"Cantiknya." Tapak perkhemahan mereka memberikan permandangan yang indah dan sedap mata memandang. Tak sia-sia diorang datang. "Awak, ambil gambar, jom."
"Baru je sampai. Bagilah aku rest dulu."
"Okay. Saya nak tengok port yang cantik dulu." Selangkah dua langkah, Marsha membuat dia terhenti dengan perkataannya.
"Kalau ya pun, letaklah dulu barang kau. Rajin betul nak membawa."
"Lupa pula." Beg bawaannya diletakkan di samping bangku yang Marsha duduki sebelum dia kembali berjalan.
"Gilerr, strong juga kau ae. Ingatkan tak biasa naik gunung sampai selalu elak kalau ada camping."
Balasan Marsha hanya dengan jelingan matanya, ketara Risa nak menyindir dia.
"Aku dengar Aidan pujuk kau ikut kali ni. Ke sebenarnya kau memang tunggu nak camping dengan dia je?"
"Nonsense-lah kau ni, Risa."
"Dah tu sebab apa lagi? Kalau setakat kena pujuk banyak kali, rasanya aku dengan Lona pun ada banyak pujuk kau. Tapi bila Aidan ni pujuk, nak pulak kau."
Marsha memaling wajah ke arah yang lain. Dia tak mahu menjawab persoalan Risa tadi.
"Mengelak pula dia ya. Tak nak mengakulah tu dah terjatuh hati dengan Aidan. Cie." Hujung jarinya menolak lembut bahu Marsha.
"Dahlah tu, Risa. Bisinglah."
"Eleh, bising ke blushing?"
"Risa!"
"Okay, okay. Nak bergurau pun tak boleh. Ceh."
.....
Sepanjang hari ni, mereka pergi mengunjungi hutan simpan dengan kawalan guider ke beberapa kawasan yang menarik dan melihat haiwan liar. Sempat juga mereka bermandi-manda di bawah air terjun.
"Best-nya hari ni. Kan best kalau boleh buat macam ni selalu."
"Jangan mengkhayal sangat, Lona. Habiskan dulu study kau tu."
"Alah, sekarangkan tengah bebas daripada apa-apa beban. Biarkan daku berkhayal hingga ke purnama."
"Kau hisap gam ke sampai nak bulan?"
"Risa! Perumpamaan jelah. Ish!"
"Alolo, yang inipun. Cepat betul terasa."
Sedap diorang baring dalam khemah macam takde apa benda nak buat, tak tengok orang dekat luar tengah sibuk ke?
"Amboi, dua orang ni. Tak nampak orang sibuk ke?"
"Alah, korangkan pandai masak. Koranglah masak."
"Takde, takde. Korang bangun sekarang. Pergi potong bawang."
"Jomlah, Lona. Nanti ma'am marah." Terketawa dia bercakap macam tu.
"Aku ketuk kepala kau nanti, Risa."
"Jangan. Jangan. Nak bangun dah ni."
Pantas diorang berdua pergi ke kerumunan yang sibuk menyediakan bahan masakan. Marsha pula ke tempat unggun api dengan cerek berisi air yang diambil tadi. Sementara belum mula masak lauk, dia nak buat minuman panas dulu.
"Sha, sinilah bagi aku. Panas api ni." Kawan lelaki Marsha mengajukan diri untuk membantu. Lagipun nampak berat cerek yang Marsha bawa tu, risau jadi apa-apa pula.
"Nah." Cerek berganti tangan. Marsha kembali membantu yang lain biar selesai sebelum hari benar-benar gelap.
"Sha, nak masak apa ni?"
"Entah. Buat apa tanya aku."
"Lah, terus kita buat semua ni, takkan tak tahu menu."
"Err, kita masak ayam masak kicap dengan kubis sardin." Seorang wanita yang tidak dikenali tapi ini pelajar dari kelas lain, jadi diorang tak kenal sangat. Paling diorang kenal pun, Aidan.
"Ohh." Dianggukkan jawapan perempuan tadi. "Nasi dah masak?"
"Tengah masak tapi mungkin tak lama lagi masak."
"Nice. Esok sebelum balik, ada breakfast tak?"
"Ada. Spageti. Kalau tak nak makan spageti, ada roti dengan jem."
"Spageti? Duit dari mana beli bahan spagetti dengan banyak orang dalam kelompok kita ni?" Kelompok mereka terdiri dari 25 orang dan untungnya mereka terbahagi menjadi kelompok sebab kalau ramai orang sangat dalam satu kawasan, susah juga. Yang awalnya ratusan pelajar, tinggal 25 orang. Setiap kelompok mempunyai tempat masing-masing dengan jarak yang tidak jauh.
