29

Romance Series 2125

"Marsha, aku rindu kau. Kau tak rindu aku?"

"Tak."

"Kenapa?"

"Entah."

"Marsha. Jangan hilangkan rasa suka kau dekat aku. Aku tak rasa aku rela kau suka dengan lelaki lain, lagi-lagi Ryan. Dia kawan terpercaya aku, jadi aku tak nak dia punca aku tak dapat bersama dengan kau." Dahinya digeselkan ke bahu Marsha dengan lembut. Dia nak bermanja dulu dengan Marsha sambil memeluknya.

Marsha mencuba melonggarkan dakapan namun semakin erat pula. "Lepaslah."

"Tak nak. Aku belum puas lagi."
Tak lama lepas tu, Aidan tiba-tiba rasa mengantuk siap menguap lagi. Cepat-cepat dia lepaskan Marsha.

Marsha nak berdiri ambil sesuatu tapi sekali lagi tangan ditarik sehingga membuat dia terpeluk Aidan.
"Jangan pergi mana-mana."

"Saya nak ambil bantal."

"Untuk?"

"Untuk bos tidur. Bos mengantukkan?"

'Muahh.' Sempat memberikan kecupan pada pipi Marsha. "Aku boleh balik rumah kalau aku nak tidur tapi sekarang aku nak dengan kau." Terkejut betul Marsha dibegitukan, untung tak berteriak tadi.

"Bos, sanalah. Pergi tidur. Saya pun nak tidur dah ni."

"Kau dah siapkan kerja?"

"Tak tapi tinggal sikit."

"Baguslah tu, teman aku sekejap lagi."

"Dah tu, lepaslah." Asyik nak berpeluk je Aidan ni. Dahlah ketat, sesak nafas juga tak lama.

"Tak nak."

"Dah tu macam mana bos nak buat kerja?"

"Tak nak, aku nak kau."

"Tak naklah, bos. Berapa kali lagi nak cakap. Sejuta kali ke?" Penat pula dia melayan. Dah tak nak tu, terima jelah.

"Aku takkan berhenti selagi kau tak nak terima aku."

"Bos gila ae?"

"Ya, gilakan kau."

"Sengetlah bos ni." Dicuba lagi nak melepaskan pelukan, kali ni Aidan biarkan Marsha terlepas.

Aidan kini berdiri mengemaskan barang-barangnya yang dibawa untuk berkerja tadi. "Aku balik dulu." Kopi yang sudah kurang pekat diminum habis sekali.

"Bos dah siap?"

"Tak tapi nanti aku sambung." Dia mendekati Marsha yang sedang duduk lantas mencium tangan Marsha juga pipi Marsha. "Love you, nanti jumpa dekat office."

Perubahan tingkah laku daripada Marsha buat Aidan pasti Marsha tengah blushing. Mungkin sebab tiba-tiba dicium.
Tangan yang masih bertahan di rahang Marsha membelai lembut pipinya.

"Thanks, nampaknya kau masih ada suka dekat aku."

"Ih, memandai je." Sengaja dia mengalihkan pandangan daripada melihat Aidan.

"Kalau kau betul-betul tak suka aku, kau takkan benarkan aku peluk atau cium kau. Aku kenal kau, Marsha."

Lagi-lagi Marsha blushing tapi kali ni dia menutup wajahnya dengan tangannya sendiri.

