11

Romance Series 2125

"Kena tinggal boyfriend ke tu?" Tak ada angin, tak ada ribut. Dicakapnya begitu.

Marsha tak merespon tapi tangan dibuat untuk berpeluk tubuh sambil matanya memandang tajam ke arah lelaki yang menegurnya.

"Marah ke?"

Marsha cuba menjauhkan diri dengan melangkah ke belakang beberapa kali.

"Chill. Aku tanya je."

"Cha." Sebuah tangan melingkari pinggang Marsha dengan erat sebaik dia mendengar namanya diseru. "Awak okay?"

"Okay."

"Siapa ni?"

"Tak kenal."

"Ada perlu apa-apa dengan dia ke?" Tanya Aidan dengan baik tapi dalam hatinya mahu saja ditumbuk lelaki yang mahu menggoda Marsha.

"Oh, tak ada apa. Saja berkenalan." Senyum yang berbisa, manis tapi beracun. Lelaki itu meninggalkan Marsha dan Aidan.

"Dia kacau awak?"

"Nampak gaya macam tu."

"Yelah. Ni coin yang tadi."

Tercengang Marsha melihat seberapa banyak coin yang dibeli Aidan sehingga perlu dimasukkan ke dalam saku seluar. "Banyaknya kau tukar. Tak membazir ke?"

"Tak apa. Nanti boleh ambil berapa banyak yang awak suka. Kalau tak cukup, nanti saya tukar lain."

"Dah, tak payah membazir. Mentang-mentang kaya."

"Lah, yang kaya tu parents saya. Saya mengharap duit diorang je."

"Dah tu, janganlah membazir."

"Alah, untuk awak juga. Bukannya perempuan lain."
'BOOM!' Terkena langsung hati Marsha. Macam mana dia boleh cakap macam tu padahal tak ada hubungan apa-apa. Dengan muka tenang pula tu.

"Argh, suka-suka kaulah. Yang pasti, jangan membazir lagi."

"Yelah."

Marsha mendengus perlahan namun masih kedengaran di telinga Aidan. Kemudian, dia menghulurkan tangan kepada Aidan kalau-kalau bagi dia guna coin. Sudah tentu Aidan memberikannya.

Berkali-kali Marsha mencuba mengambil patung yang dia mahu tapi patung lain yang dia dapat sampailah dia geram sehingga berdecit berkali-kali.

"Awak, boleh saya cuba?"

"Ermm." Kesal sudah wajahnya memandang 'Claw Machine' yang mereka mainkan.

'TINGG!!'
"Nah, awak."

Marsha tak puas hati! Berkali-kali dia cuba, Aidan sekejap je dapat. "Pilih kasih pula game ni."

"Dia nak saya yang bagi awak tu. Coin dah habis, awak ada nak yang lain?"

Marsha memandang sekilas mesin tadi dan terhenti sekejap. "T-tak ada. Kita pindah lainlah."

"Awak. Cakap je mana awak nak. Saya cuba ambilkan." Tangannya menarik Marsha untuk berdiri tepat di hadapan mesin menunjukkan di mana patung yang ingin diambil.

"Tak payahlah. Coin dah habiskan."

"Boleh tukar lagilah, awak. Just say it. Saya tak nak awak sedih bila kita balik nanti."

"Yang tu." Tunjuknya ke arah patung beruang yang mempunyai reben di telinga dan memegang setangkai bunga.

"Saya tukar coin sekejap."

"Ya." Marsha melihat belakang Aidan yang semakin menjauh darinya membuat dia merasakan sesuatu yang aneh di dada. 'Aku dah suka Aidan ke ni?' Monolognya sendiri di hati.

Malam diluangkan bersama dengan memain beberapa lagi permainan arked sebelum mereka akan menonton filem bersama sehingga larut malam. Lagi pula masing-masing mereka tidak mempunyai kelas pagi, memang dirancang begitu setelah mengetahui mereka mempunyai masa yang lebih lama untuk bersama.

"Awak, terima kasih."

"Untuk?"

"Sudi spend time dengan saya. Sorry kalau saya ada buat awak annoying."

"Sepatutnya aku yang berterima kasih. Aku dah susahkan kau bawa aku ke sana ke mari sebab apa yang aku wished."

"Saya tak kisah kalau itu awak."

"Jangan manjakan aku macam ni."

"Kenapa? Saya suka macam ni, boleh spend time sama-sama. Awak bukannya selalu nak kalau saya ajak keluar."

"Erm." Tak terbantahkan apa yang Aidan cakapkan.

"Nanti esok, awak ada kelas petang atau malam?"

"Petang."

"Samalah kalau macam tu. Awak sampai malam?"

"Ya. Kau?"

"Saya ada satu kelas je esok, so tak sampai malam tapi saya boleh tunggu awak."

"Okay. Aku masuk dulu."

"Okay, awak. Good night."

"Err, good night." Kekok sedikit menjawabnya, tak biasa lagi ber'sweet' macam tu kecuali kalau memang boyfriend dia.

Aidan membuntuti Marsha hanya dengan pandangan sebelum dia memandu masuk keretanya ke garaj rumah.

"Kak, kau tak tidur lagi?"

"Ya. Ada cerita best." Asyik betul menonton tv kalau macam tu sampai dah tengah malam.

"Kau habis date dengan Marsha ke?"

"Ya."

"Best?"

"Ya."

"Dia dah terbuka dengan kau ke?"

"Macam belum lagi tapi setidaknya ada perubahan."

"Dia nak juga ke dengan kau?"

"Tak tahulah."

"Kau jangan menaruh harapan sangat. Aku tengok dia macam bagi mixed signal dengan kau. Macam nak tak nak dengan kau."

"Tahu. Harap ada perubahan lagi lepas ni."

~~~~~

Masa berlalu pantas membuat Marsha lebih terbuka dengan Aidan apabila Aidan kerap kali melekat di mana pun mereka berada.

'DING DONG'
'DING DONG'
Loceng rumah kedengaran ditekan dari ruang luar rumah membuat Marsha perlu melihat siapakah yang ingin bertamu bila ibu bapanya tidak di rumah.

"Aidan. Kenapa ni?"

"Awak sekarang ni free?"

"Ya."

"Awak buat apa tadi?"

"Tengok phone je."

"Kawan-kawan saya ada datang rumah, saya nak kenalkan awak dengan diorang boleh?"

"Kawan-kawan dari mana?"

"Dari U sebelum ni, kebetulan sekarang diorang ada cuti seminggu jadi saja datang jumpa saya."

"Kejap. Aku pakai T-shirt dulu."

"Okay."

Kerana dia tahu dia tidak ke mana-mana, Marsha hanya memakai tank top sebagai baju luarannya bila di rumah kerana itu dia mahu memakai baju yang lain sebelum bertemu dengan kawan-kawan Aidan.
Dia jadi curious dengan gelagat kawan-kawan Aidan, elok ke perangai diorang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience