1

Romance Series 2125

Malam yang tenang bagi Marsha sebelum dia menutup malam dengan tidur lenanya.

'Tok. Tok. Tok.'
'Marsha.' Panggil mama di luar biliknya. Lantas Marsha membukakan pintu.

"Kenapa, ma?"

"Cha, jom turun."

"Buat apa, ma? Cha nak tidur."

"Baru jam 8, masih awal. Jom turun." Ditarik saja Marsha turun ke tingkat bawah di mana ruang tamu berada.

Dia melihat beberapa tetamu yang dikenal dan tidak dikenal. Terlihat pula seorang lelaki yang tersenyum lebar memandangnya.

'Aneh.' Monolog Marsha dalam benaknya. Tanpa disedari, lelakii tadi sudahpun berada di hadapannya.

"Hai, Cha Cha." Diambilnya kedua-dua tangan Marsha, lantas digenggam.

"Kau siapa?"

Shock!! Jelas tertera di wajah lelaki tersebut.

"Cha dah lupa dengan saya?"

"Aku kenal kau, ke?" Bingung Marsha di sana.

"Cha, ingat betul-betul. Takkan dah lupa dengan Aidan." Ujar mama. Risau dengan ingatan Marsha ni.

'Aidan?' Marsha bermonolog lagi. Dia cuba mengingati pemilik nama tersebut. "Dan Dan ke?"

Aidan mengangguk laju.

"Aidan rupanya."

"Dah ingatkan. Jom duduk." Panggil Carla. "Cha, Aunty Esther nak kamu tunaikan janji yang kamu buat sebelum ni." Ujar mama lagi yang ingin Marsha faham tujuan atas kedatangan Aidan sekeluarga.

"Apa Cha janji?"

"Cha Cha janji nak kahwin dengan saya bila awak dah besar." Aidan yang menjawab.

"Kahwin? Bila masa aku janji macam tu?"

"Masa Cha Cha kecil."

"Itukan masa kecil. Kenapa nak serius sangat?" Wajah Aidan berubah sedih melihat wajah Marsha yang tidak berpuas hati dengannya. "Childish-nya. Masa tu tak fikir betul-betul. Tak payahlah bawa sampai ke besar."

"Marsha. Kamu yang berjanji nak kahwin dengan Aidan. Mama dah ingatkan jangan berjanji, kamu yang nak juga berjanji. Kamu lupa kamu yang bagi harapan dengan Aidan." Mama ingin membela Aidan. Aidan sudahpun terlanjur berharap oada Marsha akibat tindakan Marsha sendiri dan dia juga suka kalau Aidan menjadi menantunya.

"Ma, seriously?" Tatapan Marsha seakan tidak percaya terhadap ucapan mamanya tadi.

"Sudah terlanjur begini. Kamu terima saja."

"No! Tak nak." Enggan sungguh Marsha menerimanya.

"Kamu terima je. Pandailah tu nanti kamu suka dengan Aidan." Pujuk mama lagi.

"Tetap tak mau."

"Kamu tak ada boyfriend-kan?"

"So?"

"Tak ada masalah untuk kamu terima dia."

"Tak nak."

"Marsha, dengar cakap mama tu. Tak salah kalau kamu bagi Aidan peluang dulu." Papanya sudah membuka mulut. Bagaimana lagi dia mahu membantah?

"Ish." Marsha melarikan diri ke bilik, tidak kisah dengan tanggapan keluarga Aidan.

"Maaf ya, Aidan. Marsha mungkin tengah bad mood sekarang." Ucap mama Marsha.

"Tak apa, aunty. Apa boleh buat." Jawab Aidan yang ketara terasa pada Marsha.

Kemudian, walau tanpa Marsha, mereka tetap membincangkan soal pertunangan antara Marsha dan Aidan pada masa akan datang.

~~~~~

"Ma, mana Bin Bin?"

"Dah jalan."

"Kenapa tak tunggu Cha?"

"Sengaja mama suruh pergi awal."

"Dah kenapa pula?"

"Mama nak kamu pergi U dengan Aidan."

"Aidan? Kenapa pula?"

"Dah alang-alang dia pindah U kamu, kamu pergilah dengan dia."

"Apa bezanya kalau pergi dengan Bin Bin, sama U juga."

"Kalau dengan Aidan, kamu boleh borak-borak dengan dia. Kalau tunggu kamu nak jumpa dia, memang lambat lagilah kamu kahwin macam tu."

"Ish, mama ni."

"Nak makan atau bekal breakfast?"

"Bekal jelah."

"Marahlah tu, marah." Tahu sangat perangai anak sulung dia ni.

"Ermm." Ditunggunya mama menyiapkan bekal yang akan dia makan di kelasnya nanti. Seusai itu, dia menuju ke kereta Aidan yang sudah terpacak di hadapan rumah.

Melihat kelibat Marsha, Aidan lantas keluar dari keretanya ingin menyapa Marsha. "Good morning, awak."

"Ermm." Hambar saja jawapnnya.

"Cha Cha masih bad mood ae?"

"Jangan panggil aku guna nama tu."

"Kenapa? Mama awak masih panggil nama awak, Cha Cha."

"Aku tak suka kau panggil guna nama tu."

"Padahal masih nama awak."

"Nama aku, jadi suka-suka aku nak kau panggil atau tak guna nama aku tu."

"Yelah yelah. Bad mood-lah awak ni. Tak suka."

"Kau nampak aku kisah?"

"Jangan macam tu."

'Huh.' Terdengar jelas dengusan kasar Marsha tu. "Kau nak tumpangkan ke tak aku ni? Aku nak cepat."

"Masuk, masuk." Dibukakan pintu penumpang untuk Marsha. Sabar sajalah Aidan melayan Marsha ni, sudahlah sepanjang perjalanan hanya berdiam diri, begitu juga Aidan.

'Sha, awak datang dengan siapa?' Tanya kawan Marsha sambil berbisik sebaik saja dia ingin memasuki koridor kelas.

"Orang."

"Aku cakap 'siapa', bukan 'apa'."

"Aidan."

"Tak pernah nampak pun sebelum ni."

"Baru pindah."

"Adik ke ni?"

"Memandai. Adik aku Marvin jelah."

"Jadi apa hubungan kau dengan dia ni?"

"Kawan."

"Serius?"

"Bakal tunang."

"Tunang? Kau dah nak kahwin ke?"

"Belum."

"Dia ambil course apa?"

"Entah."

"Aikk, kau tak tanya?"

"Malas."

"Kau terpaksakah terima dia?"

"Begitulah."

"Ee, tak bersyukur. Padahal dia tu handsome."

"Kau nak?"

"Nak juga tapi tak nak kalau kau punya."

"Belum jadi milik aku lagi."

"Marsha, janganlah bagi saya dekat orang lain. Saya nak awak je." Aidan menyampuk di tengah perbualan Marsha.

"Biarlah. Kau tu bakal tunang je, bukan bakal suami."

"Tahulah awak tak sukakan saya tapi jangan suka-suka bagi dekat orang lain. Saya bukan benda."

"Nye nye nye." Selamba dia mengajuk Aidan.

"Sha, jangan macam tu. Kesian tau."

"Kau nak sebelahkan dia pula?"

"Alah, kau ni Apa salahnya aku support dia, kot-kot kau sukakan dia balik."

"Kau ni, sama je kan dengan mama aku."

"Sha, jangan garang-garang."

"Diamlah." Sakit pula hatinya, dia ingin melarikan diri dengan berjalan pantas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience