"Awal kau datang, tak datang dengan gf lagi tu." Itulah julukan yang rakan sekelas bila melibatkan Aidan dengan Marsha.
"Marsha tak ada kelas pagi."
"Nanti kau kena jemput dia juga ke?"
"Taklah, kan ada adik dia."
"Oh ya, lupa dia ada adik sejak kau ada ni."
"Sebelum ni Sha tak datang pulang dengan adik dia ke?"
"Memang macam tu. Macam tak pernah pula aku nampak dia datang sendiri atau dengan orang lain."
"Baguslah."
"Kau serius dengan dia?"
"Ya, kenapa?"
"Aku bukan apa, banyak gosip buruk pasal dia."
"Sekadar gosip, belum tentu betul."
"Ya, macam gitulah. Eh, kau dah tau kita ada camping sebelum sem akhir ni?"
"Tak ada pula."
"Tulah, kau. Aku suruh masuk group kelas, tak nak. Nanti nak ada camping untuk subjek kita, gabung dengan kelas lain."
"Marsha pun boleh ikut?"
"Ya, kan sama subjek tapi sebelum ni dia selalunya tak ikut aktiviti camping macam ni."
"Kenapa?"
"Tak taulah. Kitorang tanya adik dia kalau-kalau dia ada trauma, tak tahu pula jawab adik dia."
"Kalau saya dapat pujuk Sha ikut, means saya ikut juga."
"Yelah. Nanti aku masukkan kau dekat group, biar tau information."
"Okay." Keterujaan menerpa di hati, dia boleh luangkan masa bersama dengan Marsha kalau mereka pergi camping bersama sambil tenangkan diri sebelum semester akhir. Aidan berharap tinggi Marsha mahu ikut bersama.
Telefon diambil dari poket ingin menghantar mesej peribadi kepada Marsha, semoga dibalas dengan cepat.
'Awk.'
'Dah bangun?'
'Ya.' Singkat saja jawapannya. Asalkan cepat balas.
'Awk dah tahu psl ada camping?'
'Dah.'
'Awk pergi?'
'Tak.'
'Knp?'
'Tak ada hati nak pergi.'
'Alah, jomlah awk. Kita release tension.'
'Nnti aku yg makin stres.'
'Sbb nak layan perangai sy?'
'Bknlah. Aku tak suka.'
'Sbb?'
'Tak suka je.'
'Knp blh tak suka? Apa jd smpai tak nak pergi?'
'Tak tahu.'
'Awk, jom pergi. Nak camping dgn awk.'
'Pergi je lah. Aku tak nak pergi. Lgipun, kau ada kwn lain kan?'
'Tp sy nak awk, bkn kwn sy.'
''Tak nak.'
'Please.'
'Aku tak biasalah nak camping2 ni.'
'Sy ada kalau awk takut apa2. Lps tu, sy takkan bagi awk calar siiiiikit pun. Please-lah, awk.'
'Suka memaksalah kau ni.'
'Sy pujuk, bkn paksa. Beza tau pujuk dgn paksa.'
'Sama bgi aku.'
'Awk, jomlah.'
'Nntilah aku fikirkan balik. Malas nak brfikir skrg ni.'
'Yelah. Nnti sy pujuk lagi.'
'Suka hati kaulah.'
Camping?
Apa best sangat camping tu sampai nak ajak dia sampai nak memujuk bagai? Dia kalau nak release tension, dia tengok wayang, habiskan duit atau jalan-jalan je. Tak adalah pula nak sampai camping.
Tapi, patut ke dia pertimbangkan balik keputusan dia tak nak ikut? Ikutkan hati, malas nak pergi tapi bila dah dipujuk ni, kesian pula nak tolak. Haduiii, sakit kepala sekejap bila berfikir pasal tu.
Hal tersebut dibiarkan sehinggalah kini menjelang petang.
"Hello, awak"
"Ya?" Dah kenapa Aidan call ni? Takkan nak jumpa, dia dah balik rumah lepas kelas tengah hari tadi.
"Awak dah balik?"