"Aidan."
"Hah? Dia suka makan spageti ke?"
"Tak tahulah tapi ada orang suggested lepas tu Aidan volunteer nak sponsor. So, begitulah."
"Uish, taste makan mewah. Kau macam tu juga ke Sha?"
"Entah."
"Okay. Saya nak masak ayam dulu. Marsha, air awak dah mendidih."
"Okay." Nantilah dia buat minuman dia tu, habiskan potong kubis ni dulu.
Aidan menghampiri mereka dengan membawa beberapa bungkusan plastik di tangannya. "Ni keropok goreng, kot awak nak masak."
"Yes, keropok kita bedal nanti." Risa mengambil bungkusan keropok yang dibawa dan diletakkan berdekatan dengan tempat mereka berkerja.
Tajam mata Marsha memandang Risa. Dia sedang menyimpulkan sesuatu.
"Sha, kenapa tengok macam tu?" Berkerut dahi Risa tengok Marsha ni.
Zapp! Mata pisau terarah ke wajah Risa. "Kau buli dia ae?"
"Ma-mana ada. Sha, jangan main pisau macam ni." Perlahan-lahan dia menjauhkan tangan Marsha.
"Besar beg dia semata-mata nak bawa keropok je."
"Ish, aku recommend je. Tak tau pula dia bawa betul-betul."
"Yang sorang ni lagi, baik hati sangat kenapa?" Terarah matanya kepada Aidan. "Tersengih-sengih." Huh, dia menggeleng-gelengkan kepala. "Sambung kerja."
"Aipp, ma'am."
Makan malam sudah siap disediakan dan tiba masa untuk makan. Mereka duduk membulat dan pastinya Aidan duduk di sebelah Marsha.
Angin malam membuat rambut Marsha yang terurai menyukarkan Marsha makan namun dia terlupa di mana letaknya getah rambut dia selepas mandi. Terlalu seronok sampai lupa bawa balik. Kerap dia menyelitkan rambut di tepi telinga.
Terasa ada tangannya yang menyentuh belakangnya, dia memandang Aidan.
"Saya just nak tolong awak ikat rambut. Sambunglah makan." Lembut Aidan menyentuh rambut dia dan diikat kemas, untungnya dia selalu membawa getah rambut sebab sejak kecil lagi, dia terbiasa dengan Marsha yang selalu kehilangan getah rambut.
Hampir terputus jantung Marsha dengan sentuhan tiba-tiba. Nasib baik tak berteriak.
"Sha, lepas ni goreng keropok." Perlahan suaranya bertanya.
"Pergilah." Dia menjawab juga dengan nada perlahan.
"Tak pandai."
"Takkan nak goreng pun tak pandai."
"Tak pandai. Nanti hangit."
"Yelah."
"Yeah."
Sengaja Risa recommend bawa keropok goreng biar malam ni diorang boleh lepak sampai tengah malam. Nak lepakkan kena ada untuk dikunyah-kunyah biar tak bosan. Kan best macam tu.
.....
'Huahh.' Mulai dah menguap, ni yang Sha tak suka ni kalau dia seharian berjalan mesti cepat mengantuk. Padahal baru jam 8 lebih.
"Awal awak mengantuk.'
"Ya." Digosok-gosok hidungnya yang tak gatal, cuma sejuk sangat hidung dia ni. Mungkin tak terbiasa dengan sejuk alam.
"Awak kenapa ni?" Dia boleh mendengar Marsha menyedut udara beberapa kali.
"Masih sejuk." Digosok-gosok juga lengan dia. Dah pakai jaket tebal pun tak dapat nak panaskan badan dia.
"Saya ada hoodie lebih, saya boleh pinjamkan. Nak?"
"Bolehlah. Asalkan aku tak mati kesejukan dekat sini."
"Wait, saya ambil dulu." Tak ambil masa lama untuk Aidan ambil hoodie dia bila khemah dia hanya berhadapan dengan khemah Marsha. Awalnya dia mahu menemani Marsha mengambil jaket lebih tapi nampaknya dua jaket pun tak jalan nak kurangkan sejuk.
Seusai memakai hoodie Aidan, mereka berdua kembali ke kerumunan kelompok mereka yang sedang bermain 'Truth or Dare'.
'Spin!'
'Spin!'
'Spin!'
Itupun nak bersorak.
Tepat saja mereka duduk, tutup botol yang berputar terarah pada Marsha.
"Aku tak main."
"Alah, ikutlah, Sha. Truth or Dare je pun."
"Tak nak."
"Aidan, kau main ae. Ganti Marsha."
"Yelah."
"So, truth or dare?"
"Truth."
Share this novel