Dilihat sekeliling mencari batang hidung Aidan di dalam kelasnya tetapi tiada kemajuan bila dia tak melihat bahkan kelibat Aidan. Sudah beberapa hari begini, mesej bahkan tak dijawab. Sah, Aidan nak menjauhkan diri daripada dia.
"Bakal tunang menghilang ke?"
Yang inipun, apasal menyibuk sangat ni? Lain yang dicari, lain yang muncul.
"Mesti dia takut kau mengandungkan anak aku , kan?"
Sinis senyuman Marsha menghadapi Si Danial ni. "Tak payah nak mengharaplah, sekarang nipun aku tengah datang bulan. Takde maknanya aku mengandung."
"Takpe, lepas ni aku buat sampai mengandung-"
'PAPP!' Berdesing telinga mendengar tamparan yang bergema di sekeliling.
"Berani kau fikir nak sentuh aku lagi." Ujarnya dengan tangan yang menuding jari pada Danial.
"Kenapa tidak? Senang je aku dapat TIDUR dengan kau tanpa kau SEDAR." Sigap tangannya menangkap tangan Marsha.
Dahi Marsha berkerut seketika. Tanpa sedar? Means Danial dah rancang awal-awal apa yang jadi malam tu?
"Kau jangan fikir aku biarkan kau buat benda tu lagi!" Kasar dia menarik kembali tangannya sebelum bergerak menjauh dari sana. Mereka berdua sudah menjadi pusat perhatian.
Marsha pergi ke kawasan parkir menunggu kedatangan Marvin untuk jemput dia pulang, sejak Marsha sakit hari tu, dia dah tak ikut Aidan ke universiti mereka. Tapi yang menyebalkan sekarang ni, bahagian perut dia sakit sebab bendera Jepun dia. Padan muka Danial yang mengharapkan dia mengandung. Banyak kali juga dia mengeluh.
"Kenapa kau nak jumpa?"
Kepala yang awalnya menunduk pantas melihat ke arah Aidan tapi dengan raut wajah kesakitan. "Aidan." Dia memperbaik posisinya dulu. Tapi tadi Aidan guna 'kau' kan?
"Kau mengelak jumpa aku ke?"
Terlihat Aidan mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Better kita jadi stranger lepas ni."
"Kau gila ae?"
"Kau bukannya suka aku pun, kan? Tak guna aku bazir masa dengan kau."
"Aidan, malam tu bukan aku sengaja. Aku betul-betul tak sedar."
"Tapi kau buatkan?"
"Tak tahu. Aku betul-betul tak ingat apa jadi."
"Lantak kaulah." Aidan memalingkan tubuh meninggalkan Marsha di sana.
Marsha terpukul dengan ucapan terakhir Aidan. Aidan memang dah buang dia ke ni? Baguskan kau, Danial. Kau rosakkan hubungan Marsha dengan Aidan dalam keadaan hubungan diorang makin erat.
"Kak." Marvin memunculkan diri.
"Bin." Terdengar sedih suara yang memanggil Marvin.
"Bergaduh dengan Aidan ke tadi?"
Cepat sensitif perasaan Marsha sekarang ni, rasa nak menangis sangat-sangat. Tubuh Marvin dijadikan mangsa pelukan Marsha. "Dia dah tak nak aku."
"Tak nak akak, maksudnya macam mana?"
"Dia nak kitorang jadi stranger."
"Sebab malam tu?"
"Ya, dia jijik kot dengan aku ni."
"Dia tak pernah tahu akak memang pernah tidur dengan lelaki?"
"Tahu. Aku dah pernah bagitahu. Dia cakap dia okay je tapi bila jadi macam ni, dia tak terima pula."
"Takpelah, kak. Dah dia yang nak macam tu. Jom, balik dulu. Akak kena rest kan. Tak nak sakit-sakit lagi."
"Okay."
Marvin membawa Marsha mendekati motornya lalu memasangkan helmet di kepala Marsha. "Malam ni, jangan menangis sangat. Esok tak boleh sakit, ada exam kan?"
"Macam mana kau tahu jadual aku ni?"
"Tahulah."
"Hehe, sweet-nya."
"Mestilah, kalau tak aku, mana mau akak yang nak sweet."
"Hehe. Betul tu, betul."
"Meh, naik." Ditepuk-tepuk tempat duduk belakang motor dia untuk Marsha naik.
~~~~~
Hari semakin pantas berlalu sehingga tidak menyedari kalau esok dia akan menjadi alumni universiti dia ni. Cumanya dia tak excited untuk ikut majlis konvokesyen dia, mungkin dia akan skip hari tersebut juga dinner yang mereka adakan. Entah kenapa dia memang tak ada hati nak pergi, lagi-lagi dinner. Dia teringatkan kejadian dia dengan Danial. Disebabkan itu, sampai sekarang dia tak bercakap dengan Aidan. Macam betul-betul dah jadi stranger.
"Sha, awak betul ke tak ikut konvo dengan dinner?" Sibuk ni Lona nak memujuk.
"Rasanya ya."
"Best-lah time tu. Itu hari last kita dekat U ni tau."