"Ya, dah lama balik. Ada satu kelas je hari ni. Kenapa?"
"Kereta saya mogoklah, papa dengan abang saya tak dapat ambil. Nak minta tolong ambil, kalau awak tak sibuk." Aidan hanya terfikir untuk bertanya pada Marsha, tidak dengan kawan dia dan di rumah hanya ada tiga kereta yang masing-masing diguna oleh Aidan, papa dan abang dia. Lagi satu, dia juga mahu tahu kalau-kalau Marsha memang tak pandai guna kenderaan atau sengaja tak guna.
"Okay, kau tunggu depan gate. Nanti aku sampai"
"Okay, saya tunggu."
Panggilan dimatikan untuk Marsha bersiap pergi dan tak lupa menutup badannya dengan jaket dan mengambil kunci kenderaan.
.....
Dari kejauhan mendengaran bunyi kenderaan yang membingitkan telinga berhenti tepat di depan Aidan.
Helmet dibuka mendedahkan wajahnya dan rambutnya yang mengurai. "Kau pandu?" Tangannya menghulurkan helmet yang dibawa kepada Aidan.
Aidan memasangkan helmet di kepalanya sambil berkata "Awak pandulah tapi tolong saya, boleh?" Tangannya menunjuk ke arah tali helmet yang perlu diketatkan. Sebelah tangannya memegang buku yang dibawanya pagi tadi.
Tangan Marsha cepat menolong Aidan kemudian Aidan menaiki motor di belakang Marsha. Marsha mulai memandu laju ke rumah dan Aidan sudah tentu mengambil kesempatan memeluk Marsha dari belakang dengan erat. Dia tidak menerima sebarang pengelakan daripada Marsha, mungkin kerana keadaan mereka yang bermotor.
"Ambil kesempatan kau ae. Peluk-peluk orang."
"Dah ada kesempatan, takkan tak ambik. Thanks tolong ambil saya. Awak busy ke tadi?"
"Tak, study macam biasa."
"So, awak dah fikir?"
"Fikir apa?"
"Fikir nak pergi camping-lah. Saya betul-betul nak pergi dengan awak."
"Aku tak sukalah."
"Nantikan kita buat aktiviti lain lagi. Mesti tak boring punya."
"Kau ni, aku dah kata tak suka."
"Huh, yelah. Tak nak paksa-paksa. Awak, rasanya ambil masalah nak repair kereta saya. Tak dapatlah pergi U dengan awak."
"Kalau aku dapat guna kereta, kau nak pergi dengan aku?"
"Boleh?"
"Boleh. Nanti aku guna kereta mama aku."
"Okay. Nanti pagi saya pergi sini."
"Ya."
"Okay-lah, awak. Bye." Tangan diambil dikucup perlahan.
"Jap. Kau nak tak dinner sini? Aku masak."
"Awak masak semua?"
"Ya. Mama dengan papa aku dating malam ni. Jadi tak dapat masakkan dinner."
"Naklah. Nak rasa masakan awak."
"Nanti datang je bila kau nak."
"Alright. Jumpa malam ni."
.....
Malam menjelma menerujakan Aidan untuk datang ke rumah Marsha dan mempunyai kesempatan untuk merasai masakan Marsha.
"Wah, awak masak lemak dengan karilah. Pandainya awak masak."
"Ni je yang aku paling tahu nak masak. Lain-lain, tak tahu."
"Kira pandailah tu. Daripada yang lain, mungkin lengkuas dengan halia pun tak pandai beza."
"Siapa?"
"Erm, perempuan lain."
"Macam mana kau tau?" Tajam mata Sha tengok Aidan.
"Err, tengok dekat medsos."
"Oh."
"Bin Bin mana? Tak turun makan ke?"
"Dia takde. Masih ada kelas."
"So, awak alone dekat sinilah?"
"Ya."
"Awak tak risau ke kita berdua je?"
"Kenapa, kau nak buat something dekat aku ke?"
"Taklah tapi risau."
"Kan boleh teriak. Takkan suara aku tak sampai rumah sebelah."
"Okay."
Share this novel