"Cha, malam ni keluar dengan kawan lagi?"
"Tak."
"Kenapa tak keluar? Kamu bergaduh dengan kawan kamu ke?"
"Mana ada."
"Dah tu kenapa tiba-tiba tak keluar dengan kawan kamu? Kan biasa macam tu."
"Aidan nak bawa berjalan."
"Jalan? Bagus sangatlah tu. Macam nilah yang mama suka ni. Cha rapat-rapatlah dengan Aidan tau."
"Ya." Marsha dah pasrah dengan perkahwinan akan datang dia ni, nak jadi apapun, jadilah. Lagipun, dia rasa Aidan tak berubah dari perangai masa kecil. Mungkin sebab tu dia senang selesa dengan Aidan.
"Dah panggil kawan-kawan kamu ke belum?"
"Dah, nanti sampailah tu. Bin Bin mana, ma? Dari tadi tak nampak."
"Dia pergi ambil kek."
"Oh. Cha nak bersiap dululah kalau macam tu."
"Ya, pergilah dulu."
Hari ini, genaplah sudah umur Marsha yang ke-23. Setiap tahun, hari ulang tahun kelahirannya akan disambut bersama keluarga dan kawan-kawan yang masih rapat serta tetamu lain yang diundang seperti keluarga Aidan, mustahil mereka dipinggirkan.
.....
"Aidan, oh Aidan."
"Apa, kak oii?" Panggil-panggil orang dah kenapa ni? Orang tengah bersiap tu.
"Kau dah siap ke belum?"
"Belum."
"Apa yang lambat sangat kau ni? Aku yang perempuan pun dah siap tau."
"Nak jumpa jantung hati kena smart. Mana boleh nampak selekeh."
"Banyaklah 'jantung hati' tu. Diterima pun tak lagi."
"Tak apa. Nanti mesti dia terima. Usaha tangga kejayaan."
"Ikut kaulah, Aidan. Cepat sikit tangan tu. Tak lama lagi nak mula dah. Mentang-mentang rumah tu sebelah je, nak lambat-lambat pulak."
"Ya, ya. Banyak mulutlah kau ni, kak."
Sejak awal, Aidan sudah bersiap lebih awal namun dia tak berpuas hati dengan gaya rambut dia sampai entah berapa kali dia pergi ubah, ubah lagi. Untungnya dia menemui gaya rambut yang sesuai lantas bergegas ke rumah Marsha sebelum terlambat, tak lupa juga dnegan hadiah yang sudah lama dia sediakan.
'HAPPY BIRTHDAY, MARSHA!' Beramai-ramai mereka mengucapkannya untuk Marsha, tidak lupa dengan tepukan yang memenuhi ruang tamu. Satu demi satu menemui Marsha dengan ucapan dan hadiah yang sudah disediakan.
"Happy birthday, awak. Ni hadiah untuk awak." Hadiah drngan bungkusan kemas dihulur kepada Marsha. Melihat dari saiz bungkusan hadiah, Marsha pasti apa yang di fikirannya mestilah hadiah yang Aidan bagi.
"Terima kasih."
"Sama-sama. Malam ni, jadikan kita dinner?"
"Jadi."
"Yeah. Awak pakai baju apa ni?"
"Tak tahu lagi. Kenapa?"
"Nanti lepas dinner, saya nak bawa awak jalan. So, better awak tak pakai dress yang labuh."
"Okay." Aidan berlalu pergi sedikit menjauh sebaik saja perbualan mereka tamat. Aidan perlu bagi ruang yang lain untuk menyapa Marsha.
.....
Jam demi jam berlalu sehingga tiba masa untuk Marsha akan makan malam bersama Aidan BERDUA dan sudah tentunya mendapat izin parents Marsha. Marsha memandang tepat pada cermin yang memaparkan penampilan penuhnya yang memakai gaun bertali halus di bahunya dan separas lutut saja panjang gaunnya. Dia berasa mahu menukar baju tapi gaun yang lain boleh dikira labuh walaupun hanya paras buku lali.
'Tok. Tok. Tok.' Terdapat ketukan di luar biliknya membuat dia membuka pintu.
"Aidan dah sampai. Kamu dah siap?"
"Mama rasa dah siap ke ni? Okay ke nak pakai macam ni?"
"Mama rasa dah okay ni. Muka pun dah siap. Rambut nak ikat ke?"
"Tak."
"Kalau macam tu, dah boleh geraklah."
"Kejaplah, ma. Minta dia tunggu kejap."
"Jangan lama-lama."
"Ya, ma."
Marsha hampir terlupa sesuatu semasa dia meneliti pakaiannya tadi. Pintu ditutup dahulu sebelum kembali ke hadapan cermin besarnya. Kotak kecil hadiah dibuka dengan isinya pin rambut dengan tambahan reben ditengahnya. Ditilik dahulu pin tadi sehingga dia bermonolog 'Masih juga kau tau benda yang aku sukakan, Aidan.' Pin rambut hadiah daripada Aidan diselitkan di rambutnya, itulah sebabnya dia tidak mahu mengikat atau menata rambut dengan gaya rambut yang cantik. Sehabis melihat penampilan yang sudah cukup baik, dia mengambil cross bag-nya dan kardigan yang mungkin diguna bila cuaca semakin sejuk.
"Ma, pergi dulu."
"Ya."
Sekarang dia menuju ke luar rumah dengan memakai kasut setinggi 2 inci sudah membuat Aidan jatuh hati sekali lagi tanpa sedar sudah tersenyum lebar.
"Apa senyum-senyum?"
"Awak cantik."
"Serius?"
"Erm." Angguknya. "Thanks pakai hadiah saya. Pin rambut tu makin cantik kalau dengan awak." Pandai dia memuji Marsha.
"Amboi."
"Silakan masuk, princess." Pintu kereta di sebelah pemandu dibuka untuk Marsha.
"Thanks."
"No problem, princess." Sempat dia mencium tangan Marsha sebelum menutup pintu kereta.
.....
Tangan terletak kemas melingkari pinggang Marsha menuntun ke tempat yang dia mahu pergi bersama Marsha.
"Kita nak pergi mana ni?"
"Saya pergi main arked sambil-sambil release tension. Awak nak?"
"Bolehlah."
"So, awak nak main apa dulu?"
"Cuba yang ni." Tunjuknya pada permainan 'Claw Machine' yang tepat berada di pintu masuk kawasan permainan arked ni. "Yang tu comel." Patung seekor panda dengan kostum dinasour biru menarik perhatian Marsha.
"Awak nak cuba ambil?"
"Ya." Mata yang seakan berkilauan memanah jantung Aidan untuk jatuh hati semula kepada Marsha. Dia tertawan dengan senyuman tipis yang terpampang di matanya. "Saya pergi beli coin dulu."
"Tolong aku beli coin." Dia menyelongkar begnya ingin mengambil wang. "Nah." Wangnya diberi kepada Aidan.
"Untuk apa ni?"
"Tukar dengan coin."
"Ish, tak payahlah awak. Saya masih ada duit nak pergi ganti coin."
"Untuk aku?"
"Ya, untuk awak. Awak tunggu sekejap ae."
"Okay.'
Baru saja Aidan pergi, muncul seseorang yang tidak dikenal langsung oleh Marsha mendekatinya secara tiba-tiba.
Share this novel