"Not interesting. Aku malas."
"Entah bilalah kita boleh together-gether lagi lepas ni."
"Tinggal call, apa susah?"
"Kalau kita semua berjauhan, macam mana?"
"Video call-lah."
"Ish, tak jalankan kalau saya yang pujuk. Risa pujuklah."
"Aku dah penat pujuk. Biar jelah. Mesti ada sebab kenapa dia tak nak. Kan, Sha?"
"Ermm."
"Sha, kau dengan Aidan dah okay?"
Hanya gelengan kepala yang diberikan Marsha sebagai jawapan.
"Kau dah cuba jumpa dia?"
"Akhir-akhir ni takde. Penatlah aku nak jumpa. Aku nak fix hubungan kitorang pun, entah apa yang nak diperbaiki. Nak explain, nak explain apa? Bukan aku ingat apa-apa."
"Keep strong, Sha. Jangan give up."
"Huh. Esoklah aku jumpa dia dekat rumah. Harap naklah jumpa aku."
"Kau paksalah."
"Nak paksa macam mana? Seret dia keluar?"
"Minta tolong parents dia atau sibling dia ke?"
"Tak naklah. Lagipun belum tentu diorang tahu kenapa kitorang jadi macam ni. Dekat family aku pun, Bin Bin je tahu. Itupun sebab gosip yang dia dengar."
"Complicated juga ae masalah korang ni. Aidan tak boleh faham situasi kau ke?"
"Entahlah. Who knows?"
Di waktu mereka asyik berbual, di sisi lain terdapat adu mulut yang berlaku pada Aidan. Aidan yang membuat keputusan mendapat ketidakterimaan dari keluarga dia.
"Dan, kenapa tiba-tiba macam ni? Kamu tak bincang pun?"
"Dan tak boleh nak buat keputusan sendiri ke?"
"Bukan tapi kamu sendiri cakap lepas study ni, kamu nak ganti papa, kan? Kenapa nak sambung belajar lagi?"
"Dan rasa belum cukup belajar lagi."
"Okay, mama terima tapi perlu ke sampai overseas? Jauh tu."
"Tak boleh ke kalau nak merantau. Habis ke duit papa kalau Dan nak sambung belajar overseas?"
"Dan, mama tak nak jauh daripada kau."
"Kak, sampai bila aku nak duduk bawah ketiak mama? Aku pun nak juga merantau macam kau dengan Ben."
"Susah, Dan. Kau anak bongsu, mama mesti tak nak jauh sangat dengan kau."
"Elsa, aku bukannya baru 11 tahun tau. Dah 21."
"Tapi kenapa tiba-tiba? Bukan kamu kata nak selalu dengan Cha Cha ke?"
"Takde kaitan. Enough-lah. Keputusan Dan muktamad."
"Aidan." Luruh hati Esther melihat anaknya akan pergi jauh. Dia bukan tak mahu anak dia tambah ilmu cumanya tempat tu jauh, belajar bukannya setahun je. Entah balik ke tidak kalau masa cuti sem.
Melihat keteguhan Aidan untuk pergi, Esther perlu relakan dia pergi demi kebaikan. Dia cuma dapat mendoakan yang baik-baik untuk Aidan.
~~~~~
Berdebar pula rasanya mahu menekan loceng rumah di hadapannya ni. Padahal sebelum ni tak macam ni.
"Marsha. Masuklah." Elsa yang membukakan pintu mempersila Marsha untuk masuk sehingga dibawa ke ruang tamu. "Tiba-tiba datang ni, ada apa-apa ke?"
"Saya nak jumpa Aidan." Ujarnya dengan senyuman tipis.
Riak terkejut tiba-tiba muncul di wajah Elsa yang tadi tersenyum memandang Marsha. "Sha, Dan tak bagitahu kau ke?"
"Pasal apa?"
"Dia sambung degree dekat overseas. Flight dia semalam."
Jatuh. Jantung Marsha bagai dihempap batu yang jatuh dari tempat tinggi. Tak keruan dibuatnya.
"Dan tak chat kau?"
"Takde." Naik turun dada seakan berat Marsha menghirup udara di sekitarnya.
"Korang ada bergaduh ke?"
"Sha, sebab malam tu ke?" Esther seketika menyampuk seusai dia mendengar perbualan mereka berdua.
"Malam apa, ma?" Tak tahu apa-apa pula dia.
"Malam Sha jumpa Dan dekat bilik."
"Sebenarnya, saya ada tertidur dengan classmate saya lepas saya clubbing. Aidan tahu dari gosip. Malam tu, Aidan memang cuba buat benda tu tapi saya halang. Mungkin dia marah sebab saya biarkan orang lain tidur dengan saya."
"Kamu yang nak tidur dengan lelaki tu ke?"
"Tak tahu. Saya tak ingat apa-apa."
"Dan merajuklah ni. Aduh, budak ni."
"Maaflah, Sha. Perangai Dan suka pergi jauh kalau merajuk."
"Tak, aunty. Patutnya saya yang minta maaf. Saya tak pandai jaga diri."
Share this novel