16

Romance Series 2125

"Aidan." Terkejut juga kawan mereka yang lain.

"Lain kali tak payah datang sini kalau nak sakitkan hati aku. Aku pindah sini sebab aku nak, bukan sebab kena paksa atau semata-mata Marsha. Korang jangan nak buat cerita." Belum pun masuk rumah, dah marah-marah. Semua Rita punya pasal. Pantas kakinya melangkah menuju ke biliknya.

"Kau punya pasallah ni, Rita."

"Kau tak nampak tadi. Perempuan tu keluar dari kereta Aidan."

"Dah tu?"

"Kau tak rasa perempuan tu jadikan Aidan driver ke?"

"Suka hati dioranglah, Rita. Dah Aidan tupun nak-nak je. biar jelah. Kita ni nak jenguk Aidan, bukan nak buat Aidan marah."

"Cis." Keluhan terdengar di mulut Rita bila tiada yang nak back-up dia.

"Ni kenapa semua dekat luar ni?" Elsa mempersoal bila dia melihat tiada siapa di ruang tamu dan perasan mereka semua ada di luar.

"Saja."

Dilihat kereta Aidan sudah pun terparkir di garaj memastikan Aidan sudah sampai ke rumah. "Aidan dah masuk bilik ke?"

"Ya. Mungkin nak mandi dulu atau nak tukar baju kot."

"Yelah, kurang tunggulah dekat dalam. Panas macam ni dekat luar."

"Ya. Nanti kami masuk."

"Yelah."

Mereka membiarkan Elsa masuk dulu.

"Rita, kalau Aidan dah muncul nanti, kau jangan buka mulut pasal perempuan tu. Aku malas nak dengar."

"Erm." Terima sajalah apa yang dikatakan kawan dia tu. Tak dapat nak cakap apa lagi.

.....

'Tok. Tok. Tok.'

Pintu dibuka dari dalam selepas Aidan mengetuk pintu rumah jiran sebelahnya. Terpapar wajah Marsha yang santai dengan baju tidurnya.

"Hai, awak." Aidan menyapanya.

"Hai." Dia membuka ruang untuk membolehkan Aidan masuk ke rumah. "Apasal kau nampak penat?" Nampak sedikit lemau dia melihat raut wajah Aidan yang senyumannya tak terlalu kelihatan.

"Mana ada."

"Tipulah tu."

"Takdelah."

"Lantaklah kalau tak nak cakap."

Huhh, keluhan terpancul keluar dari mulut Aidan. "Saya tak suka perangai kawan-kawan saya."

"Perangai apa?"

"Perangai suka buruk-burukkan awak padahal diorang tak kenal awak pun." Dia sakit hati dengan apa yang kawan-kawan dia cakap pasal Marsha, padahal kebanyakan yang Marsha buat tu kemahuan dia. Marsha selalu ikut dia pergi dan balik U sebab dia yang nak. Pergi mana-mana pun, kalau boleh nak je Aidan yang selalu hantar Marsha.

"Biasalah, diorangkan tak suka kau balik sini."

"Kenapa?" Kalau tak suka pun, kenapa Marsha yang diburuk-burukkan?

"Diorang suka kau dekat sana kot."

"Awak?" Kalau Marsha, suka tak kalau saya dekat sini?

"Apa?"

"Awak suka tak kalau saya tak ada dekat sini?"

"Entahlah. Perasaan neutral je."

"Cih, jahat."

"Salah kau yang berharap sangat."

Tangannya menggapai tubuh Marsha dengan tangan mengalung kemas di pinggang Marsha erat. Kepala turut dilentokkan di bahu Marsha.

"Kau kenapa?"

"Saya risau saya tak sanggup tunggu awak lagi lama. Lama lagi ke awak nak buka hati untuk saya?"

"Entahlah." Tangannya sedaya upaya menolak Aidan menjauh daripada dia tapi hanya membuang tenaga bila tangan Aidan kemas mengeratkan pelukan.

"Tak nak lepas."

"Aidan, kamu okay ke ni?" Mama terpandang kelibat mereka berdua di hadapan pintu utama membuat dia mahu menyapa.

Aidan lantas membebaskan Marsha dari pelukannya. "Okay, aunty. Rindu Cha Cha ni."

"Sweet-nya dia. Baru sekejap tak jumpa pun, dah rindu." Katanya sambil tertawa kecil.

"Cha, bawalah Dan duduk. Nanti mama bawa air."

"Erm." Marsha lalu membawa Aidan duduk di ruang tamu yang sedikit bersepah dek kerja adik dia. "Sorry, semak sikit. Bin Bin buat assignment dia dekat sini."

"Takpe, bukan semak sangat pun."

"So, kau nak tengok movie juga ke malam ni?"

"Nak. Awak ada movie dah?"

"Ada."

"Esok awak tak ada kelas? Nanti ganggu pula nak tidur."

"Ada."

"Awak patut tidur awal kalau macam tu." Sayu kedengaran dia bersuara.

"Macamlah aku tak biasa tidur lambat."

Derapan langkah kaki mendekati mereka. Mama membawakan seteko minuman dengan beberapa cawan dan pisang goreng. "Nak tengok movie-kan, sambil-sambil tu makanlah. Kalau habis, ambil je dekat dapur."

"Thank you, aunty."

"Alah, ini je pun." Carla kemudian kembali lagi ke dapur untuk membiarkan Marsha dengan Aidan saling meluangkan masa bersama. Dari sini, dia boleh nampak kemajuan hubungan diorang. Tak sabar dia tunggu stage seterusnya.

Masa berlalu pantas ketika mereka menikmati filem yang mereka tonton bersama. Diam-diam, Aidan terperasan Marsha tertidur lena di sofa berhadapan dengan dia. Senyum terukir di bibir memandang Marsha sehinga dia bermonolog: 'Tidur pun cantik.'

Filem sudahpun habis, mungkin dia perlu bagitahu Carla yang Marsha tertidur.

"Ma."

"Ya, Dan?" Terkejut sedikit dek ralit mengemas dapur.

"Cha Cha tertidur."

"Lah, tertidur pula. Kata nak tengok movie. Movie pulak tengok dia."

"Penat sangat tu. Tadi siang nampak dia busy sangat."

"Takpelah, nanti mama kasilah dia selimut."

"Okay."

"Dan, tadi kamu panggil mama, aunty kan? Kenapa?"

"Tadi dengan Cha Cha. Dan tak nak dia fikir Dan ni melebih sangat dah panggil mama."

"Kenapa ke situ pula? Cha Cha okay jelah tu. Dulu pun kamu selalu panggil mama."

"Takpelah, ma."

"Ikut kamulah. Mama okay je mana-mana."

"Okay-lah. Malam sangat dah ni, Dan balik dulu."

"Ya."

"Mama jangan lama-lama buat kerja ni. Malam dah ni."

"Ya."

Sebelum Aidan betul-betul, dia kemaskan dulu teko dan cawan yang diorang guna tadi ke dapur. Biar nampak sopan sikit bila bertamu dekat rumah orang even keluarga yang dia rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience