dia yang tengah sedap tengok drama Korea dibawa tengok movie, nasib baik seronok.
"Kak, kau tak suka?"
"Bukan tak suka tapi macam jadi nyamuk pula dekat sini."
"Entahlah, kak. Tak suka agaknya." Sampuk Marsha.
"Mana ada, saya suka tapi bahayalah."
"Ohh, kau fikir bukan-bukan ae?" Usik Elsa pula namun tiada bantahan langsung sehingga memastikan apa yang diucap Elsa itu benar.
Aidan memalingkan muka tak mahu melihat mereka berdua.
"Tak apalah kalau macam tu. Apa boleh buat."
~~~~~
"Awak~" Meleret suara memanggil Marsha.
"Apa?"
"Awak dah fikir?"
"Pasal apa?" Tiba-tiba pula 'awak dah fikir', kenapa?
"Ikut camping."
Lah, itu rupanya. Tak habis-habis. "Malaslah nak ikut. Aku bukannya biasa pun." Tak pernah-pernah dia ikut sebelum ni, mana mau dia ikut.
"Awak ni, ikutlah. Saya bosan kalau awak takde." Ketara sangat asyik nak berkepit je dengan Marsha. Tak puas-puas nak jumpa.
"Macamlah kau tak pergi dengan kawan kau." Alasan betul Aidan nak membawa dia pergi camping tu.
"Itu kawan biasa. Awakkan kawan luar biasa."
"Erm, tiba-tiba luar biasa."
"Sebab kita dah kenal lama. Sebelum lahir pun dah kawan."
"Pandai-pandai kau je."
"Haha, bolehlah awak. Ikutlah."
"Aduh, memujuk betullah kau ni." Sudahlah Marsha ni kadang-kadang cepat terpujuk, Aidan ni pula tak henti-henti nak memujuk.
"Please."
"Yelah, yelah."
"Yes, janji ae? Jangan cancel."
"Ya tapi kau kena tolong aku beli benda yang patut sebab aku tak tahu sangat benda yang penting perlu dibawa."
"No problem. Saya boleh membantu."
"Esok free?"
"Free untuk awak."
"Kau cakap betul-betul, kau free ke tak?"
"Free-lah, awak. Esok memang takde kelas."
"Kau jangan menipu ae."
"Tak tipu."
"Hrmm, dua sejoli. Rancak berbual nampak. Tak nak balik ke?" Terserempak Lona dengan Marsha dan Aidan di tempat parkir kereta, bercerita entah di luar kereta.
"Awak, Sha ikut kita pergi camping." Teruja Aidan bagitahu.
"Biar betul? Sha?"
"Ya."
"Awak guna jurus apa ni sampai Marsha terpujuk?"
"Just pujuk." Pujuk berulang kali baru jalan.
"Sha, awak jangan nanti last minute tak ikut ae, awas awak. Makan je dia, Aidan kalau dia berani cancel."
"Amboi, menyuruh orang makan orang."
"Korang takpe, nak kahwin jugakan."
"Sedap mulut kau je kan."
"Awak, gurau jelah. Jangan serius sangat."
"Ermm." Senyuman palsu di bibir Marsha terlihat jelas tanpa reaksi di matanya.
"Takpelah, Aidan. Awak bawalah Sha balik. Bad mood pulak nanti." Dah nampak tanda-tanda Marsha malas melayan joke tadi.
"Awak, jomlah balik."
"Ya."
Baru saja kereta bergerak, Aidan dah tak tahan nak dalam keadaan hening ni. Lagipun mustahillah Marsha nak bercakap dulu.
"Awak, ada movie lagi tak nak tengok malam ni?"
"Takda, nanti kau fikir bukan-bukan lagi."
"Itu tak sengajalah. Lagipun masa tu kita berdua je, confirm saya terfikir. Tapi kali ni ada family awak."
"Nanti aku carilah movie yang best."
"Okay. Nak pegang tangan awak, boleh?" Drastik betul cara dia tukar topik.
"Kenapa?"
"Saja. Rindu nak pegang tangan awak macam dulu."
"Ada-ada je kau ni. Nah." Tangan kanannya dihulur ke Aidan.
Tersenyum Aidan mendapat reaksi positif daripada Marsha. Tangan itu diletak dipahanya dengan telapak tangan terbuka untuk menyatukan jari-jemari mereka. Jari ibu dipastikan terus membelai tangan Marsha tanpa henti. Namun, dia terpaksa lepaskan tangan Marsha bila jalan berbelok-belok, hampir Marsha menarik tangan, cepat Aidan bawa kembali ke pahanya.
"Tak puas pegang lagi ke, Aidan?" Lenguh juga tangan dia berjuntai di udara begitu lama.
"Tak puas dan takkan puas." 'Muah.' Jelas kedengaran kecupan Aidan pada tangan yang digenggamnya.
Tergeleng kepala Marsha dengar jawapan Aidan, tak habis-habis dengan mulut manis dia tu.
"Awak."
"Erm?" Marsha tak menoleh memandang Aidan dengan matanya yang masih melihat layar telefon.
"Awak dah ada rasa suka dekat saya?"
Jari yang bergerak di skrin seketika terhenti dan wajahnya kelihatan terkejut dengan pertanyaan Aidan. Perlahan-lahan wajahnya dipalingkan melihat Aidan.
"Ada tak?" Tanya Aidan lagi untuk mendapat kepastian.
Mulut Marsha seakan membeku tak mahu terbuka, lidah yang keluh tak mahu mengucapkan apa-apa kata.
"Okay-lah. Saya rasa saya tahu jawapan awak."
"Sorry." Hanya itu yang mampu terkeluar dari kotak suaranya.
"Takpe. Kita pelan-pelan. Saya boleh tunggu." Suaranya kedengaran sedikit dalam di corong telinga Marsha namun sukar untuk memastikan perasaan di balik suara tadi.
Hening menjelma di sekitar mereka sebaik saja Aidan tidak bersuara lagi sehingga sampai di perkarangan rumah mereka. Terlihat beberapa kereta berparkiran di kawasan rumah Aidan.
"Awak, malam nanti saya pergi rumah awak ae."
"Buat?"
"Nak kacau awak."
"Suka hati kaulah."
"Bye, awak."
"Bye." Mereka saling melambai setelah Aidan memasukkan kereta mama Marsha ke garaj rumah Marsha. Marsha yang suruh dia pandu pagi tadi.
"Bukan setakat buat kau pindah, siap jadikan kau driver? Banyak cantik muka dia." Sedap mulutnya mengata Marsha.
"Rita, kau kenapa ni?"
"Apa? Aku cakap faktakan."
"Kau jangan nak buruk-burukkan Cha Cha. Kau kalau datang sini semata nak aku dengar kau cakap macam tu, bagus kau tak payah datang sinilah."
"Aidan, apa special-nya dia tu sampai kau macam ni? Banyak lagi perempuan cantik lain kalau kau nak."
"Cukup!" Terjerkah pula bila emosinya terganggu dengan ucapan Rita.
"Sampai hati." Matanya kelihatan berkaca-kaca mendengar jerkahan Aidan yang menusuk hingga ke jantungnya.
Share this novel