"Aku tunggu kau betul-betul terima aku balik. Aku balik dulu, bye." Dia melangkah menjauh daripada Marsha untuk pulang ke rumah. Dia tak mahu mengganggu waktu Marsha lagi.

~~~~~

Hari-hari menjadi terlalu sibuk mengurus banyak pekerjaan pada masa yang sama sampai Aidan dan Ryan kerap outstation untuk melihat keadaan projek pembinaan perumahan yang baru juga menguruskan perumahan sedia ada mengikut kemahuan pemilik perumahan. Tinggallah Marsha sendirian mengurus pekerjaan di pejabat dengan kesunyian. Untungnya pekerja lain mahu berbual dengannya.

"Hello, I dengar sini bilik bos, kan?" Muncul seorang wanita rupawan berdiri di hadapan meja Marsha.

"Ya, kenapa?"

"Bos you ada?"

"Buat masa sekarang takde. Cik boleh buat appointment kalau cik nak."

"I tak berurusan formal dengan dia. Lagipun dia kenal I. So, tak perlu appointment."

"Kalau macam tu, cik bolehlah jumpa dia bila bukan masa bekerja."

"Bila dia tak kerja?"

"Minggu depan, hari Sabtu."

"Lamanya, you tipu I ae."

"Kami tengah banyak projek sekarang dan masa memang suntuk."

"Takkan macam tu lama. You sengajakan nak main-main, kan I?"

"Tak, cik. Memang betul. Buat apa saya nak tipu."

"I tak percaya. You call bos you sekarang."

"Maaf, tak boleh. Sekarang dia tengah sibuk."

"You buat apa I cakap. Kalau tak, huru-hara office."

"Cubalah, kot cik nak saya panggil security guard."

"You!" Jari telunjuknya terarah pada Marsha.

"Apa bising-bising ni?" Suara garau memenui ruangan mereka yang ketika itu sedang berdiam diri.

"Aidan." Langsung perempuan tadi mengalungkan lengannya dengan lengan Aidan. "I rindu you. Employee you tak benarkan I jumpa you."

"Kenapa kau datang sini?" Dia tak kisahpun dengan rindu perempuan tu. Lengannya dipaksa lepas dari pegangan perempuan tadi.

"Kan I dah cakap I rindu you. You ni, tak dengar ke apa I cakap?"

"Kau balik jelah. Jangan nak menyibuk dekat sini."

"Janganlah macam tu, you. You taukan I betul-betul nak jumpa you bila I dah balik sini."

"Dahlah, aku penat sekarang ni. Kau balik sebelum aku seret kau keluar."

"Ish, you ni. Yelah, I balik dulu. Nanti I datang balik ya."

"Tak payah datang lagi."

"I akan datang juga. You takkan dapat halang I." Tersengih-sengih dia pergi keluar dari office diorang.

"Kalau perempuan tu datang lagi, korang jangan bagi dia jumpa aku." Amaran diberikan pada Ryan dan Marsha. Entah apa cerita pula Aidan dengan perempuan tu. Nampak tak suka sangat.

"Siapa tu, bos? Macam sukakan bos je."

"Jangan tanya." Lantas bos masuk ke bilik pejabatnya untuk berehat sebentar sebelum memikirkan outstation dan kerja selepas ni.

"Marsha, kenal ke perempuan tadi?"

"Tak."

"Pernah nampak?"

"Tak. Ex-classmate kot." Agak-agakkan dia je tu.

"Macam gedik je. Marsha tengok-tengokkan diorang tu."

"Dah kenapa saya kena tengokkan? Bukannya budak kecil pun."

"Marsha, perempuan tu nakkan bos kita. Marsha tak risau kena rebut?"

"Lah, bukannya bos tu milik saya pun. Biar jelah."

"Jangan menyesal, Marsha. Merana nanti."

"Nonsense-lah, awak ni." Sudahlah, dia mahu sambung kerjanya tadi.

"Marsha, nanti kita makan lunch dengan bos tapi sambil meeting dengan client." Ucap Ryan yang duduk di seberang sana

"Tak nak."

"Bos belanja, ikut je."

"Banyak kerja lagi dekat sini."

"Ikut. Marsha kena juga belajar meeting selain dekat office. Siapa tahu kalau aku tiba-tiba sakit, takkan kau nak biarkan bos pergi buat minit mesyuarat sendiri kalau dekat luar, kan?"

"Yelah, yelah." Kenalah terima, siapa suruh jadi secretary. Kan dah kena suruh berjalan keluar office.

Sedang dia memandang skrin laptop di hadapannya, terperasan ada surat yang bertuankan 'MARSHA'. Surat berhenti lagi ke? Memang dia koyakkan terus kalau betul ni surat berhenti. Tak serik-serik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience